Gambar sekadar hiasan. Hi, Aku Seera Wahida. Ini confession aku yang ke-2 kat sini. First dulu, pasal hidup aku. Waktu tu aku berada pada tahap paling rendah. Bergelut dengan kesihatan mntal, mistik dan kehidupan single parent tanpa support system yang baik. Aku tak perasan aku skit pun. Sampailah tahap nak bnvh anak dan diri sendiri, aku cari solusi.
Rupanya saakit dari kecil sebab pegang tanggungjawab besar sebelum usia. Dicbul keluarga, dikurung dan diperk0sa. Start urus keluarga dari sekolah rendah, naik tingkatan dua dah cari duit untuk keluarga serta kehidupan bersuamikan penagih ddah.
Dan sekarang, Alhamdulillah. Sekarang, setelah 7 tahun single. Aku nikah baru. Jodoh sungguh. Tak sangka. Tetapi siapa menyangka, pelangi indah diwaktu petang diusik orang.
Suami aku kntoi ada dok koya dengan perempuan aka janda di media sosial. Baru peringkat permulaan la. Macam mana boleh kantoi? Ini semua kerja Tuhan.
Benda tak elok Allah tunjuk tau. Kita isteri ni kemain doa untuk kesejahteraan keluarga. Isteri mithali lah konon eh. Media sosial aku pun aku jaga batas ap4tah lagi pergaulan ditempat kerja.
Okaylah, pendekkan cerita. Aku nak share benda yang aku buat aje. Memandangkan aku dah waras (tak skit). Lately, banyak yang luahkan kisah kecuurangan pasngan kan?
Untuk pengetahuan korang, aku ni tunggu masa nak melahirkan my second baby dengan suami baru ini. Setelah 8 tahun tak bersalin. Doakan urusan aku dipermudahkan. Untung untung dapat rezeki mti masa melahirkan.
Antara apa yang aku buat:
1- Masa memula naluri aku berkata si suami ini ada sesuatu. (Aku dan suami PJJ since nikah ). Aku start bangun tahajud hari hari. Mohon doa agar ditunjukkan.
Kadang tunjuk hint dalam mimpi, (tapi idok le percaya nor, mimpi kan) Itulah kan, manusia bila susah baru cari Tuhan. Sebelum tu bangun jugak, tapi tak sungguh la orang kata.
2- Masa PKP ini income teruji. So aku anggap suami aku kat sana stress memikirkan komitment. Sebab tu dia start melayan perempuan dan jejanda ni semua. Aku husnuzon lagi. Aku start buat kembali tabung sedekah subuh.
Lepas subuh masukkan berapa aku mampu dalam tabung tu. Dan doakan untuk suami aku dan kesejahteraan rumahtangga dari anasir luar. Alhamdulillah Allah bantu. Suami aku dapat job yang tak disangka sangka.
3- Aku ingat dah setel waktu PKP tu, tak ada dah melayan jejanda ke apa di media social. Rupanya ada lagi jejanda baru. Yang ini aku amik langkah bersemuka dengan suami aku. Sebabnya, yang sebelum sebelum tu just borak borak tak ada lebih lebih nor.
Yang ni kemainnnnnn lebih lebih pulak. Si perempuan tu janda yang memanglah comel lote cantik weh. Kulit gebu (supplement) sebab aku dah stalk habis dari A to Z takat mana yang aku boleh stalk.
Perempuan tu (janda) yang dring lah, memang ayat ayat dimedia social tu ayat ‘memancing’ lelaki lelaki. Sikit sikit post selfie. Yang komen bagi ikon love semua lelaki termasuklah suami aku sendiri. Hahahahaha.. robek weh hati baca.
Sebelum bersemuka dengan suami, aku solat dulu 2 rakaat minta supaya fikiran aku rasional dan kata kata aku yang keluar itu bernas.
4- Alasan suami aku bagi, dia terleka. Sebab dah terbiasa single (duda) sebelum kahwin dengan aku, dah kahwin PJJ pulak. Aku bagi kata dua. Dia minta maaf. Aku waktu tu, nak rasa marah nor, tak ada sangat, rasa sedih, sedih tapi tak sangat. Rasa tenang yang Allah bagi.
Aku anggap ini ujian, atas dosa dosa aku. Allah tegur, sebab aku terleka untuk jaga perintah Allah. Dan juga, Allah uji atas apa yang kita sayang.
5- Kena ingat, syaiitan memang kerjanya meruntuhkan rumahtangga. Syaiitan lagi suka manusia ini berbuat maksiiat. Siapa nak bercerrai berai kan?. So aku serahkan kat Allah je sekarang. Mohon doa yang terbaik dalam rumahtangga kita. Hati ini milik Allah.
6- Tapi, aku tak adalah nak biar camtu aje, aku dah start plan untuk upgrade diri. Lepas bersalin, join la kelas kelas kemahiran dan start kumpul duit.
Sepanjang kahwin, banyak aku korbankan untuk keluarga sebab suami aku tak stabil lagi. (baru bina kembali hidup selepas pencerraian beliau dengan bekas isterinya dahulu yang agak tragis).
Dibuktikan oleh MIL aku sendiri la.(penyiasat, semua benda aku siasat dalam diam, haha). Andai kata jodoh tak panjang, aku dah siap prepare. Tak adalah jatuh terduduk kan?
7- Bagi isteri atau suami teraniaya (isteri pun ada cur4ng weh, ramai je) ini. Follow lah kaunselor yang best best. Sebab realistik sikit dengan zaman sekarang. Tak ada nak pihak memana nor baik lelaki mahupun perempuan.
Beliau membuka minda aku bahawa hidup ini bukan berkisar kepada manusia sahaja. Target kita ialah syurga. So apa yang kita korbankan untuk keluarga kita niatkan buat kerna Allah Taala dan untuk diri kita sendiri. Jika buat sebab orang, tak dihargai kita akan kecewa kan?
8- Media sosial. Jagalah ikhtilat kita dimedia sosial. Punca kecuurangan ini salah satu sebab tak jaga ikhtilat. Baik dimedia sosial mahupun realiti.
Beza tau perempuan yang dok up gambar sebab berniaga online atau share kisah kehidupan dengan perempuan atau janda yang gedik ni, status semua ayat memancing aje.
Janda janda pulak, tolonglah jadi janda kelas atasan. Seronok ke gambar gambar anda yang lentik liuk jadi bahan santapan mata lelaki lelaki ini semua.
9- Doa dan jaga solat. Apa lagi kita sebagai hamba boleh buat. Sedangkan nak kunyah makanan pun dengan kuasa Allah. Doa yang terbaik untuk diri dan keluarga kita.
Kita jaga Allah, Allah jaga kita dari kesedihan dan gundah gulana. Tiada yang lebih berharga dari ketenangan dan kesihatan kan?
10. Mengadu pada Allah dulu, kalau nak ngadu pada manusia cari yang rasional (pihak ketiga). Boleh jadi nanti kawan kita tu bagi nasihat entah pape serta mengeruhkan lagi keadaan (banyak dah kan yang kita tengok kat media social).
Tak galakkan dengan rakan ni. Nanti takut membawang kat belakang. Melainkan anda kenal hati budinya sesungguhnya.
11- Jadilah wanita kelas atasan, tak perlu nak diviralkan dimedia sosial. Setel diam diam. Tahukah anda, wanita itu sendiri menyakiti wanita lain.
Aku pernah jadi janda, lebih tepat balu. Dan aku faham sangat rencah kehidupan bergelar janda. Tetapi, jadilah janda kelas atasan. Dalam dunia ini banyak benda boleh buat untuk hilangkan sunyi dan sedih kita.
12- Aku salahkan suami aku dahulu, sebab dia tak jaga iman dia.
13- Itulah dulu kot.
Doakan aku dipermudahkan urusan bersalin ya, baby keluar bagai air yang dicurah gitewww. Bye…Sekian. Yang mahu ke syurga.
Apa reaksi warganet
Nora Shidah, Mak saya pesan jaga hati sendiri xperlu pikir ape yg dibuat laki kita.. Yaa menjadi. Redha je lh dengan jodoh yang ditetapkan Allah tu. Andai perangai die macam tu kita doa yang baik2 mintak Allah jaga segalanya. Start sethun lepas memang dah xnak ambik port pasal suami buat ape layan siapa2 saya serah je pada Allah.
Hati tenang setenangnya. Jaga yang ape di hadapan kita. Jaga amanah Allah baik2 jaga yang kita mampu jaga iaitu diri kita. Enjoy setiap pemberian Nya. Selebihnya Allah yang Maha berkuasa. Dosa pahala kan ada yang mencatat. Jadi jaga diri sendiri je. And paling penting hati ni relaks Dan boleh layan anak famili baik2.
Aira Medina, Betul. Saya dah pesan di wall saya. Tak kira di mana, jagalah ikhtilat. Perhubungan dengan lain jantina ni kena ada batasan. Tak boleh simply contact suami / isteri orang kalau bukan hal yang penting. Tapi manusia ada yang anggap benda remeh. Alasan – kerja, bisnes, etc.
Semoga dipermudahkan urusan puan bersalin. Aamiin. Allah bersama orang yang sabar & teraniaya.
Nur Ain, Aku bnci betul alasan pjj pastu cur4ng ni. Macam anjink. Dah la susah, buat maksiat pulak. Igt senang rezeki nak masuk? Hshshsh. Jumpa suami confessor nt, pkul la dia sekuat hati. “Ini hukuman”.
Tak kisah la lelaki ke perempuan, kalau dah pegang status suami/isteri tu jaga la rumahtangga elok-elok. Tak payah la jadi bangang nak layan nfsu. B0doh je. Usaha utk bawa keluarga ke syurga.
Ku Iris, Betul tu..apa tujuan selfie kerap sangat di medsos? Bini orang pulak tu..dah cantik dah brtudung labuh, berniqab-apa perlu selfie lagi? Sungguh tak faham..walau utk tujuan business- tak perlu pun-sy kenal seorang penulis wanita yg siapa pun tak tahu rupa parasnya bagaimana tapi buku2 nya laku kras dipasaran tau.
Sy juga setuju zaman skrg mmg bukan lelaki je cur4ng..perempuan pun sama je,saya juga pernah alami suami crang dgn janda..sy jaga adab sy..sekali pun tk pernah ‘srang’ atau bersemuka dgn janda itu..tapi sy confront suami sy..kalau dia tak mengatal tak menjadi kan? Haha..dan sy pun perbaiki kelemahan diri,layanan,dsb..mari kita sama2 jaga diri dan jadi wanita akhir zaman yg high class ok?.
Ruzaidah Alias, Betul..sangat penting jaga ikhtilat dan banyak kes2 sekarang ni laki n bini orang.Juga skandal yg byk terjadi start pkp.mula2 wasap hal kerja pastu sket2 ke arah skndal.mana tak lentok kalau hari2 bini orang asyik nganto mesej yg sepatutnya bini anta kat laki..tak tau la kan kalau bini orang tu lupa no hp laki sendiri.
Mmg salahkan suami dulu.iman tak kuat.tu yg mudah terkhayal.Apapun semoga sis kuat dan dipermudahkan Allah semasa melahirkan.
Yasmin Yusuf, Sy paling takut nak berhubung atau mula berhubung kembali dengan suami orang. Even he was my ex last time. Sebb aku tahu, mesti wife dia sedih. So aku selalu ingatkan diri aku. Jangan cari pasal. Baik ko single dari kacau laki orang.
Sumber : Seera Wahida (Bukan nama sebenar) via IIUMC/edisimedia