Part 2 Aku rimas, suami tlalu mjaga aku. xbenarkan aku msak, kms rumah drive kereta

Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Hi it’s me again. Terima kasih admin sebab siarkan confession aku ni. Jasa anda sangat-sangat dihargai. Dan terima kasih kepada kawan-kawan yang memberi nasihat dan mengingatkan. Alhamdulillah syukur. Aku buat pilihan bijak dengan memilih untuk meminta pendapat di page IIUM. Confession kedua ni agak panjang juga sebab aku nak jawab segala pertanyaan korang.

Untuk Part 1, boleh klik link di bawah. Baca bahagian pertama dulu ye

Suami tkt aku maati spt isterinya dlu. Aku tak di benarkn masak, kms rumah naik kereta

Aku baca semua komen korang sambil senyum dan gelak. Boleh tahan kuat mengusik korang ni kan hahaha. Okay, persoalan korang yang selama ni aku tak pernah terfikir pun, aku dah tanya kat suami aku masa kitorang borak-borak kosong.

Lepas satu, satu aku tanya, aku persoalkan. Sampai merajuk suami aku tau Daripada mula-mula dia beria nak masak chicken stew favourite aku untuk dinner, terus dia simpan balik ayam dan sayur semua dalam peti ais.

Pastu dia order GrabFood je.Masa makan diam je tak pandang aku langsung. Sepatah aku tanya sepatah dia jawab. Korang punya pasal la ni aku tak dapat makan chicken stew hahahaha.

Dah lah aku ni tak reti nak pujuk. Ni first time dia merajuk lama macam tu tau hahaha. Comel je lah suami aku tu.Sebelum aku cerita jawapan-jawapan suami aku,

aku nak betulkan tanggapan sesetengah kawan yang komen pasal aku tak bersyukur. Takpe, aku tak marah mahupun terasa hati mahupun berkecil hati. Kita manusia biasa yang sentiasa ada prasangka.

Korang pun tak berada ditempat aku jadi mungkin korang tak faham situasi aku. Aku bukan tak bersyukur, guys. Aku sangat-sangat bersyukur.

Setiap kali lepas solat, dalam doa aku, aku ucap terima kasih pada Allah sebab mengurniakan aku suami yang baik.Setiap hari aku berdoa agar dikurniakan syurga untuk dia diatas sikapnya yang baik, yang penyabar, yang sentiasa memanjakan aku, dan memenuhi segala keperluan dan kemahuan aku.

Kadang-kadang aku rasa macam aku tak layak dapat dia tapi Alhamdulillah, rezeki aku.Lain orang, lain rezekinya. Lain orang, lain ujian nya. Dan inilah ujian untuk aku.

Tapi dengan keadaan suami aku yang terlampau paranoid, boleh ke aku cuma bersyukur dan redha tanpa buat apa-apa untuk bantu dia.

Aku nak bantu dia, sebab tu aku buat confession ni. Semua dengan niat nak bantu dia dan dengan harapan boleh menghil4ngkan sedikit rasa rimas dalam diri aku.

Aku juga rasa bersalah sebab ada perasaan rimas. Aku cuba untuk buang tapi susah. The struggle is real, you know.Sebelum kahwin, aku seorang yang tersangatlah berdikari.

Aku memang berdikari dari zaman sekolah lagi. Parents aku bercrai dan mak aku sebagai wanita yang berkerjaya, selalu sangat travelling.

Lepas bercrai, mak aku bawak kitorang pindah jauh dari tempat asal, jauh dari keluarga terdekat. Aku pulak anak sulung dari 4 adik beradik.Jadi, semua benda aku dah biasa buat sorang-sorang.

Aku uruskan hampir segala hal untuk keluarga aku. Masa tu mak ada ambik pemandu dari Indonesia kerja dengan kami, tapi dia cuma kemas rumah dan cuci/sidai baju.

Mak aku tak bagi pembantu rumah masak, lipat baju dan uruskan adik-adik aku, so aku lah yang buat semua tu bila mak aku takde.Jadi, setelah bertahun lamanya hidup berdikari dan tiba-tiba semuanya berubah sekelip mata, aku pun agak ‘culture shock’ jugak lah

Masa bercinta dia memang sangat caring tapi tak sampai tahap over protective. Aku macam ‘culture shock’ sebab lepas kahwin dia tiba-tiba jadi macam ni.

Bila aku tanya, dia jawab, masa bercinta tak boleh lah protective sangat, awak belum lagi jadi isteri saya dan belum confirm pun akan jadi isteri. Sekarang dah jadi isteri, abang kena lah jaga awak baik-baik.

Oh ya, ada jugak yang suruh aku senyap-senyap ambik grab hahaha. Mana boleh macam tu. Aku ni sebagai isteri, kena lah taat dengan arahan suami aku selagi tidak melangg4r syarak.

Kadang-kadang pernah jugak terfikir nak naik grab je lagi-lagi bila aku penat, tapi memang aku tak berani lah nak ingkar. Dibuatnya apa-apa jadi masa tengah naik grab tu.

Dah kantoi. Aku taknak dia hil4ng kepercayaan kat aku. Elok-elok dia bagi aku lepak dengan kawan-kawan 2 kali sebulan, terus dia bagi perintah berkurung kat aku nanti.

Tak kurang juga yang nasihat supaya aku menikmati saat dilayan seperti puteri, dah kena layan macam puteri pun nak complain lagi.

Kalau tak bersyukur, ramai lagi yang nak dibelai dimanja, ramai yang sanggup bermadu dan sebagainya.

Well, pasal madu, kalau itulah takdirnya, siapa lah aku ni untuk menidakkannya. Kalau yang perempuan suka, yang lelaki tak melayan, takkan jadi apa-apa.

It take two to tango. Jadi kalau dah suka sama suka, silakan. Cuma yang aku minta, tolong berterus terang dan jangan tipu aku. The truth hurts, but lies,worse Aku bukan acah-acah baik, tapi inilah prinsip hidup aku.

Eh dah jauh dari landasan pulak, hahaha. Okay, meh aku jawab segala persoalan penyataan korang.

1. Naik kapal terbang pun ada risiko kapal terbang tu hil4ng, terhempas etc.

Jawapan suami aku: dia tak benarkan aku naik flight sorang-sorang. So dia kata kalau apa-apa jadi, aku dengan dia bersama. Jarang ada yang selamat kalau kapal terbang terhempas katanya.

Kalau naik kereta pastu accident, ada possibility salah seorang selamat. Dan yang paling dia takut ialah dia yang selamat, dan aku yang pergi. Dia akan cuba sedaya upaya untuk kurangkan risiko. Aku hanya diam je bila dia cakap macam ni. Tak tau nak cakap apa.

2. Mengandung dan beranak pun ada risiko kematian sebab komplikasi.

Jawapan suami aku: itu adalah kematian yang mulia, yang husnul khatimah. Dan dia akan pastikan dia sentiasa ada disisi aku sepanjang proses melahirkan dan sepanjang aku dihspital.

Kalau jadi apa-apa, tidak terlalu skit untuk ditelan kerana pemergian adalah atas sebab yang baik, bukan dalam keadaan ngeri macam kematian Arw4h isteri pertama dia.

3. Dalam tidur pun boleh mati

Jawapan: sekurang-kurangnya awak pergi dalam keadaan yang tenang dan aman dan tidak menyakitkan. Jadi lebih mudah untuk abang redha, tanpa rasa bersalah.

4. Jumpa pakar psychiatrist dan dapatkan rawatan

Jawapan suami aku: awak rasa memang abang perlu buat treatment ke ? Kalau awak rasa macam tu dan boleh buat awak happy, okay nanti kita pergi. Saya cari dulu pakar mana yang bagus.

Guys, perbualan terhenti disitu. Dia terus pergi dapur dan simpan barang-barang basah. Naik atas ambik phone dia dan order Grabfood.Sepanjang makan tu dia tak bercakap pun dengan aku.

Aku pun blur tak tau nak buat apa sebab tak pernah dia merajuk lama macam tu hahahaha. Sekarang dah okay lah hehehe. Tapi takde lagi sambungan berbincang tentang nak jumpa pakar.

Aku taknak cakap pasal train terkeluar dari landasan terbalik macam yang korang cakap tu. Sebab takut nanti dia tak bagi aku naik train pulak dah.

Dan aku sangat-sangat berdoa takde langsung k3s train accident kat Malaysia ni. Kalau ada, confirm lah masuk berita. Mesti dia tak bagi aku naik train dah lepas tu.

Mesti dia suruh aku berhenti kerja sebab kalau dia outstation siapa nak hantar aku .Aku tak sanggup berhenti kerja huwaaa.

Kerja aku sekarang dalam bidang event management. And it is my passion. I love my job. Dia pernah cakap, kalau awak tak kerja kan best. Setiap kali outstation awak ikut saya.

Takdelah saya risau sangat. Kalau dia outstation, dia akan call aku setiap sejam ye. Selagi aku tak jawab, selagi tu call. Kecuali waktu office hours je dia tak call, tapi dia akan whatsapp setiap 1-2 jam. Soalan yang sama, ‘are you okay sayang’.

Oh ya, ada yang confuse pasal ambik maid harian ke mingguan. Sorry buat korang confuse. Macam ni, sebelum kahwin, dia memang ambik maid harian untuk buat kerja rumah dia.

Even masa aku pindah masuk rumah dia, maid tu masih bekerja secara harian. Lepas tu aku cakap dekat dia tak perlu dah ambik maid harian. Biar aku je yang buat kerja rumah.

Tapi lepas dia nampak aku sapu tangga dan dia boleh pulak fikir pasal aku boleh tergolek, terus dia tak bagi langsung dah. Dia kata biar dia maid harian yang buat.

Tapi, aku cakap biar maid datang seminggu sekali je lah. Takde keperluan pun untuk kemas rumah hari-hari. Kalau setakat sapu lap sikit-sikit, aku boleh buat. Dia setuju dengan syarat aku tak sapu tangga hahahaha.

Itulah dia kisah rumah tangga aku. Aku bersyukur punya suami yang baik, cuma kadang-kadang terasa rimasnya. Especially kalau ada event dan aku sibuk tapi tetap kena update dia setiap jam.

Kalau hari event kadang-kadang nak tengok phone pun tak sempat tapi kena buat sebab kalau tak dia call orang lain cari aku.

Terima kasih untuk semua komen dan cadangan korang. Terima kasih sudi ambik masa yang sangat berharga untuk baca confession aku. May Allah bless all of you. Insha Allah kalau suami aku dah setuju untuk jumpa pakar, aku update ya. Bye guys

Nazrin :Masa arw4h isteri dia mening4l  accident dulu tu dia ke yang drive kereta tu sebab nampak dia paranoid sangat..

Simptom PTSD pun macam ada je suami hang ni..Cubalah bawa dia pi jumps psikiatrik kot boleh bantu dia..All the best..

Rinn : Haha suami awak merajuk la tu confessor bila awk semabng ngan dia pasai perangai paranoid dia…apapun sy doakan semoga hubungan sis confessor dan suami berkekalan hingga ke syurga…ok lettew….wlpn hidup terkongkong sikit, at least ada yg sayang dan amik berat…alhamdulillah rezeki awak sis

Farhah :Berani pula dia kasi you pregnant siap dalam fikiran ada kematian mulia ke tidak..

Amboi so tidaklah paranoid sangat camtu sebab ada juga dalam hati ok jika you meningg4l beranak.

You pula kasi alasan kenapa you kena juga berdiri atas kaki sendiri, seperti accident juga boleh berlaku dengan dia… Camana you kelak kalau sesorang tak tahu buat apa apa sebab dah berlemak..

Lily : xpe, sis baru khwin kan? jgn stress sabar.. nnti lama2 kelonggaran tu akn dtg sndri. kalau sis baca komen sy kat confession sis yg petama kite lbh kurang sama. mgkin sy lg truk smpai selak lngsir pun x boleh nnti jiran trnampak,

suprise beli sofa pun kene marah bhaya nnti di apa2 kn pekerje yg hntar sofa.sy dah 4 thun khwin skrg dah boleh buang smpah sndiri dah xperlu tggu die balik keje,

kepala paip pun die dah x bwk prgi keje..dah boleh basuh kerete sndiri, dah boleh kemas luor rumah.cume die pesan pagar sntiasa kunci.ckit2 kelonggaran tu dtg sbb mkin lama tugas suami mkin mncabar.. makin byk tggjwb die.die mule x mmpu nk kawal smua.

Aien : My dad passed away since I was 13 years old.. I mmg berdikari since adik beradik semua girls and my mom ibu tunggal tak berkerja.. pernah jugak berangan nti bila dah kahwin dah tak pyh berdikari bole bergantung kat husband.. but until now masih lgi berdikari dan bertambah2 berdikari.. rezeki masing2.. btw may Allah always bless u confessor..

Ain : Mcm2 btullah…
sangka buruk2 ni jika lama bermain dalam minda akan jadi satu DOA dan minda bwh sedar akan simpan data ni sebagai sesuatu yg orang tu inginkan sbb minda bwh sedar tak leh beza baik atau buruk.

Ini y orang alim..hati2 dgn apa yang anda tkutkan sbb akan diuji dgn pkara itu jugak. Kalau dihalusi lagi…akan sentuh bab akidah.

Rasa diri ada sifat ‘menjaga’ sedangkan keyakinan itu kena disandarkan pada Allah yang maha menjaga dan memelihara. Wallahualam