Suami aku ustaz tp suka melayan prm2 sksi. Hncur hati bila tgk suami bmesra dgn janda free hair

Foto sekadar hiasan. Assalammualaikum admin minta hide profile saya ye. Saya dah berkeluarga, perkahwinan pertama saya dikurniakn 2 cahaya mata tapi jodoh saya tak panjang hanya bertahan 2 tahun je puncanye suami kaki pkul, minum, amik sayaabu, tak kerja kira saya yang tampung keluarga dan akhir saya minta dia ceraaikn saya sebab memang tak tahan hidup dengan dia, saya sentiasa dalam ketakutan dan saya berceraai pada usia 23 tahun.

Saya single parent 5 tahun, dan alhamdulillah pda usia 28 tahun saya bertemu jodoh dengan seorg ustaz..pada mula kami bahagia, memang saya rasa bahagia hdup dengan dia.

Dia sayang saya dan anak2, tapi pada satu hari saya tengok hp dia, allahu menangis terus banyak nya mesej dengan perempuan, siap panggil sayang2 lagi.

Bila saya tanya dia kata dia bosan saja ber chat, alasan dia sebab saya sibuk.. ye lah isteri kan dengan kerja rumah, masak, kerja, anak lagi tak kan kita kena layan dia 24 jam kan?

Dan lama tu saya ingat dia dah berubah rupanye tak..pada ramadahan tahun saya diuji lagi bila tengok dia bermesra dengan perempuan free hair, memang hncur hati saya bila saya tanya dia, dia tak pernah jujur dengan saya.

Allahu apa lah dosa saya.. dan one day prempuan tu meseg saya minta maaf kata kak ni suami akak ke saya minta maaf semua, sikit pun saya tak m4ki pompuan tu..

saya cuma minta dia tak meseg dan gangu suami saya lagi, so saya ingat dia tak gangu dah lepas tu, tapi ternyata dia meseg gangu suami saya walaupun dia dah tahu tu suami orang.

Mesej husband malam2, baru ni saya tengok kat wechat dia, gambar dia dan nama husband, bila saya tanya husband dia kata ye ni isteri kedua dia. Allahu hncur hati ku sekali lagi. Suami cakap kalau dia bagi tahu saya pun saya tak izin kan dia kawin lain.

Sungguh saya tak benci poligami cuma saya tak sedia nak terima hidup bermadu, saya tak rela berkongsi kasih. Sebelum ini perempuan tu mesej suami ugut2 kata ” aku akn sebarkn pic2 ni, ko penipu aku susah nak lupa kan ko aku hampir gila” .

Saya ingat suami dah putuskan hubungannya dengan janda tu. Janda tu sepatutnya bila tahu suami saya adalah suami org move on lah.. tak payah gangu suami orang banyak lagi laki bujang..

Bila tanya suami kenapa dia khwin dia kata terpaksa nak tutup aibnya sebab dia ustaz. Sekarang suami pun jarang ada masa kat rumah, bila ada pun sibuk 24 jam dengan hp sibuk meseg perempuan tu..

Suami pun dah banyak berubah jadi panas baran, suka marah2, nak suruh saya berubah jadi macam wife dia tu sek si tapi dari segi nafkah memang tak pernah abaikan cuma saya tak sanggup berkongsi kasih.

Usia perkhwinan kami bru 2 tahun lebih dan kami belum dikurniakn zuriat. lagi satu perempuan tu tahu suami tak boleh bagi zuriat tapi dia nak jugak..apa yang perlu saya buat..

memang betul2 buntu.. berapa hari ni berendam air mata je.. kenapa ye laki susah nak faham kita.. lagi satu suami cakap dia dah kawin kat thailand, tapi saya check passport dia tak dek cop.

Sebab kalau nikah kat sini isteri ptama kena ada naik mahkamah sekali..
Macam mana nak terima semua ni.. nak lupa kan..

Saya ada minta ceraai tapi dia tak nak dia kata saya lah ny4wa dia saya lah yang dia paling sayang.. tapi dalam msa sama banyk kali dah dia luk4 kan hti saya..

Dia kata dia sayang saya dan saya terima suami dari dia susah jatuh bangun tapi bila dia dah senang, dah berduit dia berubah 360 darjah suka melayan perempuan sek si dan sekarang dah madukan saya.

KISAH KE 2. Setiap kali mengandung aku akan ggur, suami cakap dia redha tapi dia pergi kahwin dengan janda anak 3 kat sempadan Thai. Bila aku tanya suami dia cakap nak tolong janda, alasan dia aku tak boleh terima sebab gaji dia tak besar pun. Selepas hidup bermadu dengan janda anak 3 ini yang berlaku kepada rumahtangga kami…

assalamualaikum.. salam ramadhan.. perkahwinan kami hampir cecah 6 tahun, saya adalah seorang isteri yang setia pada suami tapi saya masih belom mampu berikan suami zuriat.

Sudah beberapa kali keguguran,baru baru ni suami telah mengaku yang dia telah pon berkahwin lain dengan janda anak 3 disempadan thai..

Masa tu hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana hncurnye hati saya, saya rasa sangat2 terhina sekarang ni adakah sebab zuriat suami saya buat saya sebegini. Sedangkan sebelom ni dia lah insan yang selalu beri kekuatan pada saya kalau orang bertanya tentang zuriat.

Alasan suami kawen sebab nak bantu ibu tunggal,sedangkan suami saya tu bukan la mampu sangat pon sebelom ni saya lah yg banyak bantu dia dari segi kewangan tapi saya tak sangka dia buat saya macam ni…

Saya tak sanggop hidup bermadu saya minta suami ceraaikan saya tapi dia tak nak beri kerjasama..

mkin hari kehidupan saya mkin teruk berat badan turun melampau2 mungkin sebab saya masih belom move on dengan kejadian ni..

kepada kau janda, sampai hati kau luk4kan hati k4um sendiri kau sangat kej4m kau rampas suami aku, kau rampas kebahagian aku.

aku tak akan maafkn kau..kawan2 bantu la saya untuk keluar dari masalah ni.. perlu ke saya minta fasakh.

Ini antara nasihat padu netizen untuk kisah ke 2.

Alina. Dik ..k3s2 macam ni dah mkin berleluasa…adik cuba dulu bertahan..jgn minta ceraai..kalau dia yang nak ceraai adik..ha minta mutaah banyak2…

ni nasihat seorang peguam kpd kawan saya..ok pertama adik jgn bantu dia lg walau satu sen pun..simpan diam2 duit adik …

minta nafkah adik. Biasa mahkamah syariah Johor Baharu tetapkan RM 500…lelaki kalau kahwin dua maknanya mampu….

LEBIH BAIK KALAU MOHON MELALUI MAHKAMAH…SEGALA PERRBELANJAAN RUMAHTANGGA,Bil2 DAN HARI RAYA BIAR DIA TANGGUNG 100%…PAKAIAN ADIK SEKURANG2NYA 2 PASANG SETAHUN….BIAR DIA RASA TUNAI TANGGUNGJAWAB SEPENUHNYA.

2..ADIK.JANGAN AMBIL KISAH HAL DIA DGN BEKAS JANDA TU…Adik jaga diri adik…sebokkan diri dengan aktiviti atau hobi adik..

kalau adik ada kerjaya tumpukan pada kerjaya adik…jaga ksihatan adik2 supaya sihat dan blh mengandung…

Banyakkan bangun dan sembahyang malam…doakan supaya Tuhan beri yang terbaik utk adik…

Sebenarnya cinta dia pd janda x kan ke mana…akhirnya dia akan balik kepada adik juga…Sabar dan redha krn..ALLAH TAKDIRKAN APA YANG TERBAIK UTK UMATNYA

Sya. Move on je sis, kalau tak boleh nak hidup bermadu. Risau kalau sis akan depress dan itu akan bah4yakan diri sis sendiri

Ana. Ramai sangat la k3s janda sond0l suami orang kan. Tapi memanglah janda akan cari suami orang sebab dia pun dah pernah berkahwin kalau cari yang bujang takut tak matang. Moga sis kuat.

Liana. Saya janda anak 5, di ceraaikan suami sebab janda. Suami tergamak curaang ketika itu saya hamil anak ke empat. Lepas bersalin suami ceraaikan saya. Selepas itu suami nak rujuk balik, kami kahwin lagi sekali dan saya mengandung anak ke lima, madu hasut suami akhirnya suami dah ceraaikan sy dengan talak 3. Suami sanggup jandakan isteri sendiri demi janda yang gediik