Foto sekadar hiasan. Saya seorang suami brmhtngga dah 5 tahun istri saya sedang mengandung 6 bulan anak pertama kami, saya pelik kenapa isteri saya suka kurungkn diri dia dalam blik sejak mngndung ni kadang2 2, hingga 3 hari takk luar blik asyik menangis sampai lebam mata makan pun tak saya tido pun sorang2 kat luar, adakah ni salah satu tanda dpression yang melampau?
masa 2 tahun kahwin dia pernah jadi macam ni suka kurungkan diri dalam blik sampai saya terpaksa pecahkn pintu bilik sebab nak tengok keadaan dia,
dia jadi macam tu pun sebab isteri saya pernah bagi tahu saya yang ayah saya nak rgol dia dan ayah saya ada cabul buah dada istri saya waktu saya kat tempat kerja masa tinggl dengan keluarga saya,
dah 4 tahun istri saya tak balik rumah keluarga saya kalau balik pun saya sorang saja..
dulu baru2 kahwin tak ade rumah terpaksa menumpng rumah keluarga saya bila dah jadi macam tu saya bawak istri saya mnyewa rumah lain sebab banyak sangat hal yang jadii dengan mulut adik2 saya suka fitnh itu ini.
dengan ayah saya yang suruh istri saya pulangkn balik duit belanja kahwin yang saya bagi kat isteri dan suruh istri saya mnta ceraai dengan saya,
sampai ada orang tuduh saya kena bomoh dengan istri saya sendri, macam2 hal jadii saya tak tau sape yang buat mulut yang pasti benda2 ni timbul selepas ayah saya dah buat benda tak baik kat istri saya macam2 cerita timbul,
tapi sepanjang masa tu laa dia memang suka kurungkn diri dia kadang2 saya tengok dia tak terurus kadang2 senyum sorang sorang macam pelik. Ada juga time dia ceria.
dulu pernah dia skit saya bawak ke klinik doktor kata isteri saya stress melampau dan berberapa bulan ada bergantung dengan ubat..
dia pernah suruh saya ceraaikan dia sebab tak tahan dengan keluarga saya tapi saya sayangkan isteri saya dia baik tak macam keluarga saya tuduh dia..
ini dia dah jadi balik macam mana saya nak pujuk dia ke hspital untuk cek kesihatan dia saya risau kan dia dan anak kami dalam kandunggan.
Sekarang ni ayah saya sedang tenat saya baru fikir nak bawak istri saya melawat ayah saya kat kampung tapi keadaan dia macam ni saya buntu.. kalau saya balik sorang diri nanti apa orang kata.. saya terhimpit antara dua situasi…
KISAH KE 2. Malam tu, saya nampak abang ipar masuk bilik dan tunggu di pintu toilet. Mungkin dia ingat saya hanya mamai. Saya tak jerit sebab saya tak tahu apa perlu saya buat, tak sangka lepas tu..
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pertamanya, terima kasih admin kerana sudi menyiarkan luahan hati saya. Kepada pembaca yang budiman harap anda dapat memberi pandangan tentang permasalahan saya.
Saya ceritakan secara ringkas. Nama saya Ana (bukan nama sebenar), umur awal 30 an dan masih bujang. Saya bekerja sendiri, bisnes kecil-kecilan bersama kakak saya. Kakak saya sudah berkahwin dan saya tinggal bersamanya memandang kan dekat dengan tempat kerja.
Hubungan saya dan kakak sangat baik, tiada rahsia antara kami. Kakak saya dah berkahwin lebih kurang 8 tahun dan dikurniakan seorang putri yang sangat comel.
Hubungan saya dan anaknya sangat baik. Saya sangat sayangkn anak buah saya seperti anak saya sendiri. Hubungan saya dengan abang ipar pun baik.
Sepanjang tinggal bersama mereka segalanya baik. Asam garam rumah tangga mereka tiada rahsia pada saya. Saya bersyukur dapat abang ipar yang tidak pernah berkira dengan kakak saya dan juga keluarga. Ibu dan ayah juga sangat menyanyangi abang ipar.
Pada pandangan saya abang ipar seorang lelaki yang baik, ayah yang baik dan juga suami yang baik, Tetapi manusia ini tidak sempurna , ada juga kekurangan dirinya seperti terlalu kerap main game dan cembvru.
Hubungan kakak dan abang kadang kala ok. Kadangkala tidak. Saya anggap abang ipar seperti abang sendiri, tidak pernah terlintas walau sikit dalam fikiran saya seandainya dia akan melakukan hal2 yang tidak baik pada saya.
Cuma baru2 ni ada perkara yang tidak terjangkau dalam fikiran saya ia akan berlaku. Ada satu kejadian. Saya tertido diluar, di depan tv. Saya agak mamai, tapi saya boleh nampak abang ipar ingin ke dapur, tiba2 saya dapat rasa die selimutkan saya, dengan sentuhan yang pelik.
Saya terkaku dan die ciium bahu saya dan dia terus masuk bilik. Saya rasa amat terkejut dan tak sangka apa yang saya lihat. Saya cuba lupakan dan anggap mungkin ape yang die buat sebab rasa sayang dia pada saya sebagai adik.
Perkara tu amat mengganggu saya, 2 hari lepas kejadian saya tido di bilik. Bilik saya berkongsi toilet dengan bilik sebelah dan jika nk ke bilik saya boleh melalui bilik sebelah. Abang dan kakak tido di master bedroom. Toilet pintu memang ada masalah. So tidak boleh dikunci.
Selama tinggal dengan mereka abang ipar tidak pernah masuk bilik saya, sejujurnya dia menghormati hak peribadi saya. Tapi pada malam itu, saya tersedar tiba2, dan saya nampak dia ada dalam bilik saya.
Ya Allah dengan pakaian tido saya yang tak sempurna, walaupun dalam gelap saya tahu itu dia. Saya menggerakkan badan saya dan saya nampak dia tunggu di pintu toilet.
Mungkin dia ingat saya hanya mamai. Saya tak jerit. Saya tak tahu apa perlu saya buat. Saya cuma buat banyak pergerakkan supaya dia tahu saya hampir sedar. Lama kemudian saya dengar dia masuk bilik.
Saya rasa sangat sedih dan kecewa, kenapa dia berkelakuan begitu. Saya tahu kakak saya kadang kala sangat sibuk. Kami kerja bersama dan kerja tidak menentu. Saya tahu keadaan rumah tangga mereka turun naik dan hanya anak pengikat cinta mereka.
Saya tidak tergamak nak beritahu kakak, saya tahu andai saya beritahu kakak, dia tak kan dapat maafkan abang ipar. Saya terbayangkan anak mereka, anaknya sangat rapat dengan abang.
Apa yang saya cuba luahkan, sepanjang 8 tahun kenal abang ipar, hidup bersama mereka tidak pernah sekali dia mengambil kesempatan.
Apa yang harus saya lakukan? Saya takut perkara ini berulang lagi. Perlu ke saya terus terang saja dengan abang ipar supaya tidak melakukan hal ini lagi demi anak dan isterinya. Saya tidak mahu rumah tangga mereka musnah.
Saya tahu abang ipar sangat sayangkan keluarga kecil mereka, cuma saya tak tahu kenapa dia bertindak demikian. Saya harap sangat sekiranya pembaca boleh beri saya pendapat.