Foto sekadar hiasan. Nama aku Intan, berumur 29 tahun. Aku berasal daripada keluarga biasa-biasa tetapi ditakdirkan Tuhan, dipertemukan jodoh dengan suami yang datang daripada keluarga yang kaya raya dan bolehlah kalau nak digelar, Crazy Rich Malaysian. Aku dan suami bertemu ketika sama-sama menuntut di universiti. Selepas SPM, aku berpeluang melanjutkan pelajaran di luar negara dengan biasiswa. Suami pula belajar di sana dengan perbelanjaan sendiri.
Sepanjang pengajian, suami duduk bersendirian di rumah milik keluarga mereka di salah satu negara yang terletak di Hemisfera Selatan.
Ayah mertua bekas CEO di sebuah syarikat terkenal dunia berpangkalan di Malaysia. Beliau masih memegang jawatan sebagai ahli lembaga pengarah di beberapa buah syarikat berkepentingan kerajaan dan swasta.
Ibu mertua pula seorang suri rumah. Biarpun tidak pernah bekerja, ibu mertua merupakan anak tunggal yang turut mewarisi kekayaan keluarganya.
Kalian bolehlah membayangkan bapa mertua aku seperti watak pelakon Mustapha Kamal dalam drama Megah Holdings. Kebetulan, muka dia memang ada iras-iras.
Tapi dalam kalangan keluarga besar mereka, rumah mertua di Hartamas yang kalian boleh intai dari Plaza Tol Penchala ini adalah yang paling biasa-biasa sekali
Keluarga yang lain kebanyakan duduk di Bukit Tunku, Taman U-Thant, Taman TAR dan Mines Resort. Hampir semua saudara mara mereka duduk di rumah agam bersaiz mega. Ada juga yang ‘cuma’ duduk di kndominium, tetapi bukan sebarangan rumah, lokasi di bucu KLCC
Teringat cerita di awal perkahwinan sewaktu melawat ke rumah seorang saudara suami. Aku disambut dua pembantu asal Filipina berbaju seragam (kemudian dapat tahu salah seorang tu berkelulusan TESL dan buat part time mengajar English di rumah jiran, konsulat Jepun di malam hari).
Mahu melangkah masuk rumah, nak pakai atau buka kasut pun aku tak pasti. Malu dan keliru. Rumah itu memang mega bak istana dengan dekorasi mewah
Setakat yang aku dengar, tok nenek moyang mereka datang ke Malaya naik kapal masa zaman British dulu. Mereka datang-datang dah kaya, bukan baru kaya sebab jadi ahli p0litik, jual produk timbang kilo atau tipu-tipu duit NGO.
Mereka bukanlah berdrah keturunan raja tetapi mempunyai hubungan yang sangat akrab dengan golongan istana.
Aku tak pasti gaya hidup orang kaya lain. Tetapi selama aku berkahwin dan hidup dalam keluarga ini, agak berbeza dengan kehidupan ‘orang kaya’ yang dipamerkan kebanyakan influencer dan anak-anak V1P lain di sosial media. Hidup mereka walaupun ada juga drama, tetapi lebih siuman.
Jadi, apa tujuan aku di sini? Aku rasa terpanggil untuk berkongsi kehidupan nyata orang-orang kaya di Malaysia. Kenapa aku? Sebab keluarga yang sebenar-benar kaya ini sangat tertutup dan tak begitu berminat berkongsi kehidupan dan kekayaan mereka di sosial media.
Berikut aku kongsikan TIGA (3) sifat keluarga kaya raya ini daripada pemerhatian peribadi aku.
MERENDAH DIRI.
Secara umum, keluarga mereka sangat-sangat merendah diri dan tidak suka mempamerkan dan membandingkan kekayaan. Jika keluar di khalayak umum, mereka tidak suka memakai pakaian dan aksesori yang terlalu menarik perhatian.
Biarpun jauh daripada mampu, mereka sekadar memandu kereta yang praktikal dan ‘tahan lama’ seperti Mercedes, BMW dan sekurangnya satu kereta jenama nasional.
PENDIDIKAN.
Tiada istilah pendidikan tidak sepenting usaha dan kerja kuat. Kebanyakan memang belajar di sekolah-sekolah antarabangsa dan swasta di dalam dan luar negara. Namun tidak kurang yang masih menghantar anak ke sekolah kebangsaan dan menengah biasa
Seterusnya mereka akan menyambung pelajaran di universiti luar negara. Biarpun hidup serba cukup, pendidikan terbaik tetap dititikberatkan
KEKELUARGAAN.
Mereka sangat mementingkan nilai kekeluargaan. Hampir setiap perayaan dan sambutan akan diraikan.
Satu contoh yang agak menarik perhatian, setiap kali satu keluarga ingin mengadakan majlis perkahwinan, keluarga lain akan menghulurkan duit ‘salam keruk’ dalam jumlah yang agak besar (untuk aku).
Tidak kurang ratusan ribu ringgit dihulurkan setiap keluarga SEBELUM majlis dilangsungkan. Jadi, tidak hairanlah jika mereka mampu mengadakan majlis resepsi mewah di hotel-hotel lima bintang.
KEDEKUT.
Ya, walaupun banyak duit, mereka sangat berkira tentang keluar masuk duit. Mungkin itulah sebabnya mereka boleh kaya raya. Mereka tidak sewenangnya membelanjakan duit membeli barangan mewah.
Cuma dalam kedekut-kedekut tu, mereka sangat kuat bersedekah. Bukan sikit nilai yang mereka hulurkan. Mereka tidak perlukn pujian atau berita viral. Mereka cuma pentingkan resit untuk dapatkan pengecualian cukai.
Banyak lagi sebenarnya nilai yang boleh diteladani daripada rutin kehidupan dan tradisi keluarga ini. Yang baik jadi pedoman, yang buruk jadi sempadan.
Tetapi aku masih tak pasti, apakah kalian benar-benar ingin tahu? Apakah lagi rahsia kehidupan mereka yang kalian ingin aku kongsikan?
Akhir sekali, aku harap masyarakat tidak akan terpedaya dengan definisi kekayaan yang salah, ditonjolkan orang yang baru nak merasa sedikit kesenangan dunia.
Kalau ada yang terpaksa menunjuk-nunjuk kaya, ketahuilah bahawa mereka sebenarnya belum cukup kaya.
Ini antara reaksi netizen.
Zulaika.Dah kalau dah kaya memang lah tak yah pikir nak kena belajar rajin-rajin dapat biasiswa dan kerja (dngn gaji yg murah), tak yah fikir mak ayah adik beradik nak makan apa, tak payah fikir nak kena masak, cuci, jaga anak tanpa bantuan. In a nutshell, less drama in life.
Cuba kalau dorang tu jadi miskin….tngk boleh ke sikap tu semua kekal ? Nth2 anak meragam dah minta ceraai dngn laki
Zulaika.Anyway, sorry to say….saya asal keluarga miskin dan partner saya asal dari keluarga kaya juga.
Tapi bila saya tngk family dia, saya tak rasa kagum pun. Saya pandang mereka sama je mcm saya pandang saudara mara saya.
Mereka semua pun manusia sama mcm kita. Orang miskin jauh lagi kreatif dari orang kaya sbb kita kena hidup dan guna apa yg ada di tangan. Our resources are limited.
Sometimes, saya terfikir, if they not rich, will they survive?
Saya tngk anak saudara dia, pandai memang pandai tapi dngn cikgu tusyen kemudahan personal itu ini.
Those thing (tusyen) saya tak pernah merasa masa kecil. But even with that, saya masih boleh jadi top scorer.
Farah ann. Jaga diri, sis. Sebab macam mana sekali pun, kaya tetaplah kaya, miskin tetaplah miskin. Apatah lagi keluarga suami sis adalah old money. Memang mereka humble etc. pada sis dan Alhamdulillah, nampaknya bakal kaya akhirat juga dgn amalan sedekah mereka.
BUT, always remember where you come from, your roots and who you are. Orang kaya ni, humble macam mana sekali pun, tetap ada eg0 tertentu dlm diri mereka.
Yelah, logiknya, seumur hidup dah berada at the top of the food chain. Mestilah ada bezanya singa dgn serigala. Ada satu button dlm diri diorang ni yg kita janganlah cuba2 nak push.
Button “I’m better than you peasant” ni akan keluar kalau kita tersilap langkah atau kata Masa bergurau contohnya.
Ayat apa yg keluar dari mulut diorang tu nanti, 7 keturunan tak habis hadam dia punya bisa, sis. Jadi, jaga diri. Kita ni orang miskin tapi masih punya air muka nak dijaga.
Rara.Org yg betul-betul kaya mmg tak menunjuk. Di socmed mereka pun kdg2 gambar ntah apa-apa je. Follower pun sikit, anak beranak je. Ni dipanggil old money.
Dia yg gelabah nak menunjuk kaya ni jenis yg baru jadi kaya, atau jenis laki baru dpt kontrak besar, atau jenis founder timbang kilo, takpun scammer….yg ni kau boleh tgk la dia punya angin tu mcm mana. Dengan kawan2 pun tiba2 dia pilih. Ni dipanggil new money.
Joham.Saya pula Rumah kampung atap rumbia beralas tikar mengkuang. Tak ada perabot fancy nan mewah. Hanya ada sebatang rotan buat perhiasan dan peringatan.
Tak ada televisi nipis berpuluh inci. Kitab-kitab tak ada dalam almari perhiasan. Semua di atas rehal usang. Selembar-selembar sudah menguning, kusut dek terbelai tiap hari. Itulah hiburan, itulah pengetahuan.
Makan di rumah jarang ada beras nasional lima peratus hncur. Ubi kayu harapan jadi santapan ruji. Tambahan pucuk ubi lemak santan kelapa tua yang hanyut dari sungai belakang rumah. Bersimbiosis dengan dengan alam sesungguhnya.
Tak ada keluar negeri. Hanya keluar kebun. Berinspirasi dengan ibu alam, berkejar bersama ayam.
Kelompok persaudaraan hadir dari musim menuai titik peluh tani. Tak ada tuxedo kilat membaluti tubuh, cerut colombia, wine merah. Tak ada. Yang ada cangkul tumpul bersama barongan lama.
Begitulah. Sederhana saja hidup crazy poor Malaysian.