Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Aku Yani, dah berkahwin anak 4 orang. Confession ni sedikit panjang. Mak aku ibu tunggal dan dari dulu suri rumah. Mak aku tak pernah bekerja makan gaji, cuma pernah berniaga sekejap.
Masa muda mak banyak berk0rban untuk kami anak-anak. Aku faham tu. Sebab tu aku belajar sungguh-sungguh dan bila bekerja aku bagi duit kat mak.
Actually dari zaman aku universiti lagi aku tak guna pun duit mak. Sebab aku tahu adik-adik aku ramai lagi nak guna duit untuk belajar. Bila anak-anak dah kerja dan tanggung adik-adik, bagi duit bulan-bulan, aku rasa duit mak lebih daripada cukup.
Mak boleh menyimpan dengan sangat banyak. Anak-anak bergilir beli makanan, bayarkan macam-macam, belikan mak baju, beg, peralatan dapur sampai mak tak habis nak guna. Semuanya untuk balas jasa mak.
Mak juga pernah ke luar negara few times, pergi haji, umrah. Kalau bercuti atau nak ke mana-mana. Semuanya anak-anak taja. Entah lah kenapa. Bila aku dah kerja, bunyi ayat mak makin lain macam.
Beg-beg tak nak yang tak branded, ni sebab kakak aku memang jenis suka kejar brand. Tpi aku pun tak faham, mak nak guna buat pakai ke mana, mak pergi pasar dan kenduri pun sekali sekala. Jadi kalau aku bagi yang level-level biasa ni, mak mula bersungut, compare dan tak nak pakai.
Kadang-kadang pandang sebelah mata yang aku bagi. Tpi yang kakak bagi, yang high standard, itu lah yang mak puji. Mak juga selalu cakap tak ada duit. Aku tak faham, sebab selama ni duit pencen arwaah ayah, kami tak pernah tanya. Adik-adik aku pun semua dah kerja.
Kalau balik kampung, mak mula berkira bil 4pi dan bil air. Termasuk juga makanan. Padahal, tiap-tiap bulan hulur duit, makanan pun selalunya kami beli, mak juga yang insist nak masak. Kalau ke pasar, tak anak tu, anak ni yang hulur duit beli barang basah.
Bil telefon mak, ada anak lain yang bayar. Kereta pun sama. 4pi dan air memang tak ada yang bayarkan aku rasa tpi setakat sekali setahun anak-anak balik kampung, takkan lah mak nak sebut-sebut juga. Duit pun diberi, cuma tak spesifik lah utk guna buat belanja apa. Pandai-pandai mak.
Barang kemas mak, tak yah cakaplah, tebal-tebal. Anak-anak bagi. Aku bagi pun ada. Mak pun bukan selalu pakai kecuali masa perayaan atau pergi kenduri. Jadi aku rasa, hidup mak dah sangat baik sekarang dan tak wajar mak nak merungut lagi.
Mak juga actually dari dulu suka beza-bezakan anak. Satu hari, aku tak tahan sangat dan kecil hati. Bila anak kakak aku nak makan, mak berkejar nak letakkan nasi ke pinggan dan sediakan ikan seekor untuk anak kakak aku. Umur anak akak aku darjah 3 ya.
Anak aku masa tu 2 orang kat dapur, mak macam tak tengok, seorang 4 tahun dan seorang 5 tahun, ye mungkin sebab mak tahu aku akan letak nasi kat diorang. Tpi bayangkan ikan seekor mak suruh bagi 3 orang makan, termasuk anak sulung aku darjah 4, tak cukup lauk katanya.
Tup-tup lepas tu, datang anak saudara aku yang seberadik dgn anak saudara aku tadi, diberinya seekor ikan lagi.
Anak-anak aku memang tak pernah merungut, memang jenis makan je apa dihidang. Lauk sikit pun memang amat jarang berbunyi. Aku bersyukur part ni. Tpi aku sedih sebab bukan sekali ni mak buat macam ni.
Mak lupa ke dulu masa aku kecil, mak juga pernah kecil hati dengan bapa mertua which is atuk aku yang beza-bezakan kami dengan sepupu kami. Tpi sekarang, mak buat benda sama. Anak-anak aku dan anak abang aku, jarang mak sentuh.
Kadang-kadang mak cakap tak ingat nama anak-anak kami. Aku tak kisah, tpi aku tahu abang aku kecil hati. Tai anak abang aku sorang lagi dan anak akak aku, mak siap peluuk-peluuk.
Anak akak aku bukan kecil lagi, tpi bila dia nak makan, atau nak minum, mak kerah adik-adik aku tolong sediakan. Anak aku umur 4 tahun pun reti amik sendiri.
Abang aku dan akak aku ni ye lah gajinya lagi besar dari kami. Mak pula sibuk highlight duit 4pi yang dia kena bayar, sebabnya masa tu aku beli kipas baru. Tpi bayangkan akak aku dan abang aku beli aircond, tak pula mak bising.
Keluar bilik, diorang tak tutup lampu dan kipas, tak pula mak bising. Mandi lama-lama tak pula mak bising. Tpi kalau aku mandi, lama sikit, mak dah kecoh-kecoh kat luar. Padahal aku balik sekali setahun.
Adik-adik aku ada yang duduk rumah lagi lama daripada aku. Siap ada yang menganggur, tak pula mak tuntut suruh bayar. Aku kecil hati sangat waktu tu. Aku tak kisah kalau mak buat kat aku, tpi aku tak tahan bila tengok anak-anak aku kena macam tu.
Aku tak suka bila tengok mak dah tak macam dulu lagi. Dulu mak tak merungut pasal duit walaupun susah tpi sekarang patutnya dah makin senang, tpi masih merungut.
End up mak kecil hati bila aku cakap, mak kata dah tak payah telefon dia lagi lepas ni. Dia tak kisah kat aku. Anak-anak dia ramai lagi.
Adik aku pula yang sorang ni menganggur, sampai sekarang. Duduk rumah tak buat apa. Lesen ada, siap dibelikan kereta, nak masuk kelas kemahiran apa cakap je, orang nak bayarkan, tpi ada je alasan yang mak aku berikan, bukan adik aku. Jadi makin naik lemak adik aku ni ya.
End up dia tak buat apa-apa. Makan tidur makan tidur. Alasan mak, adik aku ni jaga mak, mak pernah cakap kat aku, yang kitorang anak-anak yang lain kena bagi duit kat adik aku sebagai upah jaga mak.
Adik aku ni pernah tolong aku jaga anak-anak aku, dulu sekali, masa tu aku baru pindah tempat kerja. So aku nak uruskan banyak benda.
Masa tu mak dah pesan siap-siap, kena bagi duit macam gaji la kat adik aku. Dia tolong aku dalam 2-3minggu, aku bagi seribu. Padahal gaji aku kecil je. Tiket bawah aku, duit makan bawah aku, kiranya bersih seribu dia dapat.
Sekali lepas bertahun-tahun, aku dapat tahu akak aku pernah minta tolong adik aku, dia bagi 2 ratus ke 3 ratus je. Padahal gaji akak aku sekali ganda lebih gaji aku.
Aku rasa macam kena scam dengan mak aku, sebab mak aku macam brainwash aku. Padahal mak tahu masa tu, aku punyalah tak ada duit sebab baru pindah tempat kerja.
Hari-hari mak berzikir, siap bgtau berapa amaun suppose adik aku dapat. So nak jadi cerita, ada sekali masa tu aku tak tahan, aku luah kat adik aku yang menganggur ni pasal layanan mak kat aku, dan anak-anak. Adik aku back up mak.
Katanya kalau taknak bagi duit bulan-bulan, tak payah bagi. Aku katalah, kalau aku tak bagi, lagi teruk mak tak layan aku sebab aku tengok abang aku, mak endah tak endah je. Adik aku kata layanan mak kat anak-anak sama je.
Ewah sedaplah cakap, adik aku ni menganggur aku rasa dah dekat 8 tahun. Aku dulu duduk rumah tak sampai 10 hari lepas grad, mak dah bising suruh kerja. Adik aku ni pulak, mak cakap, tak yah lah kerja, ksian dia. Ksian dia. Apa yang ksian pun aku tak tahulah.
Aku nak jadi meluat sebab adik aku pun dah pandai minta-minta daripada aku. Dan satu sebab aku rasa dia tak ada hati nak kerja, sebab duit kat bank yang mak aku punya, semua nya dia pegang dan dia tahu. So dia tahu mak aku ada banyak duit. Buat apa kerja kan.
Lepas dah 12 tahun kerja aku bagi duit non stop kat mak, aku decide tahun ni aku nak berhenti. Aku akan bagi bila balik raya atau balik kampung je.
Aku pun komitmen makin bertambah, adik-adik aku pun supposedly bukanlah kategori wajar ditanggung lagi sebab masing-masing dah besar.
Pelajaran dah ada, kender4an dah ada, kalau malas taknak kerja, tu pilihan sendiri dah, bukan tanggungjawab aku untuk bantu.
Mak pun tak habis nak makan guna duit pencen dan duit rumah sewa arwaah abah. Campur duit anak-anak lain yang bagi lagi, termasuk adik-adik aku yang lain yang dah kerja.
As expected, bila balik kampung, mak masih merungut pasal duit, macam dia tak ada duit. Aku pun dah jarang call mak seperti yang mak minta tak yah call dia.
Minggu lepas, aku call mak sebab lama dah tak call, mak aku ke tempat abang, which is memang abang aku akan tanggung semua la.
Abang aku kerja seberang laut. Jadi aku tanyalah mak jalan-jalan kat mana, mak beli apa kat sana. Mak pun buat-buat sedih, mak tak beli apa-apa, sebab mak pun tak ada duit dah sekarang ni.
Aku rasa trigger dgn ayat mak, tak habis lagi kisah tak ada duit ni. Jarang call tpi bila call, pasal duit juga. Rasa nak gelak pun ada, sebab teringat mak tak ada duit lah dah aku tak bagi duit kat mak start tahun ni.
Aku pun baru macam nak sedar sikit lah, ayat-ayat sedih mak ni. Dulu aku innocent percaya bulat-bulat, belikan mak macam-macam, belanja mak, bagi duit bulan-bulan.
Ingat nak balas jasa, nak buat mak gembira. Tpi mak tak appreciate. Malas lah nak cerita kenapa aku kata mak tak appreciate.
Ni kali kedua mak ke tempat abang, dulu masa aku dah bagi macam-macam, ada juga lah mak belikan untuk anak-anak aku, t-shirt tak sampai 10 ringgit seorang, warna hitam dan tak menarik pula tu, padahal anak-anak aku perempuan.
Dan aku tahu mak aku takkan lah tak fikir t-shirt tu tak sesuai untuk budak perempuan. Alasan mak duit tak ada, tpi sebenarnya masa tu macam punishment kat aku je sebab aku tak hulur duit yang mak minta, aku lupa untuk apa masa tu.
Macam lah aku tak tahu, mak bagi apa kat cucu-cucu dia yang lain. Bukan t-shirt hitam tu lah yang pasti. Tpi aku diam je, aku kecil hati tpi malas nak layan sangat.
Kali ni aku tak bagi duit bulan-bulan, memang tak ada apalah mak nak beli kat anak-anak aku, walaupun duit mak bulan-bulan confirm ada beribu.
By the way, mak aku memang macam ni, dia memang suka beza-bezakan anak. Kalau dia beli apa-apa, dia suruh kakak dan adik aku pilih dulu, aku ni orang terakhir dan dapat yang lebih-lebih je.
Tpi aku dah redha sebab aku tahu kenapa mak berkelakuan macam ni kat aku. Cuma aku tak boleh nafikan, aku sikit sebanyak masih sedih.
Aku try jarakkan diri seperti sarana ramai, aku join support group and community di fb yang ada masalah toxic parent ni.
Sampai sekarang aku cuba heal hati aku. Try not to expect anything from parent. Aku bersyukur la suami aku sangat penyayang dan supportive, dia macam malaikat kecil untuk aku.
Ibarat dahan untuk aku berpaut. Apapun aku selalu doa untuk mak semoga diberi ketenangan hati, kebahagiaan dunia dan akhirat.
Mak pernah tanya aku, kalau mak maati, aku menangis tak? (mak dah saakitkan hati aku macam-macam, lagi mau tanya hahaha). Aku jawab, aku tak menangis, nak buat macam mana semua yang hidup pasti maati.
Mak juga selalu brainwash adik beradik aku yang lain, macam aku ni teruk sangat, aku tak sayang adik beradik lah, maati esok-esok aku sorang-sorang lah, sampai adik lelaki aku cakap kalau aku maati nanti, takde siapa akan bantu aku. (sedih dan perit tpi aku terima).
Aku jawab, maati kat mana-mana pun, nanti ada je orang akan uruskan jen4zah sebab tu fardhu kifayah. Sahabat nabi pun ramai yang maati di luar kota madinah, jauh daripada keluarga dan sanak saudara.
Aku pun dari zaman universiti, aku dah redha kalau aku maati di perantauan jauh dari keluarga, aku tak kisah ditanam di mana.
Lagipun, adik beradik aku semuanya duduk scattered dan jauh-jauh. Tak sempat sampai, jen4zah dah kebumi dulu. Lagipun kau dah maati, apa urusan dunia ni it is not a big matter anymore.
Nak bagitaunya, to that extend, hubungan aku dgn mak yang tak berapa rapat ni dan aku dah tak harap apa-apa dah. Aku hidup ni pun sekadarnya. aku tak minta dilahirkan. Dulu aku down, frust, sedih tpi sekarang aku belajar yang kita tak boleh ubah orang, tpi kita boleh ubah diri kita.
Aku takkan biar hati aku pedih disaakiti kata-kata mak, atau sedih bila tak di appreciate. Aku nak value diri aku. Umur aku nak dekat 40 tahun, baru aku sikit sebanyak boleh let go dan move on.
Aku buat benda aku suka sekarang ni, syukur suami tak halang, tak pressure malah support untuk aku hidup lebih sihat. Mentally, spiritually and physically.
Sesiapa yang ada anak tu, aku harap korang jangan suka-suka kasari anak dengan kata-kata, sentiasa berfikir sebelum bercakap, hargai mereka sebagai seorang manusia. Bantu mereka untuk kenal diri mereka. Jangan judge mereka.
Setiap anak tu ada lah permata. Layan mereka sebagaimana kita nak dilayan.
Ini antara reaksi netizen.
Nuraz. Merajuk.pada yg sayang.
Minta pd yg kasih..simple ayat ni, tp mendalam maksudnya..
Bila kita merajuk, tp org tu tak sayang kita, dia samada tak sedar pun, memang tak peduli..
Jadi, bila dh sedar diri tidak disayangi..jngnlh harapkn layanan yg serupa dgn org2 yg disayang…Mmg mnyedihkn bila cucu tdk disayangi sbb lahir dr ank yg tak disayang..
tp, ajarlh anak tu, utk tdk berharap, agar tdk lh mereka menaruh harapan..
Tentang maati sendiri tu..semua org pun akn bersendiri selepas maati..sesetengah ke s sj yg org dikebumikn ramai²…
dn cukuplh ank2 soleh yg mndoakn kita..x perlu pun harapkn pd adik beradik..
yg baik2 ,yg mereka sayang tu pun, belum tentu mereka akn berikn doa baik², apa lg yg tidak disayangi..
Peah. Lebih kurang cerita aku. Aku kalau balik kampung memang tak tido rumah mak aku, aku hanya pergi melawat dia mcm tetamu, kalau mood ok pergi pagi balik ptg, kalau tak berapa elok lepaklah sejam dua.
Padahal rumah tu mak aku duduk dgn anak angkat dia. Ada je ruang utk aku, tpi demi menjaga hati semua manusia, aku sanggup sewa dan bermalam di homestay.
Lepas aku kahwin dan ada anak itulah yg aku praktikkan. Utk kedamaian dan ketenangan hati/jiwa semua pihak. Siapa yg tak sayang mak. Tak naklah aku jadi anak derhaka.
(Kalau nak suruh dia gi mengaji, dia memang ada geng mengaji, dia ada geng masjid, geng surau).
Sue. Alhamdulillah tt dh sedar peel mak. Jarakkan diri. Kita jgn hrp org lain sygkn ank Kita. Biarlah Kita yg sygkn ank2 Kita. Kita jgn hrap org lain bg mkn sedap ank Kita.
Tp kitalah yg bg ank Kita mkn ape yg Kita nk. Ingtlah kelak Kita jgn bezakn ank yg miskin yg kaya, yg cantik mahupun yg buruk.
Mgkin dlm ht ada ank yg lebih disayangi tp biarlah kt luar semua nmpk sama rata. Bohong klu seorg ibu syg ank nya semua sama. Mesti ada yg bongsu syg lebih sikit (cthnya lah).
Moko chan. Banyak masa lapang mak tu ya. Agak2 kurang tak peel mak tu kalau ada suami? Haha. Bwak mak pegi kelas agama ke apa kan.. huhu.
Rasa saakit hati kt adik tu pulak haha sy adik bongsu, abg & kakak2 byk memberi sy terima kasih sangat2, tak kisah lah berapa jumlahnya.
Tp makayah ni mmg ada favorite, jgn tipu lah, mmg ada, mak sy pun ada tp mak cuba cover tp nampak haha ktorg lah adik-beradik cuba buat supaya adik-beradik lain tak terasa.
Takpe lah, puan dah buat yg terbaik, takpe bagi jarak, rasa nak hug sis.