Suami aku mandul. Dia rasa tak berguna. Setiap hari bergduh sbb aku menangis, dia nak lepaskan aku

Gambar sekadar hiasan. Assalam. Terima kasih admin kerana sudi menyiarkan cerita aku. Confession ni mungkin sesuai dibaca bagi yang dah berkahwin atau pun mereka yang berumur 18 tahun ke atas. Tetapi mostly apa yang aku cerita ni adalah knowledge yang sangat berharga di mana aku rasa aku patut share untuk pengetahuan semua terutama yang telah mendirikan rumah tangga.

Nama aku Su. Umur aku 29 tahun. Suami aku 2 tahun lebih tua dari aku dan dia satu satunya anak lelaki dalam keluarga sebab abang suamiku telah mngl dunia. Kami mendirikan rumah tangga baru tiga tahun. Orang kata masih early stage dalam perkahwinan. Kami nikah atas dasar suka sama suka. Berkawan bertahun tahun sebelum memilih untuk mendirikan rumah tangga.

Masih lagi segar dalam ingatan aku. Selepas kami nikah, mertua aku ada sebut,“Kalau boleh jangan lah ada anak lagi dalam waktu terdekat, rancang dulu”.

Aku terkedu. Kerana aku memang niat aku nikah sebab aku betul betul bersedia untuk menjadi isteri dan ibu kepada anak anak aku.

Sungguhpun mertua aku nasihatkan aku supaya tidak mengandung, namun sejak dari kami nikah aku dah fikirkan cara terbaik untuk aku mengandung.

Setiap bulan aku beli OPK (0vulation monitoring kit) di samping catat dalam apps kesuburan untuk aku tahu hari apa yang aku paling subur.

Jadi bila tiba hari paling subur kami akan mencuba bersungguh sungguh. Hanya kami berdua saja yang tahu struggle itu.

Fast forward, ketika usia perkahwinan genap setahun, aku masih belum mengandung. Dipendekkan cerita, satu hari, aku ajak suami aku pergi ke sebuah hspital untuk check sama ada aku ni ada masalah untuk mengandung.

Oh yaa untuk pengetahuan aku datang bulan pada setiap bulan biasanya tepat pada waktu. Brat badan aku normal. Begitu juga dengan suamiku, sihat, normal dan tidak mempunyai masalah berat badan.

Prosedur pertama, adalah dari part isteri. aku perlu membuat ujian pap smear, kemudian ujian h0rmon. Drah aku diambil untuk diuji sama ada h0rmon aku stabil atau tidak.

Kemudian aku perlu membuat transvaginal ultras0und, supaya dktor dapat melihat sama ada aku dapat menghasilkan tel0r (0vum) yang normal. Dan ujian yang terakhir adalah HSG. Iaitu untuk mengesan sama ada tiub fall0pian aku tersumbat atau tidak.

Dan alhamdulillah semua ujian itu aku berjaya dan keputusannya aku tidak mempunyai apa apa masalah. Oh yaa untuk part aku ni bukan ambil masa sehari yaa untuk settle. Berbulan juga sebab bergantung pada hari subur dan hari kita datang bulan.

Settle part isteri, tiba masa suami aku membuat ujian sp3rma. Suami diarah untuk mengeluarkan semen dia supaya doktor boleh lihat sama ada dalam semen dia mempunyai sp3rm – sp3rm yang normal.

Cara dia keluarkan semen tu jangan la dibayangkan yaa para pembaca. Suami kena keluarkan sendiri, ada bilik khas yang disediakan di hspital. Keputusan untuk suami cuma mengambil masa beberapa jam saja. Jadi kami decide untuk tunggu di hspital.

Selang beberapa jam, nama kami dipanggil untuk masuk ke bilik. Aku cool saja sebab memang fikir yang baik baik inshaAllah tiada apa apa yang buruk. Aku yakin.

Tiba tiba keputusannya adalah, “az0osepemia”. Aku macam “oh okay” mungkin ada sesuatu tapi aku tak adalah terkejut sebab aku pun tak tahu apa itu azoosprmia.. Kemudian dktor jelaskan az0osp3rmia adalah keadaan di masa seseorang lelaki tidak hasilkan/produce sp3rm langsung.

Dalam erti kata lain, semen yang dikeluarkan oleh lelaki tersebut adalah kosong sahaja. Tanpa sperm. Di mana sepatutnya seseorang lelaki menghasilkan berjuta juta sp3rm ketika kemuncak, tetapi suamiku kosong.

Di atas kertas tu tercatat -NIL-. Doktor jelaskan, azoosp3rmia boleh terjadi sekiranya kilang sp3rm rosak atau saluran sp3rmnya tersumbat.

Dan doktor pesan, satu satu nya kaedah untuk kami mendapatkan zuriat hanyalah IVF. Itu pun sekiranya suami aku punya masalah adalah saluran sp3rmnya tersumbat. Di mana doktor akan cuc0k ball dia dan terus sedut keluar semen dari ball dia.

Sekiranya ada sperm jadi doktor akan terus senyawakan dengan 0vum aku. Tetapi sekiranya tiada juga doktor sarankan untuk ambil anak angkat saja.

Fikiran aku tiba tiba jadi kosong. Pandangan aku gelap. Apa yang harus aku buat aku tak tahu. MENANGIS ? M4RAH ? SEDIH ? Entah aku sendiri tak tahu.

Kami decide untuk ulang sekali lagi ujian untuk suami lagi 2 bulan. Sebab nak betul betul kepastian. Dalam waktu 2 bulan itu macam macam yang suami aku amal. Healthy food dan healthy lifestyle .

Selain ambil pelbagai jenis supplement dan vtamin. Dalam tempoh 2 bulan ni juga tempoh yang betul betul menduga sebab suami aku kadang kadang hilang pertimbangan.

Dia rasa dia useless dan tak mampu berikan aku anak, dia nak lepaskan aku. Bergaduh almost everyday sebab aku asyik menangis je. Aku menangis kenapa Allah duga macam ni.

Fast forward, dah selang 2 bulan kami buat ujian lagi sekali untuk suami. Dan keputusannya masih sama. Cuma waktu ini aku dah tak terlalu sedih dan terkejut kerana aku memang tak nak letak high expectation supaya aku tak kecewa.

Sekarang aku dah redha dengan perancangan Allah. Cuma aku tak boleh terima kalau orang asyik tanya soal anak. Paling aku tak boleh terima kalau orang siap pegang perut aku dan tanya,“Bila nak ada isi ni, dah lama dah” . Aku cuma cakap, “inshaAllah, doakan yaa.”

Kenapa yaa asal tak ada anak je, isteri yang dituduh mandul dan tak subur. Sedih betul aku. Aku rasa ann0ying sangat. Kenapa orang tak faham? Orang dekat luar tak faham betapa kami suami isteri nakkan zuriat.

Aku dengan suami aku, kalau tengok budak kecil atau baby dekat luar kami boleh tersenyum sendiri sebab seronok tengok keletah diorang. Apa yang kami dah lalui, naik turun hspital, check sana sini, susah payah kumpul duit untuk IVF, Orang tak tahu.

Jadi di sini aku nak pesan, aku minta tolong sangat sangat sangat, kalau dah tak ada benda baik nak cakap, lebih baik diam, dari menyakiti perasaan orang.

Family aku tak tahu hal ini kerana aku tak mahu mengaibkan suamiku. Tapi keluarga mertua aku semua tahu kerana kami decide untuk cerita.

Tapi sekali lagi aku rasa ann0ying sebab jujurnya aku tak suka bila keluarga mertua aku nasihatkan pergi berurut, makan itu ini untuk tingkatkan kesuburan suami aku.

Kalau korang tak ada dalam situasi aku, tolong jangan nasihat yang bukan bukan. Aku bukan tak percaya urut batin ni, tapi bila kita dah tahu apa solution untuk dapatkan anak, kita terima dan teruskan jela apa rancangan dari doktor.

Mertua aku ni juga antara orang berada berpangkat. Tapi suami aku biasa saja. Yang buatkan aku lebih sedih, mertua dan jauh hati, walaupun diorang tahu masalah suami aku, diorang langsung tak support financially or mntally. Tapi bila habis kan duit pada benda benda lain tak apa.

Mertua aku ada 5 orang cucu. Setiap kali cucu balik ada saja benda mahal mahal yang dibelikan. Nilai beratus ratus. Kalau dah 5 orang, dah berapa pula kan.

Aku dengan suami pula langsung tidak dikisahkan. Walaupun masalah tu datangnya dari anak diorang, diorang ignore je as if macam peny4kit suami aku ni boleh baik dengan sendirinya. Kononnya kalau ada rezeki mesti ada punya tanpa apa apa rawatan.

Sampai sekarang aku susah nak terima. Bukan aku terlalu mengharap nilai ringgit, tapi sekurangnya support lah kami ni. Bagi kata kata semangat pun aku syukur.

Sekarang, suami aku dah settle dah pun operation. Alhamdulillah sp3rmnya ada dan telah di bekukan untuk disenyawakan dengan 0vum aku. Doakan perjalanan IVF kami berjalan lancar yaa kawan kawan.

Dalam masa yang sama kami masih lagi dalam fasa kumpul duit sebab IVF ni sekurang kurangnya kena ada dalam 15 ribu. Tapi boleh bayar sikit sikit. Kami berdua makan gaji saja jadi memang ambil masa.

Doakan kami suami isteri kuat dan tabah harungi ujian ini bersama sama.

Sekarang, kami dah ada rumah kami sendiri. Walaupun kami belum ada anak, tapi kami masih lagi bahagia alhamdulillah. Apa yang aku nak makan, apa yang aku teringin suami aku cuba penuhi.

Jadi aku cuba lawan perasaan aku untuk tidak meletakkan anak itu sebagai punca kebahagiaan. Aku redha dan terima ujian ini dari Allah swt untuk menguji kesabaran kami berdua. Terima kasih sudi mendengar luahan hati aku.

Apa reaksi warganet

Izan Zuan, Saya dah 4 tahun lebih. Sejujurnya kami sememangnya tak berusaha keras pun. Rupa2nya, ada hikmahnya Allah tahan dulu rezeki zuriat kami, sbb Allah nak saya jagakan ibu saya sepenuhnya dgn baik setelah kematian ayah. Kakak saya pulak ibu tunggal yang diberhentikan kerja start 1st PKP. Makanya, tanggungjawab membantu diorang terletak dibahu saya untuk meringankan kesuulitan yang diorang hadapi skrg.

Bayangkan kalau saya ada anak sorang dua skrg ni. Dgn gaji yg tak besar mana, mustahil dapat support diorang financially. Saya husnuzon dgn perancangan Allah yg sebaik2 Perancang. Saya redha di tahap yang benar2 redha. Alhamdulillah.

Ellyuna Rose, Benda seme ni rezeki Allah taala.. Allah x janji lepas kahwin terus dpt ank.. ada org, cepat jer bunting pelamin..ada org mkn masa bertahun2, ada org smpai akhir hayat x dikurniakan ank tp hidup bhagia..ada org period x teratur pon ada rezeki ank… Sy sendiri pon tak dikurniakan anak.

Apepun, semoga saudari dipermudahkan segala urusan.. bersihkan hati, sentiasa optimis, berbuat baik kpd makhluk2 Allah doa bnyk2 in sha Allah psti ada rezeki.. sedara sy ada yg smpai pencen pon masih tiada ank tp kekal bhgia bersama isteri trsyg. lain org lain ujiannya.

Nur Hanis, Faham .. Dan tersangat faham .. lapangkan hati, jiwa & bersangka baik .. allah sebaik perancang .. jangan menuding jari pd sapa yg bermasalah .. allah duga tanda allah nak datangkan benda lain, benda yg lebih baik dari sangkaan kita sbg manusia .. same to confessor, 5y struggle utk anak smpai step paling akhir ivf dan kami redha.

Orang takkan faham & kita takkan mampu utk puaskan hati orang lain .. mcm aku & suami .. kami kumpul aset, pergi holiday bila ad bajet lebih, buat saving n bercita2 satu masa nk kerjakan haji bersama .. masing2 punya aset sendiri & dah ada rumah sendiri .. soal anak, rezeki itu bkn di tangan kitam

Klu kita asyik fikir sampai bila kan? .. tengok sekeliling, kdg org yg ad anak pn allah uji .. uji soal kewangan .. uji soal s4kit anak .. soal makan, minum & pakai anak .. uji soal perangai & karenah anak .. orang takde anak pn allah uji ..

Orang berharta pn allah uji .. fakir pn allah uji .. kita semua sebenarnya di uji & hidup di dunia nie hanya untuk di uji bukan utk berseronok .. paling penting adalah diri sendiri .. positifkan diri sendiri dan nikmati kehidupan. Kita merancang dengan cita tapi Allah merancang dengan cintaNya.

Faezah Halidin, Sis… ALLAH tak janji bila kahwin akan dpt ank…tp Allah kata bila kahwin akan ade rezeki…rezeki tu ada macam2… Bukan bermakna tiada ank sis x bahagia… Jgn kusutkan fikiran…percayalah yg memberi itu Allah swt…

Minta pada dia…sedangkan nabi zakaria sudah tua dan isterinya disahkan mandul…tp Allah tetapkan dia menerima zuriat diusianya yg lanjut… Allah maha berkehendak… Bila DIA kata jadi…maka jadilah… Selalu bersangka baik… Sy walaupun punya ank2…tp sy masih tiada rezeki utk punya rumah sendiri… Bersyukur apa yg ada… InshaAllah bahagia.

Faizah Rahman, Sy dulu mmg plan nak bunting pelamin je terus.. sbb kahwin umur dh 30-an tp rupenya nk ada anak ni bkn mcm petik jari satu mlm je boleh dpt.. Allah punya plan is the greatest..

Nasihat sy.. kalo ivf ni tak berjaya dont despair yet. Terus je kumpul duit prepare utk next pulak.. at the same time kalo ade org tny2.. jgn sentap jgn rase marah.. mintak je doa yg baik2 dr org yg bertnya.. even yg tny tu makcik bwang sekali pun.. mane tau dlm bawang2 dia.. doa dia yg paling ikhlas.

Ainon Mansur, thanks sharing the info. yup, selalunya orang akan pandang serong pada isteri andai kata masih belum mampu lahirkan zuriat walaupun dah beberapa tahun kawen. diorang ingat hari ini kawen, esok dah mengandung. lusa dah beranak. rezeki masing2 kan. apapun saya doakan puan dan suami dipermudahkan urusan untuk bergelar ibu dan ayah mithali. semoga dipermudahkn mendapat rezeki cahaya mata.

Nursyahida, Bersimpati dgn confessor, moga confessor juga bg sokongan buat asben supaya xdown. Sy juga selepas 5thun kawin skg baru tgah pregnen. Mmg byk amalkan solat mlm dan zikir, terutama suami la slalu ajak sy solat hajat, solat mlm zikir. Bykkan sedekah, satu hari ada org memerluukan dan sy bertawakkal hbiskan duit yg ada utk sedekah pd dia.

Walaupun xda nk guna utk diri sendiri. Dan berdoa supaya Allah gantikan dgn rezeki yg lebih hebat. Sy xterfikir apa rezeki yg Allah akn bagi. Tetapi sesungguhnya Allah Maha Mengetahui keinginan hamba2Nya, bbrp minggu kmudian sy disahkan mengandung. Allah mendengar segala keluh kesah hambaNya. Jgn berputus asa. Bersangka baik atas semua ujian Allah. Sentiasa positif. Moga urusan kita semua dpermudahkan

Noor Alyana, Tak nak cerita nasib sndiri. Cuma nak pesan satu. Kukuhkan kasih sayang. Yakin pada NYA, terus berdoa dan usaha. Cari positive abaikan setiap aura negative yg ada sekeliling kita. Jadikn yg negative pembangkit semangat. Biarkan shj jika mereka2 tiada support mntal fizikal dan apa shj. Ini rumahtangga kita.

Kita mmpu buat yg terbaik. Paling penting suami isteri lebih memerluukan satu sama lain. In shaa Allah yg baik2 shj utk rumahtangga kamu. Salam sayang utk kamu.

Ari Kael, Aku ada pak sedara yg smpi sekrg takde anak, even anak angkat, happy je dorang habiskan sisa2 usia sama2..mungkin dalaman xtau lah kan..but what im trying to say..tt jgn jdkan isu anak 1 mslh besar dlm rmhtangga, redha berlapang dada, terima ni as ujian.

Selagi suami memberikan yg terbaik utk kau, jadilah isteri terbaik utk dia..unless u cannot live without anak, then cari laki lain la jwbnya..apa2pun moga ivf nnt berjaya, tt dpt anak2 kembar.

Nurul Nadia, Hnya yg mngalaminya yg merasainya..perasaan sedih jgn ckp la..naik turun tangga hspital,berurut ke bidan2,mkn ubt2 pelbagai..tp org hanya mampu brckp je..tidak tau strugglenya kita utk mewujudkn impian itu..mgkin diorg xtau bahawa rezeki zuriat tu,adalah hadiah..

Kalau tuhan nk bg,akn dibaginya,dia tau bila waktu yg tepat utk hmbanya..hanya mmpu brdoa,berusaha n brtawakal n redha,..klo xdpt pun jgn sedih..sbb ada ank ni ujian,xde ank pun ujian..tiap dr kita ujiannya brbeza2..Pada tt xmau stress2,enjoy your life..just follow the flow..smga segala urusannya dprmudahkn olehNya..amin.

Sumber : Su (Bukan nama sebenar) via IIUMC