Abah kata nenek saakit kt kg, dia tpksa berhenti krja utk jaga nenek. Rupanya beritu tu palsu

Foto sekadar hiasan. Harini rasa nak tulis lagi. Minta maaf panjang betul dan berterabur. Jiwa kacau sikit.

Aku ingat lagi, dulu hari-hari abah kejutkan bangun pagi, mandi dan abah sisir rambut aku. Abah tocangkan kemas-kemas.

Masa tu darjah satu, sekolah aku dekat je dengan kem abah, hari-hari abah hantar aku gi sekolah. Sampailah satu haritu abah datang jemput aku balik mengejut.

Abah kata nenek saakit kuat, kita kena balik kampung sekarang. Sampai dekat kampung rupanya berita palsu, sekadar trick adik beradik abah supaya abah berhenti kerja dan duduk dekat kampung, dekat dengan atuk nenek.

Sejak dari itu, hidup kami berubah 360 darjah. Abah menjadi buruh kampung untuk menyara kami anak beranak. Tp masih tak cukup, mak pula berk0rban masuk kerja kilang sebab nak top up perbelanjaan rumah.

Masa tu anak 4 orang, sekolah, susu pampers, belanja rumah. Gaji abah tak cukup, kadang takde pendapatan langsung. Mak dapat gaji RM1000 sebulan, jujurnya mak, semua mak bagi abah pegang.

Start dari tu mak dah buat silap. Tanggungjawab menyara keluarga dah jadi tanggungjawab mak sebab mak dapat lebih dari pendapatan abah.

Bila mak mengandung lagi, mak berhenti kerja kilang. Mak mula kerja potong ikan dekat bagan. Hujung minggu aku dengan angah ikut tolong mak habiskan bakul-bakul ikan tu.

Satu bakul besar RM7, kalau mak sorang mak boleh potong 4 bakul. Kalau kami berdua ikut dapat 7 bakul sehari. Sampai satu masa mak tak larat nak potong, mak mula basuh pinggan dekat warung pulak.

Kepada yang bertanya kenapa hubungan abah dan pakteh sebegitu sekali. Dulu masa muda abah jenis panas baran. Habis satu family abah amuk kalau ada tak puas hati even dengan arw4h atuk dan nenek pun.

Siapa je yang suka dengan orang jenis kepala angin? Jadi abah dipulaukan dalam adik beradik dia. Bila abah dah berkeluarga, dengan kami sekali dipulaukan. Abah rasa jauh sangat daripada family dia.

Sebab tu masa disuruh berhenti kerja dulu, abah terus buat sebab nak diterima kembali dalam family dia.

Sampai sekarang kalau ada yang minta apa-apa abah sedaya upaya tunaikan walaupun terpaksa berhutang. Walau terpaksa ketepikan kami.

Abah sanggup buat apa saja, asalkan abah dapat jadi part of his family semula. Tp aku rasa banyak yang ambil kesempatan aje. Gitulah.

Harini aku bawa anak aku main kat pasir pantai. Aku jadi teringat masa kecil dulu abah bawa kami main di pantai. Bahagia sangat masa tu. Abah adalah segalanya bagi aku masa tu.

Tiap kali exam dapat nombor 1, aku mesti tak sabar nak balik rumah bagitau abah. Tiap kali aku menang apa-apa pertandingan dekat sekolah rendah dulu, mesti aku tak sabar nak tunjuk hadiah dekat abah.

Sebab abah lah punca aku belajar sungguh-sungguh dekat sekolah dulu. Seronoknya dapat buat abah bangga.

Kenangan-kenangan ni buat aku rasa sebak bercampur kesal. Aku pun tak ingat bila abah start jadi pemarah. Silap sikit semua ditengking dijerkah. Kesempitan pendapatan, anak berderet mungkin antara puncanya.

Abah mula selalu bergduh dengan mak, mak pula selalu menangis kesedihan takde tempat nak mengadu nasib.

Maka, kami adik beradiklah yang selalu jadi peneman tangisan mak setiap kali, saban hari. Hati rasa macam dicarik-carik setiap kali lihat air mata mak menitis. Dalam diam rasa marah pada abah dipendam.

Melihatkan semua itu aku berazam, jika ada perbalahan yang berlaku antara aku dan suami kelak tidak boleh di depan anak-anak. Andai kata suami buat silap, aku bertanggungjawab untuk tidak memburukkan suami di mata anak.

Dan andai kata aku buat silap, aku berharap suami juga takkan memburukkan aku pada anak-anak. Penting, sebab inilah jaruum-jaruum halus punca runtuhnya akhlak anak-anak nanti.

Aku tak mahu anak-anak ada rasa benci pada ibu bapa macam yang pernah aku rasa dulu. Anak akan autom4tik pandang serong pada ibu bapa, sekali gus hilaang rasa hormat tu.

Bila rasa hormat kepada orang tua ni takde, apalah yang tinggal dalam keluarga tu? Takde apa dah, jadi broken family jelah last-last, macam family kami.

Abah, maafkan yong abah, kerana mengenang setiap buruk abah kepada yong, mak dan adik-adik. Yong lupa setiap jasa yang pernah abah lakukan sepanjang hayat yong dengan abah. Abah bela yong dari tapak kaki yong sebesar dua j4ri sampai dah berjaya sekarang ni.

Jahilnya yong kerana menilai dan merasa kecil hati dengan abah selama ni. Siapalah yong nak menghukum perilaku abah, itukan kerja Tuhan?

Sedangkan tanpa abah, yong tak mungkin ada dalam dunia ni. Apalah sangat jasa yang yong dah balas sampai nak ungkit semua kesilapan abah?

Apa hak yong untuk kecil hati dengan abah sebegitu sekali sedangkan abah yang azankan yong masa lahir dulu, dengan tangan abah, abah suap yong makan, abah jugaklah yang besarkan yong dari yong tak pandai berjalan sampai jadi orang sekarang ni.

Tak bersyukurnya yong selama ni. Ada orang anak yatim, takde bapa. Tp yong ni abah masih ada, yang yong kenangkan hanya yang buruk-buruk je. Yong minta maaf abah. Sungguh.

Bila fikir-fikir balik, apa pun jerih perih yang dah berlaku, itulah namanya kehidupan. Sentiasa cekalkan hati. Biarlah sepahit apa pun, kalau kita sabar akan ada manisnya kelak.

Hidup aku bahagia sekarang, hubungan aku dengan abah pun okey, takde rasa nak marah dah. Instead aku rasa kasihan sangat dengan abah.

Rambut abah dah putih, tangan yang menyuap aku makan dan menyisir rambut aku dulu, kini kedut seribu, kesihatan abah pun dah mula merosot.

Kalaulah masa dapat diputarkan semula, macam-macam yang aku nak ubah dalam keluarga aku waktu dulu-dulu. Aku nak jadi contoh yang baik pada adik-adik, biar semua kasihkan abah sama rata macam yang kami lakukan pada mak sejak dulu.

Tak kira apa yang dah berlaku, aku tetap sayang abah sampai bila-bila. Sekarang aku berdoa agar Allah beri aku peluang untuk ganti semula masa dulu yang banyak terbuang dengan mengasihi abah sedaya upaya aku.

Adik yang dekat U baru ni syukur alhamdulillah result pertama dia cemerlang. Yong bangga sangat dengan Uda. Belajar rajin-rajin ya.

Alhamdulillah juga, Uteh yang knser dulu kini dah berstatus c4ncer survivor. Masih perlu bertemu janji bulanan dengan doktor, kerana peratusan untuk sel jahat kembali menyerang masih ada,

Tp sekarang dia dah kembali sihat dan ceria macam dulu. Dia kuat, kerana dia tidak berseorangan.

Terima kasih atas semua doa-doa kalian buat Uteh. Terharu sampai menangis aku baca doa anda semua. Terima kasih sangat-sangat, Allah dah makbulkan doa anda semua.

Akhir kata,

Terima apa yang sudah terjadi,

Ikhlaskan apa yang tidak boleh diubah,

Betulkan apa yang masih boleh diperbaiki,

Sementara masih ada masa.

Terima kasih kerana membaca.

Sambungan..Aku menulis pengalaman kelakar aku kerja kilang untuk cari duit belajar. Jom baca kisah di bawah.

Assalamualaikum semua. Harini aku nak cerita pengalaman aku bekerja di kilang bahulu dekat kampung aku. Dulu-dulu lepas balik sekolah masa form 4, form 5 aku buat part time.

Masuk pkul 3 petang sampai pkul 6 petang. Dapatlah kumpul seminggu beberapa puluh ringgit. Hujung minggu naik bas loceng gi pekan ngan member, hahaha.

Rutin pertama sampai tu aku akan pakai apron lepas tu menyapu sekeliling kawasan pembungkusan bahulu kat belakang dan juga ruang jualan kat depan.

Kemudian duduk dekat meja panjang ramai-ramai start packing bahulu. Ada dua jenis bahulu satu bahulu ikan satu bahulu cermai.

Masukkan dalam plastik, susun sebaris sebaris kemudian lipat hujung plastik supaya tak masuk angin dan tak berterabur susunan bahulu tu dan l4pis-l4piskan dalam bakul sampai penuh. Dah penuh kita tolak ke kawasan sealing untuk seal hujung plastik kemas-kemas.

Selesai seal, susunkan plastik plastik tadi dalam kotak mengikut tempahan customer. Kat kilang tu biasanya ada tempahan kenduri kahwin, tempahan pemborong pasar tani, pemborong kedai dan pasaraya, dan juga untuk jualan langsung dekat kilang.

Kotak-kotak tu akan dilabel dan ditanda tarikh penghasilan dan tarikh expired.

Kalau aku kerja hujung minggu seronok sebab aku suka masuk kitchen kacau makcik-makcik buat bahulu. Kadang tu depa ajar aku cara sudukan adunan bahulu ke dalam acuan. Pagi biasanya akan sediakan telur 30 biji satu adunan.

Basuh telur bersih-bersih dan susun dalam bakul. Banyak berbesen-besen kitorang pecahkan telur dan susun dekat meja. Lepas tu timbang tepung dan gula. Kemudian baru start membancuh adunan bahulu.

Aku suka duduk dekat bahagian kitchen ni sebab banyak sangat dapat belajar dengan makcik makcik ni.

Disebabkan aku selalu melencong ke bahagian kitchen, bos pun bagi kepercayaan pada aku untuk membuat kuih bangkit pada setiap hari sabtu. Bangkit kami warna putih, pink dan hijau.

Partner aku ada sorang budak ni nama angah. Dia muda setahun dari aku dan samalah anak orang susah macam aku. Dia pun sepesen suka gi melencong kat area makcik makcik ni hehehe.

Memula tu cikyah ajar kitorang cara membancuh bangkit. 2 kali ajar kitorang dah handle sendiri lepas tu. Dari timbang bahan bahan, bancuh, terap ke dalam loyang besar,jemur kuih dan memb4kar dalam oven besar.

Lepas siap tu kemas semua peralatan, basuh, dan simpan di bilik simpanan loyang. Lepas tu pack kuih bangkit mengikut kuantiti dia dalam plastik. Sama lah macam proses packing bahulu tadi seal, label apa semua.

Selain tu aku ada belajar cara buat kuih gunting perisa udang perisa bilis, kuih tiram, buat rempeyek kacang dan kuih ros goyang, menggoreng kerepek melinjau.

Yang ni dekat department lain pulak. T4pi still lah makcik makcik punya kawasan. Anak-anak dara memang kat sini di bahagian packing dan jualan je.

Tp aku ngan angah ni kan pesen kuat melencong dalam kilang haha. So, kalau ada makcik yang mc masa kitorang kerja autom4tik bos suruh kitorang gi ganti kat belakang hahaha. On aje.

Riang gembira wei kalau bos suruh tu. Hahaha sebab kat belakang bos tak round mana kan orang tua ramai. Kat depan ni bos tunggu sebab bebudak kan.

Lagi satu pengalaman berharga yang aku dapat ialah membuat jem nenas untuk bahulu gulung. Mula-mula tu aku kacau cik Bastiah je masa dia kupas nenas. Lama-lama aku yang buat benda alah tu. So cik Bastiah dapatlah setelkan kuih ros dia cepat haritu.

Jem nenas ni kita kupas semua nenas dulu. Dalam 2 guni nenas lah untuk satu kawah tu. Siap kupas nenas kita kena parut buah nenas tu guna mesin kelapa.

Aku biasa dah guna mesin kelapa kat rumah sebab kalau aku tak tolong mesin kelapa time mak aku nak masak nanti dia memetir hahahhaha.

Cucuk kayu khas dekat bahagian empulur nenas tu. Nenas tu dibiarkan dalam bentuk asal cuma buang kulit je. Lepas tu mesin lah sekeliling nenas sampai ke pangkalnya. Dah tinggal sikit tu kena hati-hati sikit takut termesin kayu tu pulak kang terpelanting kena muka kan b4haya.

Pakai sarung tangan 2 l4piis wei. Kadang time aku buat tu bos berdiri kat tepi bebel-bebel. Ko hati-hati ye. Buat kerja jangan gopoh-gopoh ye.

Haa gitulah dia pesan. Siap mesen semua kita pun masukkanlah semua parutan nenas tadi ke dalam kawah besar. Masukkan gula ikut sukatan dan beberapa bahan lain. Pastu hidupkan 4pi sederhana. Kejap-kejap kaup balik nenas tadi supaya tak hangit kat bawah.

Tunggulah situ sampai siap. Sambil-sambil tu gi basuh lah peralatan lain yang kotor. Sapu sapu kawasan keliling sikit, kadang gi merewang keliling hahahha pastu gi cucuk pinggang Lek Pon (makcik jawa) kadang pinggang cikyah lepas tu kena lah senduk dorang hahahha.

Seronok duduk dengan orang tua ni nanti dorang selalu doakan kita macam-macam. Salah satu doa yang aku ingat Lek Mun kata Lek doakan engko nanti dah beso kawin dengan orang kaya. Nanti ko tak susah dah kena kerja kerja macam ni.

Kerja macam Lek ni dah tua-tua. Hehe kita budak kan masa tu duk sengih lah bila orang sebut pasal kawin. Gatal hahaha. Aamiin Lek.

Terima kasih, makbul doa Lek. Sayang Lek hehe. Lepas gitu kena cubit aku hahahha.

Kilang ni banyak memberi peluang pekerjaan kepada para ibu di sekitar tu.

Ada ibu tunggal, ada warga emas dan ada juga pelajar praktikal bahahian berkaitan daripada politeknik, ILP, uitm, kolej komuniti dan seangkatan dengannya. Ada macam-macam produk yang dihasilkan oleh peniaga iks juga.

Kilang ni antara one stop centre yang bntu memasarkan produk pegusaha kecil-kecilan. Ada pelbagai pilihan kerepek yang orang hantar.

Ada juga produk sos cili buatan penduduk tempatan, kuih muih tradisional seperti kuih sepit, kuih cakar ayam, ada dodol dan lain-lain.

Favourite aku antara banyak ni adalah kerepek tempe dan kerepek melinjau. Emmm sedappp. Kalau terkena turn aku packing benda alah ni satu masuk plastik, satu masuk mulut hahaha.

Jangan risau bos baik dia kata makanlah ko nak makan t4pi jangan habiskan kerepek aku hahaha savage lah bos.

Kita timbang ikut berat dia lepas tu seal. Masuk kotak dan label. Ada juga orang beli dalam guni bundle kerepek kerepek ni sebab nak buat untuk jual ataupun nak buat kenduri.

Jadi kalau kita pack kena lah cermat, tak boleh kasar campak campak barang kangpecah kerepek tu.

Seal pun ada cara untuk pastikan gelembung berudara plastik tu so plastik tak mampat antara satu sama lain bila disimpan dalam kotak.

Kalau kena jaga ruang jualan awal pagi tu stanby kain untuk lap rak demi rak. Tepek harga tepek expired date. Kira balance dalam kotak di store simpanan tu.

Lepas tu susun susun susun barang. Aku memang suka bahagian susun menyusun ni. Bila rak penuh kan macam satu kepuasan aku rasa.

Kedai nampak meriah dengan barang. Pengunjung nak membeli pun jadi rambang mata nak ambil beli semua. Aku rasa lah gitu kot perasaan dorang sebab aku pun gitu juga tak boleh nampak barang banyak geram nak beli semua hahahha.

Time cuti sekolah bulan 11 dan 12 aku masuk full kat situ. Banyak sikit dapat boleh buat beli keperluan sekolah tahun depan. Ada masa-masa layan customer membeli. Ada masa duduk dekat belakang. Ada masa pergi tolong abang Kuda kemas stor hahhaa.

Sebab dia ejek aku mata macam ayam. Aku panggil dia kuda. Sebab hidung ko macam kuda hahaha. Dia ni driver lori kecik kat kilang. Ada lagi sorang akak ni umur dia lewat 30 an t4pi dia jenis masuk air.

Aku panggil dia kakak kuda hahaha sebab selalu je menyakat aku sama je macam abang kuda tadi. Kilang ni selalu dapat lawatan dari budak sekolah, lawatan koperasi, lawatan fama, geng geng cik kiah ke kelana jaya hihihi dan seangkatannya lah.

Jadi yang muda muda dan berkeyakinan cam aku dan angah ni, cewahh, selalu lah on floor kat ruang jualan dan bahagian belakang untuk beri penerangan kepada pengunjung. Jangan risau, bos kami pintar, dia siapkan teks dah kita tinggal deliver je.

Aku rasa cam present depan class time bawa pengunjung melawat kawasan dalam kilang. Syukur benda gini banyak develop confident level dan soft skill aku. Sangat berguna semasa alam universiti dan alam pekerjaan.

Dah dekat lebih kurang 16 tahun berlalu, aku pun dah merantau bekerja di negeri orang. Kalau balik cuti ada gak gi melawat kilang tu. Gi beli ole-ole untuk bawak balik kat kawan-kawan.

Kilang pun dah semakin maju, semakin besar. Dah jadi wisma pun sekarang. Ada lah dua tiga orang je lagi makcik yang masih setia bersama kilang tu. Ada juga makcik yang dah dijemput Illahi.

Rindu tempat tu. Tempat yang banyak mendidik dan menjadikan diri aku, aku yang sekarang.

Ok, insyaAllah ada kelapangan nanti aku cerita pengalaman lain aku bekerja dekat kantin sekolah cina, jadi jaga, dan barista.