Foto sekadar hiasan. Saya dah berkahwin dan mempunyai 5 orang anak. Saya dapat tahu suami ada orang lain. Tapi saya sikit pun tak ada rasa cemburu. Malah saya amat alu – alukn sebab ada yang sudi ambil alih tempat saya. Saya doakan mereka kekal selamanya. Jom baca perkongsian hebat wanita ini di bawah.
Assalamualaikum, Saya seorang isteri yang menanti masa untuk diceraaikan dan saya gembira dengan penceraaian ni.
Suami saya seorang yang sangat kej4m. Ya perkataan ini sesuai untuknya sepanjang perkahwinan, tak pernah saya merasakan apa itu bahagia.
Suami seorang kaki jvdi, minum ar4k, kaki pukuI, panas baran, suka enjoy, kaki lepak dengan kawan – kawan yang lebih muda darinya.
Dia abaikan tanggungjawab sebagai suami dan ayah, kaki perempuan, malas, tidak solat dan berpuasa, tidak hormat ibu bapa dia dan saya.
Sepanjang perkahwinan, pada tahun pertama sahaja suami saya menjalankan tanggungjawabnya, itu pun tidak sepenuhnya. Masuk tahun kedua, suami mula berjinak – jinak dengan jvdi dan keIab malam.
Sejak main jvdi, suami tidak lagi menjalankan tanggungjawabnya. Nafkah tak pernah bagi, segala bil – bil saya bayar, segala barang dapur saya beli, persiapan baby saya beli dan urus.
Saya juga dipukuI, disp4k, ditumbvk sewaktu saya mengandungkan anak sulung. Sepanjang suami terlibat dengan jvdi, saya sering ditinggalkan di rumah seorang diri hingga saya mempunyai anak.
Suami sering tiada di rumah, membiarkan saya menguruskan anak – anak seorang diri. Seperti panglima tentera mengawal askar – askarnya.
Segala urusan di rumah, diletakkan di atas bahu saya seorang. Suami tak pernah membantu saya mengurus anak dan rumah bersama – sama.
Dunianya hanyalah, tidur dari pagi sampai petang, bangun tidur bukak tudung periuk, mandi – mandi, bersiap – siap untuk keluar melepak dan pergi jvdi sampai pagi, balik tidur.
Waktu hari bekerja, cuma ubah bangun, bersiap pergi kerja, terus ke pusat jvdi sampai pagi. Itulah rutin suami hingga sekarang.
Suami juga rasa dirinya masih muda lagi, lepak dengan budak – budak yang lebih muda darinya dan bujang. Sering terlibat dengan Iumba motor, tak padan dengan umur 40+.
Semua gaji abis di pusat jvdi atau aktivitinya, sudahnya semua ditanggung oleh saya, dari pengasuh, makan pakai anak – anak, keperluan anak, yuran anak, belanja sekolah anak dan semuanya atas kepala saya.
Belum lagi jika dia meminjam duit saya hingga dah berpuluh ribu duit saya dipinjam dan dibawa berjvdi. Bukan saya saja – saja bagi pinjam, tapi saya diugvt macam – macam, duit gaji saya sem4kin berkurang, sampai tidak cukup unruk menampung hidup.
Suami juga ada bisnes sampingan, pun habis dibawa berjvdi. Saya sering dim4ki, ditengking, dih1na, dan pernah di4cu par4ng diugvt bunvh. Suami sangat baran. anak – anak juga pernah dipukuI teruk.
Suami juga tidak pernah solat, sepanjang kahwin saya tidak pernah nampak suami sembahyang dan berpuasa.
Selamber saja muka merok0k dan minum di depan anak – anak. Saya juga hampir mer0yan sewaktu pant4ng kerana suami tidak pernah membantu saya menguruskan rumah dan anak sewaktu pant4ng.
Saya lakukan segala kerja rumah dan anak – anak tanpa rehat. Saya juga pernah bentan akibat tiada rehat dengan anak – anak seramai 5 orang, saya kuatkan jua mengurus segalanya.
Nasib saya mempunyai ibu yang amat memahami nasib saya. dia banyak membantu saya hingga kini. Suami saya tidak pernah berterima kasih dengan ibu saya.
Suami tidak pernah hormat pada ibu saya tapi bukan ibu saya je, ibu bapanya sendiri pun dia tengking herdik tanpa rasa bersalah. Ibunya dibuat seperti h4mba abdi jika dia balik ke rumah ibunya.
tiada langsung rasa hormat pada ibu yang melahirkannya. Suami tidak pernah membawa saya dan anak – anak berjalan walaupun ke kedai sekalipun. Dia lebih suka keluar dengan kawan – kawan dan perempuan – perempuan lain.
Hidup saya serupa seperti janda tapi mempunyai suami. Segala urusan anak bersekolah juga diuruskan oleh saya.
belanja anak, ambil buku kemajuan, yuran, hari kecemerlangan, sukan, semuanya saya, saya, saya Sem4kin lama, hati saya mula member0ntak dalam diam, semuanya saya pend4m sendiri.
Saya mula meIawan dan menjawab secara kasar. dan m4kin kerap saya ditengking dan dipukuI.
Jika dilihat perwatakan suami saya, di luar depan kawan – kawan, sangat baik dan peramah tapi hanya orang yang duduk serumah dan terdekat sahaja yang kenal siapa dia.
Akhirnya setelah lama saya mengharungi perkahwinan ini, saya tekad untuk keluar rumah dan mohon penceraaian.
Suami juga dah ada pengganti saya. Saya sangat gembira dengan berita yang didengarkan. Saya tak rasa cemburu jika perempuan itu inginkan suami saya.
Saya memang suka dan gembira kerana ada juga yang ingin gantikan tempat saya. Sangat dialu – alukn ambil tempat saya.
Semoga perempuan tersebut bahagia dan gembira dengan suami saya. Saya doakan semoga mereka kekal selamanya. Lagi lama lagi lama sengsaranya dan perempuan tu tunangan orang.
Tunangnya tiada kerja tetap dan dia lari ke suami saya. Nampaknya seperti pepatah keluar mulut harimau masuk mulut buaya. semoga berjaya Oh ye suami saya banyak hutang tau
Saya sekarang lebih tenang dan bahagia dengan life baru. Saya tak pedulikan kata orang yang hanya pandai bercakap tanpa duduk di tempat saya.
Saya tenang bersama anak – anak. Untuk isteri – isteri di luar saya, janganlah takut untuk keluar dari kehidupan yang sengs4ra.
Bangkit dan teruskan perjuangan demi anak – anak. Pedulikan kata – kata orang, kita yang hadapinya. Beranikan diri untuk satu perubahan.
KISAH KE 2. Suami dengan kawan kawannya sangat baik tapi dengan aku, Allah je yang tahu. Satu hari itu, aku rasa penat sangat nak pitam atas motor aku minta dia berhenti dia maaki aku tepi jalan terus paksa juga aku naik motor dengan keadaan mata aku dah tak nampak apa, aku hanya pegang dia dengan kuat lepas tu…
Asalamualaikum semuaa. Suami saya sekarang macam lain dah. Lebih utamakan dengan kawan berbnding saya. Saya berharap jer dia buka dan sahur dngan saya tapi dia lebihkan dengan kawan.
Alasan kerja, Tmpat kerja saya dengan tempat dia berbuka dekat jer tapi tak bagi tahu pun buka dekat mana dan dengan siapa.
Kadang saya minta duit pun marah, saya nangis meluah dengan dengan dia pun marah. Kemarin saya pitam atas motor sebab panas kot saya minta berhenti bolehnya dia maaki 2 saya yang tengah puasa.
jadi saya kuat2 pluk supaya anak saya selamat duduk dekat tengah.
Pandangan saya Ya allah. Gelap rasanya 98% pengsan tapi masih pluk erat suami saya takut anak jatuh sekali. Saya nak minta pndangan.
Apa perlu saya hadapi suami macam ni. Tak pernah nak faham saya. Tahun ni first sama2 sahur dan sungkai sama2 tapi sibuk kerja dan lebih utamkan dengan kawan.
Saya rase nak move on jer. Sebab macam buat saya macam siapa siapa . Saakit pun tak peduli
KISAH KE 3. Suami aku baik, tanggungjawab dia sebagai suami ayah dan anak kepada ibunya sangat tiptop, cuma ada satu perangai dia yang bagi aku sangat jjik…..
Assalamualaikum admin hide profil saya ye tq min.. Saya seorang surirumah sepenuh masa dah 6 tahun berkahwin dikurniakan 2 cahaya mata comel penyejuk mata dan hati kami syukur.
nak minta pendapat warga krt suami saya seorang yang sangat baik nafkah saya tak pernah culas barang keperluan rumah dan dapur dia sediakan wang yang dia beri untuk saya memang untuk keperluan saya sahaja tak pernah merungut kalau saya terlebih belanja minyak moto dan kereta
Dia akan isi siap2 supaya senang saya nak hantar anak pergi sekolah paginya nanti wang untuk mak ayah saya pun dia akan beri setiap bulan walau tak banyak dia akan bagi bulan lepas dia settlekan bil elektrik mak ayah saya dikampung yang tertunggak rm7007 juga dah nak kena potong dia tak cerita kat saya pun min.
saya pun dapat tahu semua tu dari adik saya memang tak berkira langsung sedangkan abang saya dan kak ipar pun tinggal sekali dengan mak ayah saya dikampung..
tanggungjawab dia sebagai suami, anak, menantu dan bapa memang tiptop min tapi sayang tanggungjawap dia dengan Allah dia tak ambil berat..
suami tak solat solat jumaat pun mgkin dalam sebulan sekali ja dia pergi lebihnya dia akan rest kat rumah, puasa pun dia liat sangat puasa kerana terpaksa sebab saya paksa dia min,
tadipun pkul 12 tengahari dia minta nak buka puasa, saya kecewa sangat nasihat berbakul memang dia tak akan dengar.
sebelum kahwin memang saya tahu dia tak solat tapi dia berjanji lepas kawin dia akan berubah min saya tahu dia baik sebab itu saya percaya tapi sekarang janji tinggal janji sahaja 6 tahun dah kami kawin kadang2 tak tahu nak jawap apa bila anak tanya kenapa mama sahaja solat?
Kenapa papa tak solat jugak kelu lidah saya min anak2 tengah membesar memang semua benda dia nak tahu dan tanya..
sangat teringin nak ada seorang suami yang boleh imamkan solat saya apa pendapat abang2, akak2, adik2 semua apa lagi yang saya boleh buat??
mungkinkah suami akan berubah nanti?saya sangat sayangkan suami n perkahwinan kami setiap hari saya berdoa semoga dia diberi hidayah dan petunjuk dariNya tq semua tq admin