Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum WBT, saje nak cerita pengalaman sendiri jadi pengetua sebuah tadika (panjang sikit)..Sebelum tu 7 tahun kerja tempat lain, resigned sebab nak cari tempat kerja dekat dengan rumah dan dah terbiasa kerja, tak boleh nak stay rumah saja..Isu gaji kecil tu biasa lah, tak boleh expect more from a kindergarten.. selagi masa terisi, happy, itu lebih dari cukup..
Benar la kata orang, kerja di tadika memang kene sabar dan penyayang. Bila aku masuk dalam industri ni, baru lah aku rasa ni lah kerja paling underpaid..
Cikgu kadang nak minum dan makan pun tak sempat, penat nya sepanjang hari dari masuk saja sekolah, sampai lah balik..
Penat fizikal sebab bila bercakap mmg kena cakap kuat2 sebab anak2 kecil bila ramai, diorang susah nak fokus, kene tinggikan suara (bukan jerit) untuk grab attention dorang..
Tu belum lagi masuk cerita makan tumpah, kencing berak dalam seluar, muntah dan sebagainya..
Ye takde helper nak tolong.. memang cikgu kene bersihkan ya.. sorang berak dalam kelas, 30 min sesi terhenti sebab nak bersihkan student tu, nak mop.. eh panjang la prosesnya..
Sekolah yang sekangkang kera tu disumbat sumbat dengan anak2 kecil, mentang2 budak2 tak reti complaint.. hari hari ade saja student baru masuk..
Pemilik nampak saja sekolah dia tu dah penuh macam reban ayam, tapi apa dia kesah.. bukan dia yang uruskan anak2 tu semua.. asal ade yang call bertanya ade kekosongan ke, semua dijawabnya ada.
Aku kesiankan mak bapak yang keluar duit beribu2 untuk hantar anak belajar di tadika swasta.. dorang mesti sangka anak dorg selesa sebab masuk tadika mahal, well known,
Rupanya makan atas lantai, belajar sempit2 dalam kelas, ruang bermain tak ada, jadual belajar pun tak berjalan seperti yang dijanjikan sebab cikgu tak berdaya nak buat semua sebab banyak lagi tugas kene dibuat.
Anak2 makan semua atas lantai.. sebab meja kerusi makan tak cukup.. ada 5 set meja makan untuk pelajar 80 org.. Allah.. memang tak mungkin muat.
Ye mesti ada yang tanya kenapa tak bagi makan beperingkat2, memang tak boleh nk buat mcm tu sebabnya sekolah ni kecil.. situlah tmpat makan, situlah tempat tido, situlah tempat rehat, situlah tempat perhimpunan..
Sekarang ni musim wabak, kelas yang kecik dan sempit macam tu cukup saja seorang terkena, confirm cetus cluster.. sebab penjarakan mmg totally zero, memang bahu ke bahu..
Toilet ada 3 sahaja, memang tak sempat nak sanitize selalu.. air ventilation jangan cakap la, memang takde langsung tingkap ke apa.. berjanji dengan parent, nak install air purifier, tu semua tipu.
Hari hari cikgu2 berdoa janganlah ada sebarang wabak tular dalam sekolah.. alhamdulillah tak pernah kena sepanjang aku kerja tu.. ni mungkin antara nikmat yang kami tumpang dari anak2 ni semua..
Bila masuk bulan bulan di hujung tahun, tiap minggu cikgu kene bertugas on weekend.. untuk promosi katanya.. sudahlah tiap minggu bertugas, cuti sekolah langsung tak tutup sekolah.. bukan nak suruh tutup sebulan..
Dapat tutup seminggu sebelum masuk tahun baru pun jadilah.. dapat lah cikgu bertenang, reset mood, buat persediaan mengajar, hias kelas dan sekolah, baru lah ceria, tapi tu semua hanya mimpi..
Majikan akan pastikan tiap kali cuti sekolah ada program setiap hari without failed demi mengutip duit.. sudahnya cikgu punya cuti ke mana, apa ke mana.. takda beza cuti sekolah ke, hari biasa ke.. tetap penat yang sama..
Lagi 1 isu ialah cikgu yang tak cukup.. sepatutnya bila tak cukup cikgu, stop la dulu pengambilan pelajar, ini tak.. cikgu ada ke takde ke, siapa yang datang bawa duit nak daftar, trus kata ada kosong.. sudahnya kualiti servis ke laut dalam..
Gaji jangan cakap la, dipaksa OT sebab beroperasi dari 7 pagi ke 7 malam.. cikgu tak rela, tapi kesiankan ibu bapa yang dah bayar, terpaksa la ambil giliran jaga anak2 sekolah sampai 7 malam.. bayaran OT yang cikgu dapat, trust me it is not worth it..
Hanya berharap Allah SWT kasihkan kami, gantikan keikhlasan keringat kami ni dengan apa saja bentuk kebaikan.
Parent bayar mahal2, tapi adat bisnes, tu hanyalah dapat pada majikan.. kita yang tunggukan anak2 ni dpt tak sampai rm10 pun sejam.. akhirnya, balik rumah, anak2 di rumah pula yang terabai.
Dek kerana rasa macam bersubahat.. aku mula hantar notis untuk berhenti.. tamat notis, aku tinggalkan sekolah dengan berat hati..
Bila tanyakan khabar cikgu2 yang di sekolah tu, rupanya dorang pun menyusul tak lama lepas aku.. burnt out sebab majikan tak stop ambil students walaupun dah melebihi had yang sepatutnya.
Nasihat aku pada parents, tolong jangan percaya kata kata manis dari pihak tadika.. kadang2 kitorang memang terpaksa gebang kat korang sebab majikan dah jeling saja dari belakang..
Terpaksa bagi janji manis bulan bintang.. korang sekali sekala pergi la buat spot check tadika anak korang.. minta nak tengok.. buat la huru hara kecoh sikit kalau pihak sekolah bekeras taknak bagi.. kesian lah anak korang tu..
Akhir kata, doakan pada semua para pendidik, terutamanya cikgu tadika yang teraniaya diperah keringat sehingga ke titisan akhir ni peroleh keberkatan hidup, diluaskan rezeki dan dimudahkan semua urusan mereka..
Ingatlah, selagi cikgu2 ni bertahan, ini semua adalah kerana kasih mereka pada anak2 sekolah.. bukan lagi sebab gaji..
Kalau dipikirkan gaji, kerja kedai makan lagi berbaloi, tapi kepuasan yang dapat dirasai bila dikenangkan anak yang dulu ABC pun tak kenal,
akhirnya tamatkan persekolahan dengan membaca buku cerita sendiri, itu memang tak ternilai..
Buat pemilik tadika, semoga diberi hidayah, lihatlah anak2 tadika awak tu, bayangkan tu ialah anak2 awak.. tolong la jangan aniaya anak2 ni.. jangan terbuta mata kerana duit semata..
Ni ditujukan buat pengusaha yang memang untung besar dan kaya raya ye.. yang still struggling tu, didoakan semoga urusan anda dipermudahkan hendaknya.
Farah. Saya pernah kena.Baru jer daftar anak masuk,bekas cikgu yg pernah mengajar kat situ,kebetulan nampak uniform anak,terus dia spill the tea.Dia pernah berbulan tak dapat gaji tapi dia bertahan sebab dia kesian anak murid.
Yg geramnya,nak tarik anak keluar,takde dia nak kasi balik yuran pendahuluan.Bukan sikit,cecah ribu.Nak daftar tadika lain camne?
Sebab dia mmg aniaya guru guru kat situ,semua pakat berhenti,last last yg tinggal bibik jer.Nak ngajar amende?
Last² saya keluarkan jugak pertengahan tahun.Hujung tahun pergi ambik sijil jer.Geram sampai hari ni,anak dh nak masuk sek menengah dah,saakit ati tak hilaang lagi.
Dah melingkup pun tadika tu.
Btw..thank you teacher..awak tak salah,dpt owner tak bertanggungjawab,nak buat camna
Ratu. Aku pernah kerja di taska yg ada tadika juga, sebagai guru. Sebenarnya nama je guru, skop kerjanya adalah mengasuh. Part makan dan sumbat ramai tu aku sokong.
Parents bayar yuran ribu riban, bulanan lagi tapi makanan anak sedih tengok. Part budak berak kencing tu pun sama, mana ada cleaner. Kaulah cijgu, kaulah cleaner.
Kalau tukang masak cuti, bertambah kerja kena jadi tukang masak dengan bahan mentah apa je yg ada yg pengusaha beli.
Kadang2 rasa pengusaha taska ni (tak semua) memang buat bisnes semata-mata nak untung ke?
Gaji guru2 di taska pun murah, dah sgt2 tak berbaloi. Aku dulu kerja sebab lepas belajar bertatih nak cari kerja susah nak dapat, jadi kerja jelah sementara nak cari pengalaman.
Ezi.Alhamdulillah saya sentiasa berterima kasih kepada cikgu-cikgu tadika anak-anak saya. Saya rasa pekerjaan mereka ni sangat mulia & memang kena ada kesabaran yang tinggi.
Sebab kita yang jaga anak sendiri pun tak tahan sabar, apatah lagi mereka yang kena jaga anak-anak orang lain.
Saya ada good relationship dengan pengusaha tadika anak-anak. Saya rasa kebanyakan mereka dah try their best to fulfill all the requirements.
Cuma regret ada sesetengah ibu bapa culas bayar yuran. Siap dah hujung tahun baru nak tanya apa nombor akaun tadika. Sabar jela.
Semoga Allah swt permudahkan urusan cikgu-cikgu tadika sekalian mendidik anak-anak kecil. Happy tengok anak-anak pandai solat berkat kesungguhan cikgu mengajar.