Foto sekadar hiasan. Baca perlahan lahan, semoga dapat pengajaran dan kisah ini. Asalam dan selamat sejahtera kepada semua pembaca. Saya bergduh dengan suami, sebab mak mertua suruh kami balik ke rumah suami masa raya pertama.. saya mrah pada suami sebab suami dah janji kalau raya pertama tahun ni kami di rumah mak saya. Kenapa nak kena ikut cakap mak dia sahaja.
Suami tipu, sebab raya tahun lepas kami di rumah mak suami. So tak adil lah macam tu kan? Suami pujuk cakap kesian kat mak dia, so mak saya siapa nak kesian?
Dan sebelum ni suami ada janji nak belikan gelang emas, tapi dia tak tunaikan lagi.
Bila saya berleter dia terus keluar rumah kerana masa tu dia sudah lewat ke tempat kerja..
Saya marah dan maaki suami jantan bodo dan siall.. saya geram sangat masa tu, saya tau saya salah.. petang tadi suami tak pulang2.
Saya tak cari sebab saya syak dia dirumah mak dia, tiba2 kawan sekerja suami call, Allahuakbar suami saya kem4langan dan tak sedarkan diri.
Saya di hspital sambil menunggu suami sedar.. sekarang dah pkul 11 malam. Suami taj sedar. Keadaan suami sangat p4rah, esok dah nak puasa..
Sebelum kem4langan sy banyak berleter kat dia dan maaki dia macam2, skrg suami sy p4rah dalam kem4langan.
Saya menyesal sangat mesti dia stress dan tertekan kerana saya selalu mendesak dia tentang gelang emas sampai dia kem4langan. maafkan aku suamiku.. tolong doakan suami saya..?
KISAH KE 2. Hajat Beli Rantai Emas Tak Diendahkan Suami, Akhirnya Isteri CURI Duit Suami. Inilah Reaksi Suami Bila Dapat Tahu Perbuatan Isteri
Assalamualaikum…Saya dah berkahwin 12 tahun kahwin muda masa umur 16 tahun sekarang umur dah 28. Alhamdulillah suami baik.
Cuma nak kongsi cerita dengan semua yang 3 tahun lepas saya ada nyatakan yang saya nak suami hadiahkan saya rantai emas yang harga 7k. Suami buat tak tahu je, geram pun ade.
lepastu saya rancang nak beli sendiri tapi masalahnya saya takde kerja. bila suami bagi duit belanja lepas saya bayar bil, beli barang keperluan rumah, semua dah ada duit lebih ada 1 atau 2 ratus saya curi-curi simpan.
saya juga pelihara ayam dan tanam sayur jadi dengan ayam dan sayur itu saya sudah boleh berjimat.
3 tahun saya kumpul duit akhirnya dapat juga beli rantai emas tanpa pengetahuan suami, lepas dah beli saya tunjuk kat suami yg saya dah beli emas yang harga 6k.
suami terkejut dari mana saya dapat duit, saya cakap duit tu saya curi, sempatlah suami marah sebab saya mencuri, dia tanya saya curi duit siapa?
Saya cakap saya curi duit suami saya sendiri, lepastu saya cerita dari A sampai Z.. fuhh nasib baik suami tak marah..
Dan yang paling buat saya gembira rupanya suami saya dah belikan saya rantai emas yang harga 7k tu, kesian sangat rupanya dia kerja overtime rupanya semata-mata nak belikan emas tu.
Ya Allah terharunya saya. dia beli awal tapi nak hadiahkan untuk saya bulan 11 nanti sempena harijadi saya.
tapi katanya malas dah nak simpan-simpan sebab saya pun dah beli rantai juga, masa tu dia tunjuk ya Allah baiknya suamiku.. oleh kerana sekarang ada dua rantai emas, yang saya beli tu saya bagi dengan anak perempuan saya.
KISAH KE 3 DI BAWAH. Gigihnya suami aku ni terharu sangat. Dia selitkan duit setiap hari ingatkan untuk nafkah aku tapi rupanya untuk beli…
Ini antara respon padu dari netizen untuk kisah kedua.
Julie. Alhamdulillah… jangan terlalu mengharap serba serbi suami nak sediakan..sbg isteri kita kena ikut kemampuan suami.. Zaman sekarang isteri kena bijak menabung utk keperluan sendiri… perkongsian yg baik…. love it
Ismayu. Cerita ni macam jadi kat saya juga lah Alhamdulillah..dapat hadiah rantai befdy tahun lepas
Aina. Berkat menyimpan, bagus betul sikapnya tidak terlalu bergantung kepada suami dan pandai menabung.
Syikin. Perkongsian yang sangat deep. Sebab terlalu ramai isteri terlalu mengharap suami yang belikan emas dan usaha untuk simpan duit. Bagus betul sis ini.
Zaleha. Pengajaran yang baik . Lagi pun emas pun boleh jadikan simpanan masa hadapan.
Sofi. Siapa kata orang tak berduit suri rumah tak berkerja tak boleh beli emas. Sis ini dah share cara terbaik kumpul duit dan berjimat. terbaik caranya, sanggup tanam sayur dan ternak ayam semata mata nak beli emas.
KISAH KE 3. SIKIT-SIKIT LELAMA DAPAT EMAS. HIKMAH NAFKAH DUIT SELIT MR MAMA . Sebak rasa bila benda ni sampai kat tangan. Sebak sebab inilah hasil menabung nafkah duit selit yang suami bagi.
Sikit, sikit, CikYam simpan. Nafkah CikYam bukan dapat selepuk. CikYam kumpul dengan penuh kesabaran. Bukan sehari dua, bukan sebulan dua tapi makan tahun weh
Orang lain mungkin boleh tergerak hati nak beli, terus beli. CikYam tak macam tu. Bukan orang senang.
Rezeki masing-masing, kan? CikYam menabung hasil Mr Mama niaga burger dan buat servis angkut sampah.
Serius, bukan nak menunjuk. Just nak share inspirasi menabung nafkah duit selit. Kalau kira mampu ke tak, memang CikYam sikit pun tak mampu beli emas. Mr Mama pun takkan mampu belikan CikYam rantai impian.
Last CikYam gi kedai emas masa nak kahwin. Lepas tu, emas takde dalam kamus hidup sebab mahal.
Tapi hari ni dapat emas. Macam mana orang miskin macam CikYam ni boleh beli emas? Kuncinya kat sini, simpan duit.
Paksa diri simpan duit. Kalau tak simpan, duit nafkah tu pun tak nampak ke mana perginya.
Lepas dah sampai satu amaun duit yang disimpan, CikYam survey harga emas kat kedai, masih mahal. Tengok harga segram, macam nak pitam. Ada upah pulak.
Dengan duit nafkah selit ni, CikYam peratikan purata sebulan CikYam boleh dapat 1 gram emas.
So CikYam target, sampai je simpanan ni kat berat emas yang CikYam nak, CikYam akan beli.
Tapi CikYam masih nak berjimat. Belek fb, jumpa dengan cara penjimatan beli emas harga kilang.
Inilah hasilnya selepas lebih setahun menabung nafkah duit selit yang Mr Mama bagi setiap hari. Sikit, sikit, lelama dapat emas.
Mujur la ada emas harga kilang. CikYam dapat emas lebih murah berbanding kat kedai. TQ abang. Alhamdulillah dapat rantai hari ni.