Foto sekadar hiasan..Salam min. Tolong siarkan. Aku guna fb kawan aku je. Aku bernikah dengan isteri aku tahun 2017.ketika itu dia berumur 19 dan aku 35. Aku amat sayang dia min. Manjanya. Senyuman dia. Hari2 bagi aku bahagia. Tapi awal perkahwinan aku sudah naik tangan dekat wajah dia. Bila aku selalu pentingkan mak aku.
Aku tinggal dia. Dia mula memberontak. Dia kata dia minta masa untuk bersama aku. Tapi aku marah dia. Tenking dia. Sebab aku cuma nak luangkan waktu bersama mak aku saja.
Setiap kali aku balik rumah mak aku. Aku akan buat hp aku silent. Dia mesej telefon aku. Aku tak balas. Kekadang ada hari. Aku tak balik.
Terus tidur rumah mak aku. Mak aku selalu suruh aku pulang ke rumah dia. Boleh dikatakan hari2 bergduh min. Sampailah one day.
Bini aku disahkan hamil. Aku seronok sangat. Dia pun seronok.bahkan pesan dekat aku. Tolong hargai dan beri kasih sayang untuk dia demi kebaikkan anak dalam kandungan.
Mula2 aku cuba beri kemahuan dia iaitu menghargai dan kasih sayang. Tapi makin lama hati aku tawar.
Aku abai dia. Biar dia buat semua kerja sendiri even dia mengandung. Sampailah satu hari isteri aku menangis teruk sangat, Dia pluk kaki aku Dia kata abang jangan tinggal ayang.
Ayang nak masa dengan abang. Ayang nak abang. Tapi aku endah dia punya pujukan. Tetap melakukan perihal yang sama. Yakni aku mula menyepak muka dia walaupun dia tengah mengandung.
Menyesal min. Menyesal sangat. Hari2 aku buat dia menangis sorang2 di rumah. Padahal dia minta aku bagi dia masa untuk dja dan anak aku sendiri min.
Aku tak mampu. Aku lebihkan orang lain.hari2 isteri aku mengisi harinya dengan buang air mata. Until one day she admit ward sebab pitam.
Dan doktor mengesahkan isteri aku ada tekanan yang tinggi. keadaan isteri aku lemah. Dan jantung anak aku juga lemah. Sebab isteri aku seharian menangis.
Tak jamah apa pun walaupun sedikit. Aku pergi hspital. Tup2 doktor panggil aku. Mereka terpaksa tahan dia di ward psy sebab dia ada simptom untuk bnuh diri dia.
Aku buat bodoh saja. Walaupun keadaan isteri aku macan tu. Aku melawat dia macam biasa. Hari dia keluar ward. Dia duduk rumah mentua.
Mil aku tegas orangnya. Sebab tu isteri aku tak berani nak menangis depan mil. Sebab dia tahu mil aku mesti akan salahkan aku.
So isteri aku menangis sesorang dalam bilik tapi mil aku tak tahu. Bila dia habis menangis dia akan tertidur dan keluar bilik seolah tiada apa yang berlaku. Aku masih dengan sikap aku.
Mengabaikan isteri aku yang tengah mengandung. Sebulan juga isteri aku duduk rumah mil.Aku tak jenguk dia. Sampai lah dia kata nak tinggal aku.
Hampir 4 bulan dia tak text or call aku. Aku gelabah. Aku. Mesej dia. Call dia minta maaf. Aku. Pergi rumah mil aku. Pujuk dia.
Akhirnya mil aku tahu apa yang terjadi dalam rumah tangga aku. Mil minta aku lepaskan dia. Tapi aku berjanji kejadian yang sama takka berulang.
So they bagi saya peluang. Tapi janji tu hanya sekadar janji. Aku masih dengan sikap aku lepas dapat isteri aku. Aku abaikan dia lagi.
Malah kali ni aku hina dia. Aku labelkan dia isteri yang menyusah. Anak tu aku hina macam2.
Dia dah tawar hati sangat. Aku masih tambah luk4 di hati isteri aku. Aku. Lebihkan keluarga aku sampai abaikan dia. Bila aku berada di rumah mak.
Aku dapat mesej isteri aku minta izin untuk balik rumah mil. Aku abaikan messj dia. Aku tak balas even aku Baca.Bila balik Rumah.
Rumah gelap. Tak ada orang. Sampailah aku. Buka hp aku dapat mesej dari wife aku macam ni.tak sangka disebabkan sikap aku.
Dia berubah menjadi perempuan yang tak hormat aku dah. Aku buntu. Apa yang perlu aku lakukan?
KISAH KE 2. Isteri saya ada skit was was. Dah 3 tahun juga bila saya ajak bersama dia akan menolok. Sekali masuk tandas mesti lama sampai 2 jam. Bila saya paksa bersama baru dia nak. Ketika dia mengandung anak ke 2, setahun saya tak boleh sentuh dia sebab dia alahan teruk. Lepas bersalin pun anak 8 bulan baru dia layan bila saya minta bersama, Saya dah tak tahan dan tekad nak buat…
salam admin tolong post ya saya btul2 buntu..Sy berkawin hampir 5 tahun isteri sy ni ada penykit was was dah 3 tahun dah.. sy mempunyai 2 org ank..
sekali masuk tandas hampir 2jam sekali masuk kadang2 shari 3 dan 5 kali.. sy buntu sangat.. isteri juga xnk kalu sy ajak bersama kadang sebulan sekali atau 3 bulan sekali..
sy xtahan sangat… ank kedua ni sy bersama skali ja trus lekat tu pun sy paksa isteri saya nk bersama sbb org beritahu sy,sebab isteri jadi skit camni kerana xberpantag masa ank pertama.
so sy paksa isteri untuk bersama agar isteri mengandung dan alhamdulillah isteri mengandung.masa tu sy kna bertahan setahun xleh bersama isteri sbb dy xnk alahan truk..
kini ank ke. 2 dah 8 bulan sy baru bersama isteri lak 1kali ja dlm 8 bulan ni.. sy sedih ngat.. cmna nk buat ya bgi dy sihat kembali..
pelbagai jenis tempat dh sy pergi berubat.. xlega2.. sy bila isteri duduk dlm tandas lama sy stress sangat.. ari2 blh diktakan sy skit kepala akibat stress..
kami blhbdikatakan hari2 bergduh.. sy masih bertahan disebabkan sy syg sangt dekat ank sy..
kalu brlaku perpisahan sy juga xsanggup ank sy ambik bk sbb sy tahu isteei sy ni syg dekat ank.. sy buntu sangt..
Org lelaki mana blh bertahan jika ada isteri bila ajak bersama dy menolak sy paham dy berdosa sbb tu sy jarang mintk bersama sy xnk dy tido dlm lknat.. sbb sy tahu dy keadaan skit..
Ini antara respon positive dari netizen untuk kisah ke 2.
Aira. saya pun ada abang macam tu.. kalau subuh dia terpaksa masuk toilet pkul 4.30 keluar 5.30.. tu pun belum cebuk lagi.. mandi lagi… lagila bila nak ambik wuduk.. lagila bab lain.. smpai pening kepala.. bila ditegur.. dia kata itu semua masalah dari syaitan..
Azeem. Salam. Isteri abang ada sejenis OCD. ya dalam islam kita kata was-was. Dalam dunia psikiatri is tergolong dalam OCD. OCD ni besar areanya.
Bawalah dia ke pakar. Akan dapat diagnosis lebih tepat dan harap2 dapat ubatan yang dapat kawal impulsenya. Cuba cari kat youtube tentang OCD.
Banyak psangan yang mereka dokumenatari for study. Dan ada yang macam kisah tuan.
Maka saya rasa langkah terbaik bawa ke pakar. Dan ikutlah saranan pakar dari terapi ke ubatan (jika perlu).
Saya harap isteri tuan pulih dan keluarga tuan kembali bahagia.
Syafi. Was was penykit dr syaitan…banyakkan baca istiazah…kalau nak cari perukyah,cari yg benar2 sbb ramai dukun berwatakkan ustaz…jika tersalah jumpa bomoh,
maka ditambah khadam dalam tubuh peskit..maka makin meranalah dia..jadi carilah perukyah yg menggunakan alquran sebagai bacaan yg sempurna..
Intan. suamiisteri amalkn baca manzil dan masurat waktu mahgrib isteri encik kena gangguan jin asyik..jin yg mencintai manusia pasal tu dia tak nk bersama encik..ada lelaki alam jin yg dah jatuh cinta dgn isteri encik bawa gi berubat encik..dan ubat diri sendiri dgn baca al Quran . Amalkn surah Assoffat ayat 1 hingga 10..
Faziah. Penykit was was dlm kebersihan la tu, sb tu masuk tandas lama. Tak nk bersama sb nti bila mandi dia was was bersih ke tak.
Takde ubat penykit ni, cuma tak yah layan apa yg di lintaskn di hati, mmg susah nk sembuh. Kena ada kekuatan dlm diri utk tidak melayan. Dgr ceramah UIA tgt waswas. Nti akn dpt kekuatan melawan penykit tu.
Periuk. Arw4h ayah saya ada penykit ni..klu solat…takbir dia tu berpuluh kali..bacaan fatihah dia berpuluh kali ulang..jd kami ank2 ambik insitif..setiap ape pun dia lakukan..kami akn ingatkan..
contoh bacaan dlm solat…dia rasa x betul..jd kami akn laungkan ..terus2 …dah betul…dia akn teruskan..ambik wuduk ke…
semua kene ada berteman….dia buat semua perkara x de keyakinan..jd ada seseorang utk bagi tau dia benda dia buat tu dah betul…
Ana. Skit was.was xsama cam ocd..ocd ni lebih kpd perfectionist..was2 ni lain sikit..kalau ambil wuduk berkali2,kalau bacaan surah dlm solat pn duk ulang baca rangkap sama sbb dia rasa xyakin dgn ape dia buat dan ulang2 buat bnda sama….yg sy tau kena p berubat n terapi
Nurul. Sya pernah trjadi dlu penykit was2 ni.. Ketika berwudhuk n solat, sampai la arw4h tok saya kata, was2 tu kdg bisikan syaitan.
So jgn ikut sngt. Lpastu, sya try ubah diri dgn yakin jela n ingt pesanan arw4h tok sya tu. Cba bawa bersembang, bgi dgaq ceramah bab2 was ni. And bantu dia dptkan keyakinan balik. Insya Allah smoga dia ok balik.
Janna. Ubat penykit was2 @ bisikan ni adalah JANGAN LAYAN.. Pernah alami dulu, tiap kali kencing, pastu lupa nak pam kan..
Tiba suara hati ckp, kalau kau x pam toilet ni kau keluar islam. Pastu cpt2 pam, dia punye suara hati tu sampai berkait bab akidah.
Sekarang alhamdulillah dh hil4ng..sy amal zikir ‘Amantubillah hiwarosulillah’ Aku beriman dgn Allah dan Rasul..
Pastu bila suara tu dtg sy x ikut dia, lawan jgn ikut apa dia nak. Jgn mengiyakan apa dia kata.. Ulang2.. Buat selalu.. Lama2 dia akan hil4ng sendiri tanpa kita sedar. InsyaAllah
Lia. Dalam tandas tempat tinggal jin dan syaitan,sbb tu dlm islam tidak digalakkn duduk dlm tandas lama2.Penykit isteri makin bertmbh teruk sbb slh satunya suka duduk dlm tndas.
suami tolong jngn tinggal solat dan mengaji setiap hari dlm rumah bersama isteri,pujuk dia.
punca pergduhan setiap hari pun berpunca dari syaitan dan jin.Bila selalu dkt kn diri dgn ALLAH..INSYALLAH penykit tu akn pergi….
jika istri tk nk mngaji dan solat.suami mulakan dahulu,jadikan rumah tu sejuk dan rahmat ALLAH akn turun dlm rumah tu…..
saya ckp dari pengalamn saya,tapi saya lwn penykit was2 sendiri.Alhamdulillah dh tkde,sikit2 je tinggal.
Eja.Saya ada sorang pkck da mninggal da…bukan saya nk bukak aib ke saja nk kongsi sbg pengetahuan kita,
Arw4h mninggal bujang thn 2018 umur 57thn.., ambil wudhu lama ulang2, nak solat pun takbir tu berbelas kali, kt bilik air lama main air habis air setanki paling sksa,
dlm fmly ada yg faham ada yg x faham ingatkan dia mengada2 je perangai rupa itu, saya masa tu remaja x fhm…lama2 saya makin dewasa saya da tau da OCD ni dan fhm keadaan dia…
org tua yg x da pendedahan mmg x akan fhm pasal tu. Kesian bila ingat pkck saya tu skit pernafasan tpi hosp x dpt detect keadaan sebenar,
sampai masuk zon merah smpai dia mtk ditahan dihosp, saya xdpt teman sgt sbb kerja lain daerah, saya rasa ni semua kerja jin…
sbb pernah ustz buat scan sekeluarga ustz detect dlm badan dia da bersarang byk jin…mmg pyh nk buang da lama sgt.
punca dia dpt masa remaja kerja bukak hutan dulu, masuk badan x sedar, smpai mkn dlm…
Adik2 beradik pkck yg urus dia d hosp tu x percaya yg dia kena kacau smpai bersarang..masih percaya yg dia skit asma or radang paru2…
Silap saya x berkeras bawa dia cri perawat yg mampu rawat dia…saya byk berhutang budi dgn arw4h tolong mak mengasuh kami adik beradik masa kecik.
Dia mninggal kt rumah masa tu on ubat je sbb hosp pun xdpt buat pe….yg paling sedih arw4h alergi antibiotik..lgi menyukarkan dia nk sembuh…
Kpd TT- Rawatla ISTERI encik sblm sesuatu menguasai..terima kasih kerana masih bersabar dan cuba memahami isteri encik..dia perlu sokongan moga dia sembuh