Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Tujuan aku menulis disini untuk mendapatkan pandangan dan cadangan kerana aku buntu dan dalam usaha nak menyelamatkan rumah tangga aku..
Ada detail yang terpaksa aku ubah demi menjaga kerahsiaan keluarga aku..
Aku dan suami telah mendirikan rumahtangga selama 8 tahun dan dikurniakan seorang anak.
Keluarga kecil kami tidaklah bahagia mana kerana sering saja bergduh. Kami tiada masalah kewangan kerana aku mempunyai pekerjaan yang agak baik.
Kalau suami aku tak bagi nafkah kerana ketidakcukupannya, tidaklah sampai bergduh kerana wang.
Aku mengenali suamiku dalam tempoh yang panjang. Ingatkan dah tak ada jodoh sebab kami memang nak bernikah, tapi mak ayah aku tak setuju.
Katanya T20 dan B40 tak sekufu.. akhirnya kami berkahwin juga dalam usia masing-masing menginjak ke 40an. Suami aku 35 tahun dan aku 32 tahun masa tu.
Bayangkanlah, aku mampu bertahan dalam fasa berkenal, berkawan selama 10 tahun.. maksudnya suami yang aku pilih sangat baik dengan aku.
Namun, apabila termeterai lafaz nikah, aku jadi lain. Aku sedar perasaan aku langsung m4ti terhadapnya. Tiada cinta, tiada nafsu, tiada kasihan.
Apabila disentuh, kulit aku meremang. Benda ni berlarutan sehingga dua tahun. Dalam rumahtangga kami, tiada gurau senda, tiada canda, tak ada usik mengusik.
Macamana boleh ada anak sorang tu kan?
Pada suatu masa, suami aku dapat rezeki keluar negara untuk bekerja. Entah kenapa, pada masa itu aku fikir, kami dah tua dan tiada zuriat. Kalau suami aku m4ti, macam mana?
Kami puas berubat tradisional dan moden. Sehinggakan aku telah diberi ubat tidur oleh dr supaya sesi ‘bersama’ dapat dilakukan.
Semasa dapat perkhabaran suami akan keluar negara dalam tempoh yang lama, kami berbincang supaya aku makan ubat tidur supaya dapat ‘bersama’.
Sewaktu proses itu, suami kata dia sangat tak sampai hati pada aku seolah-olah dia mer*gol aku.. dalam keadaan aku mamai dan menjerit kesaakitan.
Lalu dia hentikan dan itulah.. sekali dalam 2 tahun tersebut, kami dapat ‘bersama’ dan Allah memberi rezeki anak kepada kami.
Kini, telah 8 tahun berlalu. Hubungan suami isteri kami masih macam dulu. Dingin, tiada canda dan tidak seperti pasangan yang lain.
Jujur aku sedih.. Ada sampai suatu masa, suami aku menghempas barang-barang dalam rumah kerana dia stress, tension terpaksa melepaskan nafsu dengan beron*ni.
Kami pernah berubat dengan seorang ustazah di Keratong. Semasa di ruqyah, aku terasa terlalu sejuk sampai ke tapak kaki dan ubun-ubun.
Aku teramat pilu dan sedu.. ustazah tanya, aku sayang suami tak… mestilah aku sayang. Manakala suami aku pula, kelihatan berpeluh-peluh.
Dia kata badan dia panas macam ada api.. Sesi ruqyah dihabiskan juga dan kami diberi air dan bebrapa p0tong ayat untuk diamalkan.
Namun, semuanya hanya hangat-hangat tahi ayam..
Aku malu untuk mengaku bahawa dulu aku kerap beron*ni (bila tidak dapat ‘bersama’ aku pun lakukan ini).
Maksudnya perasaan sksual aku normal.. tapi kenapa aku tiada perasaan terhadap suami aku? Bila dia pegang aku, kulit meremang.
Bila cuba untuk ‘bersama’ aku selalu kata dalam hati ‘apa lah yang kau buat ni’… ‘apa lah rasa ni’.. aku hanya rasa saakit, tiada nikmat..
Jujur aku sedih, kenapa nikmat sksual aku ditarik… aku dah lama berhenti beron*ni dan hidup macam biasa.
Tak ada perasaan atau apa. Kalau dulu masa aku beron*ni, aku boleh uji yang aku ni ada lagi nafsu sksual. Sekarang aku tak pernah uji lagi.
Aku biarkan..
Suami aku karakter dia baik sangat sebelum berkahwin. Jenis ramai kawan, mulut manis, suka buat lawak. Apabila kami diuji begini dia jadi dingin, hilaang cerianya.
Aku pernah nampak dikatil, dia menangis.. mengesat air matanya walau dikalangan orang nampak sado dan samseng.
Bukan aku tak simpati, aku sendiri sedih.. kenapa aku tak ada desire… selalu aku minta petunjuk dengan Allah supaya bagi rasa cinta, sayang dan nafsu kepada aku.
Dalam 8 tahun berkahwin ni, aku rasa boleh hitung dengan j4ri berapa sesi ‘bersama’ tu. Mungkin dalam 8 kali?
Selalunya diiringi dengan kesaakitan dan hati aku yang sentiasa berkata, apa benda ni. Mana nikmat dia ni?.. dan aku kerap menolak dengan mencipta alasan aku penat, aku saakit kepala.
Aku happy kalau suami aku tak menyuarakan dia ingin ‘bersama’. Dia usap kepala aku pun aku tak suka. Bila bersentuhan pun, aku tak selesa. Ini membutkan dia jauh hati.
Aku pernah suruh suami aku cari lain, tapi dia marah. Katanya 10 tahun berkawan, dengan siap kena parang dengan mak bapak aku, takkan dia senang-senang nak cari lain.
Tolonglah aku. Sekarang ni, kami dah tak bercakap lama. Duduk sebumbung, tapi tidak bercakap. Tidur sekatil tetapi tiada bicara.
Aku minta dia lepaskan, dia tak mahu. Tolong aku, apa perlu aku buat untuk selamatkan rumahtangga aku?
Aku ni ada sakiit ke? Ada sihir ke kat kami ni?… Kami makin hari makin tua… aku nak rasa nikmat sebagai suami isteri.. tolonglah.
Ini antara reaksi netizen untuk kisah ini.
Afida. Gangguan ni puan..berubat la..bila pegang rsa meremang tu semacam je…mgkin ada juga saka belah mana2 pihak tak bgi berkahwin n bersama ke..nk ulas pnjang pulak,puan blh baca ada saka yg akan buat bgi tak blh bersama,xblh ada ank n mcm2 la…kdg gangguan ni tak smestinya dri org jauh,org dekat dgn kita pun mgkin blh jadi..cuba tya balik fmly yg tak restu dulu,belah siapa tu pastu mnta dimaafkan n redha dgn perkahwinan puan.
Syahwa. Hari tu dalam kelas kitab muhimmah, ustaz ada kata, pasangan suami isteri ni memang diuji. Bila kita pilih ceraai, dekat situ lah yg kita hilaang untuk dapat peningkatan darjat atau nilai berjaya melalui ujian.
Maksudnya kalau kita berceraai, itu tanda kita kalah dengan ujian rumah tangga. Sebab dekat ujian tu la kita nak dapat syurga kalau kita berjaya harungi.
In Shaa Allah teruskan usaha. Buang jauh2 perkataan ceraai. Yakin kan diri penykit ni akan sembuh tak kira la penykit fizikal atau ghaib.
Setiap penykit ada ubat kecuali m4ti. Doa jangan ptus. Buat solat taubat selalu. Moga2 Allah tunjuk jalan keluar.
Nu ha.Ni macam kena sihir pemisah je. Kesiannya. Pergilah berubat puan. Kami doakan rumahtangga puan dapat diselamatkan.
Aku plak sedih baca. Macam2 la ujian Allah bagi