Boleh minta upah dari suami masing masing lepas tamat menyusu anak

Gambar sekadar hiasan. Perkongsian daripada wanita inu tentang hadiah daripada suaminya setiap kali dia habis menyusu anak mendapat perhatian netizen di laman sosial. Dia juga ada menyatakan suami dia ada membuat sijil sendiri dan framekan tanda penghargaan kepada dirinya kerana pengorbanannya menyusukan anak. Sungguh bertuah wanita ini di kurniakan seorang suami yang sangat baik dan penyayang sehingga sanggup mengumpul duit untuk beli emas dna framekan sijil. Jarang kita dengar suami buatkan sijil untuk isterikan. Jom baca pekongsian daripada saudari Halijah Siti.

Upah Tamat Menyusu Badan…
Masa Tan Sri post pasal cekgu Tan Sri belikan emas sebagai upah tamat menyusu tempoh hari, ada beberapa kawan fb yang tanya mintak kepastian, “memang ada ke isteri punya upah kalau tamat menyusu badan anak”.

Ok, dia macam ni tau, seorang isteri boleh mintak upah dari suami sebab jaga anak, mintak upah susu badankan anak, boleh jugak mintak upah atas kerja2 rumah yang seorang isteri buat. Itu pun bergantung kemampuan suami.

Ada pun upah tamat menyusu ni, hukumnya tidak lah wajib (tapi bagi anak menyusu badan itu wajib), dan tidak lah pulak sunnat. Cuma ianya berhukum mubah je, yakni harus. Dalam erti kata, boleh mintak upah tamat menyusu daripada suami. Upah sebab penat apa menyusu badan tu. Badan jadi letih2, tidur nyenyak terganggu, disedut lemak2 sampai ibunya kuurus kering semata2 nak beri titisan emas, susu terbaik di dunia pada anak.

So, apa salahnya pengorbanan kita dibalas dengan mintak upah Jadi, dengan segala hormatnya sila mintak claim dengan suami masing2 atas pengorbanan anda itu jika anda mahu claim, dan jika suami berkemampuan.

Jangan tak tahi, mak2 yang menyusukan anak boleh mintak upah menyusu pada suami.Pandangan ulama’ Mazhab Syafie berkenaan penyusuan :

وَالْوَالِدَاتُ يُرْضِعْنَ أَوْلاَدَهُنَّ حَوْلَيْنِ كَامِلَيْنِ لِمَنْ أَرَادَ أَن يُتِمَّ الرَّضَاعَةَ

Maksudnya : Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu.

[Surah al-Baqarah, ayat 233]

أَسْكِنُوهُنَّ مِنْ حَيْثُ سَكَنتُم مِّن وُجْدِكُمْ وَلَا تُضَارُّوهُنَّ لِتُضَيِّقُوا عَلَيْهِنَّ ۚ وَإِن كُنَّ أُولَاتِ حَمْلٍ فَأَنفِقُوا عَلَيْهِنَّ حَتَّىٰ يَضَعْنَ حَمْلَهُنَّ ۚ فَإِنْ أَرْضَعْنَ لَكُمْ فَآتُوهُنَّ أُجُورَهُنَّ ۖ وَأْتَمِرُوا بَيْنَكُم بِمَعْرُوفٍ ۖ وَإِن تَعَاسَرْتُمْ فَسَتُرْضِعُ لَهُ أُخْرَىٰ

Maksudnya : Tempatkanlah isteri-isteri (yang menjalani iddahnya) itu di tempat kediaman kamu sesuai dengan kemampuan kamu ; dan janganlah kamu adakan sesuatu yang menyakiti mereka (di tempat tinggal itu) dengan tujuan hendak menyusahkan kedudukan mereka (supaya mereka keluar meningg4lkan tempat itu).

Dan jika mereka berkeadaan sedang mengandung, maka berikanlah kepada mereka nafkahnya sehingga mereka melahirkan anak yang dikandungnya; kemudian jika mereka menyusukan anak untuk kamu, maka berikanlah kepada mereka upahnya, dan berundinglah diantara kamu (dalam hal menyusunya) dengan cara yang baik.

Dan (sebaliknya) jika kamu (dari kedua pihak) mengalami kesul1tan, maka bolehlah perempuan lain menyusukannya.

[Surah At Talaq, ayat 6]

So, boleh mintak upah dari suami masing2.

Tak kesah lah korang ibu2 nak mintak upah belanja makan hari2 ke sebagai upah menyusu, upah bawak jalan2 asheminggu ashekali ke, bawak bercuti ashebulan ashekali ke, mintak upah belikan handbeg ke, baju ke, tudung ke, emas ke, lantak korang. Kikis saja suami korang itu kalau nampak dia tengah loaded

Itu pun kalau suami ada rezeki lebih, boleh lah menagih. Terserah korang dan ikut kemampuan suami. Jangan sampai bergaduh dan pastikan kapasiti suami macammana.

Jangan dipaksa suami buat kerja macam2 sampai takde masa untuk family semata2 nak penuhi demand upah ni. Utamakan lah keperluan berbanding kehendak.

Kalau suami ada rezeki lebih, dia patut tunaikan, kalau tak ada, maka bertolak ansur lah. Janji rumah korang dah ada penapis air Cuckoo dan dapat suami yang baik serta bertanggungjawab itu sudah memadai. Maka bercukur lah nak.

Untuk Tan Sri, Tan Sri suka mintak belanja nak makan apa setiap kali teringin nak makan sesuatu, mintak belikan barang (bagi link dia bayar ), dan rewards barang kemas bila dah cukup 2 tahun menyusu badankan anak. Itu pun kalau cekgu Tan Sri offer. Dia offer, kecik tapak tangan, stadium bukit Jalil Tan Sri tadahkan

Alhamdulilah, dah 3 anak berjaya di-susu-badan-kan selama 2 tahun genap, dan dapat upah barang kemas dari suami. (Eh Huurin lagi 3 bulan baru genap 2 tahun susu badan. Upahnya dah dapat awal)

Upah menyusu anak sulung tu je dapat cincin, tu pun suami belikan masa mengandung anak kedua. Sebab masa anak sulung, sepanjang 2 tahun menyusu dan membesarkan dia penuh pengalaman kekurangan duit

Alhamdulillah masa mula mengandung anak kedua lah baru terasa rezeki suami agak lapang dan deras, sampai sekarang… Alhamdulillah ala kulli hal

Sijil tamat menyusu pun suami Tan Sri ada buatkan sendiri dan frame kan di rumah. Sijil tu ada kat rumah Johor tengah PKP bersama pisang.

Ternyata ramai netizen yang teruja dengan penghargaan yang di berikan suami wanita ini kepadanya dan turut berharap semua suami patut menghargai isteri seperti ini. Yela bukan senang untuk menjaga melahirkan dan menyusu seorang anak. Ini antara reaksi warga net.

Faizol : Maaf mencelah…para ibu2 sekalian..elok lah sekiranya…buka alquran surah al talaq ayat 6..baca terjemahan dari ayat 1-6..surah ini menceritakan berkenaan talaq dan  cer4i dan masa idah..yang mana ayat surah at talaq yang di tulis dia atas tu bersambung -sambung..

Allah menceritakan dan menerangkan hukum nafkah…penyusuan isteri kepada anak selepas berlaku pencer4ian..yang saya faham…upah itu wajib diberikan kepada isteri yang telah dicer4i..memg kena dengan surah al-talaq..yakni maksud pencer4iaan..betulkan kalau saya silap

Norazlina: Alhamdulillah.. Seronok nya kn sis.. Dpt reward Dr suami.. Saya marathon susu 2 Ank smpai 6thn 1/2..
Masing2 dpt bf 3thn lebih..

Alhamdulillah.. Jarang2 la Ank x sihat..

Ni sedang susu kn Ank ke 3 plak..
Dh nk Masuk setahun umur nya..
Doakn Saya Juga dpt rewards mcm sis..
Dpt pulut dakap 1 pn.. Jd lah..

Nurhayati : Kalau sy dapat emas lps bersalin.. Sbg hadiah mengandung alahan dan bertarung nyawa

Alhamdulillah rezeki sy skrng dah 3 orng ank kalu fikir kan hadiah teringin utk tambah tp kalau fikir kan fasa2 mengandung alahan dan bersalin baik lupa kan

Najeeha : Sy ank dah 5..tp yg bongsu ni paling lama mnyusu..bln 11 ni dah 3 tahun genap kalau dia xbhnti lg…alhamdulillah..

Allah swt makbulkan doa sy masa mngandung nk susukan ank ni sampai 2 tahun..tp dah terlajak..nk bhntikan mmg susah…terus-terang ank fully bf ni kita x cukup rehat, mood pn slalu swing,nk melawa pn agak susah nt ada je tukang tarik tudung n sbgainya..

Sy x mintak upah emas sebab alhamdulillah tiap2 tahun De Orogimaru tukar gelang tgn sy..Sy cuma doa agar rumahtgga kami bahagia,suami yg setia,sabar, bertaggjawab, dapat mbesarkan zuriat bersama2 sampai akhir hayat kami dah memadai.