Foto sekadar hiasan.Assalamualaikum.. saya taip confession ni berdasarkan pengalaman saya semata-mata. Sejak kebelakangan ni, saya rasa triggered dengan hal-hal ambil gambar/ video tanpa izin ni. Kisah saya ni terjadi pada tahun 2011, masa ni saya tingkatan 5 sekolah menengah. Waktu ni facebook tengah up, ramai kawan-kawan yang ‘friends’ dengan cikgu-cikgu kat facebook.
Tapi saya tak, saya jenis tak aktif di media sosial. Lebih kepada pemerhati je. Masa ni kawan-kawan saya kebanyakannya pindah sekolah. Kami masih lagi berhubung setiap hari.
Cuma disekolah masing-masing, kami buat hal sendiri je, nampak macam tak ada kawan lah kiranya. Ada je kawan, cuma tak se rapat yang dah pindah.
Nak dijadikan cerita, ada cikgu ambil gambar saya dalam kelas tanpa pengetahuan saya. Cikgu tu upload di facebook tanpa diblurkan muka dengan caption,
“Kesiannya anak muridku.. seorang yang pendiam, agak antisocial dan tak banyak kawan. Nampak macam dari keluarga susah.. semoga kita guru-guru terus kuat mendidik anak-anak seperti ini”
Disebabkan cikgu ni ramai ‘friends’ dengan pelajar lain, saya jadi famous sekejap di sekolah. Ramai tegur, bersimpati dan tak kurang juga yang mengejek.
Saya tak datang sekolah 2 minggu disebabkan ni, ayah cuma buat surat mengatakan saya tidak sihat. Ayah pun tak tahu kenapa saya tak pergi sekolah.
Disebabkan yang upload tu adalah seorang cikgu. Saya hanya mendiamkan diri. Sampai habis sekolah orang anggap saya ni antisocial.
Saya cuma pemalu, bukannya antisocial dan tak ada kawan. Bila dah kerja, saya try hard supaya tak nampak antisocial. Gelak tawa dan sebagainya, bukan diri saya yang sebenar.
Oh iya, saya bukanlah datang dari keluarga susah. Kedua ibu bapa saya ada bisnes sendiri.
Tapi sebenarnya.. saya antisocial ataupun tidak, saya hidup susah ataupun tidak, apa hak cikgu nak upload gambar saya?
Sedangkan cikgu boleh panggil dan tanya saya sendiri seandainya saya ada masalah ataupun tidak. Tak perlu upload pun kan?
Disebabkan saya trauma orang ambil gambar saya tanpa izin, saya jadi jarang bergambar.
Bila saya tengok orang post tangkap gambar senyap-senyap seorang bapa bawa mainan anak atas motor ke,
Ataupun seorang ibu bawa 4 orang anak sekali atas motor ke, ataupun tangkap gambar anak murid senyap-senyap ke.. walaupun itu bukan keluarga saya, saya tetap rasa terkilan.
Maaf ni cuma pendapat peribadi saya. Daripada anda tangkap gambar orang senyap-senyap ataupun tanpa izin, lebih baik bertanya terus pada tuan badan.
Betul ke andaian andaian yang dibuat terhadap mereka? Melainkan orang tu penjenayah/ orang hilang, bagi saya tak sepatutnya kita upload gambar mereka tanpa izin.
Saya tak tahu kat Malaysia ni macam mana, tapi kalau di US, ambil gambar anak orang tanpa izin boleh kena saman.
Saya harap sangat Malaysia ada undang-undang macam ni.. ataupun memang ada, cuma saya tak tahu.
Maaf, saya sangat tak support cikgu-cikgu yang guna tiktok rakam anak murid mereka. Tolong beri semula privasi anak murid.. Terima kasih.
– Bukan Antisocial (Bukan nama sebenar)
Ramai yang memahami situasi penulis ini, oleh kerana sekarang kebanyakkan cikgu di sekolah sangat suka merakam video dan gambar anak murid mereka di laman sosial dengan pelbagai ragam dan kenyataan sehingga tular. Ini antara respon netizen yang paling win mengenai isu ini.
Ratu. Kalau aku komen lebih2 ada hat sentap. Ada hat ss kang jadi bahan dia mengumpat dengan geng2 dia kat fb sendiri kang. Pernah terjadi. Aku mmg tak berkenanlah cikgu duk ambil gambar murid buh kat media sosial ni.
Aku sendiri pun tak buh gmbar anak aku jelas2 kat soc med lagi cikgu sibuk gduh nak buh. Kalau tujuan pembelajaran, ke aktiviti sekolah ke aku boleh terima lagi.
Bab suka2 buh kat media sosial depa sungguh aku x berkenan. Toksah duk ambil gmbr anak muridlah. Kita kemain simpan privacy ank, dia senang2 pi buh.
Noor. haritu di tiktok ada cikgu kemas dari sabah upload video murid, bila orang tegur dia gelak menganjing kat orang yang tegur tu. Adakah betul etika guru main ambil video dan gambar anak orang dan upload di sosmed? Tak suka sangat bila cikgu suka suka upload gambar murid kat sekolah
Zurina. Saya pun sama dan saya paling paling tak suka manusia up gambar orang yg sedang saakit tenat dengan keadaan badan yg susut, tak berpakaian dan muka separuh sedar di atas katil. Alasan kononnya, siapa2 yg kenal boleh la melawat beliau yg sedang saakit.
Fadlin.Penykit suka2 hati ambil gambar org lain,post,share&viral memang dah jadi barah dlm masyarakat.teringat gambar sorang nurse yg viral,atas motor(boleh jadi berhenti di traffic light),memakai seluar kerja terbalik.
gambar tu viral sebagai bahan ketawa.muka langsung tak ditutup,termasuk muka anak kecil nya yg sama2 ada masa tu.bayangkan kalau nurse itu kita,apa perasaan kita dimalukn sebegitu.Harap cikgu dalam kisah ni baca tulisan confessor.
Amani. Saya cikgu..saya pun tak support cikgu cikgu terutamanya cikgu perempuan yg suka rakam video tiktok etc tu…kdg2 tu annoying gila tgk, malu pun da..ye la, tau la muka lawa sebab tu nk tunjuk kat org, nk org tgk ..
tapi yg gedik over tu sungguh memalukn dan menjatuhkan martabat guru serta profesion ini.saya takkan dan tak pernah buat begitu sebab sy tak mahu org mengata cikgu.dan sy juga sgt hormat hak privasi anak murid sy.
bagi pihak cikgu itu, sy minta maaf..mohon jangan dilabel cikgu jahat tapi kecam lah perangai individu yang sebegitu.
I’m sorry because your teacher act like that.sy rasa malu bagi pihak guru dan berharap kita semua, guru guru lain ambil iktibar…fikir la dulu sebelum bertindak…