Isteri suka merungut adik aku pemalas, aku ckp kt isteri aku akn tetap pilih adik berbanding dia

Foto sekadar hiasan.Salam. Mohon admin tidak reply mesej ni sebab saya pinjam FB kawan saya. Siapa suruh tidak di logout? Terima kasih sebab sudi kongsi cerita saya. Saya ingin minta pandangan semua. Macam mana nak buat isteri saya berbaik dengan adik perempuan saya yg menumpang di rumah kami. Sudah 5 tahun dia duduk bersama sama. Macam mana juga nak buat isteri saya tidak berkira dengan keluarga saya.

Saya perkenalkan diri sbg M. telah berumahtangga & mempunyai 4 org cahaya mata yg comel. Saya pemegang ijazah sarjana muda dan bekerja di sektor awam.

Adik saya berumur 30 tahun. Pemegang ijazah sarjana muda dan bekerja di sektor awam dengan skim gaji lebih tinggi dari saya. Masih bujang dan merupakan anak bongsu daripada 5 adik beradik.

Sebagai abang yg sudah kenal dia selama 30 tahun, adik saya adalah seorang yang baik, walaupun kerap memberontak dan melawan kata.

Isteri saya juga merupakan pemegang ijazah sarjana muda tetapi bekerja di sektor swasta sebagai staf sokongan.
Adik saya, dari kecil memang agak pemalas.

Perkara tersebut berlanjutan sampai umurnya 30 tahun. Saya sedar, dia tidak pernah membantu isteri saya di rumah. Hanya memerap di dalam bilik dan makan apabila dijemput.

Saya terima kemalasan dia sebagai satu kelemahan dia di antara banyak kelebihan yang dia ada.

Saya juga mengaku dan faham, kerjanya yang penuh tekanan (atas jawatannya yang tinggi) menyebabkan dia memerlukn waktu untuk menggembirakan diri sendiri.

Boleh jadi dengan menonton cerita yang dia sukai sepanjang berada di rumah. Isteri saya pula terlebih rajin. Saya tak pernah makan di luar (kecuali apabila isteri tak sempat masak).

Boleh dikatakan, kerja rumah 150% dia buat hatta kutip tuala di lantai pun dia tak pernah merungut. Anak-anak pun dia uruskan 90% kot sebab saya sibuk dengan kerja.

Baru-baru ini, adik saya yang nombor tiga mengadu tentang luahan hati adik bongsu saya. Adik bongsu saya terasa isteri saya tidak pernah mengajaknya makan sekali.

Benar, dia jarang ajak adik saya makan bersama. Dia akan minta saya ajakkan. Adik bongsu saya juga mengadu, isteri saya selalu buat muka padanya di belakang saya.

Tak pernah bersapa dengannya. Tak senyum. Sekejap baik, sekejap tak baik. Saya simpati dengan adik saya.

Sudahlah hidup jauh dari ibu bapa, isteri saya layan dia begitu pula. Isteri saya buat adik saya seolah-olah orang asing dalam rumah saya sendiri.

Awal sikap adik saya, isteri saya ada juga meluah pd saya sampai lah satu ketika, saya beritahu isteri saya yang jika diberi pilihan adik dan dia saya akan memilih adik saya

Sejak itu, saya tengok isteri saya semakin berubah. Dia tak banyak cakap. Tak pernah nak luah apa-apa. Tak pernah merungut apa-apa.

Kalau adik saya tak basuh pinggn pun dia senyap. Saya gembira tapi saya rasa macam lain macam pula.

Dulu, kalau balik kg rumah mak saya. Isteri saya akan bersihkan satu rumah tapi sekarang, dia dah jadi macam tetamu pula.

hanya buat hal yang perlu saja. Tapi, isteri saya masih tak berkira duit dengan ibu ayah saya.

Kalau berbelanja, dia akan guna duit dia (sebab dia tahu, gaji saya tak cukup walaupun gaji saya 2x ganda drpd dia). Gaji adik saya pun selalu tak cukup walaupun duduk free di rumah saya.

Begitu juga kalau ada majlis di rumah adik beradik lain. Dulu, isteri saya boleh dikatakan harapan untuk membantu semua orang buat kerja tapi saya perasan,

isteri saya sekarang lebih senang menjadikan diri sebagai tetamu. Buat kerja yang berkait dengannya saja.

Macam mana saya nak nasihatkan isteri saya supaya berubah? Tidak berkira dengan keluarga saya? Tidak melayan teruk adik saya? Sebagai abang, saya perlu melindungi adik saya.

Ini antara respon pedas netizen.

Aina. satu aje aku nk ckp..ko jntan bodoh…ko mintk bini ko brubh..tp ko x mintk adik ko brubh..ko paham prsaan adik ko. tp prsaan bini ko ..ko xphm..

ko kcian kt adik ko..tp ko x kcian kt bini ko..ko mmg bodoh..bgus bini ko brubh klo cre ko mcm tu..

jgn myesal klo ko khilangn bini ko..jgn jdi BODOH ek..aku ckup pntng suami mcm nie .lbh phm org lain dari bini sdri..yg ssh pyh tlg ko..

Salma. Amboiiiiiii…. Nak jdi mem besak…. Dok le rmh sendiri…. Bagaiman gurunye…. Begitule juga ank didiknye…. Dah org berkira dgn nya… Logik akalle….. Dia pun wat cmtu bila blik kg… Bagus lgi kiranye isteri tuan….. Kalau ambole sesenpun den tak bori….

Sakura. En M buruk adik awak x nampak ya buruk wife awak cepat aje ko nmpk ya.ya lah ko buat bini kuli batak utk adik ko.adik ko tu dah umur 30 tahun lah bro.dah menumpang tu ringan2 lah tulang .

mentang2 lah rumah abg ko suka hati ko lah ya lagi pun kak ipar ko orang jadi bagi ko buat dia kuli batak pun x pa sbb dia org.akal ko dduk mana dah kak ipar ko tu keje balik ngadap umah n anak2 .yg somi tu pulak BUTA MATA HATI

Alafinna. Bila kita dah berumah tangga maka kita kena ambil tahu jugak pasal isteri kita cuba awak fikir dari pagi buat kerja sampai kemlm kerjaaaaaaa je awak tahu penat penat sangat adik awak buat apa lum khawin laagi tolong laaa dan awak sebagai suami cuba fikir sikit dan cuba dengar ceramah ugama apa ustaz kata jgn buat isteri awak tu sebagai hamba

Azriza. Ko nie bodoh… elook ko suruh adik ko duk umah laiin… umur dah 30 menumpang lg.. kate gaji tttinggi… pegilah cari umah lain.. bahalol punyye abg.. x reti bersyukur.. ko ingat bini ko hamba abdi ke.. dah lah wet dia wet koo.. bodoh punye jantan..

Darus. p suh adik mu dok umah lain, bkn xd keje,, pastu jgn ingat wife ni org gaji, ptotnya mu happykan wife mu tu,, penat gile weh jaga umah ada plak biawak tumpang sape xstress,, duk free plak,, plz lah,, mls nk komen panjng lebar esok pun xabis,, benda boleh pikir mmg xbtol aduhai,

Rokiah. Apalah punya bodoh punya jntan aku klau jdi bini kau dsh lma aku minta cer4i.adik ksu keja bini ksu pun keja sama2 penat kerjasamalah utk masak.ini tak mjan pun berjumput klau aku m4ti keringlah kau tak mkan.inilah luahan yg pling bodoh yg pernah aku bca.dua org pgswai tinggi yg bodoh.

Chua. Sebagai abg ko kene halau adik ko kuar.ko tau hukum bawa org masuk rumah isteri xsuka org tu apa???sbb tu duit ko duit adik ko xcukup2..ko terang2 menyakiti ati binik ko la setan.ko kata adik ko baik..

aku baca smpai situ je trus mcm nk carut ko ni..dh gaji beso suh dia blah lah bulu dh smpai lutut xgheti agi duduk sdrik.cr la umah sewa ke bwh jambatan kee..gila..dh tua pon nk dibelaa..adik kalau yg baik..dia xmenyongel kat umah ko.dh tua pon bodo..bkn aku ckp..pramlee yg ckp

Ernie. Der..bodoh kau tu simpan sikit bawak bekal esok lusa..jgn ko habiskan bodoh bangang ko tuu….hish tergamak ko ckp mcm tu kat bini ko..

baguslah bini ko buat mcm tu..hbs kat umh sndiri dia jadi bibik..ko dgn adik ko buat dia mcm bibik..jd kat umh mak ko..dia tetamu lah..

nasib baik bini ko buat mcm tu je..kalau aku..mau aku halau adik ko yg tua bangka..bljr pandai2 bodoh dua puluh tingkat

Qaseh. beb.. adik ko tu pun satu hal. adu domba , dh numpang rumah abg, byk pulak cengkadak. malula sikit, abg tu dh ada family, nk jugak menepek. ganggu privacy kakak ipar dan abg tu.. ko pun sbg abg patut pklah.. pertalian adik bradik ni xkan putus sampai bila² .

wife ko tu dikira seakan org luar dan dia sanggup tingggalkan semua utk bersama ko…ko bolehpulak kata andai perlu buat pilihan. ko pilih adik dari isteri.

silap² adik ko yg makan ko balik. hargai wife ko.. hargai pengorbanan dia..benci jantan mcm ko. tu pun x boleh pk…#emo aku

Zaimah. Aku stuju bini kau bperangai mcm tu.jenis keluarga kau ni x pyh nk dtolong…tmbh2 adik2 kau ni mmg kturunan pmls.mknan dh dmsk nk tunggu suap kmulut pun perlu djmput.

betina jns apa x taula.klu aku jd ipar dia mmg x duduk drmh tu dh…kau ni jntn apa ye nk mbela kuarga kau je.

pnt adik kau yg kau kira pnt bini kau x ambk pot plk.pegi mamposla kau jntn.kau ni ada degre je tp cerdiknya xde…kau tahu x bini kau tu tgh control ksbrnnya slp hb rmhtnga kau mlyg..

Nawar. Klu ade anugerah manusia paling bodoh boleh lg bg kat ko..bini ko keje,adik ko pun keje..kpd si adk yg malas nk mampus tu,kt tmpt keje bleh la blagak mcm ladyboss tp ble dh kt umah ko tlg la ape yg ptut..bsuh pinggan pun mls.gaji ko 2x lbih tinggi dr bini ko pun x ckup sbb ape? Sbb ko tu bkire dgn bini ko..sptutnye sbg suami ko ptut dhulukn kpentingan isteri ko..

ko lbh pntingkn adk ko ape adk ko ke bg ko anak slama ni? Adk ko ke jaga mkn pkai ko..adk ko mkn x mls plak..ko sbg abg sama bodoh dgb adk ko..

ape la malang nasib isteri dpt suami x bsyukur mcm ko..adk ko tu dh mnumpang buat cara mnumpang.tlg tuan umah pe yg ptut

Wan. Memalukn aje mention ada degree bagai. Belajar tinggi2 tp ilmu rumahtangga xde tak guna jgk. Urusan rmhtangga tggjwb suami, bkn isteri.

Klu isteri yg bekerja sanggup urus rmhtgga & 4 orang anak, suami patut sangat2 menghargai. Dah la kita sbg suami pun tak menolong isteri, ada hati nak back up adik sendiri yg jelas2 pemalas

Umur dah 30 tak reti ke dapur lg, kahwin nanti mau kena halau dgn mertua. Laki yg terlebih back up adik beradik & family mcm ni baik tinggal aje. Hidup susah xpe asal tak skit hati dgn orang.

Agaknya klu dia dapat isteri pemalas macam adik dia tu, dia tak kisah kot. Maklum la org ada degree, jawatan tinggi, kerja penat berbanding staf sokongan.

Dapat isteri rajin tak bersyukur, adik pemalas jgk yg di bela nya. Hampeh

Zakiah.Dia nak bagi kau rasa macam mana dia rasa..adik kau duduk rumah dia like a boss..jadi dia balik rumah mak kau dia buat lagak like a boss macam mana kau buat..

macam mana kau terasa xsedap bila bini kau balik xbuat kerja rumah macam tu la dia rasa bila adik duduk rumah pemalas xbuat kerja rumah..

senang nak solve problem sama ada kau suh adik kau rajin tolong bini kau kat rumah,,atau kau suh adik kau pindah rumah..nanti bini kau mesti rajin balik..

Farah. bang, bang kene bace luah hati adik abg, sungguh belagak, biadap dan tidak bertimbang rasa luahan dia. dah la menumpang, bossy.

nak tau kenape gaji adik abg xckp wlpn gaji die lg bsr dr abg? sbb perangai dia, aniaya isteri abg tu. ang igy blk kenape abg kawen dgn bini abg, ape sumbangan bini abg tu,

kalau xde dia, abg rasa bahagia tu. dia berubah sebab dia kecik hati. dia rasa sia2 pengorbanan dia. cpt2 la sedar bang, sblm bini abg ni mntk cer4i.