Ketika suami aku kmalangan, family mertua dtg mengayat spaya aku jd isteri derhaka tinggalkn suami

Foto sekadar hiasan. Saya berkahwin sudah hampir 5 tahun. Saya berkahwin atas permintaan arw4h mertua. Awal perkahwinan suami tinggal dengan kakak beliau yang masih bujang. Saya dan suami bersetuju untuk tinggal berasingan memandangkan saya ada rumah sendiri. Suami saya sangat sayang kakak dia jadi bila ibu mertua mninggal kami berbincang dan setuju suami jaga kakak dia kerana kakak sulung umpama pengganti ibu.

Ayah suami adik bongsu yang jaga sebab arw4h emak mertua pesan adik jaga ayah. Jadi suami tiap-tiap bulan bayar RM500 dan duit makan minum kakaknya.

Saya diberikan nafkah 500 kerana masih berkerja. Tapi semua berubah ketika saya mengandung. Awal-awal mengandung kebetulan adik ipar pun mengandung.

Satu hari ketika dirumah kakak ipar semua adik beradik ipar berkumpul mereka bawa durian. Kakak ipar saya beria2 menyuruh saya makan durian,

Tapi bila adik dia yang sama mengandung datang kedapur dipesan jangan makan durian tu sebab tengah mengandung, Saya terpinga-pinga sambil gosok perut sebab saya pun mengandung. Mula hari itu hati saya rasa tak sedap.

Hari berganti saya bersalin dan berpantang di rumah kakak ipar, Suami saya bersangka bila berpantang di rumah kakak adalah yang menjaga walau kakak dia bekerja.

Sekurang-kurang waktu malam bila suami kerja shift malam ada yang jaga. Tapi semua itu tidak terjadi, malahan makan, jaga anak, pakaian semua saya urus sendiri.

Pernah satu malam suami shift malam anak kecil saya menangis sepanjang malam dan saya nyaris-nyaris mencampakkan anak saya sebab meroyan, mujur saya tersedar dan istighfar.

Kakak ipar saya dibilik sebelah langsung tak peduli. Malahan keesokan pagi dia kata ada dengar budak nangis tapi lupa yang dalam rumah ada budak kecil.

Saya yang dalam pantang rasa sangat sedih. Kakak ipar ni secara terang memang lebih sayangkan anak adik perempuan dia.

Sekolah ditanggung, susu, pampers semua la senang cerita. Malah suami beli susu mahal untuk anak saya pun disuruh tukar susu. Dalam hati saya kata bukan kakak ipar yang tanggung kami.

Pada ketika anak saya berusia 3 bulan suami saya exc1dent motor. Saya ambil keputusan berhenti kerja untuk menjaga suami di hspital.

Anak saya diawal minggu adik ipar minta untuk jaga sebab dia belum kawin. Satu hari adik ipar bawa anak ke hspital dia drive dari utara ke Kuala Lumpur.

Bila saya ambil anak saya menangis keras, saya pelik kenapa?? bila ditanya mana botol susu rupanya botol susu masih didalam stoller dan susu dah berkerak basi.

Saya terfikir sejak bila anak saya last menyusu. Lepas dibuat susu rupanya anak saya kelaparan.

Saya maklumkan suami saya tak mahu adik dia jaga anak saya. Kemudian di jaga makcik dia barulah elok.

Tapi selepas 2 minggu kakak dan adik dia datang lagi ke hspital. Tapi waktu di bawah tempat menunggu kakak dia beritahu saya suruh tinggalkan suami saya biar suami jaga diri sendiri.

Saya kata tengok la keadaan suami saya mana mungkin dia boleh jaga diri sendiri. Kaki p4tah dipasang besi. Kencing dan berak pun saya urus.

Kakak ipar kata biar je suami urus sendiri dan terus berlalu naik ke w4d. Saya menangis semau-maunya di situ tapi rupanya ayah mertua nampak saya.

Tapi kerana jarak yang agak jauh tidak pasti ayah mertua dengar atau tak apa yang kakak ipar cakap. Kemudian saya pun naik w4d nak ambil beg baju.

Suami saya pelik dan tanya kenapa. Saya kata saya malas nak gduh dengan adik beradik dia. Mujur suami tak izin saya pergi. Sebaliknya dia suruh kakak dia yang beredar.

Tapi semua tak berakhir disitu, selang beberapa hari abang suami pula datang menyatakan hal yang sama supaya saya tak payah jaga suami saya.

Kemudian istri pakcik suami pulak menyatakan hal yang sama seolah-olah mereka bersekongkol pula.

Di hari yang lain di hspital suami kata dia nak beli tongkat nanti senang nak bergerak. Kakak dia kata bagi kad bank kat dia biar dia pegang. Saya dengar cuma diam saja.

Tapi suami tak bagi pun kad bank dia. Cuma suami minta kakak dia belikan tongkat tapi pakai duit saya.

Sepanjang suami exc1dent ketika tu tahun 2018 pelik sebab saudara mara belah ayah mertua tak seorang pun menziarah.

Sebelah ibu mertua yang datang pakcik dan bininya tu pun ayat macam suruh saya jadi isteri derhaka.

Mujurlah adik saya banyak membantu, dari segi kewangan dan kenderaan tapi tu la adik saya stay johor.

Masa suami nak discharge pun kakak ipar suruh suami naik grab padahal sepupu semua pakai kereta. Kakak ipar seolah tak mahu kami dapat atau meminta bantuan sesiapa.

Tapi Allah Maha Kaya dengan suami kaki keliling besi ķami ditumpangkan wakil insuran sampai kerumah.

Sepanjang suami MC dan saya tak kerja, selain duit socso kawan-kawan suami dan adik dan kawan-kawan saya yang membantu dari segi kewangan.

Adik beradik suami langsung tak membantu. Malahan bil-bil rumah, sewa RM500 dan makan minum kakak ipar suami dan saya yang tanggung.

Mana nak bayar hutang kereta dan kad kredit suami lagi. Untuk makluman saya tak ada lesen dan suami tak benarkan saya drive.

Selepas dari peristiwa di hspital memang sikap ipar duai pelik la kan. Kak ipar balik kerja bentak-bentak macam tak puas hati saya ada dirumah dia.

Semua ipar seolah sengaja menunjuk-nunjuk sayang mereka pada biras saya. Sindiran-sindiran pedas dah jadi makanan saya.

Memang sekarang masih sama. Tapi Alhamdulillah lidah saya Allah tak izinkan menjawab.

Maka tiadalah pernah berlaku perang mulut. Hari-hari saya menangis dalam solat. Doa saya jadi kuat untuk anak dan suami.

Rupanya bila saya slow talk dengan suami baru dia buka cerita bahawa adik beradik dia memang tak suka suami saya sebab arw4h mertua sayang dia.

Dulu masa suami balik kampung dan mak dia masak atau terlebih sikit dengan suami adik beradik dia ada je yang membentak kat mak mertua.

Alhamdulillah sekarang suami dan saya dah pindah keluar dan tinggal di rumah sendiri. Suami dapat duit pampasan sokso dan insuran pun saya tak ambil walau sesen.

Cuma suami beli baju dan peralatan rumah atas kerelaan dia. Bagi kat ayah dia dan selebihnya repair kereta dan simpan.

Cuma bila nak balik kampung saya susah hati. Maklumlah ment4l fizikal kena kuat nak tahan peel ipar duai dan biras kan.

Tapi sebab saya fikir ayah mertua tu tanggungjawab suami. Kesian juga ayah mertua dengan perangai anak-anak dia.

Bila suami minta adik dia hantar infaq ke tahfiz adalah yang kata tolong adik beradik dulu baru tolong orang luar. Dan kata-kata tu masih berterusan sekarang.

Cuma saya berkata-kata dalam hati masa saya dan suami susah dan sedang Allah uji adik beradik suami dimana? Kenapa tak tolong kami.

Banyak perkara saya boleh cerita tapi sebab saya fikir orang beriman tak akan buka keaiban orang lain.

Selebihnya biarlah antara mereka dan Allah saja. Panjang lagi perjalanan hidup ini, doakan saya kuat nak hadap sikap ipar duai saya ni.

Kesian suami kalau saya bercer4i sebab adik beradik dia. Suami saya baik dan jenis tak melawan.

Doakan kami ye semua… Terima kasih.

– Isteri Duka (Bukan nama sebenar)

Ini antara komen yang paling terkesan daripada netizen.

Atikah. 1. Ambil lesen kenderaan segera. Pujuk suami untuk benarkan. Ceritakan kelebihan ada lesen ni.
2. Buat hibah segera. Jadi apa2 masa depan, InsyaAllah terjamin.
3. Jangan kerap berjumpa kakak ipar, adik ipar, mak cik, pakcik semua yang toksik tu.
4. Boleh usaha untuk kerja semula dengan izin suami.
5. Beranilah lawan untuk hak kita. Jangan kerap pendam dan simpan perasaan takut nanti kemurungan.

Naaziha. Sis? Mak ayh sis ada? Masih sht? Kalau mereka x keberatan, mengapa tidak hntr shja bayi sis ke rumah mak sis?

Haihh..rsau bayi kcik lg..kalau sy, mmh sy akn hntr pd org yg sy btl2 yakin utk jaga. Tkt nk pas pd org sebarangan. Lg satu2 , dh alang2 dorg pun x reti nk hrmt awk, awk pu.

X perlu lah nk buat baik sgt dgn dorg. Biase2 sudahlah..asalkn x smpai biadap. Org yg x reti nk hrmt org ni, mknn dia kne bg setepek dua kata2 kt muka dia.

Jgn la bia org pjk2 maruah sis. Org surh a awk buat a..org suruh b..awk buat b…awk ni mmg penyabar orgnya..kalau sylah..mmmm..mmg xdelah…ckupalah skali.jd pngjrn…

Shahni.Sis, perkara pertama ialah belajar memandu ya. Belajar sampai lulus.

Kedua, soal rumahtangga dan kewangan keluarga sis uruskan. Tepis campur tgn ipar duai tu.
Bincang secara telus dengan suami.

Ketiga, pulang ziarah ayah mertua sekali dlm sebulan atau 2x dlm sebulan ikut keadaan. Jika tak tahan tak perlu bermalam. Sis dan family bermalamlah di hotel mengikut kadar kemampuan.

Kak ipar kerja kan? Bil² rumah semua suami tanggung kan? Boleh dah kurang kan separuh duit sis tu. Selebihnya buka insurans untuk anak² u atau diri u.

Harta yg suami ada tu — hibahkan supaya tiada perebuatan di kemudian hari.

Bak kata sis jauh lagi perjalanan sis dan anak² kan. Usaha la ya. Doa terus jgn putus.Kuatkan ment4l ya. Kena kuat

Shahida. 1st xpyh la tt dok fikir nk minta ataupun harapkan bantuan org hatta keluarga sendiri. 2nd pls empower yourself. Belajar berdikari.

Belajar drive. Bljr urus sendiri urusan keluarga kita dan jgn harapkan suami je. Ni baru suami skit. Kalo suami ditakdirkan mninggal (nquzubillah la kan) lagi haru.

Tp always b prepared. 3rd psl ipar duai xpyh la peduli sgt. Sekali skala kena jgk menjawab. Bkn nk cari pasal tp just tp kena tau had n hak kt kat mana.

Hafzah.Tolong bangkit. Jangn jadi lembik, berdikari urus rumahtangga, minta dari suami, biar awak sendiri yg uruskan perbelanjaan rumahtangga, minta duit dia,

jngn guna duit awak pula, bantu sikit2 dah. Suami tu dah culas bab tanggungjawab anak bini. Remind suami selalu tentang tggjwb dia.

kakak tu berkerja kan minta dia tanggung diri sendiri. Jaga adik beradik bukan bermaksud tanggung kehidupan mereka 100% Keluar dr rumah kakak tu & pergi lawat sekali sekala je.

Sesekali tegas & beri kata putus pada suami. Yg kata suami dia x salah tu please lah, suami tu kena tegas & adil sebagai KETUA KELUARGA.

kalau nak ikut cakap adik2 beradik hal urusan keluarga sendiri, U as a Husband memang lembikkk…Eh, tergeram pula aku

Dee. patut la kakak ipar tak kahwin2 lagi,xda orang nak.x sanggup ambil buat bini.perangai dah tua pun x matang lagi..mcm bdk2.

jahat bkn main..apa hak dia nak pgg kad bank adik dia?dah la tiap bln org hulur rm500..padahal bukan tua mana dia tu,larat lagi cari rezeki lebih.baik xpyh hulur lg la..bkn wajib pun.pergi mampus la kak ipar macam tu,perempuan low class sengkek

Sumayah.Nnti klau ayah mertua mninggal.. X yah amek tau dh hal diorg..klau “terjumpa” berckp.. Klau x jumpa,teruskan hidup dgn keluarga kecil awak bersama dgn org² yg benar ikhlas blh menerima keluarga kalian..

X yah sedih².. Kdg² idup kita ni,org/sedara mara yg bermasalah.. Yg paling utama adalah dengki..
Org klau nk dengki,

x payah tgu org tu kaya,berharta,bahagia or what ever..diorg klau blh x nk tgk pun org yg di dengki or benci tu nmpk bahagia..

Klau blh bayang korang pun jgn bagi diorg nmpk..suara pun x payah bg diorg dgr..Sbb apa aku ckp cmni.. Sbb aku ni mngsa dengki oleh adik beradik aku sendiri..

dihntar sihir..dijadikan tempat pelepas saka.. Huru hara hidup kami sekeluarga.. Allah je yg lindungi kami selama ni.. Org buat jahat,kami layan dgn baik..

X putuskan silaturrahim.. Berbelas tahun..tp mereka tetal x berubah..bermulut manis dan bermulut jahat didepan dan blkg kami x usah kira la..

Mana fitnah lg.. Skrg bye…bye.. Smpai masanya,kita perlu bergerak dgn cara kita.. Saya smpai pernah buat solat istikharah,menangis..mintak kpd Allah..

jika mereka ini betul² baik dan ikhlas dan baik utk agama dan keluarga kami,maka dekatkan lah..jika mereka berniat jahat dan x baik utk kami,maka jauhkan lah..

2 @ 3 minggu lps tu,suami saya dinaikkan pangkat dan ditukar jauh dari penempatan mereka..

Tp kami still x putuskan silaturrahim.. Klau mereka dtg dari jauh kami rai mereka dtg ke rumah..hari raya tetap balik berjumpa diorg..

tp diorg still x berubah,walau hanya setahun skali @ 2x berjumpa..tetap dgn perangai jahat mereka..skrg kami terus x balik kg dan berhubung jika ada hal yg pnting saja.. Mereka tau kami marah..