Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum min. Mohon hide profil saya nak luah perasaan macam mana ye nak buat dengan mertua yang perangai macam budak2 umur dah 41tahun tapi entahlah. Payah jugak yg dapat mertua yg sangat2 pentingkan diri sendiri. Suami sendiri pulak lebih dengar cakap mertua berbanding isteri sendiri. Kalau mengadu sikit pasal mak dia mesti akan gduh.
Asal isteri bercakap suami akan mengmuk macam orang gila. Tak nak langsung dengar cakap isteri. Apa yg perlu saya buat ye? Ha lagi satu makcik pakcik bawang bukan aku taknak balik rumah mertua aku tapi aku tk tahan.
Rumah penuh dengan sawang , sampah keliling rumah , kotor sana kotor sini , berus gigi berkongsi saya selalu jugak kemas rumah mertua tapi bila kemas jadi balik macam mana ye nak buat?
Selalu bergduh dengan suami bila ajak balik sana. Bukan tknak. Tapi memang betul2 tk selesa. Dengan mandi sekali sehari. Allah. Hm.
Saya ada anak baby lagi bila ciium mesti ciium dimulut baby lepas tu berbau busuk sangat Nasib baby tu tak reti nak menghidu lagi.
Tapi apakan daya tak kan nak halang. Apa patut saya buat ye min. Sekarang ni saya terasa hati sebab mertua selalu panggil suami tolong dia buat kerja atau kemana-mana saja.
ayah mertua ada lagi , adik beradik suami lelaki ramai tkkan nak suruh suami saya jugak. tu yg saya tk faham.
suami pung tkde masa untuk isteri dan anak. pagi dah keluar cari rezeki balik malam. pagi keluar anak tidur lagi malam balik anak dah tidur utk malam pulak.
hm. bila cuti tk kerja ada je mertua call suruh balik rumah dia tolong hantar kemana-mana atau tolong dia buat kerja. macam mana ye pakcik makcik bawang. stressss
KISAH KE 2. Saya terpaksa berpantang rumah mak mertua raya hari itu. Mak mertua buat ketupat lemang, laksa semua tu saya tak boleh makan. Saya nak masak lauk pantang untuk saya tapi mak mertua marah cakap membazir, mak mertua paksa makan jugak laksa dengan pulut tu. Bila saya tak nak makan dia mengadu kat suami saya tak nak makan sebab kata dia letak racun dalam makanan tu, terus suami…
Salam krt, saya nak meluah sikit ttg mertua saya yg pilih kasih. Saya dah 2 tahun kawen dan ada babygirl umo baru 8bulan.
Cerita dia mcmni, waktu saya brpantang haritu saya pantang 22hari kt rmah mak saya dan 22hari lgi kt rmah mil. Ikotkan mmg pntang full kt rmah mak saya tpi sbab mil saya nak sgt jaga sya dan baby jdi sya turutkan je la ..
Tapi act, mil sya xjaga lgsung sya malah dia sruh sya msakkan untk dorang skli bila sya masak lauk pantang sya
. Bila sya tido,dia ckap sya pemalas tahu dduk dlam bilik je xreti nak tlg dia kemas rmah pdahal sya dah siap kemas rmah baru sya msok bilik .
Lepastu time hari raya puasa, suami sruh sambut kt rmah mil dulu sbab sya masih pantang tpi dorang masak laksa,ketupat,lemang (semua benda yg sya xboleh makan)
bila sya nak msak sikit untk sya mil ckap jgn nak mmbazir dh byak dia masak, makan je jgn nak mmilih sgt.
Sya xnak mkan pastu mil ckp kt suami yg sya tkot mil bbuh racun kt sya pdahal sya mmg kena pantang lgi kan benda2 tu xkan lah mil xtahu..
Suami pon tgur sruh sya sruh makan sbab mil kecik hati sya xnak mkan lgsung jdi sya makan laa sikit..
Pastu ptg tu sil sya balik (dia pon baru beranak awal tahun) tapi mil sya xbgi dia makan makanan tu semua dia ckap nanti boleh skit urat dan bisa sbab pulut,
mil siap buatkan nasi impit dgn kuah kcg dkat sil . Tapi sya diam je,suami xtahu yg sya xboleh mkan benda2 tu .
Malam sya xbole tido, skit badan2 sya nasib suami nak urutkan smpai sya tido tapi suami igt sya skit sbab bnyk berjalan .
Sya bersabar je dgn apa yg mil buat kt sya sbab mlas nak bsing2 smpailah ada haritu sya skit perot jdi sruh mil tlng tngokkan anak sya skjap.
Lpastu waktu sya nk msok bilik sya dngar mil mrah anak sya ckap ank sya mnyusahkan dia ckap kenapa anak sya xm4ti je waktu branak hritu.
Anak sya xckop blan sbab air ktuban kurang jdi kne paksa branak ( waktu bwak kluar tu anak sya dh biru sbab lem4s) mgkin mil harap anak sya m4ti kot time tu tpi allah pnjngkan nyawa ank sya.
Ini antara respon pedas netizen untuk kisah ke 2.
Anne. Sesetengah MIL zaman sekarang suka cari pasal tanpa sebab, pilih kasih, etc. Kalau dia letakkan posisi dia di tempat sis, takdenya dia aniaya sis.
Salah satu cara untuk sis hidup bahagia tanpa perlu dibu1i oleh Mil adalah berterus terang. Cakap je apa yang tak puas hati tu.
Biar orang nak kata kurang ajar ke apa. Kalau tak buat macam tu, sampai ke sudah lah MIL macam tu. Silap haribulan dia racun anak dia utk cer4ikan sis.
Liana. Mentua tetap mentua dn dia bukan ibu yg melahirkan kita, so memang sesetengah sifat mentua ni ada setan sikit sbb dia tetap anggap menantu ni bukan anak dia..
So paling bagus next time jangan lagi berpantang dirumah mentua. Xpayah gigih nk ambik hati mentua ke ipar duai ke, mesti ada batasan..
Baik berpantang dirumh mkbapa sendiri pedulilah mulut mentua ke ipar duai koyak rabak mengata awk.
Lagi satu xpayah nk rapat sangat2 dgn mentua ke ipar2 sbb memang diorang ni ada2 sja yg xkena dimata diorang terhadap menantu.
Buat hal sendiri2. Ungkapkan slogan kau kau saya saya, saya tak kacau ko jdi ko jgn kacau sy.. Kena tegas sikit supaya x kena pijak2
Suhana. Better, tt luahkan apa Yang tt rasa dekat suami tt. Daripada Lama lama pendam nanti jadi dend4m.
Daripada nanti tt Dan suami bergduh. Biar dia nak terima atau tak. Dan saya syorkan jarakkan pergi daripada pergi kita pula skit hati.
Saya taip pun sebab berlaku juga kat saya. Cuma lainlah cerita. MIL suka cari salah saya walaupun kecil.
Saya pun sekarang luah apa saya rasa. Dan alhamdulillah suami memahami. Dia pun tak paksa saya pergi ke rumah MIL.
Zahiela. Kalau aku, aku bertegas untuk kebahagiaan aku sendiri. Aku takkan izinkan sesiapa pun untuk menyakiti aku dan keluarga.
Pendek kata, aku angkat kaki dan ajak suami pindah jauhh. Kebahagiaan tu ada pada diri kita sendiri, jangan biarkan orang lain musnahkan.
Dan sabar tu bukan bermaksud kita perlu duduk hadap keperitan dan memudaratkan diri sendiri.
Fatin. sis nasihat sy satu ja kena ingat, kita menantu org luar tetap akan jadi org luar walau macam mana rapat pun mertua adk beradik ipar gn kita, tetap dipandang org luar..
sayang diri sendiri n anak dulu sis sebelum apa2 jadi, balik berpantang rumah makayah sendiri lg terjamin dr segi ksihatan emosi n ment4l, berpantang rumah mak ayah kandung kita lg selesa n suasana tu lg sihat sis,
Ina. Ni mesti k3s bkn menantu pilihan hati..sbb tu dbu1i ment4l fizikal nmpk simple n remeh tp ksan die sgt la pnjng.. semoga TT trs kuat utk hadap peel MIL.. blajar jadi pekak n tuli..
bila situasi mcm ni elakkan dr blk rmh MIL cipta alasan utk suami.. klu suami nk blk sgt biar jela die blk sorang².. lantak la org nk ckp ape pn.. semoga Allah kurniakan hidayah buat MIL TT..
Nurain. Kalau sy jadi awk tt dapat mentua mcm ni lama dh mengadu . Samo lh ni mentua awk ngn mentua sy ,pilih kasih .
Ape sy buat semua x kne , last sy malas ambik kisah bersalin no 2 n 3 pantang rumh sndri .
Suami tlg uruskan sy n ank . 1 tahap sy cerita kan semua ape mentua buat ,dan sy suruh suami balik senyap2 tgk peragai mak die .
akhirnye suami thu mak die pelakon nombor 1 dlm rumh tu . Bru die thu peragai mak die blkg die .
Smpi skrg , klu balik rumh mentua pon , ada bende menyakitkan hati , sy sndri start moto or kete bwk ank balik (btw rumah sy n mentua jarak 25kilomiter je ) suami sy fhm sgt knp sy nk balik
Roha. Jahatnya mentua awak tuuu…ank dia pandai pulak dia tau jaga pemakanan masa bpantang…ngan menantu di katanya mbazir… Lepas nihh klu beranak lagi jgn bpantang kat rumah mtua …
klu mak awak masih sihat bpantang aje kat rumah mak awak…tak pun pantang kat rumah sendiri…lagi satu… kena bgitau suami pasal makanan dlm pantang…
apa yg boleh… apa yg tidak boleh mkan…dah npk kan hati mtua tuu busuk sampai hati ckp ngan cucu nya mcm tuu…klu aku mmg tak jejak lagi laa kaki aku kat rumah mtua…
Melisa. Allahu ksian baca kisah awk, sabar ye sis, banyak kan berdoa, semoga Allah swt lembut kan hati mil awk,
Bila aku baca comment masing2 aku rasa, aku rasa aku insan yang beruntung Mempunyai ibu mertua yang baik,2x aku beranak czer dia jaga aku,
mcm dia jaga anak dia, masakkan makanan pantang untuk aku, sedia kan mandian untuk aku, dia jaga aku macam anak dia sendiri aku bersyukur kenal keluarga yang baik2,
mak mertua baik2 adik ipar semua baik2,walaupun hanya adik ipar tapi kami rapat macam adik beradik je,meniaga sama2, berbusiness sama2, boleh bercerita, boleh, kongsi masalah Alhamdulillah syukur…
Rokiah. Mak mertua saya baik je orangnya, saya tgh pantang pun jaga dengan baik.
Tapi setiap kali saya balik rumah mak mertua, mak mertua pula jenis suka beli makanan,
beli dgn kawan lah, jgn anak murid lah, dia jenis suka bantu orang, then mak mertua suruh saya rasa makanan tu.
kalau makanan tu saya tengok rasa nak makan, saya akan makan, tapi kalau makanan tu saya tengok rasa macam tak nak makan, saya cakap tak nak makan.
Dah makanan tu kita tak suka, kang makan jap lagi x habis kata membazir pula, so tak payah rasa, cakap je depan2.
Ayu. Emak saya cakap kalau kita dah hormat mak mertua , dah layan dia sebaiknya tapi dia tak hormat kita, bu1i kita, jadikan kita macam hamba, perkara terbaik kita perlu buat ialah JAUHKAN DIRI. Biarlah anak dia je balik setiap bulan, minggu ke apa.
Sya tak rapat dengan belah mertua, sebab saya tahu mulut diorang macamana. Suami saya pun tak galakan saya balik selalu
Awiyah. Ada yg perlu berlembut dan ada yg mesti prtahankn…yg mesti n wajib tahu sgt2..kskitan serta penderitaan kita, Kita aje yg merasai bkn org lain….. hargai diri sendiri 80% dan 20% utk org skliling trsyng…baru rasa bhgia nti..trylah buat