Foto sekadar hiasan. Hai pembaca iiumc. Aku Timah (bukan nama sebenar). Aku dilahirkan dalam keluarga yang sederhana. Selepas aku baca banyak confession dalam iiumc aku rasa terpanggil untuk berkongsi dan mendengar pandangan dari orang lain mengenai kisah hidup aku. Aku anak perempuan sulung dalam keluarga. Aku membesar dalam keadaan tekanan yang teramat kuat sehingga aku terfikir kalaulah aku tak dilahirkan dalam dunia ni mungkin semua orang senang dan bahagia.
Permulaan kisahnya ibu bapa aku selalu bergduh bapa aku seorang yang panas b4ran dan cemburu buta. Manakala ibu aku menjadikan kami sebagai tempat melepaskan kemarahan.
Pada asalnya ibu aku mengambil orang gaji. Jadi semua kerja rumah disettlekan oleh orang gaji. Ibu bapa aku bekerja. Jadi masa bersama kami kurang. Aku ingat lagi masa aku umur 5tahun aku baru belajar solat.
Pagi pagi aku kejutkan ibu aku ajak solat subuh tapi ibu aku marah aku suruh aku solat sendiri. Jadi aku solatlah sendiri. Keluarga aku tidak mementingkan solat.
Ibu bapa aku tidak solat. Jadi semua tu hil4ng macamtu je sehingga sekarang aku jadi seorang yang susah nak solat.
Masa umur aku 7 tahun kami dah tiada maid, cuma panggil orang datang ke rumah untuk menguruskan rumah seminggu sekali.
Di depan mata aku ibu bapa aku bergduh. Segala ayat yang tidak baik keluar dari mulut mereka. Waktu ni aku baru 5 beradik. 2adik aku masih tidak memahami apa apa.
Aku dan dua abang aku jafi saksi bapa aku pecahkan pinggan mangkuk yang ibu aku kumpul dari zaman bujangnya.
Waktu tu ibu aku tak tahan, ibu aku bawa adik adik aku lari keluar dari rumah. Ibu aku memberi aku pilihan untuk aku memilih sama ada mahu mengikut ibu atau bapa.
Aku memilih untuk stay sambil menangis aku nak kedua duanya sekali tapi ibu aku meningg4lkan aku dah terus berlalu pergi bersama 2 orang adik aku.
Abang aku? Aku dah tak ingat. Tak lama kemudian ibu aku balik semula ke rumah bergelut bergduh dengan bapa aku ntah macamana lepas tu semua tu settle macam tu saja.
Kemudian aku membesar seperti kanak kanak lain sekolah belajar dan sebagainya.
Bapa aku bukanlah terlalu teruk. Dia masih lg melayan aku jahitkan lencana sekolah, jahitkan kain sekolah aku sebab aku obese jadi aku takde saiz.
Aku alergik pada besi jadi tudung sekolah aku semua ayah aku jahitkan sebab aku tak boleh pakai kerongsang.
Ibu aku mementingkan pelajaran kami. Bapa saya pula lebih kepada menunaikan apa kehendak kami.
Setiap kali birthday aku bapa aku akan belikan apa yang aku mahukan. Radio, kaset, congkak, telefon dan sebagainya ayah aku belikan setiap kali birthday aku.
Ibu aku pula, bila dia marah pada kami dia akan rosakkan hadiah yang ayah aku berikan pada aku.
Aku membesar penuh dengan kata kata aku hodoh aku gmuk dan sehingga sekarang aku tidak yakin pada diri sendiri.
Setiap kesalahan yang aku lakukan pasti ada hukuman dan hinaan yang aku dapat dari ibu aku.
Long story short, aku dah masuk umur belasan tahun. Mula mengada2 nak belajar memandu. Aku minta ayah aku ajarkan aku memandu.
Waktu tu aku dalam kereta dengan ibu dan ayah aku. Tengah aku pujuk ayah aku, tiba tiba ibu aku marah dan keluar kata kata hikmah dari mulut dia “betina sundal”. Aku terkedu, kenapa panggil aku macam tu. Aku pon tak faham.
Tapi kesannya aku tak mampu lupakan sampai hari ni. Hubungan aku dengan ibu aku sem4kin retak. Tak boleh dekat mesti ada je salah pada mata dia.
Aku tidak dibenarkan keluar rumah melepak dengan rakan rakan sebaya. Tugas aku hanya belajar dan buat kerja rumah.
Waktu ni ibu aku dah tak panggil orang untuk settlekan rumah. Tugas tu dah jatuh kepada aku.
Bila kain banyak tak berlipat ibu akan marah aku, rotan aku dan sebagainya .Ibu aku memang tak usik kerja rumah. Masa ni ibu aku dah bukak restoran sendiri.
Kadang kadang pinggan dalam sinki sampai berulat, akulah yang basuh. Akulah yang buat segala kerja rumah.
Tapi biasalah budak budak memang tak perfect la. Kadang kadang aku buat kadang kadang aku biarkan aku bermain dan sebagainya. Tapi still aku juga yang kena settle kan semua tu.
Waktu aku sekolah menengah ada masa kain baju kasut sekolah aku dan abang abang aku semua aku kena settle kan.
Kalau hari minggu semua tu belum settle aku kena marah kena rotan dan sebagainya. Sebab kerja rumah kan kerja perempuan. Lelaki?
Duduk je. Blh keluar lepak dengan kawan kawan. Aku pernah terfikir kenapa aku tak jadi lelaki. Sebab jadi lelaki tak payah buat apa apa. Sedih.
Bila mandi, aku cuma diberikan masa 5 minit untuk siap mandi. Kalau tak mak aku akan bukak pintu toilet dengan rotan kat tangan.
Kejut bangun tidur pun tak dapatla kejutan manja manja. Antara rotan, cubit atau terus simbah air. Pening kepala aku bangun tidur terkejut setiap hari.
Aku pernah tertidur keletihan lepas balik sekolah. Telefon aku tinggalkan di luar bilik. Ibu aku call aku tak sedar.
Ibu aku balik terus cubit aku marah marah aku then rampas telefon aku. Terkedu aku tak tau apa salah aku. Tiba tiba kena marah kena m4ki betina gatal bu**t. So aku teruskan hidup macam biasa.
Masa ni aku dah mula tertekan. Dah mula toreh tangan sendiri. Setiap kali aku kena marah kena maaki kena rotan ibu aku tak bagi aku menangis, dia suruh aku diam. Suruh pandang dia.
Tak boleh ada mimik muka marah, nanti ibu aku cakap aku melawan then dia akan rotan aku lagi.
Aku terus membesar sehingga tingkatan 5. Hubungan aku dengan ibu lebih retak. Sampai satu tahap aku mula jadi liar.
Rosakkan diri sendiri. Berzina, isap r0kok. Tapi still tak boleh keluar rumah masa ni.
Aku cuma buat perangai time ibu aku hantar tuition aku lari aku buat perangai. Time ibu aku kat kedai aku bawak balik lelaki masuk rumah. Mula pandai bercinta.
Sampai aku habis sekolah, aku jadi semaakin teruk. Semaakin banyak jugak pkul diri sendiri sampai lebam lebam. Telan ubat banyak banyak sampai muntah kuning, hijau, coklat gelap. S4kit sangat.
Tapi aku tak ada cara lain untuk aku lepaskan marah setiap kali aku kena pkul kena rotan dan kena maaki dengan ibu aku.
Ibu aku hantar aku sambung belajar. Tapi course apa yang dipilih bukan dari pilihan aku.
Ibu aku akan pilih semua. Dari cara pemakaian aku, kolej aku, sehingga course aku semua aku tak boleh buat pilihan sendiri.
Ibu aku akan tentukan semua. Bagi pihak aku pula, aku follow asalkan aku boleh keluar dari rumah tu. Tapi pelajaran aku tak kemana.
Aku bertambah liar. Keluar lepak malam malam. Isap shisha. Bertukar tukar lelaki. Akhirnya aku kena buang kolej. Aku kena balik semula ke rumah.
Masa ni aku dah mula bekerja. Aku still lagi tak ada alasan untuk tak pergi kerja. Jadi kalau aku tak sihat dan sebagainya aku akan check in bilik aku rehat, aku tidur. Kalau kat rumah aku tak boleh buat semua ni.
Tak ada alasan. Aku kena buat kerja rumah. Balik kerja pkul5 sharp, tak ada alasan aku kena terus balik rumah.
Kalau aku menyinggah paling lewat sebelum pkul7 aku kena ada kat rumah. Kalau tak aku kena maaki dan still kena rotan macam biasa.
Semaakin hari aku semaakin benci ibu aku sebab bapa aku tak campur sangat hal ni, semua ibu aku yang uruskan jadi tiada alasan untuk aku marah bapa aku.
Lagi pun ayah aku yang akan tahan ibu aku bila ibu aku rotan aku bagai nak gila. Kiranya adalah orang back up masa ni. Aku still kena buat kerja rumah.
Aku still tak boleh keluar dengan kawan kawan. Tidur rumah kawan dan sebagainya sehinggalah umur aku masuk 20 tahun. Stress aku mkin tak terkawal.
Setiap kali aku stress aku akan rosakkan diri sendiri, pkul diri sendiri toreh tangan makan ubat banyak banyak macam biasa jadi aku cari jalan untuk keluar dari rumah tu.
Aku mula berkenalan dengan seorang lelaki. Lelaki yang aku tau kaki perempuan, d4dah, mencuri, menipu. Beribu duit aku habis untuk dia. Tapi masa ni aku bodoh. Aku tak pandang semua tu. Aku cuma nak keluar dari rumah tu.
Jadi aku berkahwin dengan lelaki tu masa umur 24 tahun walaupun pada awalnya ibu bapa aku tak setuju.
Aku lari rumah aku buat perangai sampailah diorang terpaksa setuju. Jadi kami berkahwin. Rupanya cerita tak habis sampai situ sahaja. Aku bekerja lelaki tu ambil duit beli d4dah.
Pinjam duit orang sampai orang cari aku suruh bayar hutang. Perempuan sana sini. Tak balik rumah.
D4dah sana sini. Dengan aku sekali terjebak dengan najis d4dah. Dia ajak aku join dia sama sama. Masa ni aku bekerja cari duit then habiskan untuk d4dah.
Bodohnya. Perkahwinan kami tak bertahan lama. Umur 26 tahun aku officially pegang title janda.
Aku balik semula ke rumah tu. Rumah yang aku tak pernah anggap sebagai syurga, tapi neraka bagi aku. Masa ni ibu aku dah tak bekerja. Aku mula naikkan balik hidup aku walaupun still jatuh.
Dengan berkat caci maaki ibu bapa aku rotan yang kau kena rasa sehingga umur aku 27 tahun.
Aku mula slow slow berubah ke arah yang lebih baik. Still tak solat. Tapi dah mula tinggalkan zaman kejahilan aku. Segala d4dah, r0kok semua aku dah tinggalkan. Ibu aku dah mula solat.
Tapi mulut dia, still sama macam dulu. Cuma tak maaki aku bukan2 dah. Tak rotan aku dah. Aku pon tak tau kenapa dan macamana ibu aku boleh berubah. Tapi kerja rumah still lagi semua aku yang kena hadap semua. Walaupun adik adik aku dah besar.
Sebagai anak sulung perempuan. Still tanggungjawab aku untuk handle semua. Ibu bapa aku memang takkan usik kerja rumah. Walaupun kain baju sendiri sehingga sekarang.
Aku? Mula jadi rendah diri, takde kepercayaan pada diri sendiri, sentiasa rasa diri salah kalau apa apa terjadi.
Oh ya, aku pun dah jumpa psangan yang baru. Dan berkahwin kali kedua. Dugaan still lagi macam dulu. Nak hadap mulut ibu bapa aku yang sentiasa rendahkan aku tapi kali ni aku ada suami aku yang sentiasa ada dibelakang aku.
Yang sentiasa dengar masalah aku dengan family aku sebab adik adik aku pun da anggap aku macam maid diorang juga.
Suami yang sentiasa pluk aku bila aku menangis bila aku down dengan diri sendiri. Suami yang sentiasa angkat aku puji aku yang bagi semangat dari terus ingat kisah lalu.
Sehingga ke hari ni semua yang jadi dalam hidup aku tak pernah aku lupa dan tak mampu aku maafkan. Sebab apa yang jadi aku jadi orang yang tak mampu berdiri sendiri.
Aku still lagi rasa aku tak berguna. Aku tak pandai buat apa apa. Aku tak ada kelebihan apa apa.
Ini antara reaksi paling terkesan dari netizen
Nina. Awak gi la dapatkan rawatan. Psikitari. Ajak suami. Kdg trauma masa kcik ni bole tinggalkan kesan. Walau bnde tu dah lama blalu. Cara awak mnulis pun. Masih nmpk awak tgh struggle nk bjuang.
Utk matikan zmn lampau. Lg pula masih trpksa buhubung dgn parent. Kalau tekanan. Jarakkan diri dulu. Bntu bg duit dari jauh. Doakan dari jauh. Awak pun dah ada suami. Nnti dah slow2 ok. Bole blik smula pd parent.
Hannah. Aku pun membesar dgn ibu bapa yg sentiasa merendah2kan diri aku..sampai aku rasa aku ni tidak.berharga..tidak layak perhatian, sentiasa menyalahkan diri..
Zuraida. Anak perempuan sulung yg nasib tak baik. Memang kena macam tu. Bersyukur lah dapat suami yg memahami dan sayang adik. Kalau kerja duit tu beli brang2 untuk diri sendiri. Jangan sebuk dok bagi kat orang. Tak ada orang yg sayang kita lebih dari kita sayang diri sendiri.
Hidayah. Dik Timah yg hebat.. Ini masa adik untuk bina kehidupan adik sendiri. Ujian yg adik alami tu adalah pengalaman.
Allah uji mengikut kemampuan kita. X lebih x kurang. Kita boleh tempuh ujian tu. Ini janji Allah dik. Itu sbb ujian setiap ind x sama.
Mengenai mak kamu tu.. sampai masa dah kamu menjauhi diri dr dia. Alhamdulillah dah ada suami yg baik. Mak yg dera anak secara emosi atau fizikal tu sebenarnya akn merasa s4kit pd diri sendiri.
X caya adik tgkla nanti waktu mak adik tu tua. X perlu tunggu akhirat sngt. Mak adik tu akn terasa kesan2 dr apa yg dia buat pada adik. Allah maha mengetahui dik. Cuma..
Adik kena latih jgn ada dend4m pd mak adik. Jauhkan diri dr keluarga adik tu dulu. Bina keluarga adik sendiri..yg paling, paling, paling utama ialah solat x tinggal dan berdoa banyak2 sebanyak2nya.
Sentiasa doa. Minta apa yg dihajati. Apa2 jer. Selalu doa. Jangan doa masa lepas solat je. Bila2 masa. Cakap pd Dia. Dia suka pd manusia yg meminta2. Semoga yg baik2 saja untuk adik timah ni.
Aza. Adik.. awak seorang yang baik dan berhak untuk disayangi. Rasa macam nak hugs u.. my opinion..1) jumpa psy/ kaunselor.. boleh call talian nur 15999.
2) fokus pada benda yang positive, contoh suami yang baik, badan yang sihat, rezeki yang murah dan iman yang tetap..3) rancang your future and let7 loose of your past.. sewa rumah lain and bina keluarga kecil sendiri bersama suami.. biar susah pun takper dik..
4) tegur or advice your sibling about their responsibility, diorang pun dah besar panjang..5) mulalah bersyukur dan bersolat, insha’Allah adik akan lebih tenang.
Jaga diri adik baik2, walau apa pun yg berlaku adik tetap ada Allah utk mengadu..
Syud. Sungguh,apa yg keluar dari mulut seorang ibu,sebuah doa.Cakap yg baik2,semoga ia menjadi doa yg baik2 untuk anak..