Sblm kahwin dh thu perangai isteri truk, tp ttp bertahan sb tgoda rupa dia cantik

Gambar sekadar hiasan. Salam mcm mana nk tegur bini kita tapi tak nk dia terasa?Saya baru kawen.. alhamdulillah saya dapat isteri cantik paras rupa.Tapi dia free hair . Ingat lepas kawen dia berubah tapi tak.. Rambut dia warna blonde skrng ni puas saya suruh dia pakai tudung kalau nk pegi mana2 tapi dia tak nk ..

dia ckp rambut dia kelimumur lah apa la .. kalau pegi mall tu lelaki suka jeling2 dia ..kadang keluar pegi mall pun dia pakai dress paras lutut je saya cemburu min laki pandang2 dia ..

Tapi tak tau nk cakap macm mana sebb dia kuat merajuk .. kalau ajak solat pun kena panggil dua tiga kali baru dia nk pegi tu dia terpaksa Saya rasa saya gagal jadi suami yang baik ..

hmm dlu masa bercinta saya dah tau perangai dia mcm tu tapi saya tergoda dengan rupa dia sebb tu saya bertahan sampai kawen .. tapi bila dah kawen saya rasa saya jadi suami yang gagal pulak.

Perkongsian daripada lelaki ini mendapat sambutan dari semua warga netizen di page krt. PERKONGSIAN KISAH KE 2 DI BAWAH LAGI MENARIK SEORANG ISTERI YANG BERGAJI BESAR MENYESAL KERANA TELAH MENGHINA SUAMI SENDIRI HANYA KERANA TIDAK SETARAF AKHIRNYA MENYESAL. APA AGAKNYA KEAJAIBAN YANG TELAH BERLAKU KEPADA SUAMINYA. 

ini reaksi warga net untuk kisah pertama. Hayati : Sblm kahwin awak terima dia seandainya dan selepas kahwin awak kena terima…sebagai suami awak kena pandai bimbing dia..mula dari sendiri solat.. alhamdulillah dia nk ikot solat walaupon panggil dua tiga kali..jgn putus asa..sentiasa berdoa dan berdoa..In Shaa Allah isteri akan berubah nanti..

Junainah : Dik..terang2 ko tulis ko baru je kawen..ye..tau..ko ketua keluarga..tggjawab ko nk bimbing bini ko masuk syurga..tp jgn stress sgt..ko byk kn brdoa..ko jgn putus asa..in sha allah satu mase nnti akn trbukak jgk ati bini ko tuk berubah ke arah yg lebih baik..

bile ko dh terima die..mksud nye ko kena terima ape2 pun psl bini ko..ko dh tau die free hair..die blonde kn rambut..die s3ksi..so..ko snggup kan..jd bg die mase..sambil2 tu ko boleh bimbing die satu persatu..

hidayah tu milik allah..ko jgk tk kan tau yg satu mase nnti bini ko boleh jd wanita solehah yg ko idam kn selama nie..in sha allah..tkde yg mustahil atas dunia nie klau allah izin kn..ko yakin situ je..ko terus kn niat ko utk bimbing bini ko..slow2..

jgn prnh cpt rase give up..rase gagal..mane ade umhtgga tkde ujian..lain org lain cabaran..ko kena jd penguat semangat utk isteri ko berubah ke arah kebaikan..ingat tu..smoga korang beroleh kebahagian dunia dan akhirat..

Norash :Belum terlambat lg… usaha lebih. Sy mmg respect niat awak tu.Kesian suami yg biarkan isteri2 mereka freehair.. xde yg membanggakan pun. Apa yg cantik x tau lah. Beli barang nk yg dlm kotak, belum disentuh tp isteri biarkan freehair.

Hadiahkan tudung, telekung.. nmpk artis2 atau awek2 bertudung tu puji2 sikit, pastu hint2 la kt dia.Larang je dia pakai pendek2 keluar rumah.. bab tu awak kena tegas.

Biar dia merajuk, x kemana pun.
Ada perkara awak blh berlembut, ada perkara kena tegas… bgtau sebab2nuya.. xyah tergoda dgn paras rupa sgt.
Doa jgn tinggal..

amalkan doa2 yg baik. Dgr ceramah2 tu kuat2kan sikit.Kalau skrg awak x buat.. lama2 lg susah.Kalau dia kata belum smp seru… ckp ‘seruan tu dh ada dr zaman nabi lg’semoga isteri2 freehair ni diberi hidayah oleh Allah, sblm terlambat.

Intan : Dik akak dulu free hair .ratu renang sekolah..keluarga pun dri keturunan campur2 d4rah cina serani..tapi bila suami didik akak bawa akak ke msjid dgar majlis2 ilmu kuliah agama mengaji , akak dpt hidayah pakai niqab alhamdulillah dah 13 tahun kekal berniqab..sebagai suami adik kena byk duduk ngn isteri bawa dia ke msjid solat berjemaah.

KISAH KE 2 :Assalamualaikum readers….Aku mintak sangat admin page ni tolong approve confession aku. Benda ni boleh dijadikan pengajaran buat isteri2 di luar sana. Moga pengalaman dan penyesalan yang aku kongsikan mungkin mampu mengelakkan rumah tangga orang lain dari kemusnahan seperti rumah tangga aku.Mintak maaf jika post aku panjang berjela. Aku ceritakan secara detail untuk difahami oleh semua.

Bismillah.Aku masih muda, 26 tahun. Berasal dari keluarga berada dan suami aku anak tunggal juga dari keluarga yang senang. Sekarang ada seorang anak. Berkahwin semasa umur 21. Salah aku sendiri aku berkahwin awal disebabkan aku terpeng4ruh dengan kebahagiaan dan kisah indah kawin awal orang lain. Jadi bila suami aku (esok jadi ex-suami) ajak kawin aku terus bersetuju.

Padahal aku masih muda, mentah, noob, tak prepare dan tak study pun about what its like to be a WIFE. salah aku. Memang salah aku. Salah aku sebab aku ingat berkahwin itu mudah, menjadi isteri solehah itu mudah. Sekarang aku tahu menjadi solehah tu adalah benda paling susah aku pernah buat.

Selepas berkahwin aku teruskan pengajian aku yang bebaki setahun. Belum sempat konvokesyen aku dah bekerja. Mungkin rezeki anak masa tu. Kerja aku pulak starting dah 3k. Bagi orang yang baru grad tinggi jugak la gaji aku. Suami aku pulak kerja biasa, technician. Memang gaji aku lagi tinggi daripada suami aku.

Mula berkahwin memang kami dah problem. Aku fikir, this is normal since we dont know each other quite well. Main kawin je konon bercinta lepas nikah. Selama kami bergaduh, suami aku yang banyak sabar.

Diamkan bila aku marah. Aku yang baran. Pantang salah sikit, sampai suami aku mandi lama pun aku bising. Mula berkahwin niat nak menjadi isteri solehah sangat tebal. Aku pakai cantik depan suami, lemah lembut, layan suami macam raja.

Ada la untuk 6 bulan pertama perkahwinan. Makin lama makin teruk perangai aku. Hari2 aku marah suami aku.Bila aku fikirkan balik dan muhasabah diri aku, kesalahan memang banyak pada aku.

First, disebabkan gaji aku lagi tinggi dari suami aku jadi ego. Aku rasa aku boleh hidup tanpa suami. Sewa apartment aku yang bayar semua, termasuk bil, ansurans kereta, makan, minum, susu dan lampin anak.

Suami aku cuma setelkan insurans anak dan yuran taska anak aku. So aku rasa i can live without him. Tapi aku salah. Sunyi nya hidup tanpa peneman. Walaupun suami aku tak mampu dari segi kewangan, tapi suami aku penyayang sangat.

Yes i can physically live without him, tapi aku tersiksa sebab aku dah kehil4ngan sumber kasih sayang aku.Kesalahan aku kedua adalah i never believe in him. Suami aku ni memang suka berbisness.

Tapi aku tak pernah memberi kepercayaan kepada bisness dia. Aku rasa dia buang masa dan dia takkan berjaya buat bisness. Suami aku selalu cakap yang dia berbisness bukan sebab nak kaya tapi sebab ini sunnah dan dia nak tolong orang.

Bisness suami aku pulak bisness consultant. Banyak consultation dia cas rm20-50. Bagi aku nak dapat untung celah mana kalau sikit macam tu. Suami aku cakap dia nak membantu sebab tu dia cas murah.

Dia pulak tak cukup capital untuk kembangkan bisness dia sebab tu bisness dia tak bekembang. Dia tak pernah mintak aku buat loan atau mintak duit aku sesen pun untuk bisness dia.

Ketiga aku asyik rasa macam aku adalah isteri yang serba cukup. Aku asyik rasa sepatutnya suami aku bersyukur dapat aku sebagai isteri. Aku boleh la dikatakan ada rupa, kur0s, berkulit cerah, kerja ok dan hari2 aku masak untuk anak n suami siap bawak bekal lagi.

Bab makan memang aku jaga. Aku masak special hari2. Sepanjang berkahwin aku tak pernah bagi suami aku makan kicap n telur sahaja. Paling lekeh pun aku akan masak masak sup ayam.

Aku lupa yang tanpa suami aku yang mudahkan kerja aku tak mungkin aku boleh masak untuk dia dan anak. Suami aku yang basuh pingan, vacuum rumah, basuh dan sidai kain (aku cuma lipat je), buang sampah, sediakan susu anak, bangun malam2 kalau anak nak susu dan macam2 lagi.

Ya aku buta. I kept saying yang apa yang suami aku buat adalah tanggungjawab dia, memang patut dia buat apa yang dia buat. Sekarang bila dah terlambat baru aku nampak kebaikkan dia. Sumpah aku menyesal sangat sekarang.

Rumah tangga aku mula runtuh bila aku cek history phone suami aku aku nampak dia google gambar lucah. Aku terus ser4ng dia dan masa itu lah dia betul2 meletup kat aku.

Semua dia luahkan sedangkan sebelum ni dia cuma bersabar dengan aku. Disebabkan ego tercabar aku pun halau dia keluar. Thats the end of us, about a year ago. Tak pernah kami tido sebumbung selepas tu.

Lepas aku halau dia, dia balik ke kampung. Parents suami aku pulak accident dalam perjalanan ambik suami aku dari stesen bas. Sampai saat ni aku rasa bersalah sangat pada suami aku. Kematian parents dia menjadi kemuncak kebencian dia pada aku.

Sampai saat ni aku menagis bila teringat benda ni. Kalau tak kerana aku halau dia, dia takkan balik kampung dan his parents might still be alive.Bila parents dia meningal kesemua rumah sewa, tanah, barang kemas dan duit simpanan parents dia yang warisi.

Suami aku memang kuat semangat. Dia laburkan duit pusaka untuk bisness dia. Dalam masa setahun perniagaan dia bertambah maju. Aku cuba pujuk dia kembali pada aku. Bukan disebabkan dia kaya tapi sebab aku menyesal dengan perbuatan aku.

Aku rindu sangat pada suami aku. Aku rindu dia pel0k aku setiap malam sedangkan aku selalu membelakangkan dia. Aku rindu pangilan “sayang” pada aku yang tak pernah lekang dari mulut dia walau sekali sampai lah kami berpisah.

Aku rindu dia sangat2 Allah sahaja yang tahu. Tapi dia dah tak ada perasaan pada aku. Pandang aku pun tak hingin.Aku berharap kalau lah ada isteri di luar sana yang mempunyai ego sama dengan aku, baran sama dengan aku,Buta hati sama dengan aku, sedarlah sebelum terlambat. Jagalah “ego” suami anda. Kalau rasa nak marah, ingatlah kembali budi dia pada anda.

Macam mana kita rasa diri ini bagus, suami tetap di atas.Esok aku ke mahkamah untuk dia lafaz cer4i. Doakan aku.Nurul