Gambar sekadar hiasan. Perkahwinan bukan semua indah. Setiap rumah tangga pasti di uji. Ramai mengharapkan yang indah indah di dalam sebuah perkahwinan. Layanan yang baik kesetiaan dan juga di kurniakan pasngan yang sangat baik penyayang dan bertangungjawab. Kess cvrang di dalam rumahtangga juga semakin meningkat. Walaupun di kurniakan isteri yang baik cantik sekali pun di samping rezeki dan zuriat, tetap mencari yang luar semata mata kerana nfsu.
Kisah di bawah memaparkan kisah benar tentang kecur4ngan suaminya bersama janda anak 6 ketika mengandung.
Saya ada suami dan 2 orang anak. Saya dah berkahwin 5 tahun lebih. Saya sayangkan suami saya. Susah senang hidup bersama tapi saya tak boleh terima apa yang dia buat pada saya.
Tiga hari lepas, Allah nak tunjukkan saya something yang dia cur4ng dibelakang saya dengan seorang JANDA yang bergelar CIKGU anak 6. Dorang dah terlanjur sampai ada baby. Allahuakbar. Saya betul-betul dah tak kuat. Saya bangkit pun demi anak-anak je sekarang.
Saya dah tak peduli pasal suami saya lagi lepas ni walaupun berkali-kali dia mintak maaf. Tapi tetap saya tak boleh terima. Nak pandang muka dia pun jijik saya rasa. Memang saya tak nafikan jauh disudut hati saya rasa berdosa bila saya mintak dia lepaskan saya.
Memang cukup apa yang dia bagi pada saya dan anak-anak saya. Tapi saya tak boleh terima dia terlanjur sampai ada anak. Betapa beratnya Allah menduga saya sekarang.
Patut ke saya bagi peluang lagi pada suami yang berhati iblis ni. Masa dia berzina ada ke terlintas di fikiran dia pasal anak dia dan anak dalam kandungan saya.
Masa tu saya sarat anak nombor 2. Saya tak tahu apa yang rasuk dia waktu tu. Ya Allah. Saya muda lagi 24 tahun. Apa salah saya. Saya jaga rumahtangga saya uruskan anak-anak bersama.
Waktu dia susah saya yang ada disisi dia, mendoakan dia. Tiap malam saya pandang muka dia dan saya tau penat lelah dia. Tapi ini yang dia balas. Ini pengakuan suami saya. Tapi saya tetap tak boleh terima sebab ni satu PENGHINAAN buat saya, anak-anak dan family saya.
Saya tetap dengan keputusan saya untuk panjangkan perkara ini di pejabat agama walaupun berseorangan. I will fight for my sons. Terima kasih kerana mendoakn saya. Semoga Allah beri kebahagiaan kepada akak-akak or adik-adik yang mendoakan saya.
Saya mohon kalau CIKGU tu baca jangan ganggu kehidupan saya lepas ni. Mudah-mudahan doa saya dimakbulkan Allah. Mohon doakan saya dipermudahkan urusan untuk buat permohonan cer4i. Dah tak sanggup rasanya hidup dihina sampai macam ni sekali.
Cukup terhina perasaan saya dan anak-anak saya. Allahuakbar… hampir-hampir saja saya jadi gil4. Start from now saya bangkit demi anak-anak dan family saya.
Sanggupnya seorang ayah dan suami menjandakan isteri sendiri demi janda. Banyak ke kelebihan janda sehinggakan ramai yang suka mencari janda. Terlalu ramai k3s cur4ng melibatkan janda.
Tidak semua janda berhati bsuk seperti itu. Tetapi sudah pasti janda yang berhati baik juga turut mendapat tempias yang sama.
PERKONGSIAN KISAH KE 2 DI BAWAH LAGI MENARIK APABILA SEORANG ISTERI YANG BIJAK MEMAIN PERANAN KETIKA SUAMINYA CUR4NG DI BELAKANGNYA. APA AGAKNYA YANG WANITA INI LAKUKAN.
Salam warga KRT. Admin tolong hide profile saya. Saya ingin berkongsi satu pengalaman. In sya Allah berbaloi.
Suami cur4ng tu memang biasa berlaku. Suami saya pun pernah tapi kantoi. Selepas kantoi tu saya ada juga terfikir apa salah saya. Dan saya terfikir mungkin hubungan saya dan Allah tidak baik.
Mulai dari haritu saya rajin buat solat taubat. Walaupun saya taktau kalau saya ada terbuat dosa ke tak. Tapi saya tetap solat taubat memohon ampun kepada yang Maha Esa. Setiap malam saya solat tahajud memohon pertolongan daripada Allah.Alhamdulillah sebulan saya buat macam tu hubungan saya dengan suami semakin baik.
Walaupun hubungan dah baik saya tetap amalkan solat taubat dah tahajud. Saya dah mula amalkan solat suna. Saya rasa bahagia sangat bila saya sentiasa pasang niat mencintai suami kerana Allah.
Sungguh saya rasa perubahannya. Suami pun dah tak cur4ng cur4ng dah. Saya dah tak ada naluri yang suami akan cur4ng.
Alhamdulillah. Suami pun rajin belikan saya hadiah dan anak anak. Walaupun bukan hari penting. Suami saya kerja biasa biasa je. Tapi saya rasa gaji dia cukup untuk tanggung kami sekeluarga.
Walaupun gaji dia 1600. Nafkah saya dia tak pernah skip bagi. Belanja dapur tak pernah kurang. Duit duit anak tak pernah tak ada. Alhamdulillah. Saya bersyukur sangat dengan keputusan memperbaiki hubungan saya dengan Allah.
Saya taktau lah ini cuma kebetulan atau tak. Tapi saya percaya dengan keajaiban Allah SWT. Saya bukannya riak kerana rajin solat tapi saya suggest kepada korang semua. Buat lah macam saya buat. Slow slow. Mohon pada Tuhan. Kita dah buat, kita tawakal.
Siapa lagi nak perbetulkan hubungan perkahwinan kita kalau bukan kita sendiri kan. Itu sahaja saya nak kongsikan. Semoga bermanfaat. Amin Ya Rabbal Alamin
Setuju dengan wanita ini. Siapa lagi yang boleh tolong dan perbetulkan rumah tangga kita selain dari Allah. Ini antara reaksi warga net.
Firdaus Shakirin :kita solat utk kita cari ketenangan terhadap ujian yg berlaku dlm hidup kita…kita solat sebagai cara kita nak mintak Allah s.w.t tolong kita…
Bila kita dekat dgn-Nya, maka pertolongan-Nya akan sampai kpd kita…tp xbleh terlalu bertawakal tanpa adanya usaha…usaha utk menegur dan menasihati juga perlu dibuat…
Zalieda :Setuju..lagi satu boleh amalkan ayat al-mathurat..Ayat ni sangat mujarab..Jangan tinggal baca setiap kali selepas solat subuh dan magrib..Insha Allah hidup akan jadi lebih baik..
Lagi satu solat sunat 2 rakaat sebelum waktu subuh..cubalah..sepanjang hari kita akan berasa tenang walaupun ada masalah,kita boleh lalui
Mieya : Sy setuju.. setiap manusia xkn pnh lpas dari wat kesilapan.. situasi sy sama mcm sis.. dan sy dan suami juga sedang dlm fasa memperbaiki diri masing2 dan hubungan sesama suami isteri serta hbgn dgn Allah.. btl..
rasa lain tenangnya klau kita dekatkan diri dgn Allah.. bila kita ambil wudhu tu rasa fresa sgt.. Alhamdulillah suami awk pn dh diberi hidayah utk berubah mghargai awk dh keluarga.. sy doakan semoga terus istiqamah dan bahagia bersama suami dan ank2 hingga ke Jannah.. Amin..
Kopi o : Utk pertama kali Sy baca dlm page ni yg comfess mcm ni… Alhamdulillah.. Biasanya crita sondol mnyondol dan crita sibuk cari ank ikan, ank ayam, kejar somi org, suka isteri org, gduh, prang dan gempa bumi dlm rumahtgga.. Smoga puan istiqamah dan Sy doakn smoga bhgia hingga ke Jannah.. Terima ksih ats perkongsian yg bermanfaat drpd puan..
Nasir : Syukur alhamdulillah tahniah pn. Ini lah yg sepatutnya hamba Allah lakukan. Ingat Allah bkn masa susah shj apatah lagi bila Allah dah bagi kebahagiaan…kena lebihlah lagi khusyuk dn tawadduknya.
Tersentuh hati saya. Ya kpd semua2 ahli kat grop ni..ambil contoh terbaik ini. Percayalah Allah itu maha penyayang. subhanallah… jgn henti berdoa yg lain tawakkal in syaa Allah. Syabas3
Ida : Alhamdulillah, Allah sebaik2 perancang.tahniah buat puan,kerna memilih sabar dlm mnghadapi kemelut rmhtgga..Tak Ada mslh yg Tak bisa diatasi dgn sabar. Dgn brsabar in shaa Allah segala mslh akan selesai. Sebesar mn pun mslh yg kita hadapi, tetaplah bersabar..
krn kemenangan itu ssungguhnya akn dtg dgn org2 yg brsbar.jln keluar dtg brsama kesuliitan.dan dlm setiap kesuliitan itu dtg brsama kmudahan.krn jnji Allah dtg kpd org2 yg sabar dan sntiasa mndekatkn diri kpd Nya..
Marlinda : Setuju…alhamdulillah…dulu saya pun x pernah buat solat sunat.. start drpd bulan puasa tahun ni…saya berazam nak buat solat sunat..wlwpun kadang2 rasa malas tu ade..tapi saya lawan juga perasaan malas tu…alhamdulillah..saya berjaya…saya sentiasa tenang dan setiasa bersyukur dgn ape yg saya miliki skarang