Foto sekadar hiasan. Actually aku bukan nak cerita kisah lampau suamiku. Tetapi luahan hati suamiku waktu kami berborak tentang ‘Kenapa lelaki mudah cur4ng’. Padahal ada yang masih sayang bini. Bini cantik, jaga b0dy, jaga makan minum, bagi anak. Tapi kenapa masih nak cari perempuan lain. Melalui luahan hati ke hati dia jelaskan kat aku, fitrah kejadian lelaki memang dicipta sukakan wanita. Tapi beza dengan perempuan, kesukaan mereka pada harta dan material.
Alim la kau macam mana, lelaki mesti tertarik melihat wanita. Secara fitrah lelaki ada keinginan untuk memiliki wanita lebih dari satu. Bezanya iman kau kuat atau tak. Iman tu termasuk memikirkan tanggungjawab dan melihat pengorbanan isteri sedia ada.
PINTU CUURANG
Perasan tak, kenapa bila suami kantoi cur4ng, si perampas sering disrang. Ayat yang biasa kita dengar kalau tak bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi. Point dia di sini.
Macam suami aku cakap, lelaki ni memang suka ketuk pintu atau bahasa lain test market. Yang buka pintu tu perempuan. Lelaki mana yang tak suka diberi peluang.
Dah fitrah lelaki suka benda benda berkaitan perempuan. Suami yang baik pun, pasti suka tengok benda benda yang berkaitan perempuan. ‘Aset’, bentuk bdan perempuan tu macam perempuan tengok barang kemas. Walaupun dah ada, suka suka cuci mata nak tambah koleksi kalau boleh.
Perempuan kalau dah tersangkut hati, mengakulah suami orang sekalipun, dia akan cakap dia mengalah. Tapi dalam tindak tanduk dia, dia akan mengharap si lelaki mengejar dia kembali.
Ni pun bergantung pada iman si perempuan. Kau yang tentukan nak stop atau teruskan. Lelaki on saja kalau dibagi ruang dan peluang.
PUNCA CUR4NG
Tadi aku cerita pasal pintu. Ni aku cerita pasal punca. Macam mula mula aku cakap, bini dah cantik, body cantik, jaga makan minum tapi kenapa still cur4ng. Senang je suami aku cakap. Punca dia ‘Mulut Isteri’.
Memang aku akui apa yang suami aku cakap. Mulut aku antara punca suami aku menjauh dengan aku. Aku marah atau letih, aku suka cabar dia. Aku suka bentak bentak bila dia tak ikut kemahuan aku.
Sikap baran aku yang buat dia jauh hati. Bila hati kami jauh, ada satu ruang kosong. Ruang kosong ni lah peluang besar yang mudah sangat diisi dengan kecur4ngan.
Suami aku cur4ng dengan aku bukan sekali dua. Malah berkali kali. Dah akhirnya dia kahwin dengan skandal terakhirnya. Aku tak nak cerita tentang perkahwinan tu, sebab sangat memeritkan dalam hidup aku dan famili mertua aku.
Aku beruntung, mertua aku tidak menyokong suamiku. Kerana mereka tau sisi hidup anak mereka. Salah tetap salah. Nak bercerrai bukan sekali dua. Banyak kali. Tapi Allah tetap kuatkan rumahtangga kami.
PEREMPUAN SEMUA SAMA
Itulah yang suami aku cakap. Bila dia dah dapat apa yang dia nak, merasai hidup p0ligami atas air mata aku, anak anak aku, mertua aku…. hanya satu dia kata pada aku. Perkahwinan dia dengan wanita itu satu ‘kesilapan besar’.
Dia akui tekanan buat aku berubah menjadi baran. Aku dulu seorang yang sangat lembut, tetapi tekanan hidup dari suami buat aku jadi baran. Dia akui semua tu. Kerana apa?
Bila dia lalui dengan perempuan yang lain dan diberi tekanan yang sama seperti aku, malah tak seteruk aku, perempuan tu pun turut berubah. Malah memaki hamunnya lagi dahsyat berbanding aku.
Padahal sewaktu nak dapatkan perempuan itu, dia mengatakan perempuan itu sangat memahami hatinya berbanding aku. Huh….
Aku tanya dia jujur, adakah layanan batiin dan tubuh badan menyebabkan dia tawar hati denganku. Aku kuurus, si wanita itu berisi. Dia kata bukan. Perempuan semua sama. Tempat tu sama je rasanya.
Tapi yang membezakan rasa cinta. Malah dia akui, layanan aku lagi hebat diranjang, aku bukan cakap tujuan riak, tetapi sebagai jawapan telus kenapa lelaki cuurang bukan sebab tubuh badan dan batiin.
Kalau disebabkan tubuh badan, maka tidak adillah Allah menciptakan manusia ni berbeza beza kalau keinginan hanya pada tubuh yang cantik.
Jaga sahajalah kebersihan dan kesucian tempat suami kita bercucuk tanam. Tapi yang penting jagalah mulut dan akhlak kita sebagai isteri.
BILA SUAMI AKAN BERHENTI CUURANG
Mengikut pengalaman aku, inipun mengikut iman masing masing. Kadangkala dah merasa kahwin dua pun, kalau kita dan suami tak berubah dia akan terus cur4ng lagi.
Dalam k3s aku, bila dia dah kahwin dua dan dia dah rasa ‘siksa’ dan tiada kemanisan pun dengan p0ligami, inilah point dia berhenti. Moga ini titik perubahan dan berkat doa doa ku dan ibunya.
Sebenarnya orang yang mula mula berubah adalah aku. Aku mula mendalami ilmu untuk jadi isteri yang baik bila aku gagal kali pertama. Aku jadikan peluang kedua yang Allah beri melalui tegurannya (p0ligami) dengan baiki diri.
Waktu ni suami aku masih asyik dengan perkahwinan baru. Aku bangkit merubah diri aku dari seorang yang baran kepada orang yang mudah berbincang.
Aku jadi seorang isteri yang suka berterima kasih dengan suamiku walaupun sekecil kecil pemberiannya.
Aku tak sangka, hanya ucapan ‘terima kasih’ membuatkan hatinya mula cair pada aku. Dan ajaibnya perkara tu buat aku tak pernah halang apa saja minatnya selama ni aku halang. Malah aku cuba untuk support minat minat nya.
Dalam masa yang sama dia mula jatuh cinta kali kedua dengan aku. Aku pun turut rasa yang sama. Kami mula bermesej seperti orang bercinta.
Dating tanpa anak anak. Pillow talk sambil berpelokan, malah lebih romantik dari dulu. Nak berpisah pergi kerja pun rasa macam bertahun nak tunggu waktu balik.
Percayalah isteri isteri yang pernah dicur4ngi, jatuh cinta kali kedua ini sangat hebat rasanya walaupun dah berpuluh tahun kahwin.
ADAKAH DIA TERUSKAN P0LIGAMI
Bagi suamiku (diri dia yer), meneruskan p0ligami ibarat menganiaya salah seorang dari kami. Dalam masa yang sama wanita itu menjadi baran seperti aku dulu kerana hasratnya melihat aku bercerrai dengan suamiku tak kesampaian.
Aku taknak cerita apa yang dia lakukan pada aku agar aku dan suamiku bercerrai. Sangat sangat menyakitkan. Akhirnya suami aku lepaskan wanita itu kerana perkahwinan itu hanya menganiya perasaan wanita itu.
Secara jujur aku memang tak boleh hidup dalam p0ligami sebegini. Aku bukan anti p0ligami. Tapi aku rasa s4kitnya p0ligami yang aku lalui.
Kalau aku ceritakan apa yang aku lalui, pasti kalian menghina wanita itu dan kebdohan suami aku. Cukuplah perkara ini sudah selesai dan Allah kembalikan suami ku.
P0ligami yang aku lalui mungkin ujian singkat dan cara Allah menegur aku, suamiku dan wanita itu.
Untuk aku, Allah nak tegur aku supaya aku berhenti menjadi manusia yang baran. Untuk suamiku, Allah nak tegur imannya adakah dia ini suami yang baik atau tidak.
Dan untuk wanita itu, mungkin Allah nak tegur sikapnya yang suka merendahkan dan menghina wanita lain. Kami sama sama merasai kafarah ini.
KENAPA AKU TERUS MENCINTAI SUAMI
Pada isteri isteri yang sedang melalui fasa kecuraangan suami, kalian ada 2 jalan. Sama ada nak berhenti atau menjadi pejuang cinta. Aku pada awalnya memang hendak berhenti. Tapi aku tau suamiku ada sisi yang baik. Itu yang aku pertahan bersama anak anak. Bukan demi anak anak.
Memang dari sudut kewangan suamiku tak layak p0ligami.
Aku lebih mengetahui. Waktu dia hanyut, dia berjudi dan berhutang sana sini. Mungkin tak berkat rezeki, hidupnya sepanjang bersama wanita itu tidak pernah senang.
Suami aku tidak pernah tinggikan suara pada aku, malah menjentik aku pun tidak. Cuma dia membalas aku dengan kes4kitan begini dalam diam. Sedangkan aku memaki dan meluahkan panas baran aku.
Bila kami dah diuji begini, kami betulkan kesilapan. Tapi isteri kena mulakan dahulu walaupun secara zahir kita tak bersalah. Siapa kata kita tak bersalah?
Tulah silap kita awal awal. Berubahlah, suami akan terikut sama. Carilah ilmu. Ilmu kalau tak dicari memang tak jumpa.
PESANAN BUAT WANITA YANG MENGHIMPIT SUAMI ORANG
Kunci pintu di tangan anda sendiri. Anda yang membukanya. Jangan salahkan orang yang mengutuk dan menghina anda. Kerana anda yang membuka ruang itu.
Jika anda terlalu ingin hidup berp0ligami, carilah circle orang orang yang hidup sebegini. Ada cara yang harmoni. Hormaati wanita lain yang tak mampu hidup berp0ligami seperti aku.
Kerana p0ligami dengan menyakiti orang lain akan menambah dosa kita. Carilah circle tu kalau kamu benar benar ingin berp0ligami. Kerana suami yang jujur sahaja mampu mengemudi p0ligami dengan baik.
Apa reaksi warganet
Nadia, Perkongsian yang menarik. Pengalaman mematangkan sis. Saya boleh anggap kecuraangan suami sis dah masuk fasa keinsafan. Sebab tu cerita ni cool saja. Cuba kalau cerita ini ditaip dalam fasa tengah kemuncak, mau penuh maki hamun.. Hahah
Indra Putra – Semua orang buat pilihan. Nak stay atau tidak bila di curaangi dan dikhianati. Nak stay memaafkan atau tidak.
CUMA, maaflah. bukan nak triger u, tapi melupakan kecuraangan dan pengkhianatan itu, tidak semudah ABC. Seumur hidup ada bekasnya. Ada dndamnya. Ada bara nya. So, have faith and good luck
Fithrah Ahmad – Tahniah Puan Ranting. Anda berjaya mngharungi sisi hdup yang sukar dengan seribu kekuatan, moga anda dan suami terus bahagia di samping anak anak.
Apa jua rasa dan luahan suami anda sangat brguna untuk wanita lain waspada dan memahami suami masing masing.
Semoga kita tidak akan hanyut dalam nfsu serakah dan kebimbangan. Allah jua tempat kita mohon pertolongn. Allahuakbar. Semoga kita amik iktibar atas prkongsian yang perit ini. Selamat berbahagia Puan Ranting
Zatul Bazamah Yusof – Bab laki dia, maklong taknak komen apa apa. Bab madu pun, maklong tak nak komen apa apa. Tapi bab Puan Ranting, bagus untuk awak muhasabah diri. Awak boleh lalui ujian tu, awak dikira kuat dan hebat sebab tak lari dari masalah. Muhasabah diri, Allah nampak, Allah yang memberi nikmat tu, dan Allah juga yang menarik nikmat. Allah tak tidur.
Semoga pilihan ni, buat awak tenang dan bahagia. Awak hebat, lain orang lain cara bahagianya. Maybe awak bahagia dicintai semula oleh suami.
Kalau maklong, maklong tak sanggupppp, cerrai terus cari lain hahahaha. Tahniah. semoga yang baik baik je untuk awak.
Amirah Salehudin – Mula mula bace macam ilmiah. Tapi end up tetap jugak salahkan sang wanita bile lelaki ynag buat hal. Tak kira la lelaki atau perempuan yang buat hal, yang start mencur4ngi tu la sebenarnya pesalah. Cur4ng itu pilihan. Kalau dah tak suke, elok berpisah cara baik. Bukan dengan cara mencur4ngi. Sekian.
Liana Hashim – Sometimes saya sendiri takut nak cakap yang suami saya ni setia. Takmo pompuan lain. Nak jaga kita ja. Memang tak semua lelaki sama. Tapi itulah, dugaan masa akan datang kita tak tahu macam mana kan.
Mungkin 20 tahun sebelum memang dia sayang cinga m4ti kita. Tapi akan datang kita tak tahu kitaran hidup kita macam mana. Doa banyak banyak minta Allah permudahkan urusan kita dan jaga rumahtangga kita.
Faizin Shamsudin – Wow walaupun Puan Ranting cerita pengalaman hidup dia dan bagaimana dia menempuh pengalaman rumahtangga pun dikcam.
Yang komen ni fikir suruh cerraikan ja. Tak fikir ke anak anak. Kalau aku cakap macam ni, perempuan akan komen pula “dah kalau suami tu fikir anak anak, takkan tergamak dia p0ligami”.
Never ending blaming circle. Yang komen pulak bergaduh. Pengalaman aku tengok orang bercerrai, ada yang sebelum bercerrai susah, dah bercerrai lagi susah.
Apapun, pengajaran yang aku dapat:
1) People do change.
2) People learn from mistakes. It’s a mistake, it’s not a betrayal.
Dan Puan Ranting akhirnya menuai kemanisan berkat kesabaran beliau, hidup bahagia dengan suami, tanpa madu, dengan anak anak. Alhamdulillah.
Muhammad Nur Shafiq – Kecuurangan tidak terletak pada jantina tapi aku tak tahu kenapa aku percaya kesetiaan seorang perempuan tu melebihi kesetiaan seorang lelaki. Bagi aku sendiri, aku suka sesuatu yang menenangkan bila keadaan merungsingkan.
Bila tt cakap dia panas baran, benda tu normal lepas ada anak anak bila perempuan jadi auto pemarah nak layan peel anak, kerja rumah, ditambah suami tak membantu, pastu buat hal lagi haha.
Keadaan tegang dalam rumah, jadi suami cari ketenangan di luar. Walaupun itu bukan penyelesaian yang bijak tapi cukup melegakan sekejap orang yang berserabut tu.
Kalau nak cakap faktor orang cuurang ni banyak. Bila perkahwinan sedia ada tak dapat penuhi jangkaan dia, dia boleh curaang. Pasngan tak bagi layanan macam masa mula mula kahwin, pun dia boleh curaang. Pasngan yang terlalu sibuk, pun boleh curaang.
Kalau kahwin atas pilihan sendiri tapi tak mampu sustain, sayang la. Perasaan manusia ni bukan hutang yang makin kita abai makin berbunga.
Fasa perkahwinan memang tak sehangat fasa perkenalan, tapi fasa perkahwinan boleh jadi lebih hangat dari tu sebenarnya. Selagi dua dua pihak sudi untuk ulang jatuh cinta, ada macam-macam cara boleh semarakkan rasa tu. asal sudi haha.
Sumber – PUAN RANTING (Bukan nama sebenar) via IIUMC/edisimedia