Menantu miskin xde asas pendidikan, sy ragu utk terima. Lps tinggal serumah sy mula rasa pelik

Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Sudah lama saya mengikuti posting di page ini. Semua kisah2 nya menarik, ada juga yang menginsafkan saya. Dahulu jarang saya bermain facebook. Sejak bersara Oktober 2017, hari2 saya baca status kawan-kawan di sini.

Baru-baru ini, seorang rakan lama saya di maktab dahulu hubungi saya. Dia memberitahu bahawa baru kehilangan menantu perempuan yg meninggaal sewaktu bersalin anak ketiga. Saya tahu mengapa dia hubungi saya, kerana saya sudah mengalami pengalaman yang sama seperti dirinya.

Pada 2012, saya kehilangan menantu perempuan kesayangan saya. Namanya Madiha. Madiha berkahwin dengan satu-satunya anak lelaki saya, Abdul Basit. Kami sekeluarga panggil dia Basit. Mereka berkenalan atas jasa anak sulung saya. Madiha bekerja sebagai pembantu jururawat di sebuah klinik berdekatan dengan tempat kerja anak sulung saya,

Disebabkan Madiha selalu menguruskan temujanji untuk anak sulung saya, mereka menjadi rapat. Sehinggalah membawa kepada perkenalan Madiha dan Basit. Mereka dipertemukan di klinik tersebut. Masa itu, Basit masih di luar negara, di tahun akhir pengajian sebagai pelajar perubatan.

Selepas setahun berkenalan, Basit membawa Madiha berjumpa dengan saya dan suami. Pada mulanya, saya dan suami tidak mengetahui perkenalan itu. Sehingga beberapa minggu sebelum Basit membawa Madiha pulang berjumpa saya. Saya berasa sangat seronok, sangat teruja untuk berjumpa Madiha, sehingga lah saya mengetahui asal usul keluarganya, saya mula rasa ragu-ragu.

Madiha merupakan anak sulung daripada 3 beradik. Dia hanya mempunyai kelulusan STPM sahaja, tidak mampu menyambungkan pengajian kerana perlu bekerja untuk sara keluarga. Ayahnya pengawal keselamatan di sebuah seklah rendah. Ibunya ambil upah parut kelapa di kedai santan. Adik-adiknya masa itu masih ada yg sedang menuntut di KPTM dan tingkatan 4. Madiha asal Terengganu. Saya dan suami pula memang anak jati Negeri Sembilan.

Madiha merantau ke Selangor untuk menjadi pembantu klinik di Petaling Jaya. Dengan kerjanya itu lah yang diharapkan dapat membantu keluarga di kampung. Saya gusar untuk merestui hubungan itu, khuatir jika Basit akan dipergunakan oleh Madiha untuk keluarganya. Saya sangat eg0 dan angkuh ketika itu.

Masa itu saya juga merupakan seorang pegawai kanan sekolah menengah dan suami pula seorang pegawai bank. Saya tak mahu menantu yang tiada asas pendidikan dan keluarga yang terumbang ambing. jadi, saya katakan tidak kepada Madiha.

Pun begitu, Basit sama sekali tidak mengalah, dia sentiasa memujuk saya untuk menerima Madiha sebagai isterinya. Melihat akan kesungguhan itu, saya teraksa menerima Madiha. Mereka berkahwin setahun selepas itu, pada tahun 2009. Masa itu, Basit baru beberapa bulan bekerja. Dia masih ulang alik rumah saya dan hspital dalam 40 minit. Madiha tinggal dengan saya juga.

Sebab dah duduk dengan saya, rumah dengan tempat kerja Madiha jauh, jadinya dia berhenti kerja. Dari situ, saya mula mengenali hatinya yang luhur dan suci. Waktu itu dirinya baru di usia 25 tahun, Basit pula 26 tahun.

Seingat saya, tidak pernah sekali pun, saya bagun pagi, Madiha tiada di dapur. Setiap pagi, saya bagun sahaja tidur, nak bersiap untuk ke sekolah dan urusakan suami nak kerja, saya dah dengar kelentang kelentung di dapur. Terdetik di hati saya, apa sahaja lah yang dia buat di dapur tu?

Bila sudah siap slat, saya akan keluar bilik dan ke dapur. Terkejut saya, hampir separuh meja penuh dengan makanan untuk sarapan pagi. Nasi goreng, keropok lekor, makanan kuih frozen, kadang-kadang siap saya bungkus buat bekal di sekolah. Basit juga sama, siap bawa bekal ke hspital jika sempat.

Setiap kali saya nak pergi kerja dengan suami, Madiha akan tunggu di pintu sampai kami pergi dan tak nampak di biji matanya. Setiap kali saya dan suami sampai di rumah, dia akan tunggu juga di pintu. Sambut kami dengan senyuman dan sapaan yang menyejukkan hati. Malam-malam pula, selepas maghrib dia akan mengetuk lembut pintu bilik saya, bertanya jika ada apa-apa yang boleh dia bantu. Saya selalu marah dia bila dia tanya macam tu.

Selepas seharian dia menguruskan rumah, lipat baju, jemur baju memasak dan lain-lain, dia patut berehat. Madiha hanya tersengih. Jawab dia, dia tidak ada apa-apa yang boleh di offer kepada saya, hanya itu sahaja yang dia mampu buat dan dia akan berikan yang terbaik.

Menjelang puasa, Madiha akan catat semua menu yang suami saya, saya, Basit dan anak bongsu saya nak makan. Dia lah orang yang paling seronok ketika bulan puasa, sebab semua rang akan memuji masakannya. Termasuk saya, kegemaran saya, tempe sambal dan nasi kerabu tumis. Sungguh enak.

Dia lah yang berjalan sebelah saya untuk ke terawih. Jarak surau dengan rumah kami dalam 300m. Kami berjalan bersama-sama. Kalau Basit ada, dia akan berdua jalan iringan dengan Madiha.

Dalam ketika itu juga, saya diuji dengan ibu saya saakit tua. Adik beradik yang lain main pass sana sini tidak mahu menjaga ibu, saya ambil kepvtusan untuk jaga ibu. Saya berbincang juga dengan suami dan anak-anak, sama ada patut atau tidak saya berhenti kerja untuk menjaga ibu.

Tetapi Madiha menghalang cadangan itu, katanya dia boleh menjaga ibu saya, anggaplah seperti dia menjaga neneknya sendiri. Neneknya meningg4l dunia ketika dia masih di sekolah rendah. Dia tidak berpeluang untuk mejaga neneknya, mungkin itu hikmah untuknya berbakti kepada seorang bergelar nenek kata dia.

Hati saya menjadi sayu dan terharu mendengar kata-kata Madiha. Sejak itu, Madiha menjadi tulang belakang dan jiwa di rumah kami. Tanpa Madiha rumah itu sunyi sepi. Tiada seri. Hubungannya dengan Basit juga semakin indah hari ke hari. Pantang ada masa terluang, Basit akan bawa Madiha bercuti, paling tidak keluar makan dan tengok wayang bersama.

Keluarga Madiha juga tidak pernah saya abaikan. Saya dan suami sentiasa hubungi sendiri ibu bapanya dan bertanyakan khabar. Mereka juga sentiasa mengirim barang seperti budu, keropok keping dan lain-lain ke rumah kami.

Madiha menjaga ibu saya dengan sangat baik. Makan minum ibu saya dijaga rapi. Dari beratnya yang 46kg ketika sampai di rumah saya, dalam masa dekat 3 bulan, naik berkil-kilo kerana selera makannya naik dengan lauk pauk Madiha. Dia juga semakin bersemangat untuk jalani hidup, petang-petang, dia akan minta untuk duduk di lama rumah, tengok kanak-kanakbermian di depan rumah jiran tetangga.

Sehinggalah keadaan tidak mengizinkan lagi dia bersama kami, ibu saya meningg4l di hspital dengan keadaan menggenggam erat tangan Madiha, selah-olah ingin mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada Madiha menjaganya hampir setahun itu.

Madiha juga ser4ng wanita yang sangat menjaga solatnya, bukan sahaja yang fardhu, yang sunat juga di jaga rapi. Kata Basit, setiap malam, Madiha akan bangun slat tahajud, sesudah itu mengaji dan ters unggu solat Subuh. Kemudian terus turun ke bawah untuk sediakan sarapan pagi. Kadang kala, waktu cuti sekolah saya cuba jua untuk sediakan sarapan sebelum Madiha keluar bilik, tapi tak pernah dapat. Mesti Madiha keluar dahulu, sudahnya kami ketawa dan buat bersama.

Tidak dinafikan, Madiha memang menawan hati orang sekeliling saya. Bila berkunjung ke rumah sanak saudara, tidak kira lah masa kendui atau raya, mereka mesti kata, untungnya kau dapat menantu solehah, cantik, pandai jaga suami, jaga diri. Sampaikan ada antara mereka yang kata kan anak masing-masing, kalau kau nak kahwin, tak dapat jumpa macam Madiha, tak payah kahwin lah.

Kawan-kawan saya juga begitu, ada masa saya bawa Madiha ke event-event saya dan rakan-rakan sekolah macam seminar luar seklah, hi-tea dan kelas-kelas agama, Madiha pandai bergaul dengan mereka dan kata-kata nya yang jujur dan sopan santun itu buat semua orang terpegun dan merindui dia. Bila saya tak bawa Madiha bersama, mereka pasti akan tanya.

Semuanya berubah selepas beberapa bulan Basit dan Madiha keluar dari rumah saya dan tinggal sendiri di rumah baru mereka. Jarak rumah baru itu kurang 10km dengan hspital, jadi mudah untuk Basit ulang alik ke tempat kerja.

Hujung minggu biasanya saya yang ke rumah mereka sebab Basit selalunya bekerja. Selang beberapa bulan selepas itu, Madiha tak berapa sihat. Basit kata, dia selalu demam panas dan mengadu saakit badan. Saya dan suami segera minta Madiha diperiksa semuanya. Kami nak tahu apa penykit yang dihidapi oleh Madiha kerana keadaanya dilihat sangat serius.

Lepas beberapa pemeriksaan dibuat, Madiha sah barah payudara stage 3. Tuhan sahaja tahu, betapa lemah hati saya terima berita itu. Basit apatah lagi, separuh dirinya hampir gila. Tidak menyangka akan berita itu. Bagaimanapun kami sekeluarga menerima juga ketentuan itu dan bawa Madiha berubat di hspital swasta.

Selang beberapa bulan, Madiha disahkan mengandung pula. Saya menjerit suka bila dengan berita itu daripada suami sebab Basit telefon ayahnya beritahu perkara itu. Saya sunggu teruja nak terima cucu pertama sebab masa itu anak sulung saya masih belum berkahwin.

Tapi, disebabkan rawatan kimoterapi dan jenis-jenis rawatan lain, Madiha dan Basit perlu berbincang dengan doktor sama ada mahu meneruksna kehamilan ataupun tidak. Walaupun Basit berkata, kebarangkalian utnuk selamat bersalin tinggi, tapi rawatan dalan kehamilan sangat menyulitkan, oleh itu mereka berbincang.

Selepas berbincang, mereka ptuskan untuk suction dan gugurkan bayi dalam kandungan. Saya dan suami juga besan bersetuju, bagi kami, biarlah Madiha meneruskan rawatan sebaik mungkin. Umur mereka masih muda, masih ada harapan lain untuk punyai keluarga di lain waktu.

Masa suction, semua ada di hspital, saya dan suami upgrade pakej bilik Madiha kepada kelas pertama kerana medical card Madiha hanya menampung bilik kelas kedua. Semua orang, Basit, saya, suami, ibu ayah Madiha tinggal di bilik itu. Ada bilik tetamu dan ruang tamu, sementara Basit dan Madiha di dalam bilik pesaakit.

Ketika suction, Basit terkejut kerana terdapat dua janin yang dikeluarkan dari perut Madiha. Kami semua berasa sangat hiba dengan cerita Basit. Malah Basit berasa sangat sedih, dia tidak mampu berkata apa-apa selepas keluar dari bilik rawatan.

Tapi Madiha tetap tenang, dirinya sangat kuat. Ketika diusung katilnya oleh jururawat, dia masih bleh memberikan senyuman kepada kami semua. Beberapa bulan berlalu, keadaan Madiha semakin merosot, dia kerap rebah dan tidak bermaya. Berulng kali dia dimasukkan ke hspital, ada juga 2 kali di ICU.

Ada satu hari, 3 hari sebelum Madiha meningg4l dunia, masa itu saya dan suami ada di dalam bilik Madiha. Saya sibuk menanda kertas peperiksaan ujian awal tahun anak-anak murid, suami saya menyuap bubur kepada Madiha.

Mereka berbual panjang, sampai lah Madiha berkata, semalam dia bermimpi sangat indah. Suami saya bertanya apa mimpinya? Madiha kata, dia jumpa anak-anak kembarnya di dalam mimpi itu. Saya yang terdengar pun berhenti daripada meneruskan kerja, terus berpaling ke arahnya untuk mendegar sambungan cerita itu.

Kata Madiha, dalam mimpi itu, dia berjalan seakan-akan atas awan yang penuh dengan pokok yang sangat tinggi dan banyak. Tiba dia kedengaran suara kanak-kanak memanggil-manggil dia. Tiba-tiba juga waktu itu ada sepasang kanak-kanak lelaki dan perempuan datang menghampirinya untuk ke rumah.

Madiha kata, dia bertanya, siapa mereka berdua itu. Kata udak-budak tu, dia lah anak-anak Madiha yang belum dapat Madiha jumpa sebelum ini. Waktu itu tanpa saya sedar, teresak-esak saya menangis. Madiha masih tenang bercerita. Kata dia, anak-anak itu memimpin erat tangannya sambil menjujukkan sebuah rumahyang besar dan sangat tinggi di hujung taman itu. Ketika menghampiri rumah tersebut, Madiha berkata terdapat seorang lelaki menghalangnya masuk.

Suami saya tanya, siapa lelaki itu. Rahsia, jawab Madiha, Katanya, lelaki itu ada memberitahunya sesuatu tetapi dia tak boleh kongsikan. Tetapi, yang pasti ujian yang dia alami di dunia ini sudah pun dia redha dengan sepenuh hati seleas ‘berjumpa’ dengan lelaki itu tadi.

Berkali-kali saya dan suami bertanya, siapa dan apa yang lelaki itu katakan kepadanya, namun Madiha enggan menjawab. Dia membawa rahsia itu sampai lah ke akhir hayatnya.

Kami bawa pulang jen4zah Madiha ke Terengganu atas permintaan keluarganya. Malam pertama tahlil Madiha, saya, suami, besan, adik beradik Madiha dan Basit berkumpul di ruang tamu keluarga Madiha. Malam itu, Basit memberitahu, simpanan Madiha sudah pun mencecah RM25k dalam Tabung Haji.

Madiha mahu Basit keluarkan duit itu dan berikan kepada kedua-dua orang tuanya. Apa yang mahu dilakukan kepada wang itu, terserah kepada ibu bapanya. Ibu dan ayah Madiha mahu gunakan wang. itu untuk menunaikan umrah.

Lepas berbincang panjang lebar, saya, suami dan Basit akan keluarkan wang kami untuk hantar mereka berdua tunai umrah. Saya dan suami juga akan ikut sama. Duit yang ditinggalkan Madiha, kami minta mereka untuk ubah suai dan baiki keadaan rumah. Jika tidak cukup, Basit akan cuba tambahkan, mereka bersetuju.

Malam itu juga, saya berbual berdua-duaan dengan Basit. Dia kelihatan sangat sugul, saya paham, dia masih belum bleh menerima hakikat pemergian isterinya yang dia cinta dan sayang. Selepas hampir 4 tahun bersama, mana mungkin dia tidak sedih.

Saya ceritakan semula kisah mimpi Madiha kepada Basit. Basit mengeluh panjang, dia kata dia tahu tentang mimpi itu, bahkan dia berasa sangat cemburu kerana Madiha dapat ‘jumpa’ anak-anaknya. Saya tanyakan juga, jika Madiha berceritakan tentang lelaki di bawah pokok itu? Basit juga mengetahui hal itu.

Katanya, Madiha ceritakan semuanya termasuk apa yang diperkatakan lelaki itu, tetapi Basit kata, dia tidak akan memberitahu sesiapa atas permintaan Madiha. Kata Basit, sepertimana Madiha bawa rahsia itu hingga akhir hayatnya, dia juga akan bawa rahsia itu hingga ke saat kemaatiannya.

Malam itu, saya tidur di bilik Madiha dan Basit, rumah itu hanya ada 3 bilik, satu agi bilik adik perempuan Madiha. Basit dan adik ipar lelakinya tidur di luar. Dalam jam 4 pagi, suami saya gerak saya tidur. Dia bersungguh suruh saya bangun. Saya segera bangun. Kata suami saya, cucu-cucu saya cantik dan handsome. Terkebil-kebil saya dibatnya, ha macam mana abang tahu?

Kata dia, dia baru sahaja bermimpi Madiha pimpin tangan dua orang budak kecil tapi dalam mimpi itu Madiha tidak sebut dan kata apa-apa pun. Dan mimpi itu jug atidak lama, hanya beberapa ketika sebelum dia terjaga.

Selepas pemergian Madiha, jiwa saya kosong. Tiada lagi kawan baik saya yang boleh saya bergosip, luah perasaan dan memasak bersama. Saya rasa, saya lebih sedih daripada Basit. Lepas pemergian Madiha, badan saya susut hampir 5kg. dan saya boleh pakai baju-baju Madiha. Saya ambil baju-bajunya dan pakai ke sekolah. Walaupun dia tadadi depan mata saya lagi, jiwa dan hatinya masih segar dalam ingatan saya dan keluarga.

Sehingga kini, setiap kali cuti seklah saya akan ke Marang, Terengganu untuk jumpa besan saya. Kalau tidak cuti sekolah, saya dan suami tetap akan berhubung dengan mereka dan bertanya khabar. Mereka juga masih tidak ptus mengirim keropok ikan kepada saya dan suami di sini.

Basit juga, masih baik dengan mereka. Dia menyibukkan diri dengan kerja dan sentiasa meminta saya berdoa agar dia dapat dipertemukan semula dengan isteri dan anak-anaknya di sana. Sebagai ser4ng ibu, saya tetap akan berdoa dan meminta agar Allah permudahkan urusannya dunia dan akhirat.

Saya tidak mampu mengucapkan rasa syukur yang teramat syukur kepada Allah SWT di atas takdirnya mempertemukan kami sekeluarga dengan Madiha. Kerana Madiha, saya seorang guru dan wanita yang eg0 berubah menjadi guru dan wanita yang toleransi, pemurah dengan senyumah dan bersabar.

Buat semua ibu mertua di luar sana, hargailah menantu perempuan kita. Mereka mungkin tak sempurna di mata kita, tapi kelebihan dia mungkin mulia di sisi Pencipta.

Ini antara reaksi netizen. 

Siti. Allah, sedihnya baca… betapa mereka dilahirkan untuk hidup bersama2, tetapi salah seorang sahaja yang pergi dulu

Nurul. sedihnya bacaaa.. tak rasa pun cikgu norlia buli mardiha. menantu yang baik adalah efek daripada mertua yg baik seperti cikgu. alfatihah buat mardiha.. semoga basit kuat smgt selalu

Fariha. Sedih yea.. sgt hebat Aruwah Madiha.. dan sangat hebat ank puan Basit.. saya yg tiada pertalian pun sangat terasa dgn kisah puan. Madiha dah bahagia di sana menjaga ank kembar mereka sementara menunggu suami yer kembali ke alam yang kekal abadi.

Semoga Basit kuat semangat didunia ini sementara menanti akhirat. Terima kasih puan atas perkongsian ini. Semoga saya dan wanita diluar sana dapat meneladani sikap sikap Madiha insAllah..

semoga Aruwah madiha diampuankan dosa dosa.. semoga Basit sentiasa dalam lindungan Allah.. Ameen