Di hujung ny4wanya, Madiha minta Basit belikn air coca cola. Smua membantah tp Basit ttp tunaikan

Foto sekadar hiasan.Assalamualaikum. Saya Cikgu Norlia. Saya menghantar satu perkongsian pada minggu lepas mengenai menantu saya, Madiha. Sebenarnya, saya tidak tahu bahawa perkongsian itu sudah pun dikeluarkan kerana saya tidak bermain Facebook sejak beberapa hari lalu. Saya menjaga anak sulung saya dalam tempoh akhir-akhir berpantang anak kedua.

Suami saya yang beritahu, perkongsian itu sudah disiarkan. Dia sudah kongsikan di Facebook kami. Saya dan suami kongsi Facebook, sebab saya malas nak ada akaun sendiri. Sudahnya, saya tumpang nama saya kat FB suami. Saya nak baca perkongsian saya, tapi suami bersungguh-sungguh halang.

Kisah sangat memiiluukan. Boleh klik part 1

Menantu miskin xde asas pendidikan, sy ragu utk terima. Lps tinggal serumah sy mula rasa pelik

Selepas saya baca perkongsian itu di FB suami, saya baca komen-komen darirakan-rakan. Luluh hati saya, niat saya untuk kongsi tentang kebaikan Madiha. Sebaliknya, rakan-rakan tuduh saya jadikan Madiha persis orang gaji di rumah. Sebak hati saya bila dituduh begitu. Tapi t ak mengapa, saya tidak akan ambil pusing kata-kata orang. Suami dan anak-anak saya kenal saya siapa. Lebih penting, macam mana pun pandangan manusia terhadap saya, Allah sahaja Maha Mengetahui hati seorang hamba-Nya.

Saya tidak mahu ceritakan tentang saya dan Madiha. Perkongsian ini saya mahu ceritakan tentang apa yang berlaku pada hari kem4tian Madiha. Ramai kawan-kawan saya dan suami yang berikan komen, mahu tahu apa yang berlaku pada hari itu. Bagaimana dengan Basit pada hari itu dan bagaimana penerimaan Basit. Berat hati saya mahu menjawab permintaan kawan-kawan. mereka sungguh-sungguh tanya saya mengenai itu.

Saya akan ceritakan di sini, situasi hari itu. Hari kami kehilaangan Madiha. Cerita saya ni hasil perbualan saya dengan Basit selepas perkongsian pertama dikeluarkan. Basit tidak ada Facebook, hanya ada Istagram. saya pun tak arif lah, benda-benda budak zaman sekarang. Jadinya, dia tak tahu tentang perkongsian pertama saya, sehinggalaha saya tunjuk dan ceritakan kepadanya. Sesudah itu, saya ambil Keptusan untuk kongsikan cerita ini pula.

3 hari sebelum pemergian Madiha, tengah hari itu, dia ceritakan kisah mimpinya. Masa tu dia kelihatan sangat berseri, segar sungguh. Petang tu suami saya balik, bawa pakaian kotor kami untuk cuci. Saya dan anak bongsu saya temankan Madiha di hspital. Hspital tempat Madiha berubat di Kuala Lumpur, rumah saya dan suami di Negeri Sembilan. Basit pula kerja.

Malam tu dalam pkul 1 pagi, ada 2 orang jururawat masuk ke bilik kami sambil menyorng satu alat. saya tak tahu lah mesin apa. Lepas itu, ada seorang doktor masuk beritau kepada saya, Madiha pelu di X-ray. Dia minta saya dan anak bongsu saya duduk jauh dari katil itu kerana tak mahu terkena radiasi. Saya dan anak bongsu keluar dari bilik Madiha. Masa nak berkalan keluar, nak sarung selipar, Madiha panggil perlahan.

“Mak,” tanggannya melambai lemah kepada saya, tidak mahu saya pergi. Di luar, saya termenung, Saya tengok Madiha berbeza sekali keadaannya dengan waktu siang tadi. Malam itu dia nampak sangat lemah, bercakap pun tak kuat suaranya. Mungkin dia penat, sebab petang tu dia tidak tidur.

Beberapa minit lepas tu, saya nampak doktor keluar dari bilik Madiha, kata dia, mereka suspek Madiha ada jangkitan kuman. Tapi masih tak pasti sebab kena mohon nak buat scan esk pagi. Lepas tu kena rujuk pegawai farmasi, mungkin kena tukar ubat lain kalau betul ada jangkitan kuman.

Saya terus telefon Basit maklumkan perkara itu. Saya tahu Basit jadi tak keruan, esoknya selepas tamat shif, dia minta cuti 4 hari untuk jaga Madiha di hspital. Dua hari sebelum Madiha pergi, dia jadi sungguh tak bermaya, lembik. Mungkin ubat kimoterapi masih menyerang dirinya. Dia makan sikit sahaja. Petang tu dia minta kepada suami saya, belikan di pizza. Dia mahu makan pizza.

Suami saya pergi cari pizza untuk dia makan. Basit suapkan pizza, semulut sahaja dia makan, lepas tu dia tidur. Maghrib tu, dia jadi tak sedar. Seorang doktor masuk check, lepas tu doktor panggil lagi seorang doktor check, sudahnya, ada 4 orang doktor keliling katil tu. Saya, suami dan anak keluar dari bilik Madiha. Hanya Basit kami tinggalkan di dalam.

Dekat setengah jam, semua jururawat dan doktor keluar. Basit keluar tak lama lepas tu, kata Basit, dia sudah menghubungi keluarga Madiha di kampung. Mereka akan usaha untuk pulang segera. Cuma, masalahnya, ayah Madiha mungkin tidak bleh tinggalkan kerjanya, tiada yang ganti. Suami saya segera kirimkan wang minya untuk keluarga Madiha bertolak dari Terengganu ke Kuala Lumpur.

Kami berdoa malam itu, suapaya mereka sampai dengan selamat, kerana kereta ayah Madiha sedikit uzur. Kami takut mereka terhenti di tengah perjalanan. Satu jam sekali, suami saya hubungi ibu Madiha untuk pastikan mereka baik-baik sahaja.

Malam tu sampai ke Subuh saya tak boleh tidur. Saya urut mesra tangan dan kaki Madiha. Si Basit pula tidur sekatil dengan Madiha malam tu. Dia peluuk erat isterinya. Suami saya pula tidak boleh toleh muka Basit dan menantunya. Air matanya mengalir. Selalu saya tanya, kenapa Abang menangis? Dia sedih, dia tidak mahu anak dan menantnya rasa ujian seberat itu.

Tapi apa kan daya dia, dia hanya mampu melihat. Sebagai seorang isteri dan ibu, saya lebih terse ksa tengok anak menantu saya begitu, tapi saya perlu kuat. Bukan sahaja untuk Basit dan MAdiha, untuk suami saya juga. Jika saya lemah, saya tidak tahu bagaimana kami akan dapat jalani ujian itu.

Pkul 9 pagi, keluarga Madiha tiba di hspital. Madiha masih tidur. Lepas sarapan, kami naik ke bilik, Madiha sudah terjaga. Dia baru sahaja mandi dan makan pagi bersama Basit di bilik. Dia sangat gembira melihat ibu bapanya datang dari kampung. Dia bersungguh-sungguh kata kepada suami saya, boleh tak kalau kita makan besar hari ni. Suami saya kata, boleh. Madiha nak makan apa?

Madiha jawab, nak makan tomyam. Saya pun tanpa melengah, bawa balik besan saya ke Seremban. Kami nak masak tomyam di rumah, dan bawakan kepada Madiha petang itu. Suami saya setuju. Kami tinggalkan Madiha dengan Basit sahaja di bilik.

Lepas Asar, kami bertolak ke hspital dan makan bersama. Semua orang dapat makan tomyam masakan ibu Madiha. Saya sengaja minta dia masak lebih. Kami berikan sikit kepada bilik-bilik lain dan mereka yangtengah bertugas. Madiha gembira sungguh dapat makan bersama, tengok tv bersama dengan semua orang. Tak habis-habis dia asyik ulang,

“Sukonyo hari ni dih, semua ada” kata dia. Sayu hati saya dengar kata-kata Madiha. Malam tu Madiha muntah. Doktor masuk sekali lagike bilik untuk lihat keadaan Madiha. Masa tu sekitar jam 11 malam. Saya dan suami ambil keptusan untuk bawa balik keluarga Madiha ke rumah kami terlebih dahulu dan datang semula selepas Subuh. Mereka setuju.

Malam tu, saya telefon Basit, tak berangkat. Sampai lah pkul 4 pagi, Basit telefon semula. Katanya, Madiha baru habis diperiksa dan terpaksa di hantar ke HKL disebabkan ada alatan yang tidak dapat berfungsi waktu itu. Saya mengucap panjang, takut mendengarnya. Lepas Subuh, kami terus ke hspital.

Hari yang ini, hari yang d4hsyat, kami tak pernah sangka, itu lah kali terakhir kami melawat Madiha di hspital. Masuk sahaja bilik, Madiha nampak sangat tak bermaya. Dia terbaring sambil memegang erat tangan Basit. Dia memandang sepi ke wajah ibu ayahnya. Lama pandangan itu. Perlahan-lahan saya nampak air mata Madiha turun.

Lepas itu dia panggil Basit, dia minta Basit belikan air Coca-Cola untuknya. Madiha sangat gemarkan air coke itu. Ketika dia masih sihat, ke mana sahaja kami pergi makan, Madiha mesti akan order air coke dan ais. Itu kegemaran dia. Air bergas lain, dia tidak minum, hanya Coca-Cola sahaja.

Semua tak bagi dia minum air tu, tapi Basit katam tak mengapa, dah lama Madiha tak minum. Beri sahaja. Seteguk cukup. Basit pun keluar dari bilik mencari air tu. Beberapa minit selepas Basit keluar, Madiha semakin melemah. Dia minta ayahnya dan suami saya berdiri ditepinya. Dia minta dirinya untuk bangun bersandar. Di salam, dipeluuk ciium ayahnya. Dia memohn maaf kepada ayahnya dan suami saya. Suami saya teresak-esak menangis. Diusap kepala Madiha lembut,

Saya tak pernah menyangka suami saya begitu sedih daripada saya. Dia tidak henti-henti meminta Madiha untuk kuatkan semangat. Lepas tu, Madiha gagahkan diri, dia berpaut tangan suami saya dan ayahnya, mahu berdiri.

Perlahan-lahan dia pergi kepada saya dan ibunya. Menangis saya melihat sendiri Madiha melutut dan menciium kaki ibu kandungnya. Ibunya menangis sambil memegang Madiha. Madiha kucup kaki ibunya, menciium ibunya, memeluk erat ibunya sambil memohn maaf dan ucap terima kasih. Saya memgang lembut Madiha, takut dia terbalik dan rebah.

Sesudah itu, Madiha menciium kaki saya. Diminta beribu ampun dan maaf kepada saya berulang-ulang kali. Saya menangis sepenuh hati, di tepi saya, suami memegang erat bahu saya. Dipeluuk ciium saya sepuasnya. Saya masih ingat kata-kata terakhir Madiha waktu itu,

“Mak, tanpa Mak, tanpa Baba, Basit tidak akan ada di dunia ini, Madiha uga tidak akan di dunia ini. Madiha ada kerana Basit ada. Kami diciptakan Allah untuk bersama. Terima kasih Mak dan Baba. Jaga makan minum Madiha selama ini.”

Selebihnya saya tidak ingat, yang pasti beribu perkataan maaf. Bila suami dan ayah Madiha memapah Madiha semula ke katil, sekali lagi Madiha muntah. Anak bongsu saya segera panggil doktor di luar. Saya pula meranung-raung panggil nama Basit. Mahu dia segera balik. Takkan lah begitu lama membeli air coke. Suami saya telefon, tiada jawapan.

Bilik jadi huru hara sebab dktor dan jururawat berlari masuk dan keluar. Ramai doktor yang masuk dan minta kami tinggalkan bilik. Madiha tenat, ada daarah yang keluar dari mulut dan hidungnya. Saya kembali ke katil Madiha, walaupun dipujuk lembut oleh jururawat untuk saya keluar, saya tetap ciium Madiha sepuasnya.

Di luar, kami tunggu dengan penuh debaran, ada beberapa doktor lelaki yang tidak pernah saya nampak sebelum itu juga masuk ke bilik Madiha. Tidak berapa minit kemudian, doktor panggil waris terdekat, katanya, untuk meminta ajar syahadah. Masa itu rebah saya, lemah kaki rasa tidak mampu lagi berdiri. Saya dan suami menangis di luar, manakala ibu dan ayah Madiha masuk ke dalam. Saya seperti separuh gila menjerit-jerit nama Basit. Anak-anak saya menelefon juga tidak dijawab.

Disebabkan saya menjerit dan memanggil-manggil nama Basit, hampir semua rang di bilik-nilik lain keluar menjengah. Ada juga jururrawat yang datang dan papah saya perlahan masuk ke bilik Madiha. Saya tengok kulit Madiha yang putih berseri mula bertukar pucat lesi. Di sisinya, ibu dan ayahnya mengajar Madiha mengucap. Saya pula selang berapa minit pitam. Bangun balik, pitam. Mujur ada jururawat yang papah saya kuat ketika itu. Saya masih ingat namanya, Noor Nasuha.

Selepas itu, Madiha perlahan-lahan pejamkan mata. 3 jam selepas Basit keluar membeli air coke, Madiha hembuskan nafasnya yang terakhir. Kami semua bersedih, semua staff hspital tinggalkan kami bersendirian. Anak bongsu saya tak henti-henti panggil nama Madiha. Menyuruh Madiha bangun semula. Saya terduduk di sofa tepi Madiha. Terduduk lesu memikirkan kejadian yang baru berlaku.

Tidak lama lepas itu, Basit masuk ke bilik. Dia berjalan perlahan, seolah-olah mengetahui mood di dalam bilik itu. Sebaik sahaja dia berdiri di depan katil, melihat Madiha tidak lagi bernyaawa, Basit rebah. Dia menangis di atas lantai. Suami saya dan ayah Madiha nampak kumpulkan kekuatan mereka untuk berikan semangat kepada Madiha. Saya yang awalnya rasa begitu marah kepada Basit kerana tak mahu menjawab telefon sewaktu Madiha nazak, berubah jadi malas nak cakap apa-apa. saya letih. letih kerana menangis.

Lepas urusan hspital selesai, kami bawa jen4zah Madiha ke Terennganu. Kami bertolak jam 3 petang. Alhamdulillah, kami sampai jam 8 malam. Sampai sahaja, kami tengok jiran tetangga Madiha dah berkumpul untuk uruskan jen4zah. Kami terus mandikan jen4zah. Atas permintaan Basit, hanya keluarga terdekat sahaja yang dibenarkan masuk untum mandikan Madiha, kafankan Madiha. Semua tak sampai pun 10 orang. Termasuk saya, anak sulung dan anak bongsu saya.

Basit turut mandikan jenaz4h Madiha. Dia memegang getah paip dan dihulurkan kepada setiap bahagian yang dimandikan. Basit berikan peluang kepada ibu Madiha dan adik beradik madiha untuk mandikan Madiha sementara dia huurkan air yang mengalir.

Saya pula dapat mandikan Madha di bahagian kaki Madiha. Basit pula mandikan di bahagian belakang, muka dan berus gigi Madiha. Sewaktu mandikan Madiha, air mata Basit tak henti mengalir. Ketika kafankan Madiha, hanya orang yang sama sewaktu mandikan jenaz4h dibenarkan masuk oleh Basit.

Saya masih ingat kata-kata Basit sewaktu saya dan ibu Madiha kafankan Madiha. Saya tidak ingat ayatnya sebiji-sebiji, tapi kata-kata itu masih segar dalam ingatan saya.

Baju puti awak cantik sangat. Cincin ni, saya tinggalkan di sini, di tepi awak. Awak bawa lah bersama. Abang kan dah janji nak jaga awak, tapi kenapa awak tinggalkan abang? Macam mana abang nak hidup tanpa awak?

Wajah awak, nampak sedih hari ni. Sebab tu ke? Sebab awak nak pergi jauh ya? Abang minta maaf, sebab terpaksa ‘hantar’ awak seorang sahaja. Abang minta maaf sebab abang sahaja yg tertinggal di sini. Abang akan sentiasa rindukan sayang.

Tolong lah bahagia di sana. Tunggu abang di sana, sehingga satu hari yg lain, kita akan berjumpa.

Itu lah levih kurang ayat yang Basit sebutkan semasa kami sibuk kafan kan Madiha. Cincin kahwin Madiha, Basit balut dalam kain batik yang digunting kecil. Kemudian, dia selitkan di ikatan kafan Madiha. Sebelum kami bawa keluar Madiha, Basit ciium lama jen4zah Madiha sebagai tanda penghormatan terakhir kepada isterinya. Suasana sayu di rumah itu.

Selepas solat jen4zah, ayah Madiha jadi imam. Keadaan bertambah sayu bila ayah Madiha sebak dalam solat. Jemaah juga seakan-akan menghayati situasi itu. Tapi, keadaan semakin ke tengah malam, kami segerakan untuk kebumikan Madiha. Lebih kurang jam 11.30 malam, Madiha selamat dikebumikan. Doa dan talkin dibacakan oleh Basit. Selesai sahaja urusan, kami semua pulang.

Saya terakhir nampak wajah Basit di tanah perkuburan. Selepas itu saya tidak tahu Basit ke mana. Puas saya dan suami mencari Basit, tidak berjumpa. Saya tahu, Basit sedang bermain dengan emosi. Dia marah dan tidak puas hati, mengapa isterinya diambil Tuhan. Malam itu, kami tidur tanpa kepulangan Basit ke rumah.

Esoknya, saya bangun lewat. Selepas Subuh, saya sambung tidur. Dan bangun semula pkul 9 pagi. Saya bagun terus ke dapur, saya nampak Basit duduk termenung depan TV seorang diri. Entah masa bila dia balik, kami tidak tahu. Saya dan suami tengah menjamah sarapan, suami saya tak habis-habis mencuit saya minta sapa Basit. Saya biarkan sahaja, sebab masih marah Basit tidak datang ke bilik Madiha sewaktu Madiha tenat.

Masa itu juga hati saya terusik, saya terfikir, anak saya dalam keadaan yang sedang diuji dengan hebat sekali. Patutkah saya juga bermain emosi dengannya? Berbaloi kah saya marahkan Basit kerana tidak menjawab telefon ketika itu? Sedangkan dia lagi sedih daripada saya ketika ini? Lepas makan, saya seorang diri menghampiri Basit.

Saya pandang Basit dari belakang. Saya lihat Basit, saya terimbau zaman kanak-kanaknya. Yang manja dan kuat bermain. Seingkali balik ke rumah menangis sebab dibuuli kawan-kawan. Saya menjadi sebak dan sayu, tidak menyangka, anak yang saya besarkan sepenuh hati. Yang saya didik sehingga berjaya dalam hidup sedang dipilih Allah untuk diuji.

Saya duduk di sebelahnya, saya peluuk erat Basit. Saya katakan kepada dia, apa yang Basit nak cakap kepada mak, Basit cakap. Mak akan dengar semuanya. Basit menangis, sehingga kini saya masih boleh inat dan rasa hangat air mata Basit terkena bahu saya. Dia betul-betul marah, mempersoal dan pertikai takdir Allah kerana mengambil Madiha sedangkan dia sudah menjaga Madiha sebaik mungkin. Saya diamkan sahaja, mahu dia meluahkan segalanya.

Selepas dia luahkan semuanya, saya minta dia bersabar dan doa banyak-banyak kepada Tuhan. Terus Basit jawab kepada saya, “Mak, Basit tengah marahkan Dia. Takkan Basit nak minta dia yang kuatkan Basit?”

Subhanallah, terkejut saya masa tu. Saya tahu, waktu itu dia betul-betul tengah berperang dengan dirinya. Antara terus mempersoalkan ketentuan Tuhan atau menerima takdir Tuhan. Saya jadi buntu, macam mana mahu pujuk jiwa dan raga anak saya. Sampailah ilham mencuit hati saya. Saya katakan kepada Basit, bagaimana Madiha mahu menceritakan kehebatan ayah kepada anak-anak kembarmya, jika Basit sebagai ayah masih lagi tidak kuat dengan takdir itu. Mana mungkin anak-anak Basit nak percaya kata-kata Madiha.

Basit terus diam. Saya terus bagun dan bersiap untuk beli barang nak buat tahlil malam itu. Tak lama lepas tu, saya nampak Basit duduk makan di meja sambil berbual dengan ipar duianya di dapur. Adik-adik Madiha memang rapat dengan Basit kerana Basit pandai mengabil hati mereka.

Malam itu, Basit nampak bersemangat sekali. Tidak seperti semalam dan pagi itu. Malam itu juga dia ketuai musyawarah kami, uruskan harta peninggalan Madiha. Sepanjang perkahwinan Madiha, duit yang dikumpul selama dia bekerja dan duit nafkah yang diberikan oleh Basit, dia simpan di dalam Tabung Haji. Semua duit itu diberikan kepada keluarga Madiha seperti yang saya kongsikan dalam perkongsian sebelum ini.

Malam itu juga, Basit nampak begitu yakin semasa memberitahu ibu dan ayah Madiha supaya mempercayai dirinya untuk menjaga keluarga itu walaupun Madiha sudah tiada. Basit juga nampak sangat bersemangat menguruskan pakaian-pakaian Madiha di dalam bilik tidu mereka di rumah itu, saya perhatikan sahaja dari jauh dan senyap-senyap.

Walaupun Basit tak berpeluang jadi ayah yang sebenar kepada anak-anak kembarnya, ternyata kata-kata saya pagi itu memberi kesan kepada Basit. Mungkin jauh di dalam sudut hati anak lelaki saya, dia merindukan anak-anak kembarnya dan berbangga dengan dirinya kerana dapat menjaga Madiha. Dia yakin, pastinya Madiha menceritakan kisah itu kepada anak-anak mereka.

Sudah 7 tahun pemergian Madiha, saya tak pernah sekali pun ungkit sekali pun tentang kejadian Basit tidak angkat telefon semasa membeli air coke untuk Madiha. Saya tidak mahu mengguris hatinya. Tapi baru-baru ini, selepas suruh Basit baca perkongsian yang pertama, saya terus tanya Basit. Ke mana sahaja sebenarnya dia pada waktu itu. Kata Basit, sewaktu saya tidur di rumah dengan keluarga besan, beberapa hari sebelum Madiha meninggaal, Basit dan Madiha sudah membuat perjanjian.

Basit tidak mahu Madiha m4ti di depan matanya, Madiha pula tidak mahu Basit melihatnya m4ti Jadi hari itu, Basit dapat merasakan, waktu pemergian Madiha sudah makin dekat. Dan dia yakin, Madiha memintanya membeli Coca-Cola kerana dia sudah dapat merasakan dia akan pergi dalam masa yang terdekat.

Kata Basit, kalau betul-betul Madha mahu makan atau minum sesuatu, dia pasti akan meminta suami saya yang belikan. Tapi hari itu, Madiha suruh dirinya. Pasti ada sebab tertentu. Kata Basit, setengah jam selepas itu, dia naik dan nampak jururawat bergegas masuk ke bilik Madiha. Masa itu kami semua belum keluar dari bilik, Basit turun semula ke bawah. Tunggu di bawah, dia kata dirinya tidak keruan. Sudahnya dia segera ke surau di tingkat atas sekali dan berdoa. Semoga Madiha dipermudahkan urusannya.

Ya Allah, baru saya sedar, selama ini saya bersangka buruk dengan anak saya sendiri. Sedangkan waktu saya menjerit-jerit seperi orang hilaang akal memanggil namanya, Basit sedang sibuk slat hajat memohon dipermudahkan urusan isterinya. Saya betul-betu rasa kecewa dengan diri sendiri, betapa hati say atergamak prasangka buruk terhadap anak sendiri.

Kata Basit, dia turun semula ke bilik Madiha dan lihat bilik Madiha seolah-olah sudah kosong daripada doktor dan jururawat. Masa itu dia yakin, semuanya sudah ‘selesai’. Masa itu lah, dia kumpul kekuatan untuk masuk dan lihat sendiri.

Saya juga tanyakan sekali lagi tentang mimpi Madiha berjupa dengan lelaki misteri di bawah pokok yang menghalang Madiha masuk ke sebuah rumah, Basit masih pertahan jawapan yang sama. Dia tidak akan beritahu sesiapa atas permintaan Madiha.

Beberapa minggu selepas pemergian Madiha, Basit keluar dari rumahnya dan kembali tingal bersama saya. Katanya, dia tidak mampu melupakan kenangannya bersama Madiha di rumah itu. Rumah tersebut kini disewa oleh sekumpulan jururawat di hspital tempat Basit bertugas.

Di rumah saya pula, Basit tukar biliknya dengan bilik adiknya. Dia tidak mahu menanggung kenangan yang terlampau banyak jika terus duduk di bilik itu di tingkat atas rumah kami. Sudah 7 tahun juga, Basit tidak naik ke atas. Hanya beberapa kali sahaja di naik pun, sama ada mahu ke bilik saya atau ambil bantal, cadar atau sarung bantal yang baru dicuci.

Jika tidak, dia sama sekali tidak akan naik ke atas. Terutama sekali ruang memnton tv di atas, sudah 7 tahu saya perhatikan, dia tidak naik dan duduk di situ. Ketika Madiha masih hidup, ruang itulah yang dia dan Madiha selalu luangkan masa bersama. Tengok drama korea dan movie bersama. Sekarang, tingkat atas sunyi sepi. Saya dan suami pun naik ke atas masa nak tidur sahaja.

Rumah pun sangat berbeza lepas pemergian Madiha. Tiada lagi yang menghantar kami di pintu untuk pergi kerja, balik kerja.

Tiada lagi yang ketul lesung nak goreng nasi pagi-pagi. Tiada lagi yang nak ambil menu kami untuk masakan esk hari. Kini, cuma ada, dua orang pesara yang banyak habiskan masa membaca buku dan tengok tv.

Ini reaksi sedih netizen.

Amalina.

Assalammualaikum Cikgu Norlia.

Arwaah Madiha, sangat beruntung mempunyai keluarga Mentua seperti keluarga Cikgu Norlia.

Kami semua rasa terharu akan baiknya sikap Madiha di confession Cikgu yang pertama. Kali ini, kami juga terharu akan betapa kuatnya Madiha ketika menghadapi saat2 akhir dan geting.

Dalam tidak sedar, Cikgu Norlia dan Suami juga telah jadi ibu bapa mentua yang baik dan berjaya dalam ujian ini. Sebab dalam Islam, ibubapa mentua harus dilayan dan dihormaati seperti ibubapa sendiri, keberkatan yang mereka bawa juga sama seperti ibubapa biological kita.

Cikgu, cikgu dan suami telah berjaya dalam ujian Allah. Melayan Madiha seperti anak sendiri. Menjaga Madiha dan memastikan dia sentiasa dalam keadaan yang cukup dan selesa.

Adalah didoakan agar Cikgu Norlia dan suami diberikan pahala dan kebaikan yang setimpal oleh Allah SWT. Di angkat darjatnya disisi Allah dan dipermudahkan segala urusan di dunia dan akhirat.

Setiap yang hidup, pasti merasakan kemaatian. Akan tetapi, kemaatia Madiha adalah kemaatian yang dicemburui ramai. Didoakan agar Madiha ditempatkan dalam syurga Allah yang dibawahnya mengalir sungai2, terdapat pelbagai buah yang sedap dan lazat serta Mudhaamatan (kehijauan) sebagai ganti segala keperitan yg Madiha tanggung semasa melawan K4nser.

For Basit, How I wish I could find a guy like you. Suami yang juruh dan bertanggungjawab. Semoga Allah memberikan Basit ganti yang lebih baik setelah kehilaangan suri hati mu.

Allahumma Ajurni, fi musibati, Wakhlufli Khoiro Minha Ya Allah.

Ya Allah, berikanlah aku pahala dalam musibah ini dan gantikanlah kehilaangan ku dengan sesuatu yang lebih baik.

“Yang lebih baik” disini bukan bermaksud Arwaah tidak cukup baik. Bukan. Doa ini adalah supaya pengganti Madiha itu orangnya seperti Madiha yang menyejukkan hati dan pandangan, atau yang lebih baik.

Qadarullah, tentu ada Hikmah. Allah itu Maha Baik, tiap yang terjadi, Terselit hikmah. Semoga semuanya Baik2 Sahaja buat Cikgu Norlia dan Family.

Allahumma Aamiin

Tulip. Sedih yea.. sgt hebat Aruwah Madiha.. dan sangat hebat ank puan Basit.. saya yg tiada pertalian pun sangat terasa dgn kisah puan.

Madiha dah bahagia di sana menjaga ank kembar mereka sementara menunggu suami yer kembali ke alam yang kekal abadi. Semoga Basit kuat semangat didunia ini sementara menanti akhirat. Terima kasih puan atas perkongsian ini.

Semoga saya dan wanita diluar sana dapat meneladani sikap sikap Madiha insAllah.. semoga Aruwah madiha diampuankan dosa dosa.. semoga Basit sentiasa dalam lindungan Allah.. Ameen

Aziah. Menantu hebat kerana mertuanya juga hebat.. Bertuahnya insan bernama madihah. Dari first confession sehingga coretan yg ini, esakan saya masih sama tatkala membacanya..saya dapat rasakan kasih sayang dan keikhlasan yg paling dlm oleh family ini terhadap Madiha. Semoga cikgu sekeluarga sentiasa dlm kebaikan, dan dihimpunkan semula bersama Madiha di syurgaNya..

Bertabah, bersabar dan berbahagialah Dr. Basit, sang bidadari dan si kembarmu sedang menanti di sana.. Sampai masa kita semua pun akan menyusul ke alam yg kekal abadi..

Terima kasih cikgu atas perkongsian yg sangat indah ini.. Memberi inspirasi kpd kmi utk menjadi insan yg hebat seperti keluarga cikgu. Al-fatihah utk madihah..semoga damai di sisi Sang Pencipta..