Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Alhamdullilah selepas nasihat dan kata-kata positif dari pembaca, saya sudah pun mengambil tindakan untuk menuntut hak-hak saya di mahkamah. Saya terpaksa mengunakan duit pinjaman yang disimpan untuk menunaikan umrah. Tetapi saya yakin rezeki ke umrah masih ada selepas ini. Saya telah melantik peguam syariah untuk tuntutan harta sepencarian pada bulan June dan sekarang masih dalam proses sulh iaitu proses pendamaian cara baik tanpa proses perbicaraan.
Doakan urusan saya dipermudahkan dan diselesaikan secara baik. Saya dengan rela hati melepaskan rumah yang kita beli bersama kerana saya tidak mampu untuk membayarnya tapi saya yakin dengan ketentuan Allah. Apa yang penting selepas ini hati saya semakin tenang.
Engkau duduk la dengan isteri barumu yang pernah dulu dengan angkuh berkata padaku yang dia tidak ingin sama sekali duduk dirumah itu. Sekarang, kau sudah berbahagiakan.
Wahai perampas, Engkau sudah dapat memiliki bekas suamiku, Engkau juga sudah memiliki rumahku, Engkau juga sudah memiliki keluarga mentuaku…
Engkau berbahagialah diatas penderitaan orang lain. Tapi aku sudah redha dengan penganiayaan kamu berdua. Tapi untuk melupakan tidak sama sekali.
Disini saya Ingin membuatkan sebuah nota untukmu wahai bekas suami ku:
1) Alhamdullilah, hidup aku kini lebih bahagia tanpamu. Hidup aku selama 7 tahun di kongkong olehmu. Tidak boleh keluar atau berjumpa dengan kawan-kawan walaupun dengan Kawan baikku sendiri.
Hidup aku selama ini hanya dikrbankan untuk mu. Sekarang, aku bahagia sangat. Ramai kawan-kawan aku kembali mencariku.
Dari kita bercrai Januari 2020, masa aku sangat terhad dengan aktiviti bersama kawan-kawan dan keluarga. YaAllah aku sangat bahagia dan aku baru tahu yang kita sepatutnya menyayangi diri sendiri
2) Aku boleh berdikari tanpa engkau wahai bekas suamiku. Dulu engkau selalu menghina aku dengan mengatakan aku tidak pandai berdikari disebabkan aku tidak berani membawa kereta.
Alhamdullilah, selepas 10 tahun aku tidak berani memandu kini aku mempunyai kereta sendiri dan aku sudah buktikan ketika aku hadirkan diri ke mahkamah dengan membawa kereta sendiri.
3) Aku mampu teruskan hidup walaupun seorang diri dikota KL ini sedangkan engkau yang tidak mampu berseorangan. Belum habis iddahku, engkau sudah pun berkahwin.
Sebab apa aku mampu, sebab aku sentiasa yakin Allah SWT ada bersamaku. Aku diuji beseorangan diKL Ketika PKP dan sehingga sekarang aku masih sendiri.
Jika aku lemah imanku, aku mungkin hampir menjadi gila tapi Alhamdulillah Allah sentiasa ada bersamaku.
4) Alhamdullilah sangat-sangat di sebalik ujian ini aku semakin dekat dengan Penciptaku. ALLAH YANG MAHA BESAR. Selama perkahwinan kita, aku selalu alpa dengan amal ibadatku.
Walaupun solat akan aku cukupkan 5 kali sehari tapi bila kita keluar ke mana- mana pasti aku akan mngalkan solat aku dengan alasan sebab dalam keadaan tidak bersih dan pentingkan makeup ku.. ALLAHUAKBAR..
Jahil sangat aku rasa dirini.. Tapi Sekarang alhamdullilah, ke mana-mana aku pergi sekarang ini, perkara yang amat aku penting kan adalah solat walupun aku di dalam hutan(bukan niat riak).
Alhamdullilah, dulu aku sangat susah untuk aku bangun tahajud menyerah diri padaMu walaupun aku diuji bermacam-macam dugaan.
Ketika di duga dengan bekas suamiku tapi aku sombong dengan Allah untuk bangun tahajud meminta pertolongan daripadaMu.
Tapi sekarang, alhamdullilah aku hanya tidak bangun untuk bertahajud ketika aku dalam keadaan kotor. Alhamdullilah, aku masih dalam usaha perbaiki diri aku. Solat dan Al-quran peneman diriku.
5) Kini, banyak benda yang aku sudah berjaya buat. Aku sudah berjaya mendaki gunung yang tertinggi di sebuah negeri tau, hehe…
Aku sudah boleh buat dan cari hobi-hobi aku yang selama ini disekat oleh mu. Aku bebas bertemu dengan kawan-kawanku dan bercuti dengan mereka dan juga bersama keluarga tercintaku.
Dulu, aku memang tidak ada “me time” langsung. Bagi engkau, aku hanya ada kau dekat dunia ni. Kau racun fikiran aku.
Padahal, aku hanyalah hamba untuk mu. Semua kerja rumah aku yang buat. Sikit pun engkau tidak membantuku. Tapi sekarang aku bebas dan bahagia dengan caraku. ALHAMDULLILAH YAALLAH.
6) Pasal anak pula, aku sekarang tidak lagi senegatif dulu. Dulu aku pasti sedih bila datang kotor.
Dulu aku selalu menangis dan tertekan dengan manusia yang selalu bertanyakan berkenaan zuriat. Walaupun di perut aku masih ada parut pembdahan untuk usaha mendapatkan zuriat bersamamu.
Ia sentiasa akan menjadi kenangan. 6 tahun aku diuji tiada zuriat bersamamu. Aku selalu menangis dan menyalahkan Allah. Tapi hanya aku seorang yang berusaha.
Engkau mintak tempoh 3 tahun untuk tidak meneruskan perubatan dengan doktor dengan alasan engkau Ingin mencapai impian kau untuk menjadi seorang bodybuilder.
Badan kau penuh dengan steroid. Aku seorang sahaja yang masih berusaha dengan mengambil pelbagai jenis suplimen untuk mengandung.
Tapi aku percaya ini hikmahnya aku tiada zuriat dengan engkau. Dan sekarang aku dapat tahu yang wife baru kau sudah mengandung, bunting pelamin katanya.
Mesti engkau dan perampas itu banggakan. Aku masih ingat perempuan itu pernah menghina aku disebabkan aku tidak boleh bagi zuriat padamu.
7) Berkenaan rumah pula, sekarang engkau dan wife baru engkau yang duduk dirumah yang kita sama-sama tunggu dan beli pada tahun 2016.Lamakan kita tunggu tapi akhirnya rumah itu engkau dan wife engkau yang duduk.
Tapi tidak mengapa sebab bagi aku itu semua duniawi. Aku sudah redha walaupun hati aku kadang-kadang saakit saat aku melalui rumah itu.
Maklum la dekat sangat dengan rumah sewa aku sekarang. Tapi aku sangat gembira walaupun aku hanya duduk di rumah sewa, rumah tanpa lift, rumah kos rendah tapi aku bersyukur.
Rumah sewa aku sangat selesa dan lawa sebab aku sudah deco macam mana aku nak deco dekat rumah kita itu. Jiran-jiran dan suasana sekitar rumah sewa aku sangat tenang berbanding rumah yang kita pernah sewa dulu.
Ada sahaja ujian dengan jiran-jiran sehingga kan engkau pernah bergaduh dan hampir bertumbuk.
8) Alhamdullilah, aku mempunyai seekor kucing sebagai penemanku. Dulu engkau tidak suka aku membela kucing. Hampir tiap hari bergaduh disebabkan kucing. Sekarang kucing itula peneman diriku.
9) Akhir sekali, aku ingin mengucapkan ribuan Terima kasih kerana pernah menyayangi diri ini.
Terima kasih juga kerana pernah menghina diriku, membuka aibku, memburuk-burukkan aku dan memandang rendah pada diriku. Ini semua membuat aku lebih kuat dan menghargai diri aku sendiri.
Banyak sangat hikmah disebalik ujian dan keperitan hidup yang aku lalui.Tapi semakin hari aku semakin kuat. Cuma kadang-kadang aku juga rebah dan aku menangis.
Tapi sering aku ingatkan pada diri sendiri jangan menangis lama-lama. Bangkit dan bila kita rasa lemah ingat ada lagi orang yang diberi ujian yang jauh lebih hebat dari kita.
Wahai k4um hawa di luar sana. Apabila kita diberi ujian dalam rumah tangga, bangkitlah untuk diri sendiri, perbaiki diri dan sentiasa ingat Allah SWT sentiasa ada dengan kita.
Dan k4um hawa diluar sana, jika engkau diuji dengan suami orang, ingatlah semula yang itu semua PILIHAN. Cuba tempat kan diri kita di tempat si isteri atau k4um kita sendiri tu. Betapa skit dan terluukanya hati mereka.
Untuk bekas suamiku, semoga engkau dapat capai kebahagian yang engkau inginkan pada wife engkau sekarang.
Aku ingat lagi ayat-ayat engkau padaku yang perempuan itu ada semua yang engkau inginkan. Janganlah lepas ini engkau masih menganiaya perempuan lain pula.
Sentiasa bersyukur dengan apa yang engkau ada. Engkau sudah memiliki rumah, sudah memiliki kereta H, sudah memiliki wife baru dan tidak lama lagi memiliki cahayamata. Sentiasa la bersyukur ye. Para pembaca semua, doakan saya terus kuat untuk meneruskan kehidupan ini. Terima kasih.
Ramai yg terkesan dgn perkongsian ini. Apa reaksi warganet
Hanie, Yaa Allah sis, kdg kala bila kita duduk bersendirian memikirkan ujian kita hadapi ,rupa rupanya , lebih banyak kelebihan akan kita perolehi. Hikmah di sebalik ujian kdg kala , diluar kotak permikiran kita sis. Now, enjoy your life je sis .moga dipertemukan dgn org yg tepat utk sis hingga ke syurga.
Naa Hanafie, Alahu sbnrnya ujian ni sbg asbab je utk Allah bg hidayah pd Awk ..
awk beruntung sgt diuji tp bangkit mencari Allah bukan buat bnda bukan2.
Senyum je sy baca tulisan awk tmbh2 part dpt jaga solat,dpt bangun tahajud
love sgt rasa cz awk bertuah Allah pilih utk bg hidayah jd hambanya lebih baik.
Awk membuktikn yg Allah uji awak sbb Allah syg awk,dia keluarkn awk dr neraka dunia utk awk bina syurga akhirat.dr penulisab awk ni sy dpt bayangkn awk seorang yg postif dan bertuah cz Allah syg awk..cpt2 Allah trik awk utk kejar syurga akhirat.
Semoga awk terus istiqomah
Bab kucing 2 terbayang lak comel keletah si comel 2 msti manja kan kucing 2. Semoga urusan mahkamah awk berjalan lancar dan keadilan milik awk..semoga yg baik2 je dtg dekat awk dear.
Cik Puan Ria, Tiada ruginya awak sis, sbb Allah nampak dan in syaa allah, akan gantikan dengan lebih baik setiap kebaikan dan pengorbanan yang sis lakukan sewaktu sis menjadi isteri dia…. Allah tidak pernah tidur….dan Allah lebih tahu apa yang terbaik.
In syaa Allah…setiap kesuulitan selepas itu adalah ujian allah kerana Allah kasihkan dan sayangkan sis…lelaki yang menghargai isteri, tidak akan pernah menganiaya isteri, mungkin saja bekas suami dijauhkan dari sis kerana dia bukan yang terbaik untuk sis.
Kita manusia biasa, memang susah nak buang perasaan sedih kecewa, tapi Allah dah janjikan kebahagian buat mereka yang sabar…cuma cepat atau lambat saja….sis bangkit semula bina hidup yaa, usaha dan tawakal dan bersangka baik pada Allah selalu…saya doakan sis, sentiasa tenang dan dipermudahkan melalui semuanya…aamiin Yaa Allah.
Nana Raihana, Inspiring confessor. Keep on going. Im proud u tak guna cara kotor utk dptkan ex u balik. Zaman skrg manusia tend to do anything utk dptkan janji puas hati. Mungkin jodoh hanya takat tu, dan mungkin dia berjodoh baru pun semua dah tertulis. Jalan cerita setiap org berbeza beza. Have faith. Keep going.
Dila Hamid, Alhamdulillah sis kuat. Dan bangun dari rebah. Sahut cabaran. Sekarang sis buktikan pengalaman lalu adalah pengajaran masa depan. Tidak merintih tidak melatah setelah solo kembali. Di kelilingi insan2 yg masih sayang. Sesunguhnya Allah maha perancang tidak dikruniakan zuriat bersama ex. Semoga sis bahagia dengan kehidupan sis sekarang. Jadilah wanita hebat.
Eima Ismail, Gurauan kami di tempat kerja. Bila perempuan nampak lebih cantik???….. Bila dia menjadi janda. Kadang2 musibah itu akan menjadi jalan keluar menuju hidup yg lebih baik.
Cumanya, apabila sudah pernah terasa skitnya hak milik di rampas org, kalau boleh nanti janganlah merampas hak milik orang atau membalas dndam kpd org yg x bersalah….bagi yg menganiaya, pasti akan dapat balasannya. Teruslah berfikiran positif. Selamat berbahagia dgn hidup baru.
Akmal Zafuan, Ada dengar ustazah ceramah d tube tentang kisah seorang wanita yg ingin berubah disebabkan suami mahu bernikah lagi satu. Ustazah itu mengingatkan tentang b4haya syaitan yg sentiasa mencari jalan untuk merosakkan manusia.
Diakhir pesanan ustazah itu berpesan supaya sentiasa menjaga niat agar ibadah yg dibuat akan membawa Kita Kepada keredhaan Allah dan tidak menjerumuskan kita ke neraka.
Deedee Nas, jantan macam ni patut diajar.rumah tu tak boleh jual ke ambil bahagian confessor?nanti tuntut kaw2 kat dia confessor. dia ingat dah ada H tu cukup kaya ke?perempuan ni pun dah nampak ada rumah ada H mula la mggatal dgn suami orang.tak tau ke loan pun boleh dapat H,masih berhutang tau? i cukup tak berkenan lelaki ada H ni duk bajet kaya,eksen,tindas isteri sendiri.lupa la tu ramai lagi lelaki ada kereta import lagi mahal.
Sumber : Ika (Bukan nama sebenar) via IIUMC