Foto sekadar hiasan. Assalam semua pembaca. Sebelum aku mulakan cerita, terima kasih kerana menyiarkan luahan hati aku ni. Aku dah lama pendam dan aku perlukn pendapat orang ramai adakah aku yang melampau. Oleh sebab tu, aku buat keputusan untuk confess di sini. Izinkan aku perkenalkan diri aku dulu. Nama aku Sara dan usia aku 28 tahun. Aku dah berkahwin dan baru disahkan mengandung zuriat pertama aku dan suami. Usia perkahwinan aku dah masuk 6 tahun.
Aku berkahwin ketika masih lagi bergelar seorang pelajar di IPTA. Ketika aku dan suami berkahwin, suami aku Fikri sudah pun berkerja sebagai penjawat awam.
Alhamdulillah, perkahwinan kami bahagia. Semua kebajikan aku suami aku penuhi. Suami aku baik orangnya. Tak pernah sekali dia tinggikan suara. Tutur katanya sentiasa lembut.
Aku rasa cukup bertuah dikurniakan suami seperti dia.Dipendekkan cerita, peristiwa ini berlaku sebulan lebih yang lalu ketika aku baru disahkan hamil.
Aku tersangat happy, yang lagi happy sudah tentu Fikri. Dia memang sukakan budak-budak.Tapi sepanjang perkahwinan kami, even terpaksa menunggu sehingga 6 tahun,
tak pernah sekali dia persoalkan keadaan kami yang belum ada rezeki menimang zuriat.Kadang-kadang aku sendiri yang stress sebab aku rasa kurangnya pada diri aku.
Walhal aku tahu itu semua bergantung pada rezeki. Siapalah kita ingin mempertikaikan kerja Tuhan. Namun, Alhamdulillah Tuhan makbulkan jugak doa aku untuk merasai nikmat menjadi ibu.
Fikri memang betul-betul jaga aku dengan baik. Terasa betul nikmat dimanjakan suami. Sayang aku padanya membuak-buak.
Namun, begitu la kehidupan, dalam pada kita bergembira, kita kena selalu beringat bila-bila masa je Allah boleh tarik balik nikmat yang diberi. Untuk dia uji kita. Dan aku salah seorang yang diuji.
Satu hari tu, aku tengah berehat di rumah pada hujung minggu. Suami aku pulak keluar. Kawan dia Azmi yang datang ambik dia di rumah kami. So dia memang tak bawak kereta.
Katanya nak teman Azmi beli barang kereta. Aku pun takde la soal apa-apa lagi.Tengah aku baring sambil tengok tv, pintu rumah aku diketuk dan ada orang beri salam.
Aku pun bangun untuk bukak pintu. Rupanya kawan aku Rina yang datang.Rina ni kawan aku masa zaman belajar dulu. Kami pernah jadi teman sebilik.
Lepas habis belajar, aku contact dia balik lepas tahu dia ada berniaga kek and kuih secara online.Sejak dari tahun lepas aku memang banyak kali order dengan dia lagi-lagi cream puff.
Dia akan hantar ke rumah aku. Tambahan lagi waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).Aku pun terkejut jugak dia datang. Sebab aku takde pulak order apa-apa hari tu.
Aku jemput dia masuk and sambil bergurau tanya mimpi apa dia tiba-tiba datang rumah aku.
Dia pun hulurkan aku sekotak brownies dan bagitahu dia kebetulan nak COD area rumah aku and one of her customers cancel order so dia singgah rumah aku kononnya nak bagi kat aku brownies yang lebih tu.
Aku perasan masa kat dalam rumah tu, dia terjenguk-jenguk macam tengah cari something. Lepas tu dia tanya aku suami aku mana. Aku pun dengan jujur bagitahu suami aku takde kat rumah.
Dari riak wajah dia aku boleh nampak dia macam tak percaya dengan jawapan aku.Dah macam CSI dia tanya lagi kenapa kereta ada? Dah lama ke keluarnya.
Aku yang memang jenis lurus bendul jawab je semua soalan dia. Tak lama lepas tu dia minta izin nak balik.Lepas dia balik, aku teringat nak call Fikri nak suruh belikan minyak gamat.
Tapi berpuluh kali aku call phone dia tapi takde orang angkat.So aku pun buat keputusan nak pergi beli sendiri sebab kedai runcit tak jauh mana pun dengan rumah aku.
Memandangkan kereta Fikri dah kat luar porch, aku pun ambik kunci kereta and decided nak pergi dengan kereta dia je.Bila aku masuk dalam kereta, terasa macam ada something kat seat kereta.
Rupanya phone suami aku terselit kat seat kereta. Mungkin jatuh dari poket dia masa dia pergi kedai pagi tadi agaknya.Aku pun ambik phone tu. Memandangkan takde password, aku pun bukak dulu phone.
Takde niat apa pun masa tu. Aku terkejut betul bila tengok hampir 50 missed calls dari nombor Rina.Bila aku check whatsapp, mesej paling last dari Rina saja cukup buat aku rasa menggigil nak marah.
Dalam masa yang sama aku sangat-sangat sedih. Tak penah aku rasa sedih macam tu seumur hidup aku. Aku dah macam tak tahu apa yang aku rasa.
Air mata aku mengalir laju melihat mesej dari Rina “Abang pergi mana sebenarnya. Kenapa tak jawab call. Dah ada perempuan lain ke selain saya dengan perempuan tu”
Aku yakin, PEREMPUAN TU yang dimaksudkan itu aku.Rendahnya taraf seorang isteri di mata dia. Tak ubah macam aku ni sekadar perempuan simpanan yang jadi orang ketiga.
Banyak lagi la conversation antara dua kek3sih tu yang aku baca. Patut la dia datang ke rumah, mesejnya tak berbalas dari pagi tadi. Call pun tak diangkat. Risau agaknya KEK4SIH HATI ke mana.
Aku tak jadi ke kedai. Aku masuk ke dalam rumah dan menangis sepuas hati aku. Sumpah, sepanjang perkahwinan aku tak pernah sekali aku curiga dengan suami aku. Langsung tak pernah
Bila jadi macam tu, hati aku betul-betul ranap. Sebab aku langsung tak pernah sangka dia boleh cur4ng di belakang aku. Betul kata orang, jangan letakkan kepercayaan 100% pada siapa-siapa pun.
Aku yakin, suami aku dengan senang boleh cur4ng sebab aku orangnya tak banyak tanya. Dan aku tak pernah curiga dengan siapa dia berkawan.
Buktinya, dia langsung tak padam whatsapp dia dengan Rina. Phone juga tak diletak password. Sebab di tahu aku tak pernah syak wasangka.
Dan kalau orang kenal suami aku, memang tak akan sangka dia boleh buat perangai. Pijak semut pun tak m4ti. Petang tu lepas suami aku balik, aku bergaduh teruk dengan dia.
Tapi aku banyak menangis dari bercakap. Aku memang menangis teresak-esak yang sampai sebak tak boleh bercakap. Aku tunjuk kat dia semua mesej yang aku baca.
Seperti yang aku bagitahu sebelum ni suami aku bukan jenis yang meninggi suara, dalam keadaan aku menekan dia supaya berterus terang, dia masih tak meninggi suara. Masih membahasakan dirinya abang.
Dia cuba p3luk aku yang dah macam kena rasuk, tapi aku tepis. Aku berdegil suruh dia terus terang.
Akhirnya dia buka cerita. Dia mula baik dengan Rina lepas aku suruh dia pergi self pick up order aku kat rumah Rina sebelum aku hamil.
Ya memang betul masa tu aku ada bagi suami aku nombor Rina untuk mudahkan dia pergi pick up kuih yang aku order lepas dia balik kerja.
Bermula dari situ Rina selalu whatsapp dia. Dari bertanya khabar sampai la ber4b4ng sayang. Bila aku dengar je semua pengakuan tu, aku makin kuat meraung.
Aku masuk dalam bilik, aku tutup pintu kuat-kuat. Memang aku buat pekak je dia mintak maaf dan mintak aku bukak pintu. Emosi aku memang sangat teruk masa tu. Aku menangis sampai bengkak mata aku.
Malam tu suami aku tidur di ruang tamu. Esoknya aku bangun awal dan bersiap untuk keluar. Aku memang tak sanggup nak hadap muka suami aku kat rumah. Even pandang muka dia pun aku skit hati.
Bila aku keluar je dari bilik, suami aku terus bangun pegang tangan aku tanya aku nak ke mana. Sekali lagi aku tepis dan meninggi suara.
Aku tau aku berdosa dengan suami. Itu la kali pertama aku berkasar dengan suami aku. Tapi hati aku hncur. Lagi hncur bila perempuan tu kawan aku sendiri. Tambah lagi aku tengah mengandung.
Fikri ikut aku sampai ke kereta untuk halang aku keluar. Tapi hari tu aku memang melawan. Aku hempas pintu kereta sekuat hati. Aku buat keputusan aku nak jumpa Rina. Aku nak dengar dari mulut dia sendiri.
Sampai di rumah Rina, aku jerit sekuat hati panggil nama dia. Akhirnya dia keluar dan kami bercakap di luar pagar rumahnya. Pada awalnya dia memang tak nak mengaku, katanya mereka sekadar berkawan.
Lepas aku tunjuk semua mesej “abang” “sayang” yang aku captured dengan phone aku, akhirnya dia mengaku. Siap menangis sekali.
Katanya dia silap sebab terjatuh hati dengan suami aku dan dia dah cuba untuk lawan perasaan tu tapi tak mampu sebab dia dah terlampau sayang.
Dia merayu mintak maaf dengan aku. Tengah kami bergaduh tu suami aku pulak kept on calling aku beratus kali. Aku menjerit-jerit marahkan si Rina, aku bagitahu dia lepas ni aku dah tak nak dengar nama dia lagi.
Aku dah takde kawan macam dia dan aku nak dia berhenti kacau suami aku. Memang tinggi betul suara aku. Tak tahan menahan amarah.
Kalau siapa kenal aku mesti terkejut aku boleh jadi macam aku. Aku ni marahkan kucing pun tak pernah.Dalam bising-bising kami bertekak, mak si Rina tiba-tina keluar dari dalam rumah.
Dia keluar dan terus tampar aku. Dia tarik tangan Rina. Memang aku terpana. Segala kata makian keluar dari mulut mak dia. Yang paling aku tak kan lupa mak dia still pertahankan anaknya dan boleh cakap kat aku…
“Kau nak marah kat siapa laki cari orang lain.cuba cermin diri sendiri tu dulu. Kat mana kurang kau tu.muka tak tahu malu datang ser4ng rumah orang.
Kalau aku jadi laki kau dah lama aku cer4ikan” Berkali-kali aku kena tolak. Rina masih menangis. Pelik kan dia yang menangis.
Oleh kerana aku sedar aku tengah mengandung aku tak nak jadi apa-apa kat kandungan aku. So, aku ambik keputusan untuk masuk dalam kereta. Dalam kereta aku menangis semahu-mahunya.
Masa dalam kereta masih terdengar mak Rina warning aku jangan sesekali ganggu anak dia or datang rumah dia lagi. Aku hidupkan enjin kereta dan drive entah ke mana-mana.
Aku berhenti kat depan m4sjid dan sambung menangis lagi.Bila aku sampai di rumah, suami aku takde di rumah. Sungguh hari tu aku kenyang dengan menangis.
Badan aku rasa penat sangat-sangat tapi hati aku lagi penat. Sejam kemudian suami aku sampai.Dia duduk tepi aku dan pegang tangan aku. Dia mintak maaf, dan bersumpah yang memang ada khilaf dia terlalu ikutkan perasaan.
Suami aku menangis merayu dengan aku.Tapi masa tu, aku langsung takde rasa simpati. Hati masih s4kit teringatkan makian dan penampar mak si Rina tadi.
Aku lansung tak bercakap. Yang ada cuma air mata yang mengalir.Malam tu aku berkurung dalam bilik dan masa aku bukak whatsapp aku, aku ter “view” story si Rina. Sekali lagi hati aku bengkak.
Terpampang gambar seorang lelaki tengah memandu, tapi view dari tepi. Dan aku kenal itu gambar suami aku. Caption yang ditulis lagi menambah s4kit hati aku “You’re the only person I want to fall asleep next to…”
d4rah aku betul-betul naik. Maknanya mereka pernah keluar berdua. Entah bila gambar tu diambil. Malam tu suami aku tak ke mana-mana. Maksudnya gambar lama.
Aku keluar dari bilik dan terus tunjuk gambar tu pada suami aku. Dia mengaku mereka pernah keluar dalam 2 atau 3 kali untuk makan. Selebihnya hanya berwhatsapp. Hati aku hncur lagi.
Oleh kerana terlampau marah, aku termakan hasutan syaitan. Malam tu buat pertama kalinya aku ucap perkataan yang tak pernah terlintas akan aku ucap selama aku hidup.
“Saya nak cer4i. Saya tak nak dah hidup dengan lelaki macam awak”
Aku sendiri pun tergaman dengan kata-kata sendiri. Apa lagi suami aku. Aku terlampau sayangkan suami aku.
Kata-kata dari mulut aku sendiri macam mengkhianati hati aku. Mata aku bergenang air mata. Aku sebak. Aku sayangkan perkahwinan aku, tapi aku s4kit hati dengan pengkhianatan suami sendiri.
Suami aku tiba-tiba pergi ambik phone dia dan call someone. Dia set mode panggilan kepada loudspeaker dan tarik aku untuk dengar. Aku tepis tapi dia tak lepaskan tangan aku. Rupanya dia call nombor Rina. Panggilan berjawab.
“Rina, bersaksikan isteri saya kat tepi saya sekarang, saya nak kita berhenti berhubungan lagi. Saya sayangkan isteri saya dan bakal anak kami. Saya mintak maaf kalau perbuatan saya selama ni buat awak berharap lebih pada saya.
Tapi selama saya hidup saya bersumpah wanita yang saya sayang cuma Sara seorang. Silapnya saya ikutkan nafsu, saya harap awak tak hubungi saya lagi dan buat cerita yang bukan-bukan lagi..”
Rina cuma dia tak bersuara. Suami aku tamatkan panggilan. Lepas panggilan diletak. Dia keluarkan kad sim phone nya dah patahkan sim tu di hadapan aku.
Suami aku suruh aku block nombor Rina, tapi aku memang tak block. Aku nak tengok apa lagi dia nk update lepas ni. Rupanya betul saban hari dia update story whatsappnya. Dan aku tahu dia nak provoke aku.
Pernah aku terbaca story whatsappnya dia pejabat.
“Awak mungkin tak sedar awak dah luk4i hati perempuan yang benar-benar sayangkan awak. Tapi awak tetap pilih dia. Saya pasrah walaupun hati p4rah..”
Wah… dah macam aku pulak yang kacau suami dia.
Dan banyak lagi lah kata-kata yang dimuatnaik. Termasuk yang terbaru sebelum aku tulis confession ni.
“The hardest part about walking away from someone is when you realize that no matter how slow you go, that someone will never run after you. I STILL LOVE YOU MF” aku tau MF mesti singkatan nama suami aku, Mohd Fikri.
Semuanya aku screenshot untuk kegunaan akan datang. Sekarang ni, aku dah tak macam dulu. Walaupun suami aku dah mintak maaf dan janji tak akan buat lagi.
Tapi luk4nya masih terasa. Aku banyak diam dari bercakap.Aku tau ramai yang nasihatkan aku supaya block Rina dan jangan stress kan diri sendiri sebab aku mengandung.
Tapi aku tak boleh, aku tetap nak tengok apa yang dia tulis. Walaupun hati aku s4kit.Aku sebenarnya rasa berdosa sebab suami aku bersungguh pujuk aku.
Tapi kerana semua kejadian tu kadang-kadang aku sampai fikir suami aku sebenarnya baik dengan aku just sebab aku mengandung. Mungkin dia tak cinta pun kat aku.
Mungkin dia terpaksa.Aku cuba untuk rawat hati sendiri. Doakan aku dapat lupakan kecur4ngan suami aku. Aku sayangkan rumahtangga aku tapi sukar untuk aku percaya balik dekat suami aku. Kalau anda semua ditempat aku, apa yang akan anda buat. Block Rina.
Ini antara reaksi padu warga net.
Noraini : Sara, please block her , please.awk mengandung Dan emosi awk akan mengganggu perkembangan bayi dalam kandungan.akk pernah mengandung dlm keadaan stress Dan dalam keadaan yg gembira, hasilnya akk dapat 2anak yg berbeza.
seorang sgt moody n temper n sering jatuh s4kit time baby, sorg lagi very cheerful, sihat n suka menari.sara just move on sayang,Tak worth it nk merisikokan emosi Dan kandungan Sara n baby semata2 utk rina.
utk suami tu biarlah Masa merawat Luk4, bagi dia peluang sbb dia suami yg baik yg termakan godaan Rina bebal.tak perlu buat apa2 utk balas dend4m and so, just bahagiakan diri Sara dgn seadanya.
Amaline :Tak payah nak tau story atau status whrsap dia. Block trus.
Bila ibu mengndung stress, baby bila lahir akn kuat meragam, antibodi kurang, mudah kena ekzema jg.
Fikir jangka masa panjang utk kesihatan ank kita. Awak pun tunggu lama dah baby kan. Jgn biar emosi ngtif ni ganggu pembesarannya.
Mengadu pd Allah ttg s4kit hati awak pd perampas tu. Moga dpt kurangkn stress
Hazirah :1) Bila suami bersungguh pujuk, bersungguh block perempuan tu.. maksudnya suami masih sayangkan puan. Puan masih perlu bersyukur walaupun perit.
Sebab saya pernah dalam situasi ex-husband yang memang tak pujuk langsung dah. Buat kita macam sampah, bergayut dalam phone dengan perempuan tu di depan kita.
Memang ready nak cer4ikan kita. Walaupun pelbagai cara yg dah saya buat demi mempertahankan rumah tangga.
2) Bila suami dah buat sekali, memang susah dah kita sebagai isteri nak percaya dia lagi. Hati tawar. Hati hambar. Esspecially saya yg pernah ada pengalaman dikhianati, di perbodohkan.. pernah dicer4ikan..
Dengan pengalaman dulu yg saya ada, saya memang takkan jadi bodoh dah utk merebut cinta lelaki. Jika ada orang lain, sila pilih orang itu dan biarkan saya hidup sendiri. Status j tu tak menakutkan saya sebab saya dah pernah jadi j yang dipandang hina.
3) suami baik macam mana pun memang kita tak boleh percaya 100%. Tak boleh yakin 100%. Kena letakkan sedikit keraguan.
Tak boleh lah biar dia kawan dengan kawan perempuan kita. Sebba bukan semua perempuan professional. Ada jenis perempuan hati busuk fikir diri dia seorang.
4) Moga puan tabah. Saya nampak suami puan masih sayangkan puan. Ambillah masa. Rajin solat tahajjud. Adukan pada Allah. Carilah kekuatan. InsyaAllah makin lama puan makin kuat. Makin boleh menerima kembali suami. Dan kena sentiasa berhati-hati.
Athirah : Apa kata sis buat benda yg sama tayang kt rina sondol tue. Upload semua event, small things yg suami buat. Beli nasi goreng ka. Bukakan kasut ka. Jadila semengada yg boleh.
Layan suami elok2. Take what you own. Tayang je kt dia, yg laki dia dok gila tue gilakan isteri dia. Sis xyah view pon story dia, cukup sebulan sis buat, dia akan block sis pulak.
Dan sis pon lagi rapat dgn husband. Nasib baik sis meng4muk hbis, bgi suami tersedaq yg isteri dia org bukan anak patung. You go girl. Make sure anak lahir nanti, papa dia jaga malam jaga anak dia sama.
That way, dia akan rasa susah nk maintain apa yg ada. So buat apa cari yg lain. Kita reverse psychology supaya rina sondol tue s4kit hati melalak. Kalau saya kena tampaq dgn mak rina tue, saya bwk mak saya pi bahasa anak dia pulak.
Ain : Upgrade diri..sekali lelaki cur4ng, x mustahil dia akan cur4ng lagi.. bersedia dgn segala kmgkinan..mulai skg, fokus pada diri. Persiapkan diri dgn kerjaya yang baik, jaga anak baik2.. itu hrta y utama.. ada istilah bekas laki, tp x dak istilah bekas anak..so jika dia nk pergi jgn halang..smpah elok dgn sampah