Suami mula cr khidmat mgurut sjak aku sakiit sb xckup lyanan batin dr aku

Foto sekadar hiasan.Hi semua. Aku gelarkan myself sebagai Hana (bukan nama sebenar).I don’t know how and where to start the story tapi takpe aku akan cuba ceritakan confession ini dengan sebaiknya dan aku berharap confession ini disiarkan untuk pengajaran semua termasuk akuAku merupakan seorang isteri berkerjaya (senior exec di sebuah syarikat oil & gas) berusia 34 tahun dan mempunyai seorang anak.

Suamiku merupakan seorang manager di sebuah syarikat oil & gas kepunyaan negara (rasanya semua tahu kot). Usia perkawinan kami menjangkau 9 tahun pada tahun ni.

Pada mata kasar dan pada pandangan keluarga aku termasuk keluarganya dan jugak kawan-kawan kami, kami berdua adalah pas4ngan bahagia dan kerap menunjukkan kebahagiaan itu di laman sos**l seperti Instagram / Facebook.

Tapi betul lah orang kata, disebalik bahagia pasti ada terselit duka dan duka itu aku alaminya sejak awal tahun lepas (2019).

Oh ya sebelum terlupa, I came from a good family background tapi dugaan berlaku di hujung2 ketika aku melahirkan anak tunggal ku, ayahku memilih untuk menduakan mak dan berkahwin secara senyap.

Hingga ke hari ini hanya aku dan adik mengetahui mengenai perkahwinan kedua ini tapi merahsiakan daripada mak demi menjaga hatinya.

Dari saat itu hati aku remuk memandangkan aku memandang tinggi ayah sebagai ketua keluarga yang dihorm4ti dan sehinggakan aku set suami pilihan aku harus seperti ayah.

Bila terjadi seperti itu, aku hanya tinggal suami ku untuk menjadi satu-satunya lelaki yang dipercayai dan diharapkan untuk kekal setia dan menjadi suami mithali untuk keluarga kecil kami.

Malangnya semua tanggapan itu meleset. Semuanya bermula pada awal tahun lepas apabila secara tiba-tiba aku mengalami gangguan period dan upon checking with specialist.

Aku disahkan mempunyai cyst yang kecil di ovari dan memerlukn minor laparoscopy to remove. I was admitted to the hspital dan sepanjang berada di hspital, suami menjaga dengan baik dan tiada apa-apa yang ganjil padanya.

Sepulangnya aku dari hspital pada hari keesokannya, kami keluar makan malam bersama seperti biasa dan apabila pulang, while waiting for the lift.

Tanpa disengajakan, anak ku yang selalu bermain games di handphone suami telah memberikan phone itu kepada aku untuk dipegang sementara suami sibuk mengeluarkan barang dari bonet kereta.

From that moment, berbagai notifications telah appear di phone suami especially dari laman social seperti Wechat, Tinder and etc.

Berderau drah aku apabila aku click di bahagian chat ada berbagai-bagai chat di dalam, mostly flirting chat, Aku bingung dan terus menangis semahu mahunya di dalam toilet rumah selepas confront dengan suami untuk jelaskan apa yang aku lihat tadi.

He explains that all these cuma suka-suka sahaja since aku kurang melayani kehendak batinnya dan semua ini dilakukannya pada lewat malam sambil menyiapkan kerja / research paper ketika aku sudah tidur bersama anak.

Aku jadi confuse and bertambah bingung since apa maksud nya sebagai kurang sedangkan sebagai isteri berkerjaya,

aku masih melayani kehendaknya almost every day walaupun ada sehari dua aku knock down early sebab letih dengan kerja ofis.

Masihkah aku dianggap kurang melayani sehingga memilih untuk flirting chat?

Selain dari flirting chat, aku mula menjadi penyiasat tegar di mana sebelum ni aku begitu jujur dan setia tidak spot check langsung handphone suami demi 100% percaya.

Aku mula menceroboh email nya, WhatsApp web demi mencari bukti walaupun in the end, bukti itu hanya meremukkan lagi hati aku.

Ada setengah chat yang aku jumpa untuk request girl for massage in which bila aku confront again, he told me “oh pegi massage saja2 sebab dier urut best.. takde request lebih pun. Lagipun kawan yang recommend”.

Apakah perasaan isteri yang lain sekiranya ini jawapan suami anda? Aku sukar mempercayai untuk sekadar massage tanpa lebih -lebih knowing the nature of the business.

Sehinggakan aku pernah pergi sendiri ke tempat massage yang dikantoikan dan request sendiri girl yang suami pernah request untuk massage, tahu apa jawapan owner tempat massage tersebut?

“Sorry.. sorry.. sini takde massage untuk perempuan” and terus menutup pintu. Aku sempat menjeling ke dalam dan memang suasana sangat gloomy and dark and semua pelanggannya memang lelaki.

Air mata aku berjurai dengan lajunya sambil menuruni tangga, sambil merasa kejamnya Tuhan pada aku menurunkan ujian sebegini di saat aku memilih untuk setia tanpa cur4ng kepada suami dari hari pertama perkahwinan kami sehingga ke saat itu.

Hari hari yang berlalu sememangnya memberi tamparan hebat kepada aku dan aku menjadi paranoid.

Setiap tingkah laku suami mula menjadi perhatian aku sehinggakan jika suami stay up lewat malam menyiapkan kerja / research paper (suami ku juga masih belajar untuk phD)

Aku akan jadi cuak dan berdebar-debar mengenangkan adakah suami akan flirting chat seperti dulu.. Sungguh trauma tu membuatkan aku tak nyenyak tidur dan ini berlarutan untuk beberapa bulan.

Aku umpama penyiasat persendirian yang akan check aktiviti suami setiap hari dan sesungguhnya semua tindakan aku ini akhirnya memakan diri sendiri.

Aku disahkan mengalami anxiety disorder dan memerlukn khidmat kaunseling psikiatri (tanpa mengambil ubat) untuk menenangkan diri.

Di hadapan Dr Psikiatri aku menangis semahu mahunya tanpa dia bertanyakan apa-apa soalan. It was such a relief walaupun in the end nasihat Dr itu lebih kepada supaya aku mendekatkan diri kepada Tuhan dan jangan menyalahkan diri sendiri.

Kesan dari anxiety disorder, aku mula mengalami gejala physical antaranya :

1. Rasa kebas di seluruh badan – sehingga pernah admit di w4d untuk berjumpa pakar saraf dan menjalani ujian saraf untuk mengesan sebarang abnormal. In the end result nya, aku sihat dan normal dan ianya cuma perasaan aku.

2. Rasa kering tekak dan mulut – aku ingatkan aku menghidapi peny4kit serius kerana ia berlarutan for almost 3 months ++.. In the end, resultnya tetap sama, aku sihat dan normal.

Sesungguhnya semua ini sangat menyeksakan jiwa dan aku sangat bersimpati dengan anak tunggal aku yang terpaksa menghadapi semua ini di mana mood swings aku yang boleh hadir secara tiba tiba.

Dan aku pernah rasa nak throw him from level 8 of our house bila dier cuma bertanyakan soalan yang simple sahaja.

Begitu besar impaknya kepada aku untuk melalui dugaan Tuhan ini dan mujurlah lama kelamaan aku belajar untuk memujuk hati dan akhirnya pulih dari anxiety disorder pada hujung tahun lepas.

Aku memilih untuk tidak lagi mengambil tahu aktiviti handphone suami setelah dier bersungguh-sungguh meminta maaf dan berjanji untuk tidak mengulanginya kembali.

Walaupun kepercayaan itu tak mampu aku kembalikan 100% seperti dulu, tapi aku biarkan kepercayaan itu ada demi anak aku dan perkahwinan ini.

Semoga Tuhan merahm4ti perkahwinan ini dan semoga aku terhindar dari perasaan untuk membalas dend4m atas semua yang telah suami lakukan kepada aku.

Setiap hari suara-suara dari dalam asyik mempeng4ruhi aku untuk membalas dend4m, namun cepat2 aku ingatkan kembali status aku sebagai isteri dan ibu kepada anak lelaki di mana perlakuan itu sangat la against the norm.

Kepada suami, I’ve suffered this a lot inside alone and I healed myself because of I choose to heal it demi sayangnya saya pada awak dan anak.

Semoga peluang kedua ini tak disiakan kerana saya takut sekiranya suatu hari nanti saya tak mampu nak pandang awak dengan rasa cinta sebagaiman saya selalu pandang awak dulu dengan penuh rasa sayang dan cinta yang mendalam sebagai ketua keluarga dan pelindung saya dan anak.

Sekian…

Perkongsian dari wanita ini mendapat perhatian netizen. Seorang wanita turut menghantar satu confession khas untuk Hana pengalaman pahit yang sama dengan kisah Hana. Jom kita baca perkongsian dan pengalaman wanita ini.

Assalammualaikum buat Hana dan rakan pembaca IIUM Confessions..

Ujian dikhianati bukan mudah untuk dihadapi. Saya sendiri pernah rasa perit. Sayu saya membaca apa yang Hana luahkan. Sungguh saya simpati. Saya mendoakan Hana kuat dan terus kuat untuk melalui hari mendatang.

Saya telah mendirikan rumah tangga selama 17 tahun. Saya telah melalui apa yang Hana lalui. Saya juga pernah menjadi ‘penyiasat persendirian’.

Jujurnya tak ada faedah menjadi penyiasat persendirian tak berbayar tu.. Hanya menambah luk4 dihati. Cukuplah skitkan diri sendiri.

Sepanjang konflik kami suami isteri, macam-macami usaha yang saya lakukan. Semuanya menemui jalan buntu. Hingga saya rasa cukup putus asa.

Saya benci apa yang saya lalui. Saya rasa rendah diri. Saya menyesal memilih suami yang tak berkualiti.

Namun, suatu hari Allah bantu saya. Allah beri saya kekuatan dan hidayah. Saya sendiri tak tahu bagaimana dan bilanya saat saya kuat dan cekal hingga hari ini.

Hari ini, saat ini saya cukup bahagia dengan hidup saya sendiri. Saya sangat-sangat bersyukur. Akhirnya saya boleh bangkit.

Berbaliklah kepada ALLAH. Allah tu baik. Allah la sebaik-baiknya tempat pergantungan buat kita. Allah tak akan biarkan hambanya dizalimi dan dikhianati berterusan.

Allah hanya menguji dan apa yang berlaku ada hikmahnya. Cukuplah menyalahkan sesiapa. Suami jugak makhluk Allah yang datang untuk menguji kita.

Hingga saat ni sudah 7 tahun saya tak pernah lagi sibuk-sibuk nak buka telefon suami. Saya dan tak peduli apa yang dia sorokkan daripada saya. Saya letakkan ALLAH nombor satu dalam hidup saya. Saya betul-betul serahkan hidup saya pada Allah.

Saya mohon Allah aturkan hidup saya sebaiknya. Saya sudah berhenti berdoa untuk mengajar Allah untuk ikut apa yang saya kehendaki. Saya yakin dengan percaturan Allah.

Ada masa, memang terasa nak bersangka buruk kerana kepercayaan buat suami dah tak ada. Terasa nak buka handphone suami. Nak cek itu, nak cek ini..

Tapi saya cakap kat diri saya, nak ke skit lagi. Nak ke menangis lagi sampai kena jumpa doktor.Nak ke jadi perempuan lemah Cukuplah… sayang diri sendiri. Allah tu ada. Allah tu tak tidur.

Yakinlah, tak akan senang hidup suami yang menipu isteri. Saya sendiri nampak apa yang suami lalui. Hidupnya tak mudah. Banyak masalah hingga hari ini.

Saya tak mendoakan buruk-buruk buat suami. Moga Allah beri petunjuk dan hidayah buat suami.

Saya serahkan bulat-bulat urusan saya suami isteri pada Allah. Moga Allah bantu dan sayang kami dengan rahmatNya.

Hidup saya memang Allah mudahkan segalanya. Baik dari segi kerjaya, kesihatan, anak-anak, adik- beradik, rakan sejawat, jiran dan saudara mara.

Sekeliling saya semuanya baik-baik. Seolah-olah mereka semua hadir untuk membahagiakan saya. Saya selalu bernasib baik.

Allah beri ujian dapat suami sebegitu. Tapi Allah gantikan saya dengan kegembiraan yang lain. Sungguh saya bersyukur.

Bila hati tengah rapuh, cepat-cepatlah bersujud. Solat dan doa banyak-banyak. Letakkan Allah tu nombor satu dalam hidup kita.

Kita tak boleh kawal apa orang nak fikir dan nak buat pada kita tapi kita boleh ubah cara kita berfikir.

Minta Allah bantu dan lindungi kita daripada orang menzalimi dan mempergunakan kita. Minta Allah mudahkan urusan kita.

Kita tak perlu nak serabut fikir kalau kita tak cek handphone suami, nanti suami asyik tipu kita or kawin lain. Tu semua kerja Allah.

Rezeki, jodoh, ajal dan m4ut urusan Allah. Sikit pun kita tak boleh nak halang kalau itu ketentuan Allah. Senjata kita doa dan doa. Jangan kita cuba balas pengkhiatan yang dilakukan.

Suami saya banyak sudah berubah. Saya nampak dia sudah banyak bertolenrasi dan mengutamakan saya dalam banyak hal.

Tika ini, suami yang lebih terhegeh-hegeh mahukan saya dalam hubungan kami. Saya tetap dengan cara saya. Dia bukan lagi priority saya untuk saya kecapi kebahagiaan.

Antara petua yang saya amalkan selain doa dan solat malam ialah dengan kaedah membasuh beras..hee. Basuh beras 3x arah lawan jam.

Bilasan pertama baca surah al- Fatihah, part ‘mustaqim’ tu niat la apa yang kita nak. Bilasan kedua baca, baca surah al- Insyirah, niat minta Allah mudahkan urusan hidup kita.

Bilasan ketiga baca Ya Aziz, Ya Jabbar, ya Mutakabbir.. minta Allah lembutkan hati suami.

Amalkan jugak solat malam. Solat malam ni penyeri wajah. Wajah berseri-seri. Orang senang dengan kita. Inshaa Allah, suami akan diberi hidayah untuk setia sayang isteri yang sah.

Moga Hana sudi ikut tips ni. Jangan sedih-sedih. Jangan hukum diri sendiri. Berbalik pada Allah. Sesungguhnya Allah yang memegang hati manusia dan membolak-balikkannya. Tawakal pada Allah.

Anggap ujian ini, untuk Allah panggil Hana dekat kepadaNya. Hana akan tenang bila Allah selalu dihati.

Salam Sayang buat Hana dan rakan yang duji.

Ini antara respon warga net.

Musfirah : Kenapa korbankan mntal health sendiri bila yang bersalah tu orang lain? Healthy mntal state sangat penting untuk manusia.

Kalau partner choose to cheat, just let the person go if you can’t remain the same. Kenapa stay and suffer mntally padahal pihak sana bergembira dengan skandal lain? Anda ingat bila anda suffer macam tu suami akan kesian dan menyesal?

Tu semua lakonan Sebab dia tak nak lah dilihat sebagai bad person je. Tapi the nature yang suka flirting or makan luar tu masih ade.

Sara : Syg kan suami jangan trlalu syg Sgt smpai kita letak kepercayaan 100% dgn suami biarpun nampak dia baik perfect skali pun.. Kita kena letak at least 10% tak percaya dkt suami.. And kita tak boleh nak expect lebih dgn org..

Tak kira lah dgn siapa2.. Sbb expectation tu lah yg akan buat kita jadi down sbb kita expect dia mcm tu mcm ni tp lain pula yg jadi. So just let it be and let it simple.. Syg berpada2..

Suami hanya pinjaman sahaja.. Skit tu mmg skit tp kita kena pikir tu juga mntal kita hati kita.. Be positive.. Buat prkara yg buat kita happy luang kan masa dgn anak..

Beli brg yg puaskan hati kita. Lgpun puan pun kerja bagus bnyk income so tak perlu risau Sgt pasal suami tu.. Risau psl diri kita suda lah. Kita bahagiakan diri kita jgn expect lebih dgn org lain terutama husband sbb tu ramai yg kecewa skit berlebihan.sekian

Alya : Hana, nasib kita hampir sama.. saya pun masih dalam healing process (walaupun dh bertahun), tapi sejak beberapa minggu lepas saya rasa much better.. byk stage2 dan cycle2 yg saya alami.

kejap marah, kejab sayang, kejab benci. tapi sampai saya faham, ni sebenarnya semua pasal diri kita dan perjalanan hidup kita. letak tepi suami dengan skandal2nya.

fokus pada diri kita. kita dgn Allah. Tapi tu la, cakap senang, tp nk capai benda ni susah. mmg kene doa sungguh2 dgn Allah, biar Allah yg uruskan hati kita. awk cuba identify motivator mana yg sesuai dgn awak..

cth mcm sy suka abu hurairah asifa, ustazah asma harun, firdaus mokhtar.. cuba follow.. cari yg sesuai dgn awk.. yg blh buat awk tenang. yg penting DOA

Nazya : Ak pernah lalui…bukan pasal ayah…tp pasal suami…da lama ak tau…dr sbelum dpt ank smpai da dpt ank…btol org kata…xde apa yg bole ubh seseorg kecuali diri dia sndri…even ank pn xmampu buat dia berubah..

ak jd penyiasat..smua bnda dia buat ak bole detect…ak buat wasap web..hack emel fb dia bagai..dia cur4ng guna fb fake..tp bila ak pilih untuk tidak bergaduh…ak jd pendam dn dend4m…

ak smpai ikat tgn ak bile suami ak tido sebelah ak sbb ak nk amek pis4u nk tikam dia…n mmg ak pernah nk tikam dia tp sipi2 kena tilam…bila ank ak panggil ak mcm tersedar cpt2 ak buang pis4u..

n paling ak bersyukur akhirnya ak bercer4i walaupn bkn dgn cara baik…kami wrestling…hahah…tp ak tenang skg…hampir setahun berlalu..ak seronok jalani hidup ak skarang dgn ank ak…