Foto sekadar hiasan. Asalamualaikum admin dan warga krt, mohon admin siarkan dan hide kan profil saya… semasa saya berumur 24 tahun, saya jenis yang ramah dan suka bergaul, saya juga akan berusaha sehabis mungkin untuk mendapatkan apa yang saya mahu..saya juga serius cantik, putih gebu, tinggi ala2 model, dan ramai lelaki yang ingin mendekati saya, dengan berbekalkan degre yang saya ada,,
saya ditawarkan bekerja sebagai pegawai kerajaan, Alhamdulillah juga, bisnes restoran saya semakin maju, saya mampu mengupah beberapa orang pekerja untuk membantu saya kerana saya juga sibuk bekerja,,
Kisah bermula apabila saya bercuti kerja selama sebulan, saya mengabiskan masa yang ada untuk restoran saya, saya melayan pelangan saya, beramah mesra dengan mereka,,
ada sepasang keluarga yang menjadi pelangan tetap saya, setiap malam seminggu mesti mereka datang ke sini, saya suka tengok pas4ngan bahagia ini, suami,
isteri dan seorang anak mereka yang sangat comel dan isterinya tunggu hari untuk melahirkan anak..
Saya bawa mereka berbual2, rupanya suaminya dari negeri borneo, isterinya pula dari selatan, setiap kali mereka dtg, setiap kali kami berbual, lama2 kami seperti sahabat,
masa birthday saya, mereka turut hadir kerana saya menjemput mereka.. semakin hari, hubungan kami semakin rapat,
saya sering kerumah mereka dan mereka juga sering bertemu dan melepak dengan saya….
Ya saya tahu, saya dah mula jatuh cinta pada suami dia, sebab saya tengok suaminya sangat bertangungjawab, selalu hadiahkan isteri, pegang tangan isteri,
tolong isteri buat kerja, jaga anak.. yang pasti lelaki ini cukup sempurna di mata saya, saya mula mengoda dia, tapi dia menolak saya..
saya lebih banyak kelebihan dari isteri dia, isteri dia tua dari saya, bertudung labuh macam nenek nenek, suri rumah pula.
Sedangkan saya, seribu kali lebih baik, saya bekerjaya, saya ada kereta,ada rumah dan penampilan saya sgt menarik…
Saya minta maaf kat suami dia, saya bg tahu pdnya yang saya tidak mengodanya lagi, tapi dengan satu syarat kami mesti bersahabat macam biasa..
namun dalam hati saya bertekad, saya tetap akan dapatkan dia dengan cara apa sekalipun.. dalam diam Saya mula mendekati lebih mendalam pada isterinya,
saya nak tahu apa yang suaminya suka, apa yang dia tak suka, perkara wajib bagi saya adalah berjumpa mereka.. saya juga menawarkan isterinya bekerja dengan saya.
Saya bagi gaji yang cukup besar.. tapi suaminya tidak setuju isterinya bekerja..Walau apa cara sekali pun suaminya tetap setia dengan isterinya,
saya sangup jadi isteri kedua, tp suaminya langsung tidak berminat pada saya, sampai satu tahap saya jumpa bomoh..
saya nak bomoh tu buat sampai dia bersjud ke pangkuan saya, bila mereka datang ke sini, saya yang layan, air yang mereka order saya yang buat..
dalam air suaminya, saya meletakkan drah haid saya yang telah dibuat oleh bomoh..
Alhamdulillah Lama kelamaan, suaminya mula terkejar2 saya, terbaik lah bomoh yang saya jumpa ni, sekarang dia mula2 mendekati saya,
semakin mereka dtg k3sini, semakin saya letakkan drah haid saya ke dalam minumannya.. akhirnya di sujud di kaki saya,
dia sendiri dtg bertemu saya, pluk c1um saya, katanya dia tak boleh lupakan saya, sayang saya sangat2..
saya beritahu kepada dia, kalau sayang saya, kawinlah dengan saya, saya terima jika menjadi isteri kedua…
namun isterinya menolak, isterinya memaki hamun saya, katanya saya perosak rumah tangga, perampas dan perempuan murahan.
Saya tak rampas laki dia, saya cuma nak menumpang kasih, isterinya malukn saya, aibkan saya..
akhirnya saya suruh dia memilih, saya atau iserinya.. Alhamdulillah dia memilih saya…
Selepas saja siap urus k3s c3rai mereka, kami terus kawin, masa tu dia tak cukup duit, demi sayang dan cinta pada dia, saya keluarha duit untuk berkahwin..
akhirnya dia jadi hak milik saya, selepas kami kawin, perempuan tu melahirkan anak, dia suruh suami melawat, tp saya menghalang suami dan suami menurut semua kata saya..
Dan akhirnya saya mengandung, Alhamdulilah, tapi kebahagiaan kami hanya sementara, suami saya di sah kan skit kenser tahap 4.
Saya buntu tak tahu nak buat apa, dokor cakap nyawa suami hanya tingal 1 tahun, kenapa Allah beri ujian ini. Saya tak nak kehil4ngan suami saya, dia hak milik saya..
selama suami skit, saya stop beri dia makan drah haid saya, tapi kalau saya berhentikan, suami saya akan tercari cari isterinya..
jadi saya terpaksa berikan.. perempuan tu ada dtg melawat. Tp saya tak beri dia jumpa suami saya..
dan saya terpaksa beri uabat tu pada suami walaupun dia skit.. saya tak mahu cinta pada saya beralih arah..
saya sayngkan keluarga saya, dan saya bakal melahirkan anak. Saya minta jasa baik 1 juta followers krt untuk Doakan kami.. doakan agar suami saya cepat sembuh.. terima kasih..
KISAH KE 2. Masa Kenduri Tiba² Saya Dilempang, Di Tuduh Buat Nasi Kangkang Hingga Suami Lupa Isteri. Rupa²nya….
Assalamualaikum admin. Tolong hide kan fb saya ye… Terima kasih. Saya Nurul, berusia 30 tahun dan berkerja dalam bidang kewangan.
Suami pula 36. Saya terpanggil meluahkan pengalaman saya setelah terbaca luahan isteri kedua yang bernikah di thailand di page KRT yang mahu berjumpa isteri pertama.
Kisah yang hampir sama seperti pengalaman saya. Ia agak panjang, tapi saya harap pengalaman saya, bisa dijadikan iktibar.
Jun ini, genap 10 tahun usia perkahwinan saya. Punyai sepasang cahaya mata kembar berusia 5 tahun. Segalanya ok sahaja dalam perkahwinan saya sehinggalah hujung tahun 2015 yang lalu.
Saya mula perasan suami saya tak boleh berpisah dengan phone. Sampai masuk jamban pun bawa phone.
Pernah saya terjaga jam 3 pagi, Suami sedang bersembang dalam phone di balkoni.
Saya tanya, alasan dia hal kerja. Naluri isteri, saya merasakan suami ada wanita lain. Phone pun pakai password dah. Hujung minggu, keluar pagi, tengah malam baru balik.
Saya tanya, alasan kerja. Dengan saya semakin dingin, tapi dengan anak-anak, dia tetap tak berubah.
3 bulan lebih saya telan rasa, akhirnya saya luahkan pada MIL saya. Oh ya, saya ni tak punya ibu.
Arw4h meningg4l sewaktu saya di tingkatan 4. Bapa pula duduk dengan abang saya di sabah, jadi saya memang rapat dengan MIL.
Lagi pun, abang suami masih belum berkahwin. (suami cuma 2 beradik lelaki)
MIL saya dengar luahan saya dan kata-kata MIL saya buat saya tersentak. Katanya, sebelum saya bertanya pada suami, saya renung diri saya dulu sebab dia kenal anak dia macam mana.
Saya tak marahkan MIL sebab saya faham maksud tersirat MIL.Ya, saya akui waktu tu. Semenjak punya anak, masa saya cukup terhad.
Dengan kerja, dengan urus anak, kadang-kadang memang selekeh lepas balik kerja.
Badan pun makin bulat. Makanan suami pun saya tapau dari kedai time balik kerja. Hari sabtu dan minggu pun saya beli.
Baju-baju kerja suami, dia sendiri iron. Layanan batin lagi ler, sekadar melepas batuk di tangga.
Saya tak nak hil4ng suami saya kerana ksilapan saya. Saya pasang niat, sebelum terlambat, saya nak pikat suami balik.
Saya daftarkan diri di sebuah pusat kecantikan dalam diam. Berkorban masa dan tenaga untuk kembali cantik kan badan.
Letih macam mana pun, saya tetap masak untuk breakfast dan makan malam suami.
Mula-mula suami agak pelik, tapi tak kata apa-apa, cuma raut wajahnya cukup ceria bila menjamah hidangan saya.
Selain kecantikan luaran, saya amalkan jamu-jamu untuk kecantikan dalaman. MIL banyak membantu.
Carikan saya bidan kampung untuk mengurut. 4 bulan saya berusaha di samping berdoa, saya mula nampak hasil.
Badan kembali langsing seperti awal perkahwinan. Saya dah tak mudah letih biarpun tak cukup rehat, mungkin kerana amalan jamu dan pantang yang saya belajar dari bidan.
Suami pun dah tak rajin keluar. Out station sebulan dua kali dengan alasan kerja pun dah tak ada.
Saya syukur sangat-sangat sebab kebahagiaan tu kembali. Waktu tu suami asyik nak berkepit je.
Awal Januari lepas, saya buat kenduri kecil sempena birthday suami. Dan tika itulah, tiba-tiba saya diser4ng seorang wanita.
Dia tampar saya dan tolak saya sehingga hampir jatuh ke kolam sebab saya memang tak bersedia langsung.
Air mata saya menitis laju sewaktu mendengar makiannya bahawa saya buat nasi kangkang pada suami sehingga suami lupa ada isteri ke 2.
Tubuh saya lesu, nak berdiri pun tak boleh waktu tu. Dan dalam kekecohan tersebut, MIL saya melempang muka perempuan yang carutkan saya tu.
Suami saya terus lafaz crai talak 3 waktu tu juga pada perempuan tersebut.
Seminggu lebih saya berkurung dalam bilik.
Anak-anak pun saya tak peduli. Semua MIL dengan pembantu rumah uruskan. Malu teramat bila ingat ada rakan-rakan sekerja saya melihat semua yang terjadi.
Suami dan MIL berusaha memujuk dan akhirnya saya mendengar juga cerita suami sebab tak tahan tengok MIL menangis.
Rupa-rupanya suami telah bernikah dengan wanita tersebut pada pertengahan mac 2016 di sempadan thai Hncur lebur hati saya.
Sangka saya waktu itu, dia sekadar punya teman wanita rupanya saya telah dimadukan.
Namun suami merayu meminta ampun dan maaf. Dia mengaku langsung tak cintakan bekas madu saya. Sudah berbulan dia tak jumpa wanita itu.
Saya mendiamkan diri waktu MIL saya memarahi anaknya. Pernah terfikir untuk bercer4i waktu itu, namun kerana ksungguhan suami merayu,
juga kasih sayang MIL, saya akur untuk teruskan. Lagipun, suami dah cer4ikan wanita tersebut.
Kini, segalanya dah selesai. Saya kembali membuka lembaran baru biarpun ada parut yang dalam di hati.
Wanita itu tak dapat tuntut apa-apa sebab pernikahan tersebut tak didaftarkan di Malaysia.
Saya tahu, segalanya bermula dengan ksilapan saya, yang tak menjaga penampilan diri, juga menjaga suami dengan sepatutnya.
Lelaki terkadang ibarat anak kecil, mahukan belaian dan kemanjaan. Penat bagaimana pun, sebagai isteri mesti menjaga makan pakai suami.
Dan buat wanita bergelar isteri ke 2, yang bercadang nak jumpa isteri pertama tu, fikir banyak-banyak kali.
Sebab kalau si suami dah mengaku tak sayang, untuk apa memalukn diri. Isteri pertama lebih berhak dari segala hal..
Wassalam…