Foto sekadar hiasan.Salam min, mohon share la kisah aku ni. Aku seorang isteri yang smbong, eg0, baaran dan kaki maaki hamun tetapi jauh dalam hati aku, aku seorang isteri yang takut kehiilangan suami dan perkahwinan ini. Al-kisah aku, dah hampir 2bulan aku masih tidak berbaik dengan laki aku. Kisahnye suami aku mengaku die ade pinjam al0ng. Bukan satu tp 5 along, 2 along adalah berlesen, 3 along adelah tepi jalan .
Mase ni, aku rase dunia aku gelap. Sbb aku xsuke berhutang tp tup tup laki aku.. ? Alhamdulillah, 3 along tepi jalan sudah settle, nasib baik amount laki aku pinjam xbesar, tinggal lg 2 along pinjaman berlesen.
Lepas sebulan, aku angkat pinjaman untuk settle satu along berlesen total jumlah 20k. Tinggal satu lg along berlesen yg belum settle total Rm7k balance terkini..
Mesti KRT cakap aku bodoh sbb tolong laki aku kan,? Sbb tolong angkat loan.. tp kalau aku xbantu laki aku, siape yg akan tolong??
Sebelum aku buat keputusan utk tolong, aku mohon Allah tunjuk jalan yg terbaik, dan akhirnye loan aku lulus walupon gaji aku xbesar mane.
Dah 2bulan, aku mula control gaji laki aku, gaji laki aku boleh dikatakan besar, 5k+ sebulan kalau ot masuk.
Tp aku dah separate rm2500 untk bayar along setiap bulan, & balance aku akan bayar ape yg patut..
lupe nak cakap, laki aku ni pon byk hutg bank & card credit, blance gaji die tu aku bayar hutang2 die la termasuk ansuran loan yg aku buat tu.
Buat sementare waktu, perbelanjaan yg lain aku tanggung, duit makan minum laki aku, aku xbagi, kalau die nak die akan pergi buat grab car.
Alhamdulillah rezeki laki aku mmg murah, dpt duit mkn, balance hasil grab car aku simpan untuk kecemasan akan dtg.
Aku ni boleh dikatekan pandai saving duit sbb tu jodoh aku laki aku sekarang. (Fikir positif jela)
Dan untuk warge KRT, ini kali ke-2, kami gduh besar pasal along, tp silap aku yg dulu sbb aku xcontrol gaji die & percayekan die boleh handle settlekan along tp xtahu pulak maakin melarat pinjaman along die dalam mase setahun dari 1 along sampai 5 along.
( laki aku mmg xpandai urus pasal duit tp die ego, takut maruah jantan die tercalar sbb tu aku xmasuk campur yg dulu tp skrg kalau die xbagi aku urus, boleh jamin bercer4ilah kami)
Alhamdulillah, keluarge aku xmasuk campur dan memberi nasihat utk cari jln penyelesaian tp pasal loan itu, famili aku xtahu..
Sekarang ni, hati aku terlalu keras nak maafkan laki aku, aku dah tak boleh panggil die abg, selalu m4ki hamun, aku tak bg die sentuh aku, tapi mkn minum & pakaian die masih aku jaga.
Setiap kali die cakap, aku akan buat xthu je & kalu aku balas pon mesti dengan m4ki hamun.
Aku xnak jadi seorang isteri yang derhaka walaupun hakikat aku tahu skrg aku pon berdose dengan laki aku, tp aku masih xboleh nak maafkan laki aku.
Aku xboleh nak pujuk hati aku utk maafkan laki aku lg, adekah aku ego?Aku mohon warga KRT doakan aku berjaya bimbing laki aku semula ,
berjaya bebas dari along & hutang, dan doakan kami murah rezeki utk selesaikan hutang2 supaya hidup lebih berkat dan hidup dlm rezeki yg halal. Tq min share citer aku. Maaflah kalu kisah aku pjg lebar..
KISAH KE 2. Sebelum kahwin suami ada busines dan harta yg aku rasa agak kukuh ketika itu. Lepas busines suami bankrup dia dah bertukar kerjaya dari businesman kepada pemandu uber tapi pendapatan tak tetap dan tak banyak. Asyik mengharapkan gaji aku je. Akhirnya aku tekad nak…
Assalammualaikum. Lately ni selalu sangat lalu lalang dekat wall aku pasal tanggung biawak hidup.
Aku pun tak pasti adakah itu satu petunjuk untuk aku move on atau apa. Yang pasti memang sekarang ni aku tengah tanggung biawak hidup yang tengah sesedap rasa tengok youtube dari pagi sampai ke malam. Haha.
Okaylah aku mulakan dengan pengenalan diri aku. Aku dah berkahwin selama 12 tahun, 9 bulan 9 hari dan dikurniakan 3 orang anak yang soleh solehah InshaaALLAH.
Aku berkahwin atas pilihan sendiri walaupun ada banyak pilihan lain minta dipilih tapi aku pilih dia demi ksungguhan dia tapi aku masih sempat mintak izin seseorang untuk berkahwin. Hahaha.
Suami aku tidak berpelajaran tinggi kira beza dengan aku punya level pendidikan 2 tangga ke belakang. Dimana dia hanya Sijil holder and aku Degree holder.
Pada awalnya mak abah aku agak tak setuju untuk aku berkahwin sebab aku masih ada satu semester setengah untuk dihabiskan.
Tapi memandangkan demi memenuhi hasrat ibunda suami aku untuk melihat kami berkahwin kerana beliau sedang menghidap skit yang agak kr0nik, maka mak abah aku pun setuju.
Suami aku ketika itu menguruskan perniagaan bapanya yang aku kira agak terjamin (di ketika itu) demi kelangsungan hidup kami nanti.
Selepas 5 hari kami berkahwin, ibunda tersayang pergi menghadap ilahi maka tinggallah kami meneruskan hidup tanpa ibunda tetapi bersama ibunda tiri dan adik beradik (lain ibu) serta ayahanda (berlainan rumah tapi satu taman).
Suami aku anak tunggal ibunda maka semua harta ibunda jatuh kepada suami secara total kerana Ayahanda punya harta lain yang banyak dan tiada keinginan untuk mengambil haknya.
Selepas 6 tahun berkahwin dan kami punya anak yang ketiga, perniagaan bapa suami merudum dek kerana bertukar kerajaan ketika itu dan semua kontrak-kontrak sudah tidak dapat diteruskan seperti biasa.
Maka suami aku jugak mula beralih arah ke cabang pekerjaan yang lain iaitu membawa Uber (hujung tahun 2015). Bermulalah episod bibit Biawak Hidup disini.
Okay bila start bawak Uber, dia punya masa ikut suka hati dialah kan. Sebab dia lah boss dia lah kuli.
So bila dah pkul 4 petang baru bangun n start bawak Uber pkul 5 petang, lepas tu pkul 12 malam baru habis keja. Macam tu lah setiap hari.
Dia memang jenis tak reti bangun pagi langsung and malam pun dah pkul 4 baru tido so celah mana pulak nak bangun pagi2 kan. (Since kahwin pun dia punya putaran masa tidur memang begitu).
Cuma waktu kerja dengan Ayahanda dia, sempatlah aku kejut setiap hari untuk ingatkan pergi kerja.
Sering aku menjeruk rasa bila dia ada masalah displin macam ni, sebab Ayahanda selalu melepaskan marahnya pada aku.
Aku stress wei.Thats y bila dia bawak Uber, aku dah malas nak bising demi nak jaga hati aku sendiri. Huhu.
K3s ni berlarutan la sampai ke tahun 2020. Gduh berapa banyak kali pun aku dah tak kira, end up aku dah penat nak gduh.
Aku buat semua kerja rumah dari start kahwin sampai berbelas tahun ni. Aku yang uruskan anak-anak, aku yang jadi cikgu diaorang, supir diorang. Semua aku…
Bila aku mula berkira and pertikaikan, dia fed up dengan aku and cari perempuan lain yang boleh faham dia. Faham lah sangat kan.
Waktu kantoi dia ada perempuan lain tu, aku tak tau kenapa aku sayang gila kat dia lagi.
Jadi aku biarkan dia berasmara dana sampai dia bosan, lepas 5 bulan dengan perempuan tu, dia clash, and back to normal suami and daddy. And kitorang teruskan hidup macam biasa.
Dan start dari k3s tu, aku dah tak pandai nak melawan. Tinggi suara. N taat memang macam bidadari kiriman syurga.
Sampai susu anak pun aku tak mampu nak suruh dia buatkan. Sebab aku takut dia cari perempuan lain lagi. Bodoh gilaa aku rasa.
Cut the story short. Gaji aku maakin lama mkin naik dari 2k sekarang dah jadi 5k. Alhamdulillah. Tapi bila gaji m4kin naik rupanya beban aku m4kin besar.
Suami aku dah takde ksungguhan nak kerja langsung. Bulan2 dia akn habiskan duit gaji aku untuk tanggung semua keperluan keluarga, dan balance tgh bulan nak makan, baru dia akn pulun cari duit around 100/day. Itu je.
Aku ni, aku tak tau mana aku dapat kekuatan untuk teruskan hidup macam tu. Sampailahh PKP. Suami aku dah mula tak kerja dari march sampai sekarang Nov’20. Aku pulak kena work from home.
Waktu awal2 PKP tu, lagi lah sengsara. Nak kena ajar anak2 aku buat homework. Pastu waktu lunch kelam kabut masak. Kadang2 tak sempat nak makan dah kena masuk kerja balik.
Pastu urus house chores jugak. Time tu memang aku depress sangat. Rasa nak nangis semua ada. Tapi aku tahan. Sebab aku sorang je yang faham perasaan aku ketika itu.
Suami aku? Duduk rumah, goyang kaki, baring, layan netflix, tengok youtube sampai dia tido balik. Macam tu la hari2. Ko rasa
Ohh. Mesti ada yang tertanya. Bagaimana kami survive with one sided income. Alhamdulillah. Maha suci Allah.
Allah la maha pemberi. Aku diberikan 1 month bonus. So income aku memang banyak. Dengan wfh je kan. Takde expenses yang incurred sangat.
So duit tulah aku survived tanggung kelaurga. Renovate rumah sikit. Ohh. Duit suami pun ada jugak. Disebabkan dia dari keluarga yang have have. Maka dia ada sebijik rumah yang disewakan.
So dengan moratorium yang gov bagi, duit 900 sebulan sewa rumah tu la dia gunakan untuk tanggung keluarga jugak. Itu pun kena tunggu duit aku habis dulu, baru guna duit dia k. Huhu.
Ohh duit epf pun dia keluarkan. Tapi tak bagi guna. Dia nak simpan beranak dalam akaun. Kuangjaqq sangat kann Hahahahaha.
Habis PKP jadi PKPB lepas tu PKP ape tah aku tak ingat. Lebih kurang 102 days after the real MCO tu (june), aku follow family aku pergi rumah kakak aku. Without husband.
Nasib baik dia bagi. Dia ni jenis tak suka bercampur dengan in laws or even family ‘tiri’ dia pun lah. Jenis suka duduk rumah je. Nak balik rumah mak aku 2 minggu sekali pun jenuh bermasam muka. Huhu.
Okok back to business, bila aku dengan semua adik beradik n mak aku, tiba-tiba terbuka cerita. Jenis aku selalu tak cerita. Jenis cover baik punya demi nama suami.
Bidadari kiriman tuhan kan. Hahaha. Tah kenapa hari tu, aku cerita. Dan bermulalah turning point aku di ketika itu.
Aku macam kena tampo.Penampo besar hinggap kat muka aku… Rupanya ape yang hidup aku lalui selama ni salah dan tak betul.
Rupanya duit aku adalah duit aku. Bukan milik sesiapa. Rupanya suami wajib tanggung semuanya termasuk makan minum, pakaian, perbelanjaan keluarga. Bukan aku yang perlu bersusah payah.
Allahuuu. Aku tak tau atau aku tak sedar. Huhuhu. Dannn hati yang tawar selama ni jadi maakin payau. Aku dah tak ikhlas. Aku dah tak kuasa.
Bermulalah kehidupan kami yang hambar. Tapi dia tak perasan. Bermulalah hidup aku di bawah dia di atas. Aku mula pindah home office aku dari dalam bilik, ke ruang bawah.
Aku tak mampu untuk selalu bertembung. Aku kira beberapa ptah je sehari yang kami tuturkan. Bagi dia itu hanya biasa sebab dia lebih tumpukan pada game, youtube. Itu sahaja.
Anak2 memang tak pernah rapat dengan dia. So keadaaan itu tak jadi issue langsung sebab aku ada. Aku yang uruskan mereka.
Akhirnya after few months of planning, aku nekad untuk akhiri pernikahan ini tanpa pengetahuan dia. Aku mula berbicara dengan lawyer.
Aku akan mula kan setiap langkah perpisahan ini dengan berhati-hati dan hujung december ni aku nekad untuk keluar.
Aku dah mula cari rumah sewa. Aku akn bawa semua anak-anak untuk mulakan hidup baru nanti.
Kenapa tanpa pengetahuan dia Sebab aku lebih pentingkan kstabilan emosi aku dari menjadi bidadari kiriman syurga lagi.
Bila issue mula berbangkit, aku pasti akan ada ketidak tenteraman hidup aku selepas itu.
Bergduh dan merayu akan jadi tajuk utama hidup aku selepas itu. Aku tak mahu sebab aku perlu bekerja demi meneruskan hidup ini. Kstabilan emosi aku sangat penting dalam menangani krisis ini.
Jadi, aku perlu keluar dari rumah ini tanpa pengetahuan dia. Dan kita jumpa sahaja di mahkamah ye buat suami yang bergelar biawak hidup.
Korang semua tolong doakan semuanya akan baik-baik sahaja ye. Semoga hidup aku selepas ini akan terus dipermudahkan oleh allah. Inshaaallah Aamiin.
P/S: Ohh seseorang yang aku minta izin untuk berkahwin tu masih single gais, masih menanti after 15 years kot. Doakan yang baik2 ye semua. Thank you.