Foto sekadar hiasan. Assalam dan selamat sejahtera kepada semua pembaca. Aku tersempak dengan platform ini dengan tidak sengaja dan menjadi peminat dan gemar membaca cerita-cerita yang di kongsi di dalam platform ini. Banyak pengajaran yang aku boleh ambil dari cerita-cerita di kongsi. Aku mahu kongsi sebuah cerita aku dan juga mahu dapatkan pandangan terhadap pengalaman aku ini.
Aku telah berumahtangga hampir enam tahun. Alhamdulillah Suami aku seorang yang rajin dan bertanggungjawab.
Nafkah di beri dengan cukup, duit belanja dapur diberi dengan cukup. Pembayaran elektrik dan air juga dia tanggung.
Cuma kadang-kadang ada yang tidak mencukupi aku tambah. Aku juga, ada pendapatan sebagai dropshipper. Aku menjual pakaian mus limah melalului online.
Satu sahaja yang kita belum memiliki, ialah rezeki zuriat. Sudah banyak cara kita cuba dan usaha kita belum dapat rezeki.
Sekarang pembaca telah sedikit mengenal kehidupan aku dan suami. Memang kita jarang ada masalah.
Aku mahu menceritakan tentang tabiat atau minat suami aku yang pelik. Pembaca pernah dengar satu minat yang di namakan ABDL? Atau Adult Baby Diaper Lover.
Tabiat atau minat ini adalah seseorang individu yang minat memakai lampin dan di anggap sebagai seorang bayi atau anak yang berumur 2 tahun ke atas.
Suami aku minat memakai lampin dewasa dan mahu aku bayikan dia.
Sebelum kita nikah, suami aku pernah bercerita tentang minat ini dan aku tidak memberi perhatian yang sepenuhnya.
Bila kita sudah bernikah, suamiku mula menunjukkan minat dia yang ini kepada aku.
Pada mulanya aku merasa pelik dan tidak mahu mengtunaikan kehendakan dia. Tetapi kelamaan aku layanan kemahuan suamiku.
Pada hari yang tertentu atau hari cuti dia akan suruh aku memakaikan dia lampin dewasa yang tebal. Lalu aku akan siapkan dia susu panas di dalam botol susu.
Selepas aku bagi dia botol susu, aku akan berikan perhatian seperti anak kecil hinggalah dia tertidur atau menonton cartoon atau rancangan yang dia minat.
Nanti bila lampin dia basah, aku akan tukarkan yang baru. Aku juga akan siapkan makanan dan mengsuapkan makanan ke dalam mulut dia.
Kegiatan ini berlalu apabila kita suami isteri dan hanya aku seorang yang tahu minat suami aku ini. Aku pernah bertanya kepada dia, sampai bila dia mahu teruskan minat dia.
Dia beritahu aku, semenjak kecil dia ada minat atau tarikan kepada memakai lampin. Memakai lampin, bagi dia memberikan dia kebahagian.
Kemungkinan bila tiba waktunya, dia akan berhenti dengan minat ini.
Niat Aku menulis ini aku nak tahu, adakah suami yang macam suami aku. Atau suami aku ini memang pelik.
Ini antara reaksi pelik dari netizen.
Hayati.selalu baca ke s camni kat luar negara, tapi betul la tu.. msalah ni tak terhad kpada tempat trtentu, tapi lebih pd mslah psychology.
jumpa pakar la sebaiknya, nanti ada baby dh btambah pampers kena beli
Nad. Pelik sungguh. Suami puan kalau nak menyusu dia merengek tak?
Shery.Memang sebenarnya ini adalah salah satu gangguan emosi, tapi bukan satu penykit ment4l yang berbhaya. Ada saja berlaku di luar negara.
Dia boleh pilih untuk dapatkan rawatan psikologi. Harus diingatkan ini bukan penykit gil4, hanya kecelaruan emosi sahaja. Ada rawatan.
Sama saja satu confession dulu pasal isteri dia yang obsess dengan hujan atau isteri dia yang obsess dengan anime Jepun sampai tahap berpakaian macam anime.
Kalau perasan, menusia yang menghadapi kecelaruan emosi macam ini sukar untuk mendapatkan anak. Mungkin juga disebabkan gangguan horm0n.
Bagi saya adalah lebih baik TT ajak suami untuk dapatkan rawatan.
Bagi yang ketawa mengejek itu, hentikanlah. Dalam hidup ini tidak semua orang sama 100% macam kita sejarah kehidupan dan tahap ksihatan mereka.
Ada yang tahap ksihatan tidak nampak di depan mata, walaupun fizikalnya nampak ok.
Anizah. Bagi saya memang rare..anda isteri terpilih..walaupun begitu..syukurlah.kerana minatnya…jauh lebih baik drp minat suami2 lain yg menyeramkan seperti menonton filem prono…
cuma perlu juga difikirkan utk dirawat utk menghilangkan …Saya doakan semoga Puan dikurniakan zuriat dan suami pun tidak lagi menjadi ABDL.Aamiin Ya Allah Ya Mujib
Lufti. Paraphilic infantilism nama behaviour ni.. it is like one kind of behaviour , a disorder yang involve abnormal sexual desire ..
boleh juga disebut sbgai fetish tertentu.. for example ada org fetish dgn budak which call paedophilia, fetish dgn anggota tertentu, but this fetish utk be like a baby..
it has been clarified dalam DSM-V .. So advise, better refer kepda psychiatry unit for advise and further action..
Ema. Allahu….. Bawa jumpa doktor sis. Nasib sia jenis penyabar ye. Kalau aku kena mcm ni.. Saje2 sihat walafiat nk suruh melayan mcm baby..mmmm mmmmmmm memang aku bagi makn ikut tiub betul2.