Foto sekadar hiasan. Assalam semua pembaca. Aku sekadar sharing rasa apa yang tersimpan dalam hati aku. Kalau ada yang ikhlas nak beri pandangan yang positif dialu-alukn. Nama aku Fiya. Umur dah masuk 30 an dah berkahwin dan punyai seorang anak umur 6 tahun. Masalah yang aku hadapi ini bagi aku besar sangat. masalah ni tak pasti mistik ke atau masalah lain, tapi teruskan baca luahan aku dulu di bawah.
Niat aku bukan nak buka aib kan siapa2 tapi jujur aku cakap aku sendiri tersepit dalam permasalahan ini, dan aku tak henti2 berdoa selama 6 tahun ni moga Allah berikan petunjuk dan hidayah pada aku,tapi makin lama aku rasa makin sedih dengan segala yang terjadi.
Selama 6 tahun aku berkahwin, boleh kira 2 sehingga 3 kali sahaja aku dapat nafkah batin. ya, itu secara jujurnya. mesti ramai tertanya kenapa jadi macam tu, tak berubat ke, masalah apa yang kau hadapi ni fiya sampai macam tu sekali.
Allahu aku ni taip dalam keadaan dah tak boleh bendung perasaan aku sekarang ni tapi In shaa Allah aku akan habiskan confession kisah benar aku ni. Kami berkahwin atas dasar cinta suka sama suka, suami aku penjawat awam dan sekarang aku bekerja.
Cukup la tu intro aku, biar aku teruskan isu aku yang lain.Pada awal perkahwinan, hubungan kami sama sahaja macam pas4ngan suami isteri lain, tapi 5 bulan sebelum kelahiran anak aku macam2 perkara berlaku dan sehingga la umur anak aku 6 tahun sekarang.
Pada kandungan usia 5 bulan, aku kerap bermimpi perkara bukan2 seperti perempuan berambut panjang,kerap pening kepala lepas asar dan perasaan takut tu sentiasa ada.
kemudian, kami berubat di utara. Hasilnya, didapati kononnya ada gangguan. Maka rawatan diteruskan. Bayangkan keadaan aku mengandung ketika itu, oh terlupa aku bagitahu.
Permasalahan ni hanya suami, mak ayah aku dan mak ayah mentua aku sahaja yang tahu selain ustaz2 yang aku akan nyatakan di bawah nanti bersama pakar kaunselor.
Aku akan habiskan kisah aku dalam ni supaya hil4ng separuh rasa sedih aku ni.Mulanya mak abah hanya tahu aku dan suami ada gangguan, selepas 4 tahun baru kami jujur pada mak abah aku yang kami tak pernah bersama lagi selepas kelahiran anak aku,
kalau ada pun hanya 5 minit itupun hanya 2/3 kali dalam tempoh 4 tahun. kenapa jadi macam tu normal ke.. mesti la tak normal hubungan macam tu sebab kami duduk sebumbung.
Mula2 penerimaan mak abah sangat terkejut sebab katanya kami hubungan suami isteri nampak harmoni. Itulah aku cakap dah 6 tahun ni, kami pandai simpan rahsia.
tapi mak abah dan mak abah mentua sentiasa sokong kami sehingga sekarang dan rahsia itu tetap menjadi rahsia kami berenam.
Sambung cerita proses rawatan tadi, keluarlah segala yang tak terfikir dalam akal fikiran kami, rambut yang bergulung2 panjang dan serpihan kaca . katanya orang nak buat suami tapi terkena aku, wallaualam.
suami aku ni kalau tengok dr dasar luar memang sangat baik, rajin serajin manusia, kawan yang disenangi di tempat kerja, jiran2 kami kenal dia sebagai yang peramah tetapi pendiam,
anak yang menyenangkan dan semestinya ayah kpd anak kami yang sgt penyayang. Dalam pantang pun dia jaga kami anak beranak dengan penuh rapi. Jadi, apa yang orang dengki sangat pada dia.
Hanya Allah sahaja Maha Mengetahui. Sabar, akan aku rungkaikan apa terjadi lagi. Dalam proses rawatan,rambut bergulung2 dan kaca tu keluar dari badan aku kerana katanya aku yang terkena gangguan.
Bayangkan aku dalam keadaan mengandung , perut rasa senak sangat, katanya boleh cacat anak jika tak dikeluarkan benda benda itu. wallaualam.
Selepas melahirkan anak, kami dah tak focus dengan gangguan tu, Alhamdullilah dah tak rasa apa sangat gangguan tu, kami fokus dengan kerja dan besarkan anak.
Sempat juga bercuti tapi malangnya percutian tu memang tak ada hubungan int1m kami suami isteri, aku sebagai isteri ok je, tapi pihak suami tak boleh.
Katanya dia tak ada nafsu pada aku. Aku ni nak kata tak ada rupa, rupa memang ada dan masih ada peminat sehingga kini tapi aku masih sayang suami aku, dan aku ingat Allah.
Jadinya, tahun ke tahun begitulah hubungan kami. Duduk sebumbung tapi nafsu suami tak ada. Macam2 cara aku dah buat, cakap la apa sahaja kecuali aku tak pernah mensyirikkan Allah.
aku usaha beli baju s3ksi, beli ubat untuk dia, makan malam romantik, goda dia. semua hambar. Mula2 tahun pertama selepas aku lahirkan anak, aku selalu jugak memberontak dan menangis malam.
aku ada nafsu, aku ada perasaan tapi suami aku kuis aku pun tidak. kami boleh makan bersuap2, bergurau senda, luangkan masa bersama anak tapi kami masih tak boleh bersama dan buat hubungan int1m.
Jujur aku cakap, jiwa aku tersiksa. selalu baca lelaki je jiwa tersiksa ini aku punya situasi bukan 100 hari aku pantang hubungan int1m tapi 4 tahun aku berpantang.
Aku dah goda dia, macam2 dah buat, tak jalan. Mesti ada yang kata dia golongan g4y atau kunyit ke. Tidak wahai pembaca yang aku horm4ti, tidak sama sekali. Aku yakin seyakinnya.
Kami kenal 3 tahun sebelum berkhwin dan aku fahami sangat2 dia bukan golongan itu, dia anak yang sangat baik dengan mak ayah dia. Dan dia dah bersumpah dia bukan golongan sebegitu.
Maka, kami sepakat berubat lagi pada ustaz lain. Tempat yang kami pergi dulu tu pun dah pergi, katanya dah tak ada apa gangguan lagi terhadap kami, jadi pergi ikhtiar ke ustaz lain pula.
Bila emosi aku tak berapa elok, aku akan sedih, dah la layanan dr suami tak dapat, dia dah macam husnozan sangat2 dengan apa yang terjadi, bila aku minta cer4i, tak nak pula.
sebab aku ni betul2 rasa batin aku tersiksa,kemudian, aku diam2 jumpa pakar kaunselor. pakar kaunselor mohon buatkan perjumpaan kami bersama dia.
Suami aku bila dengar aku pergi kaunselor, dia jawab ok sayang. kita cuba kali ni usaha ini pula. Bila kami dah setuju nak jumpa pakar kaunselor, hasil dari tu setelah perjumpaan 4 kali,
kaunselor mengatakan tiada apa masalah bagi pihak kami sebab masa sesi satu per satu, suami aku jelas kata dia sayang aku, dia sedar dia abaikan nafkah batin,
dan dia sendiri tak tahu nak buat macam mana sebab dia tak ada nafsu pada aku dan rumusan dari itu, pakar kata mungkin boleh jumpa pakar s4kit tuan atau pun ikhtiar cara lain.
Aku ni yang geram sebagai isteri, at least kau pihak suami usaha la. Ini asyik aku je yang kena aturkan itu ini, Bila aku menangis mula la otak aku fikir bukan2 tapi lepas tiap kali solat aku selalu doa permudahkn ksul1tan kami, tunjukkan kami kebenarannya.
Dalam erti kata mudah, batin aku sungguh tersiksa. Pernah sekali aku diam2 ke pejabat agama untuk sesi kaunseling sebab ikutkan dalam akad nikah dan taklik ,
dah jatuh talak sebab suami tidak memberi nafkah batin dalam tempoh tertentu.Nafkah zahir tak ada masalah, cukup setakat ini In sha Allah tapi ada k3sannya nanti aku ceritakan.
Suami aku dapat tahu aku ke pejabat agama, marah betul dia tapi dia tak pernah angkat tangan pada aku. Dia pujuk aku katanya dia malu kalau bercer4i, k3sian pada anak,
dan apa perasaan mak ayah. Masalahnya dalam hal ni, aku kalau setahun dua aku ok ini dah 6 tahun, Allah ciptakan kami hidup berpas4ngan tapi aku terpaksa tersiksa nafkah batin.
Maka, aku pujuk lagi hati aku untuk batalkn kaunseling agama di pejabat agama. Kami berubat pada ustaz terkenal di Selatan.
Ustaz A kata suami aku digunakan sihir pemisah, nafsu nya terikat dan terkunci. Wallaualam. Macam2 la kami buat untuk penuhi proses rawatan tu.
masih juga dalam keadaan sama tiada perubahan. Selepas kali ke 4 ustaz tu berubatkan kami ,dia akui dia tak mampu bantu lagi, baiknya ustaz tu berikan suami ubat kuat, kopi dan macam2 lagi.
yang aku terngiang2 dia kata pada aku, isteri kau orang yang sabar, isteri kau normal. tapi itulah dalam masa sama ustaz tu pun tak boleh perincikan lanjut masalah kami walaupun 4 kali rawatan sebab masalah kami ni bukan gangguan yang nampak terang ada hantu atau histeria. ini melibatkan emosi dan jiwa.
Maka, setelah aku merajuk lagi setelah tahun ke tiga tiada proses perubahan suami aku, suami aku ke pakar perubatan moden jumpa doktor s4kit tuan.
hasilnya, tiada apa masalah. suami punya aset boleh berfungsi tapi mungkin nafsu tu terhadap aku tiada jadi tak boleh nak bagi tindak balas, Doktor puji suami aku setiap hari berjogging, stamina badan jaga, pemakanan jaga, kurang stress dan tidak merokok. Jadi, apa punca masalah sebenarnya?
Kadang kadang aku fikir ada k3s seperti isteri marah ada suami asyik mintak dilayan nafkah batin oleh isteri tapi aku ni langsung tak dilayan, bersyukur la wahai isteri diluar.
Aku ni nak kerja pun kadang kadang jadi tak produktif tapi alhamdullilah, di tempat kerja aku antara pekerja yang paling ramah, paling mesra dan hasil kerja sentiasa terbaik.
Pandai aku simpan masalah kan, pernah juga aku kena pikat dengan pekerja lelaki , aku mula rasa seronok tapi lepas tu aku nangis dalam bilik air, fikiran aku sentiasa berfikir suami aku tak nak aku, tapi ramai orang nak aku.
bukan kah seronok yang goda aku tadi tu suami aku. Ya Allah, skitnya emosi dan jiwa aku. agak2 lepas aku ok, aku keluar bilik air dan back to normal. begitulah seharian hidup aku. tiada siapa tahu apa kami alami.
Setiap kali lepas solat, aku selalu berdoa permudahkan ksul1tan kami, tunjukkan kebenaran kami, dulu kami rajin solat jemaah sama2 dan bahasa aku baik jugak lah berlembut dengan suami tapi sejak dah 5/6 tahun ni,
bahasa aku kasar dengan suami yelah bila apa kau minta tak dipenuhi, aku rasa macam tengah cakap dengan kawan buat suami isteri , kami solat sendiri2, aku banyak mengadu pada Allah.
Segala amalan doa dan kebaikan aku cuba praktikkan dan istiqamah dari dulu hingga sekarang tapi masih belum nampak jalannya.
Malangnya, Suami aku sekarang dah jarang solat, dia rasa Allah tak sayang dia,Bila aku paksa betul2 baru dia solat, aku ajak solat jemaah dia tak nak, dia pernah tidur seharian,dia sekarang tiba2 dikelilingi hutang yang dia sendiri tak sedar.
Ingat tak tadi aku cerita, awalnya nafkah zahir kami normal tapi bila dia tak beri nafkah batin dan aku sentiasa pertikaikan itu, autom4tik duit kereta tertunggak, duit itu ini tertunggak.
duit itu yang sepatutnya dibayar keutamaan dia bayarkan hutang lain, dia tak sengaja cipta hutang dan kehidupan dia sempit sebab hati aku sebagai isteri tak bahagia.
Jadi rezeki tak cukup. duit gaji aku mula dia tanya dan minta bantuan, sekali dua boleh la aku tolong kalau tiap kali bukan aku tak nak tolong tapi aku nak dia sedar punca dia susah macam ni sebab hati aku terskiti dan dia remehkan soal agama,
soal solat, dia rasa Allah tak sayang dia. Allahu. Bila tiap kali aku mengaji solat, dia pandang sahaja. Bahasa kiasan, bahasa sindiran, bahasa lembut semua aku dah bagi pada dia. Tapi dia tetap macam tu.
Aku ni daripada manja2 mula kahwin sekarang dah garang depan dia, yelah dah lama tak kena p3luk dr suami sendiri.
Aku ni ada fitrah wanita ingik dibelai, Bila aku dah marah marah, suami aku diam seribu bahasa aku tahu dia rasa serba salah sebab aku tak bahagia dengan dia tapi dia sendiri tak tahu nak selesaikan masalah ni.
Dia terang2 cakap tak nak bercer4i, aku ok je kalau nak bercer4i pun sebab aku pun dah buntu.Aku sayang dia tapi jiwa aku sedih, dan aku tak kan sesekali pasang skandal sebab jauh dr fikiran aku, aku ada agama.
Kalau nak buat, lama dah aku buat since aku pun ada yang minat. Jadi,jika aku nk terima lelaki lain biarlah aku sah bercer4i dulu, tak sanggup aku nak tanggung dosa isteri nusyuz, tapi suami aku buat macam ni dayus atau dia sendiri tersepit dalam masalah ini.
Wahai pembaca yang aku kasihi, mesti ada yang terfikir, aku ni kena bersyukur suami aku bukan kaki d4dah, kaki pkul,dan segala kaki yang negatif.
Setakat tak beri nafkah batin je kan, suami aku kategori ada rupa, kalau ikutkan ada yang minat dia tapi itulah dia tak ada nafsu dengan aku apatah lagi dengan wanita lain.
aku sendiri tanya dia. Aku ni Allah ciptakan ada fitrah dan naluri wanita, aku ingin dibelai dengan suami yang sah, dan aku inginkan kebahagiaan.
Ya memang suami aku banyak urus hal rumah, rajin dan urusan anak dia banyak uruskan.
tapi Ya Allah, aku wanita punyai rasa dan ingin dibelai, aku selalu berdoa permudahkan ksul1tan kami, tunjukkan kebenaran, jika dia jodoh aku di syurga mahupun di dunia, kekalkan la, jika bukan jauhkan lah.
Aku selalu tertanya apa la ada dalam fikiran suami aku. Dia memang x bernafsu ke?
Masuk tahun ke 5 perkahwinan, kami usaha lagi itupun selepas aku merajuk dan asyik cakap kalau macam ni la, baik kita berpisah sebab sebagai suami kena berusaha bersunguh la ikhtiar bukan semua aku je bagi idea dan cadangan.
Kali ni, kami berubat di salah satu tempat terkenal ustaz ikhtiar hamil dan masalah rumah tangga, hampir 3 kali kami berulang alik berubat.
Rumusan rawatan dengan ustaz ini pula, aku didampingi oleh jin yang sayang sgt dengan aku. Aku ni bukan tak percaya benda2 ghaib semestinya la aku percaya tapi jika dah 11 ustaz merata kami pergi selama 6 tahun ni mcm2 hasil cakap,
aku pun mula iyakan aja, yang penting aku tak putus berdoa dan ikhtiar. Jin dalam badan aku bersuara (bukan suara aku)katanya benci sangat dengan suami aku.
Aku ringkaskan ya, selepas rawatan, aku masih cuba bersama dengan suami tapi tetap suami tak boleh, suami paling takut jika m4ti pucuk tapi ustaz ada pesan jika masih berlanjutan perkara ini, boleh jadi m4ti pucuk.
Aku sentiasa cuba menjaga solat, lepas jin tu dah keluar dari badan aku, alhamdullilah. Lebih ringan badan nak solat kalau tak rasa malas walau dipaksa dan kerap pening kepala.
Kemudian selepas 3 bulan, aku pergi lagi rawatan susulan, kali ni kata ustaz tu ada orang hantar pula sebab itu aku nk cuba berbaik dengan suami ada sahaja halangan.
Korang kena faham, kami hubungan int1m sahaja tak boleh selain dari itu kami berborak macam biasa, layan anak macam biasa.
Tapi yelah, lama2 aku rasa hipokrit pula sebab kami tiada hubungan int1m langsung sebagai suami isteri serupa macam sahabat baik dalam rumah tangga. Aku rasa last suami aku c1um mulut aku 4 tahun lepas, sedihkan.
Selepas 6 bulan rawatan tu, angkara jin la, buatan orang la, sihir pemisah la, aku nekad kalini pergi lagi rumah ustaz yang sama dan kalini aku nak suami pula dirukiah oleh ustaz.
Malangnya, tiada apa apa respon. Buntu aku memikirkan. Kalau betul ada jin dalam badan dia, mesti boleh lah tahu kan. Kini, aku, suami dan mak abah semua buntu.
Kalau ada yang pergi ke mekah, kami kirim juga doa untuk hubungan kami. Surah waqiah, al mulk, ayat 1000 dinar dan yassin 7 mubin aku jadikan amalan. Allahuakhbar, masih belum nampak jalannya. Yang pasti hati aku dan emosi aku terus terskiti.
Apa lagi aku harus aku buat. kalau ada pandangan sila la kemukakan, dan aku harap pembaca dapat doakan kami, kuatkan hati aku dan tunjukkan kebenaran masalah kami ini..
Semoga Allah rahm4ti kita sekalian. Bagi mereka yang tak memahami, mereka akan merasakan masalah aku ni terlalu kecil tapi percaya lah masalah aku ni luk4 hanya di hati bukan di kulit luaran. Doakan aku terus istiqamah kuat semangat.
Ramai terkesan dgn perkongsian ini, apa reaksi warganet
Shareen : Real story from me.. same like confessor.. I feel u sis.. aku igt aku jer alaminya dlu sorg.. aku hadap 8 thn. Without kid. Aku korb4n mcm2 dlm rumahtangga kmi… hnya Tuhan shj yg tahu..
Akhirnya aku x mmpu lg teruskn kehidupan spt : Roomate shj bukan husband & wife. Jgn ckp aku x pnh bbincang.. bnyk kali bbincang smpi aku rsa janji2 laki aku msa tu mcm x logik.
Aku ni dlu nk sentuh badan laki aku pn dia kata rimassss.. aku ni siapa pd dia? So jgn lps tu nk janji bulan bintang slps aku dh x dak prasaan kt dia.
Jika masyarakat kita anggap k3s ini ‘taboo’ cerita dlm kain rumahtangga, sy fikir zaman ini ilmu adalah tanpa sempadan.
Sb itu kena faham, kenapa Tuhan jdkan manusia itu berpasang pas4ngan, ada rasa kasih dan syg.. mempunya alat kelamin berbeza.. nafsu utk saling melengkapi sesama suami isteri.. bukan sekadar utk mendapatkn zuriat shj.
Jika dilihat dr segi oembacaan lebih meluas.. hubungan kelamin yg sihat akn membantu dr pelbagai sudut ksihatan & membantu memstabilkn emosi . Ini aku swndiri buat pembacaan selama mna aku hadpi dlu..
aku mmg betul2 kaji diri aku sblum aku bertindak utk seterusnya.Aku minta utk tamatkn semua ni dgn ‘ Pencer4ian ‘… dia bwalah haluan dia sdri. Alhamdulillah sblum sempat kami bcer4i.. dia dh nikah dlu kt Siam… xtau la mcmna penghidupannya kini.
Tp yg pasti aku lega selega2nya.. alhamdulillah, aku juga menyusuri kebahagian pilihan aku sdri.. Rezeki Tuhan tak pernah silap alamat. Slps aku bpisah tu aku mngambil masa 6 bulan utk menstabilkn emosi.
Siapa x sedih perkahwinan yg mnjangkau 8 thn tanpa ada perselisihan faham yg besar2. Smpi fam mentua aku pn tkejut dgn tindakkn aku. Mentua aku cuma ckp kt ipar2 lain, aku ni betul2 marah smpi aku buat kputsn mcmtu… Betul bak kata confessor..
Jika membahagiakn isteri.. rezeki suami yg sedikit pn jadi mencukupi.. bbeza dlu.. bnyk hutang2 bil dia tinggalkn yg tpaksa aku hadap utk byr skrg. Tp yg penting GALAS YG PERLU SUAMI BAWA BUKAN SETAKAT NAFKAH ZAHIR TP NAFKAH BATIN.. kdgkala.. terlebih batin.. zahir pula kurang…
Sesiapa yg x alaminya akn kata Isteri2 ini kurang sabar.. yalah spt kata seorg ustaz kaunselor di pjbt agama yg ceramah kt aku selama 2j.. katanya aku ini isteri yg x bersyukur masa tu krn mmpunyai suami, pastu suami aku bukan kaki pkul, judi dll lah, tp ustz tau x ada 1001 sb x mahu mneruskan pkahwinan aku pd ketika itu…
aku trasa spt aku seorg wanita dipijak2.. amarah aku panas simbah ke muka.. aku senyum jer kt ustaz tu.. masa tu laki aku rujuk ke pjbt agama sb tak mahu bercer4i ngn aku.. katanya dia akn brubah & sygkn aku..
Tuhan maha kaya.. 2 hari slps aku mngadap ceramah ustaz itu.. laki aku p nikah kt siam dgn ppuan lain.. ( cerita lain ) penceritaan aku ni x bdasarkan mistik2… aku x mau la mnuduh ada ‘org lain’ cuba membaling j4rum dlm pkahwinan aku pd ktika itu.
Klu ada, biarlah dia dgn amalannya kelak. Tp apapn tanggapan fam dia / fam aku / org sekeliling x akan fahamm sb aku yg rasa & hadap selama 8 tahun. Aku juga mnangis sorg2 waktu mlm.. emosi aku tganggu waktu kerja..
boleh ke dia ( x hb ) aku ganti masa2 aku yg lalu tu Aku ttp pilih bpisah. Org fikir, anak penentu kebahagian sesebuah keluarga? Bagi aku.. anda silap.. branaklah 10 org ank pun..
klu hati x bahagia.. tetap x temui kebahagian… Jumpalah 1001 doa / ustaz ke sesiapa pnlah.. kalau hati x mahu berubah tetap akn sma hasilnya.
Tujuan aku bukan nk ajr confessor berpisah tp lbh kpd share yg bukan confessor seorg yg mnghadapinya.. ramai lg sbnrnya wanita2 dluar sna menghadapinya sbnrnya…
Confessor tepuk dada tnya selera. Ikotlah confessor nk minta bntuan fam ke, kwn2 ker.. time aku tu, mmg kwn2 tahu k3s aku tp aku ttp fokus pd dri sdri.. sb aku yg rasa & hadap.. org blh kata apapn hidup kita bbeza. Aku juga manusia berhak utk mencari KEBAHAGIAAN aku sdri. Pilihan masing2.
Yusrina: puan, kalau puan nk berubat sihir.. pastikan puan berubat kat tempat yg betul2 patuh syariah. bukan ustaz yg xde tauliah ni. sekarang asal berubat je baca quran terus dpt title ustaz.. takot kadam yg dihantar. dah byk trjadi mcm ni. pes4kit x baik2.. tp asyik ulang jumpa.. pergilah darussyifa di bangi.. tp kalau puan da habis ikhtiar.. tuntutla fasakh.. lebih baik menyendiri dr se3ksa batin mcm tu.
Hanna :nie pendapat sy ye puan.. puan perlu mendinding diri sendiri dan rumah dgn ayat2 al Quran.. surah al Baqarah buat bacaan penuh seminggu sekali, play mp3 pun xpe..
hafal 5ayat pertama al baqarah, ayat kursi iaitu ayat ke 255 dan ayat 284 hingga ayat terakhir 286 al baqarah.. puan boleh amalkan ayat ini jugak : “Bismillahillazi la yadurru ma’asmihi syaiunfillardi wala fissamai wahuwassami’ul ‘alim“
“Dengan nama Allah yang bila disebut, segala sesuatu di bumi dan langit tidak akan berbah4ya, Dia-lah Yang Ma-ha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
(“Barangsiapa membacanya sebanyak tiga kali ketika pagi dan petang hari, maka tidak ada sesuatu pun yang membahay4kan dirinya.” HR. Abu Dawud 4/323, At-Tirmidzi 5/465, Ibnu Majah dan Ahmad.
Puan kena lawan benda yg sedang huru hara kan rumahtangga puan dgn wujudkan semula kasih sayang.. try mula kan semula dgn pegang tangan, c1uman dll walaupun permulaan akan dpt negatif feedback..
anggap ni ujian khas Allah nak bagi pada puan n suami.. suami puan perlukn bantuan dr puan.. ade sesuatu dia cuba sembunyi kan.. hidup dia da terganggu jgk sbb puan da tak bahagia bsama dia.. sy doakan puan sekeluarga dipermudahkan segala urusan..
Erna :Sorry to say..Sbg isteri..sy paham keadaan confessor.S3ksanya blh buat isteri gila.nfkah batin tak sama mcm nafkah zahir.nafkah zahir gagah blh p mintak tlg org,p cari sendiri..nafkah batin,sesama pas4ngan je ubatnya.
Kalau dah xde jalan,berpisah je la.Kalau suami kene m4ti pucuk pun,pjbt agama minta isteri sabar setahun je utk bagi peluang suami berubat..Tak silap,isteri nabi sito aisyah pun ada bagi tahu..isteri cuma blh bertahan 4 bulan tanpa belaian suami..
Isteri yg xdapat belaian sedangkan dia nak,risiko masa depan dikhuatiri isteri terjerumus zina.Waktu tu,semua kekurangan suami dah xnampak.yg nampak kejahatan isteri..
Puan confessor,fikir lah..rujuk pejabat agama.jgn batalkan kaunseling..suami malu bercer4i sbb dia takut org tahu krlemahan dia..
Nurhanis : I feel you. Sy juga mengalaminya dh masuk 9 thn dh pun. If husband nak, saya tak nak. If sy nak husband pulak taknak. Paling penting sis kene sabar dan redha.
In shaa Allah, rezeki takkan berkurang sedikit pun. Penuhkan aktiviti dgn perkara lain yg blh membuatkan kita lupa tentang bersama jika sis masih sayangkan perkahwinan sis. If not, keep moving on. Jgn s3ksa diri. Just my two cents.
Apa pula kata dan pendapat anda. Jangan lupa kongsikan di ruangan komen