Aku ada ekzma sjk kecil pnuh 1 bdan, aku risau mlm ptama aku dan suami mcm mana nk sorok tkt dia geli

Foto sekadar hiasan. Ekzem4 ni satu penykit kulit yang mana bila dah kena, susah sangat nak baik. Susah nak jumpa pes4kit yang sembuh 100%. Kebanyakannya cuma bergantung pada ubat and ekzem4 akan sentiasa on-off. Harini baik, esok gatal. Bulan ni clear, 3 bulan lagi datang. Ya, aku manusia yang ada ekzem4 dari kecik. Tak tahu daripada siapa aku dapat tapi keluarga aku semua takde penykit ni. Aku SORANG saja ada.

Masa kecik kita mana faham. Yang aku tahu, aku gatal merenyam aku garu sepuasnya. Kadang-kadang sampai melecet. Banyak nanah-nanah kecil.

Melecet kulit jadi berair dan merah. Bila nak mandi, menyiram air paip ibarat simbah api atas kulit. S4kit ses4kitnya. Pedih sangat. Aku budak yang lasak walaupun perempuan. Suka ikut atuk masuk kebun. Suka panjat pokok, main tanah, pluk kucing, pluk ayam itik.

Kami sekeluarga duduk dengan atuk nenek di kampung. Jadi siang-siang ayah dan ibu keluar kerja. Dah pesan jangan main kotor sbb aku ada masalah kulit. Kotor + berpeluh dan gatal, sangat siksa. Tapi kita budak-budak. Yang kita tahu seronok main.

Setiap malam lepas aku tidur, aku rasa ada orang selak baju dan seluar aku. Ya. Orang tu adalah ibu. Ibu ambil ubat sapukan pada badan aku. Ekzem4 yang bermula di leher tanpa aku sedar dah merebak sampai tengah dada, perut dan pinggang belakang.

Beberapa tahun ayah ibu ada bawa aku ke hspital ambil ubat. Doktor bagi mandian warna purple, bagi ubat sapu dan pil. Kecik-kecik lagi aku dah bergelumang dengan ubat. Pergi sekolah makan ubat. Tengah sekolah makan ubat. Balik sekolah makan ubat.

Ada masa aku degil. Tak boleh makan udang sotong, aku makan juga tanpa pengetahuan ibu. Menginjak umur 13 tahun aku masuk asrama. Ekzem4 aku makin banyak.

Selalu dalam dorm, aku sorok-sorok. Suka pakai tudung dan takkan salin baju di situ. Aku lari ke bilik air bawa baju tukar di sana sebab segan kalau-kalau kawan nampak ekzem4 aku yang dah merebak ke bahu.

Begitulah. Sebanyak mana ubat dan penjagaan makan, tetap ekzem4 aku keluar dan masuk. Mama pesan suruh jaga badan. Esok kahwin macam mana tu? Ketika tu aku naif. Masih sekolah menengah rendah dan tak faham apa-apa. Apa kaitan ekzem4 dan kahwin pulak ni?

Sampailah aku fahami apa itu maksud kahwin. Apa maksud sebenar ‘malam pertama’. Andai satu hari nanti jika ada jodoh, badan ini akan terdedah dilihat oleh lelaki yang bernama suami. Sejak itu, aku mula jadi takut.

Dipendekkan cerita aku sambung belajar 4 tahun di Kelantan. Aku simpan azam nak dapatkan kerja bagus. Aku nak kerja keras kumpul duit.

Aku nekad nak buat rawatan ekzem4 yang proper walaupun mahal. Aku masuk dalam banyak group FB dan Telegram belajar ilmu-ilmu pasal ekzem4. Dari situ aku nekad kalini mesti cari rawatan yang betul.

Sementara tu aku buat juga pencegahan awal. Kurangkan makan telur, ayam, daging, nugget, belacan dan seafood. Aku banyakkan makan sayur. Banyakkan makan buah.

Tak pakai sabun banyak buih sebab boleh keringkan kulit. Pakai sabun harga beratus 1 botol. Bende ni memang dah lama aku lakukan, cuma kalini ini lebih kerap dan kuat semangat. Tapi macam aku kata, ekzem4 ni kejap datang kejap pergi. Masih ada lagi.

Kadang-kadang penyebab dia sukar nak tahu. Jaga makan pun keluar. Dah makan ubat pun keluar lagi. Bila dah kerja, aku nekad jumpa seorang doktor pakar. Dia suruh aku tukar semua produk mandian, sabun cucian hatta sabun cuci piring. Aku ikut, aku makan ubat lagi dan lagi.

Alhamdulillah akhirnya ekzem4 aku makin pulih dalam masa setahun. Kadang-kadang ada naik tapi tak sekerap dulu. Tapi yang merunsingkan aku adalah parutnya.

Mungkin daripada kesan garu sebelum ini, kulit aku jadi hitam. Ada tompok-tompok gelap di bahagian pinggul, leher, dada, perut dan bahu. Di celah paha juga ada sedikit.

Penderitaan ekzem4 yang aku hadap sejak kecik, aku tak sangka merebak seluas itu. Aku overthinking dan sangat insecure. Macam mana bila kahwin dan cuba meraikan suami dengan badan buruk begini.

Apa dia sudi? Apa dia geli? Apa dia jelik nanti? Percaya atau tidak di usia 27 tahun, aku menolak banyak lelaki yang datang untuk mengenali.

Aku terfikir macam mana kalau betul-betul ada jodoh mestilah dia ajak kahwin. Boleh ke dia terima kekurangan aku? Macam mana kalau dia geli? Allahu mungkin nampak macam aku terlebih fikir, tapi itulah hakikatnya.

Untuk rawatan ekzem4 aku habis beratus-ratus setiap bulan. Aku cari pula ilmu pasal hil4ngkan parut badan termasuklah kesan ekzem4

Memang ada iaitu rawatan laser. Tapi satu sesi sangatlah mahal. Menelan ratusan dan ribuan ringgit. Apalagi nak hil4ngkan parut banyak di badan aku, harganya memang cukup gila.

Dek kerana takut, aku pernah terfikir tak nak kahwin SELAMANYA. Biarlah aku hidup sorang daripada terpaksa ‘mempersembahkan’ badan ni pada suami.

Betul ke pemikiran aku? Memang betul ada lelaki yang katanya terima kekurangan aku. Tapi kekurangan tentang ekzem4 ni aku tak pernah beritahu.

Takkan nak bagitau sebelum kahwin? Kalau takde jodoh, malulah orang tahu kekurangan kita. Kalau bagitahu selepas kahwin, entah macam mana kalau dia tak terima?

Aku stress korang. Banyak kali aku rasa tak guna. Rasa buruk. Bayangkan dari umur 7 tahun aku bergelut dengan benda ni. Sekarang tengah pulih tapi parutnya

MasyaAllah banyak. Aku risau takde sesiapa boleh terima kekurangan ni. Betul. Lelaki yang baik akan ada susah senang busuk dan wangi kita. Tapi parut yang ada ni muncul di tempat-tempat yang crucial. Aku risau. Sangat risau.

Dalam tahun ni juga, aku ada pindah rumah sewa sebab bertukar tempat kerja. Nak dijadikan cerita tilam yang tuan rumah bagi rupanya dah lama tak tukar. Luaran nampak elok. Badan aku mula naik gatal. Nak taknak, aku beli tilam baru. Tapi aku sedih. Ekzem4 aku muncul lagi.

Tapi kalini lebih gila. Ia muncul di sekitar buah dada. Parut di dada belum hil4ng dah muncul baru. Dalam masa 1 malam, ia tumbuh banyak.

Bangun pagi aku panik menggigil. Jam 11 aku telefon klinik doktor pakar berdekatan untuk emergency appointment. Aku ke sana ceritakan pada doktor.

Doktor kata memang punca dari hama tilam. Katanya setiap tahun sensitiviti kulit aku makin kronik. Aku rasa nak nangis.

Tapi macam biasa, doktor cuma bagi injection, ubat gatal dan balik minta aku berpantang makan. Balik rumah aku mandi. Banyak kali aku sental badan. Aku rasa jijik dengan diri sendiri.

Di bilik air, aku tengok diri aku pada cermin. Berderai air mata. Kenapa dugaan aku sampai berbelas tahun ni? Aku pernah baca kisah ibu yang tak dapat breastfeeding anaknya sebab buah dadanya ada ekzem4.

Aku remuk hati. Allah. Macam mana esok-esok ada anak tiba-tiba ekzem4 aku datang? Bayangkan tak boleh susukan anak sendiri.

Bagi orang mungkin aku cuma melebih-lebih. Tapi ia masa depan aku. Mestilah aku terfikir. Sedangkan orang yang dah kahwin pun penuh insecure. Apalagi manusia lemah macam aku.

Setiap malam menangis, aku depres fikirkan macam mana nak rawat. Segala macam ubat drpd moden ke kampung ceruk semua aku dah cuba. Tapi ekzem4 ni tetap pilih untuk datang semula ke badan aku. Sesuka hati dia. Bila-bila yang dia nak.

Aku minta korang doakan aku kuat. Bukan mudah menjadi ekzem4 fighter. Tak sekadar perit di badan, tapi terkadang perit emosi. Perit memikirkan setiap hari. Agaknya bila semua dugaan kesihatan ni nak habis?

Kalau ada ikhtir, mohon korang beritahu. Ya. Aku pes4kit ekzem4 yang terdesak nak pulih.

Perkongsian daripada wanita malang ini mendapat perhatian daripada netizen. Rata rata netizen memberi kata semangat dan berkongsi pengalaman mereka ada juga yang memberi penyelesaian kepada masalah ini. Ikuti perkongsian netizen di bawah.

Anis suraya. salam maya, you are not alone,im 30, unmarried, chronic severe excema.

dari kecik selalu kena buuli sbb teruk sangat excema. bila masuk sekolah asrama, ada sorang member perempun terpandang skin saya masa saya tidur, (dia ingat saya tidur padahal
saya baru nak lelap), dia cakap “eii mesti suami dia jijik nanti”

saya dah buat allergen test etc, unfortunately saya allergic dekat benda yang tak mampu untuk saya elak,
so for now, i have flare most of the time, but as much as i can control, i try.

saya fikir juga apa yang awak fikir
kita perempuan saya faham awak

but i believe Allah dah bagi saya mcm mcm untuk saya syukur, ujian ni salah satu ujin kecil kita, dan bukan ujian untuk kita sahaja tapi mungkin psangan kita juga nanti kalau diizinkan.

andai kata di dunia ni bukan tempat untuk saya tgk kulit saya cantik mcm orang lain, mungkin di syurga.

Shery. I pon ade eczema since 7 tahun…masa naik sekolah rendah eczema ni buat kulit i gatal sampai ade Nanah…tp umur makin meningkat makin elok…dulu ade jumpa doktor kt HKLsetiap bln…

tp dh mkin elok doktor suruh i stop dtg…tp eczema ni ssh nk baik…baik sebln dua Nanti dia dtg blik…dr dulu MMg i tkt jumpa org…pergi tpt org ramai…bile eczema teruk i akn stress…tp yg lucky i jumpa Suami yg blh terima kulit i mcm ni..

kulit i teruk pon dia x tkt..blh tlg i sapu ubat jaga makanan i..skr i tgh pregnant…masa pregnant eczema ni lg teruk sbb h0rmon…kena lg jaga mknan…sapu ubat…dik..Jgn Malu sbb kite ade eczema…kuatkn semangat…

Zulhilmi. Mmg tough jadi fighter eczema.. Sy sendiri fighting rhinitis & sinusitis. Jgnkan seafood, asap org membakar, even asap r0kok pun tak boleh. Terhidu sikit, mula dah allergy keluar, sampai boleh demam.

Kalau cik belum cuba sayur2 organik, mungkin boleh cuba. Or cuba consult dgn doktor luar negara pula. Contohnya Dr Lee ke dari pimplepopper tu.

Dia pakar kulit kan. Memang tough. Anak2 sy pun ada eczema. Tapi seperkara pasal bab psangan tu, usah di risau.

Laki betul2 sayang isteri akan sentiasa ada di sisi. Dan, mcm mak mertua sy, lepas bersalinkan isteri sy, masalah kulit dia hil4ng terus.

Isteri sy sendiri rabun teruk, tengah pregnant dan lepas bersalin anak sulung, mata clear terus. Tak pakai spek dah. Mungkin ubat ada disitu. Rezeki Allah mmg kita tak boleh nak jangka.

Ummu.Selain jaga makan, ubat ubatan. Jaga emosi jugak. Lagi stress lagi seronok eczema tu bertambah. Kurangkan overthinking, byk kan cari yg positif, cth alhamdulillah dah 2 hari dpt jaga makan, alhamdulillah dpt pakai moisturiser ni, ni inshaAllah cantik kulit aku ni. Mula2 paksa, lama2 inshaAllah rasa lapang dlm diri tu.

Soal jodoh kahwin tu, just go with the flow, elakkan pandang rendah sgt kat diri tu, makin negatif jdnya.

And eczema ni penykit mahal. Detergent, sabun, moisturiser, kena ada penapis udara, kena selalu vakum rumah, makanan tak boleh gula putih, gluten free food, byk kan real food pendek cakap eat clean. Kdg2 l4nggar pantang, tp sendiri maklum akibat tu

Sy pun eczema fighter, and my 2nd child pun ada severe eczema ms baby dulu, now severe allergy reaction to foods, tak jaga makan tak jaga basuhan baju tu, mula lah menggaru. Salah makan, anaphylaxis reaction pegi dia.

Before kawen dulu pun, sy ada thought yg mcm tu, nak ke org terima aku ni, alhamdulillah selamat kahwin dah pun with 2 wonderful kids

Alhamdulillah dua2 fully bfeeding sampai 2yo++. Eczema sy still ada sampai sekarang. InshaAllah semoga Allah mudahkan urusan adik.