Mak mertua xnk mkn aku masak, menantu lain dia mkn. Klu aku kemas dpur dia akn sepahkn blk brg2 dia.

Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Hai saya Lola (of course bukan nama sebenar). I’m married, housewife (belum ada rezeki nak dapat kerja), belum sampai 10 tahun pun lagi usia perkahwinan aku dan suami, ibu kepada 2 orang anak. Apa yang aku nak tuliskan disini hanyalah sekadar luahan hati yang aku pendam sendiri dari hari pertama aku duduk dalam rumah ni, sehinggalah ke hari aku tulis luahan ini (5 Ramadhan, 17 Apr 2021). Yes Aku duduk dengan mertua. Mak mertua.

1. Aku beritahu terlebih dahulu, luahan ini satu luahan yang panjang. Sebab aku nak luahkan segalanya yang aku pendam. Sedikit sebanyak mana yang terlintas.

Dan kalau boleh biarlah sekali ini sahaja aku tulis luahkan segalanya disini, tidak mahu bersiri atau ada sambungannya. Minta maaf juga andai luahan ini serabut, berterabur dan tidak bersusun.

2. Mohon tiada kecaman dengan luahan ini. Aku betul-betul perlukn tempat untuk meluah supaya aku boleh rasa lepas. Aku tak mampu nak luah pada suami, sebab itu maknya (fahamkan, tak semua anak boleh terima bila orang bercakap tentang orang yang bertarung ny4wa melahirkannya),

dan aku pun tak boleh nak luah pada keluarga aku atas sebab tertentu, tak mampu nak luah pada kawan sebab aku tak percayakan sesiapa bila hal melibatkan personal macamni.

Aku betul-betul perlukn nasihat apa yang perlu aku buat dan doa supaya aku diberikan kekuatan dan kesabaran selagi mana aku masih bergelar seorang isteri, dan perlu tinggal sekali dengan mertua, dirumah ini. Luahan ini juga bukan untuk cerita buruk mak mertua aku, bukan itu tujuannya.

Suami aku bawa aku tinggal disini bukan saja2, tapi bersebab. Sebab keadaan kesihatan mak nya, dan maknya memang tak boleh dibiar tinggal sendirian. Keadaan mak nya memang memerlukn teman.

Suami aku yang tinggal disini, kerja disini supaya dia dapat jaga mak nya. Adik-beradik yang lain tinggal di kawasan lain.

Ada yang rajin balik, ada juga yang tak reti nak balik jenguk mak sendiri. Dari sebelum kahwin lagi, memang suami dah beritahu awal-awal, kalau aku jadi isteri dia, aku kena tinggal di rumah maknya.

Aku setuju saja walaupun jauh disudut hati teringin sangat nak duduk asing. Tak perlu yang jauh, rumah sebelah pun aku bersyukur asalkan bukan duduk sebumbung.

Kenapa aku setuju? Awalnya aku macam berbelah bagi juga mampu ke aku nak duduk dengan mertua? Sebab biasa dengar kan “yang jauh itu bunga, yang dekat itu tahi”.

Aku setuju bila tengok cara layanan mak nya terhadap aku masa hari merisik dan bertunang. Itulah kali pertama aku jumpa dengan family suami aku.

Mak suami aku layan aku baik sangat. Walaupun baru pertama kali jumpa, dia terus cakap dekat aku “panggil mak saja. Jangan panggil makcik”.

Dipluknya aku, diciiumnya aku. Settle majlis bertunang, ramai yang kata beruntungnya aku dapat mertua macam tu, baru jumpa tapi layan macam anak sendiri.

Macam dah banyak kali jumpa. Bahagia sangat aku rasa. Tapi aku lupa Belum kahwin masa tu, belum duduk serumah lagi, jadi sepatutnya aku tak perlu rasa terlebih bahagia dan yakin sangat.

Hari pertama aku duduk sini, jujur rasa kekok. Yelah hari pertama kan. Suami aku pagi lagi dah keluar pergi kerja. Jadi tinggal aku dengan mak mertua saja dirumah.

Aku cuba lah buat apa yang sepatutnya menantu buat. Aku cuba tolong mak mertua aku buat kerja, dia tak bagi, dia suruh aku rehat atau buat kerja yang lain.

Aku pun macam emm takpelah buatlah kerja yang lain, apa yang aku rasa patut. Pagi tu aku buat breakfast, mak mertua aku tak makan pun. Nak masuk pkul 11, aku pun tanyalah “mak nak makan apa, saya masakkan”. Tapi jawapan mak mertua aku, masak apa2 sahaja untuk aku dan suamiku sahaja.

Untuk dia tak perlu, nanti dia masak sendiri. Sedih sikit aku rasa. Baru nak merasa masak untuk mak mertua, berangan makan sama2 satu meja bila suami aku balik dari kerja nanti. Masuk hari kedua pun sama juga macamtu. Hari ketiga pun sama. Jadi malamnya aku pun cakaplah dengan suami aku.

Nak tolong buat kerja tak bagi, nak masakkan taknak, masak tak makan. Suami aku kata mungkin maknya segan. Aku pun macam emm takpelah mungkin segan, yelah belum sampai seminggu lagi.

Aku cuba buat yang terbaik. Cuba rapat dengan mak mertua, cuba ambil hati mak mertua aku. Tapi makin lama aku rasa macam aku saja yang beriya. Aku cuba bersembang dengan mak mertua aku, tapi sekejap saja sebab nanti mak mertua aku mesti suruh aku rehat, atau dia cakap dia nak rehat kejap.

Tak kisahlah pagi ke petang ke malam ke, ada waktu aku nak cuba rapat dengan mak mertua aku, mesti itu ayat yang aku akan dengar.

Bab makanan pun sama. Seminggu dua aku boleh terima alasan suami aku yang maknya segan, tapi bila dah berbulan bulan sampai bertahun keadaan masih sama, aku tak boleh terima alasan suami aku lagi.

Lama-lama aku rasa macam “mak mertua aku tak suka aku ke?”. Bab makanan tu, aku memang tahu mak mertua aku akan bagi jawapan yang sama setiap kali aku tanya.

Jadi setiap kali masak, memang aku akan masak lebih, and aku asingkan siap-siap dalam bekas lain khas untuk mak mertua aku.

Aku letak makanan tu dekat tempat yang mak mertua aku selalu letak makanan/minuman yang dia akan makan/minum nanti.

Tapi dalam masa yang sama aku intai intai juga, dimakan atau tak. Kadang dah petang/malam baru makan. Kadang2 esok pagi aku tengok, tak dimakan pun.

Walaupun aku dah cakap kat mak mertua aku “mak saya dah masakkan tu lauk/sayur untuk mak. Nanti mak makanlah ya”.

Unless kalau suami aku bagitahu aku dah masakkan tu. Barulah dia ambil dan terus makan makanan yang aku dah letak tu. Sampai aku dah rasa fedup nak tanya sebab aku dah tahu apa jawapannya.

Dan bila aku tahu makanan yang aku masakkan tu, lebih banyak tak dimakan daripada dimakan, jadi aku decide untuk masak cukup2 sahaja untuk aku anak beranak sebab taknak bazir lauk2 yang suami aku dah beli. Kadang aku kecil hati tapi takpelah mungkin mak mertua aku masih tak biasa dengan aku.

Dan situasi ni masih berlarutan sampai sekarang. Dah bertahun aku hadap situasi ni dan aku pendam dalam hati. Kecuali bulan puasa. Aku suka sangat bila bulan ramadan. Kenapa? Nanti aku cerita.

Bab mengemas, entahlah aku tak tahu mak mertua aku suka atau tak. Hari pertama aku jejak kaki kat rumah ni, dapur..pada aku agak kotor dan bersepah.

Tempat2 simpan rempah perasa semua tu bersepah, ada paket2 rempah yang terdedah, belum campur dengan minyak percik, kuah2 yang tumpah.

Minggu pertama aku cuba la bersihkan. Lap mana yang patut. Susun mana yang patut sambil2 fikir apa yang patut aku beli memandangkan banyak bahan masakan yang terdedah,

Dan masa aku kemas tu banyak lipas dan aku perasan ada macam kesan koyak yang tikus buat. Aku tahu sebab rumah lama aku masa kecik2 dulu banyak tikus.

Plus ada bau hancing and plastik2 yang terdedah tu ada kesan melekit. Mana yang aku rasa aku patut buang, memang aku buang saja.

Tapi aku bagitahu mak mertua aku, aku buang sebab dah kena kencing tikus. Hujung minggu, aku ajak suami aku pergi kedai ninso/eco.

Aku carilah bekas2 bertutup untuk simpan bahan kering, bekas2 kecil untuk letak rempah rempah dalam tu, kain lap, rak susun cawan, bekas untuk letak sudu garfu. Sampai rumah semangat aku kemas. Aku letak bawang2 cili kering bahan2 yang kering dalam bekas yang bertutup tu.

Rempah2 semua aku asingkan, tuang dalam bekas kecik khas untuk rempah. Bekas2 lama mak mertua aku yang tak bertutup tu, aku susun simpan satu bahagian lain.

Aku bagitahu mak mertua aku , aku dah kemaskan, dalam tu semua barang2 mak (barang masak memang aku asing.

Aku tak nak kacau mak mertua aku punya memandangkan ada suara2 yang kata hidup aku senang duduk dengan mertua, mak mertua aku support semua.

Sedih aku, padahal suami aku tiap bulan bagi duit dapur, bil2 dalam rumah ni suami aku yang bayar, kadang adik beradik nya balik, bil api sampai 700-800, suami aku yang kena bayar. Gas suami aku beli.

Tong beras jelah ada satu saja. Sebab beras kami memang beli, tapi kadang2 mak mertua aku pun beli beras. Jadi kalau mak mertua aku dah tuang beras yang dia beli, aku guna saja lah dulu.

Bila dah tinggal half, aku topup dengan beras yang kami dah beli). Tak sedap pula kalau tong beras pun asing, apa pula kata sedara mara yang datang nanti.

Cantik2 aku kemas dapur sampai suami aku kata “cantik dapur, nampak kemas saja. nak masuk dapur pun rasa semangat je”. Terima kasih suami

Tapi sedihnya aku rasa, bila esok paginya mak mertua aku susun balik, simpan balik dalam bekas lama dia yang tak ada tutup tu, dibiarkan terdedah macam biasa. Aku rasa nak marah tapi dalam masa yang sama aku sedih.

Aku dah kemas, sebelum nak kemas pun aku dah bagitahu, lepas da siap kemas pun aku dah bagitahu. Aku malas nak tanya, sebab tengok gaya pun nampak mak mertua aku tak suka.

Jadi bekas2 yang aku dah beli tu, aku ambil, aku letak barang2 aku yang lain. Bab lain pun sama saja. Malas aku nak cerita panjang. Apa yang aku buat, ade saja yang tak kena.

Aku ada cakap aku suka sangat bila bulan ramadan kan? Kenapa? Sebab bulan ni jelah aku dapat tengok mak mertua aku makan apa yang aku masak, bulan ni jelah aku dapat merasa berkumpul makan bersama.

Sama macam mana aku dengan family aku makan, waktu makan kami memang akan makan bersama, makan sekali. Suami aku jenis tak suka menu banyak2 penuh satu meja.

Cukup sekadar 1 jenis lauk, 1 jenis sayur, 1 jenis pemanis mulut/ buah/ kuih, 1 jenis air dan kurma. Jadi akan bergilir la.

Kalau aku nampak mak masak sayur, aku masak lauk. Kalau mak masak lauk, aku masak sayur. Sahur biasanya panaskan saja baki lauk, dan sahur memang aku akan siapkan semua. Hari pertama ramadan tu aku rasa nak menangis masa makan sahur dan berbuka puasa.

Sebab nilah pertama kali aku nampak mak mertua aku makan apa yang aku masak. Rasa bahagia dia tu memang bahagia yang tak terkata, yang aku tak tahu nak ungkap macam mana. Semangat aku masak sepanjang ramadan tu.

Aku suka masak menu yang jenis set tu, macam nasi ayam, nasi tomato, nasi hujan panas. Jadi mak tak perlu masak. Tapi ramadan tahun ni jadi ramadan yang sangat sedih buat aku, sebab ramadan kali ni tak sama macam ramadan sebelum2 ni. Kenapa?

Sebab tahun ni bukan aku, suami, anak2 kami dan mak sahaja yang ada dirumah ini. Adik beradiknya yang lain ada balik dan duduk sini. Aku tak kisah.

Walaupun aku rasa tak selesa, tapi aku masih sedar aku cuma menantu, aku cuma menumpang disini dan ini bukan rumah aku, jadi aku tak ada hak apa2 pun.

Maklumlah covid, ramai yang terkesan, ada yang kena buang kerja, ada yang resign. Jadi baliklah duduk sini. Dah susah baru ingat jalan nak balik rumah mak masing2, baru ingat nak jenguk mak sendiri. Waktu senang, raya pun taknak balik beraya dengan mak sendiri.

Makin lama adik beradiknya ada dekat sini, aku perasan mak mertua makin lama makin lain layanan nya pada aku. Kadang2 bila aku cuba nak berbual atau nak tanya apa2, mak mertua aku buat tak layan saja. Mustahil tak dengar. Malunya aku rasa.

Ada juga masa mak mertua aku tengah kemas barang2 nya di dapur, aku masuk dapur untuk ambil air ke atau nak ke tandas ke (nak ke tandas memang akan lalu dapur dulu), aku perasan bila nampak aku saja terus mak mertua aku baling atau campak campak saja barang yang dia tengah kemas tu.

Sebelum aku masuk dapur tak ada pulak dengar bunyi barang dicampak/ dibaling. Macam tak puas hati. Bukan sekali dua.

Tapi dah banyak kali aku perasan macam tu. Macam biasa, aku pendam. Malas nak luah pada suami. Nak tanya pun aku malas sebab apa salah aku?

Nak kata salah cakap mak mertua aku bukan nak sangat pun bercakap dengan aku. Ada juga kadang2 ayatnya macam nak kata aku ni ambil barang2 nya.

Dah banyak kali. Ada sekali tu, waktu aku tengah layan anak aku dekat ruang tamu, aku dengar mak cakap dekat anak nya yang lain “nampak tak ikan mak yang ni?

Semalam ada dalam peti mak simpan, harini tak ada pulak. Cari2 tak ada”. Kecik hati aku sebab aku baru saja lepas masak masatu.

Macam aku pula yang ambil. Bila si anak tu kata maknya cari tak betul, mak kata dah belek habis dah dalam peti tu, tak ada dah ikan mak. Allahu 🙁

Tak lama tu, si anaknya tu cari lauk yang dia nak dalam peti, ade saja berbungkus kemas dalam plastik . tak ada kesan terusik pun 🙁 Selalu dah aku kena macam tu.

Rumah ni bukan besar mana pun sampai aku tak boleh dengar apa yang mak cakap dekat anak2 yang lain. Rumah kecik saja tapi jangan pelik la kalau bil api sampai 700-800 nak2 time raya, lagi melambung bil nak kena bayar.

Kenapa aku kecil hati? Sebab dalam rumah ni 98% yang guna dapur cuma aku dan mak sahaja.

Dan apa yang buat aku terkesan sangat, terasa sangat hati ni.. bila ada masa aku dengar mak macam bersungut. Cuma aku tak dapat tangkap apa yang disungutkan.

Paling kemuncak yang buat aku rasa tercalar sangat hati ni, bila mak mertua aku angkut tong beras simpan tempat lain. Depan mata aku, sebab aku dekat dapur masatu. Sambil hentak2.

Sambil mengeluh bersungut. Masa ni aku terus nangis. Aku tutup api dapur, aku masuk bilik aku nangis depan anak2 aku yang tak faham apa2. Bila dah reda, aku keluar dari bilik.

Petang tu aku mintak izin dengan suami aku nak keluar sorang. Aku beli apa yang perlu. Balik rumah aku tuang beras dalam tong beras.

Suami aku? Sampai sekarang dia tak tahu pasal ni. Dia tak tahu mak dia buat aku macam tu. Dia tak tahu aku beli beras lain beli tong beras lain.

Aku sedih bertahun aku duduk sini, rutinnya memang macamtu. Kebanyakannya memang suami aku yang beli beras, kalau mak mertua aku beli beras and dia dah masukkan beras tu dalam tong, memang aku akan tunggu beras tu tinggal half, then aku topup dengan beras yang suami aku dah beli.

Dan aku lagi prefer suami aku tak tahu langsung tentang ni, sebab kalau dia tahu, aku tahu dia takkan tanya mak dia kenapa buat macam tu, sebaliknya nanti aku yang akan disoal apa yang aku dah buat sampai mak buat macam tu sekali.

Pusing pusing aku juga yang kena 🙁 Dan aku perasan sejak haritu, mak dah tak makan apa yang aku masak. Ramadan kali ni lagilah sedih. Aku? Masak saja macam biasa macam ramadan sebelum2 ni.

Mak mertua aku tahun ni, dia masak makanan lain untuk dia dengan anak2 nya yang lain tu. Sampai ke harini, mak aku tak makan nasi yang aku masak, tak minum air yang aku buat untuk sahur & berbuka, tak makan lauk yang aku dah masak. Suami aku hulur pun dia tolak. Dia makan apa yang dia masak.

Hari2 aku nak masak nasi, aku curi2 masak nasi awal2 (aku ada rice cooker sendiri). Aku taknak suami aku nampak atau pelik kenapa masak nasi asing2 , guna rice cooker asing2. Cukup biarlah aku telan sorang. Salah saya apa mak? Sampai mak buat saya rasa macam ni?

Sebelum2 ni mak ok saja makan apa saja yang saya masak, mak ok saja layan saya walaupun mak jarang nak berbual dengan saya. Kenapa bila anak2 mak yang lain ada balik sini, mak buat saya macam ni?

Saya tak boleh nak fikir mak mana salah saya. Bertahun tahun tak jadi macam ni, tiba2 tahun ni, ini pula yang jadi 🙁 Aku tak boleh bayang raya nanti macam mana.

Nampak gaya tak boleh rentas negeri lagi, terpaksalah aku telan lagi nak hadap situasi ni pagi raya nanti. Aku rasa lebih baik berlapar saja nanti, daripada aku makan. Nak makan pun segan bila orang dah layan kita macamtu.

Dengan anak2 aku sekarang pun macam dah lain. Kalau dulu, nampak anak aku diciiumnya, dilayankannya.

Tapi sekarang tak dah. Depan suami aku saja dia akan layan anak aku, ciium anak aku. Waktu suami aku kerja, tak dilayannya anak aku yang datang dekat dia. Takpelah mak, saya dah mula sedar saya dengan anak2 ni macam mana dimata mak.

Kadang2 aku cemburu dengan menantu yang lain. Bila menantu yang lain balik sini, tanya saja mak nak makan apa.. laju sahaja mak menjawab “nasi goreng lah” “bihun goreng pun ok” “nasi lemak lah” “mak nak air teh o panas”.

Makan tengah hari, petang, malam pun sama. Kalau tak ditanya, mak yang akan request mak nak makan apa.

Minta maaf mak, saya rasa cemburu sangat. Bertahun saya duduk dengan mak, hari2 saya tanya mak soalan yang sama tapi kenapa saya tak pernah dapat jawapan macam tu mak?

Saya tanya mak nak air apa pun, mak tak pernah pun minta macam tu. Kenapa mak? Mak tak sudi ke mak makan/ minum air tangan saya mak?

Lama saya pendam mak. Dalam hati ni teringin sangat nak dengar mak jawab macam tu, teringin nak dengar mak request nak makan apa macam mana mak request dekat menantu mak yang lain. Kalau bukan bulan ramadan, memang tak dapatlah saya nak tengok mak makan apa yang saya dah masakkan.

Tapi Ramadan kalini dah tak sama macam Ramadan tahun2 sebelum ni mak. Sebab tu sampai hari ni saya rasa betul pepatah “yang jauh itu bunga, yang dekat itu tahi”.

Terasa macam saya ni tahi sangat di mata mak. Minta maaf mak 🙁 Terima kasih mak buat saya rasa macam ni. Terima kasih mak, layan saya macam ni. Selagi saya masih isteri kepada anak mak, selagi tulah mak tetap mak mertua saya.

Banyak lagi yang aku pendam tentang mak, tapi biarlah sebab rasa macam dah terlalu panjang

Untuk suami, kau tak nampak ke selama kita kahwin aku struggle nak baik, nak rapat dengan mak? Tak nampak ke hari2 aku cuba ambil hati mak? Hari2 aku cuba, sampai aku rasa penat nak cuba.

Kenapa mak kau tak boleh layan aku macam mana mak aku layan kau? Mak bapak aku tak ambil masa yang lama pun untuk nak terima kau sebagai menantu.

Tak ambil masa yang lama pun nak layan kau macam anak sendiri sebab kau suami aku. Sekarang ni, bil api air tinggi dari biasa pun, aku yang kena soal. Kadang ditanya aku basuh baju, masak nasi, iron baju macam mana. Sama saja macam sebelum2 ni suamiku. Basuh baju, terus siapkan.

Lepas da guna alat2 elektrik, settle saja terus tutup suis elektrik. Apa2 saja barang yang rosak pun, aku yang kena soal walaupun bukan aku yang rosakkan.

Suami, kau tak sedar ke dalam rumah ni bukan kita berdua dengan anak2 kita sahaja? Kau tak sedar ke dalam rumah ramai adik beradik kau yang lain?

Kenapa aku yang disoal tentang bil, tentang barang yang rosak, barang yang hil4ng? Kenapa aku yang kena jawab? Masa kita bertiga sahaja dengan mak, pernah ke bil setinggi ni setiap bulan? Pernah ke?

Kenapa kau tak tanya adik beradik kau yang lain? Kenapa kau tak tengok sendiri macam mana cara adik beradik kau guna air guna elektrik?

Kenapa mesti aku? Kalau rumah ni kita berdua dengan anak2 sahaja, aku tak kisah kalau aku yang disoal tentang cara penggunaan air dan elektrik. Tapi dalam rumah ni bukan kita berdua sahaja, kau tak nampak ke? 🙁 Salah satu sebab kenapa aku lebih suka diam dan pendam.

Lebih baik aku pendam. Kalau bagitahu, aku yang kena balik, lebih aku tak perlu bagitahu  Aku sayang kau wahai suami. Aku hormat kau. Aku sayang anak2 kita. Aku sayang keluarga kecil kita. Tapi aku minta sangat, tolong jangan buat aku rasa penat dengan seluruh ahli keluarga kau.

Tolong jangan sampai satu masa, aku jadi tawar hati dengan semuanya. Tolong 🙁 Aku minta sangat. Tolonglah tengok keadaan yang berlaku dalam rumah ni dengan mata hati. Janganlah aku seorang sahaja yang dipersoalkan. Tak adil bagi aku

. Kalau aku tahu apa puncanya, kemana perginya barang yang hil4ng, apa silap aku…pasti dah lama aku baiki semuanya.

Untuk parents aku, maafkan saya umi abah sebab rahsiakan apa yang saya pendam selama ni. Maafkan saya bila setiap kali balik rumah umi abah, saya tipu.

Saya kata saya ok saja kat sini, mak pun layan saya baik saja sedangkan apa yang berlaku tu sebaliknya umi abah. Tak mampu saya nak cerita, tak nak risaukan umi abah sebab umi abah pun dah tua, walaupun saya tahu umi abah akan sentiasa ada untuk saya, anakmu ini

Terima kasih umi abah, terima kasih sebab layan menantu2 umi abah sama macam anak2 umi abah sendiri. Tak ada beza. Tak berkira dari semua segi. Terima kasih umi abah, setidaknya menantu2 umi abah tak perlu rasa apa yang saya rasa dari awal kahwin sampai sekarang.

Maaf umi abah, maaf sebab sampai sekarang saya masih minta umi abah doakan saya supaya saya dapat kerja. Itu sahaja caranya yang saya ada kalau saya nak keluar dari rumah ni dengan anak anak saya.

Minta maaf umi abah, sampai sekarang saya masih tak mampu nak balas jasa umi abah yang dah banyak berkorban tenaga, berhabis duit untuk kehidupan dan pelajaran saya.

Tapi saya takkan berputus asa, inshaAllah selagi umi abah masih hidup, selagi tu saya akan cuba bahagiakan umi abah dengan cara saya. Doakan anakmu ini sentiasa kuat.

Untuk umi, saya menangis umi bila umi cakap dekat saya “seronok buka puasa dengan orang tua”. Saya nangis umi, sebab saya tak cerita pada umi apa yang saya rasa. Saya tak seronok umi. Tak seronok bila dilayan begini.

Kadang2 rasa diri ini macam tunggul dalam rumah ni 🙁 saya rindu sangat dengan umi. Saya rindu sangat dengan abah.

Untuk anak-anakku, ibu tak tahu siapa yang akan pergi dulu. Ibu tak mampu nak baca apa yang berlaku dihadapan kita.

Maafkan ibu sekiranya ibu bukan ibu yang terbaik untuk kamu semua. Tapi ibu sentiasa cuba. Ibu macam dah boleh agak apa jadi dengan nasib dan hak anak anak ibu sekiranya terjadi sesuatu pada ibu.

Ibu dah boleh nampak perangai satu demi satu orang dalam keluarga ni. Ibu ambil langkah awal anakku. Ibu dah buat hibah untuk kamu semua. Maafkan ibu sebab ibu abaikan, ibu tolak tepi hikmah dan kebaikan hibah.

Tapi Alhamdulillah Allah itu Maha Baik. Dijentiknya hati ibu untuk fikirkan tentang hak dan nasib anak anak ibu. Harap belum terlambat untuk ibu hibahkan kamu.

Ini saja yang ibu ada untuk kamu semua. Supaya nasib dan hak kamu semua terjamin dan tiada siapa yang boleh kacau atau tuntut apa2 dari kamu semua.

Aku bukan ejen takaful dan luahan aku bukan untuk promote hibah. Tapi ini yang aku lakukan untuk anak aku.

Selama ni aku tolak tepi, tak endah bila orang sebut tentang hibah. Bila Allah jentik hati aku, aku kaji pasal hibah. Aku baca kebaikan hibah. Bila dah faham sepenuhnya, aku cari ejen yang biasa bercerita tentang hibah dengan aku.

Ini sahaja yang ada, yang tiada siapa pun boleh kacau, tiada siapa boleh tuntut, dan tak boleh difaraidkan. Terima kasih Allah.

Untuk mak, maafkan saya sebab saya isteri pilihan anak mak. Bukan pilihan mak. Maafkan saya tak mampu nak jadi menantu yang baik untuk mak, yang mak harapkan. Maafkan saya tak dapat nak setanding menantu2 mak yang lain. Maafkan saya mak.

Untuk diri sendiri, mohon bangkit kembali jadi diri seperti yang sebelum ni. Yang kuat, yang tak suka memendam, yang suka bercerita, yang ceria. Aku rindu diri aku yang dulu. Dah lama tak nampak diri aku yang dulu.

Sejak kahwin, semuanya berubah. Lebih banyak diam, lebih banyak pendam. Mohon bangkit kembali wahai diri sendiri.

Untuk yang baca sampai habis luahan aku ini, terima kasih banyak2 kerana sudi luangkan masa untuk membaca. Semoga Allah merahmati kamu semua.

Aku doakan supaya yang belum berkahwin, akan dapat mertua dan keluarga yang boleh terima diri kalian seadanya, anggap dan layan kalian seperti keluarga sendiri. Aku doakan juga supaya tiada siapa yang akan rasa apa yang aku rasa. Skit. Skit sangat.

Mohon doakan aku agar diberikan kekuatan dan kesabaran untuk hadapi situasi ini yang aku tak pasti sampai bila. Doakan juga supaya hati suami aku terbuka untuk bawa aku dan anak2 berpindah duduk di rumah yang lain.

Aku juga perlukn kata2 semangat. Andai ada yang rasa semua silapnya datang dari aku, mohon tegurlah aku diruangan komen.

Beri aku cadangan apa yang perlu aku buat lagi untuk ambil hati mertua aku. Segala kata2 semangat, nasihat dan teguran inshaAllah aku akan terima dengan hati yang terbuka

Sambungan

Terima kasih kepada yang sudi baca kisah aku Pendamnya Hati Seorang Menantu. Semoga Allah membalas jasa kamu semua.

Terima kasih untuk semua komen, nasihat, teguran, hugs, everything…aku hargai sangat2. Sungguh terasa lapang sedikit hati aku setelah meluah disini walaupun sekadar menaip sahaja.

Berkisah tentang barang dapur, sebenarnya aku tak alihkan pun. Means mana mak letak bawang, situlah aku letak balik. tak ada satu yang aku alihkan dari kedudukan asal. Aku cuma tukar bekas daripada yang terdedah kepada yang bertutup supaya bahan masakan mak tak diganggu dengan lipas, tikus.

Mungkin betul teguran kalian, orang tua tak suka. Dan aku tak sepatutnya memandai-mandai, walaupun sebelum nak kemas aku dah minta izin, dan sebelum kemas pun aku dah bagitahu. Dan aku tak kemas depan mak.

Aku cuci peti ais yang kotor, kipas dapur yang kotor.. semuanya aku buat belakang mak. Waktu aku berseorangan di dapur. Terima kasih yang sudi menegur untuk part ini

Betul. Aku try hard. Aku sedar yang aku try hard. Aku datang sini, aku duduk sini, aku sedar diri yang aku ni cuma menumpang. Jadi aku tak boleh nak act jadi macam mem besar dalam rumah ni. Banyak mata yang memerhati. Banyak mulut yang menunggu masa untuk berbunyi.

Aku sedar aku datang sini, duduk sini bukan untuk 1-2 hari, bukan untuk seminggu dua. Tapi untuk tempoh yang aku tak tahu sampai bila. Jadi aku kena cuba cuba dan terus cuba untuk get along dengan mak, supaya tak ada suasana awkward dalam rumah ni.

Tapi kalini, aku ambil nasihat kalian. Aku takkan cuba lagi, dan aku takkan mengharap pada yang tak sudi lagi.

Aku datang sini, aku bukan bawak diri aku semata mata. Aku sedar aku datang sini, aku bawak nama baik umi abah sekali. Aku bawak air muka umi abah. Aku bawak didikan umi abah.

Kalau ada yang tak kena pada aku, pada cara aku, aku taknak orang tunding jari dekat umi abah. Cukuplah pada aku sorang.

Bila aku nampak mak tak suka aku kemas, so aku stop kemas barang dia. Sekadar lap habuk habuk sahaja. Mana yang mak biarkan terdedah semula tu, aku biarkan sahaja.

Mana yang dah bau hancing semula tu pun aku biarkan sahaja. Walaupun suami aku berkali kali pesan tolong kemas tempat2 mak tu, tapi aku abaikan saja sebab aku tahu apa yang akan jadi nanti.

Tapi lama-lama, aku pun tak mampu nak buat buat bodoh, buat buat pekak, bisu. Aku tak mampu nak buat buat pekak bila sedara mara datang ada yang berkias dengan aku tentang keadaan dapur, keadaan rumah.

Rumah kotor tak berkemas lah. Dapur kotor lah. Rak pinggan kotor. Tempat rempah semua kotor. Singki berlumut lah. Bekas tupperware tak bersusun. Ada makanan kering yang dah kena kencing tikus.

Kalau jenis yang beritahu awal2 nak datang, aku ada lah masa untuk buat apa yang patut. Tapi bila jenis yang datang mengejut, tau2 dah ada depan pintu.. yang ni aku pun tak boleh nak buat apa-apa.

Caranya memang tak sama dengan keluarga aku, sedara mara aku. Sedara mara aku, kalau datang rumah umi abah, nak masuk dapur pun minta izin dulu, apatah lagi nak memasak bagai.

Sama juga kalau kami ke rumah sedara, nak ambil air kat dapur pun minta izin. Dan umi paling pantang kalau kami adik beradik buka peti ais rumah orang, walaupun sedara sendiri.

Tapi tak sama dengan keluarga suami. Yang datang semuanya jenis sampai sampai terus terjah dapur. Capai kuali, capai periuk, capai jag, masak. Bila masak, mestilah tanya minyak mana, rempah kat mana, bawang mana, beras mana, gula mana, garam mana. Macam aku ni tak boleh sediakan apa2.

But its ok lah at least aku tak perlulah nak masak masak. Tapi jadi tak sedap bila tetamu datang (walaupun sedara), tengok keadaan dapur macam tu. Lepastu da siap makan apa semua, ada lah yang mula berkias.

Dia macam, ada menantu duduk sekali tapi rumah sama saja macam tak ada menantu yg tolon️ lebih baik duduk sorang kalau ada menantu pun tak boleh nak membantu.

Macam tu lah maksudnya ️ sekali dua, aku boleh buat pekak, buat tak tahu saja. Tapi bila kerap kali, aku jadi tak tahu macam mana nak buat buat pekak lagi.

Soal barang masak kami, memang asing semuanya. Kecuali beras sahajalah, macam yang aku mention dalam luahan aku sebelum ni. Garam, gula, kopi, teh, minyak masak, telur, milo, lauk2 basah, bawang, cili, kentang, sayur…

Semuanyalah yang untuk aku suami dan anak beranak aku makan, memang aku beli asing selama ni. Dan simpat di tempat yang asing. Tak kacau ruang barang mak.

Beli guna duit dapur yang suami aku bagi tiap bulan. Kalau apa yang aku nak pakai tu tak ada, tapi mak ada..aku tetap tak pakai mak punya. Aku bagitahu suami apa yang tak ada, minta dia belikan lepas balik dari kerja nanti. Sebab suami aku dah pesan apa yang tak ada, bagitahu. Jangan pakai barang orang.

Sama juga macam barang yang lain. Rak pinggan ke bekas makanan ke memang aku tak pernah ubah pun dari kedudukan asal dari hari pertama aku duduk sini. Barang lain pun, sofa ke pasu ke apa ke. Biar saja ditempat yang sama, tak beralih kedudukan pun, sekadar sapu sampah lap habuk saja.

Barang barang mak pun aku tak sentuh. Bertahun aku duduk sini, tak pernah sekalipun aku masuk bilik tidur mak. Tak tahu apa yang ada dalam bilik tu.

Aku tahu dalam bilik mak ada tandas ada bilik mandi (suami aku yang bagitahu), tapi aku tak tahu pun tandas tu macam mana apa semua. tak ada keperluan untuk aku masuk bilik mak. Dan aku tak bagi anak anak aku masuk bilik orang lain.

Nak mengemas waktu raya pun, aku tak adalah bentang carpet, tukar langsir, tempah langsir sebarangan. Mana yang mak keluarkan dari almari, itulah yang aku dan suami tolong pasangkan.

Bekas bekas untuk hidang kuih pun, tak adalah aku nak keluarkan bekas aku (hadiah kawen). Guna mana yang mak keluarkan je.

Sekarang pun aku dah tak masak untuk mak. Macam yang aku cakap, bila banyak yang tak dimakan, jadi aku dah decide untuk masak cukup2 sahaja untuk kami anak beranak.

Mak aku biarkan saja, terpulang lah nak masak apa nak makan apa. Cuma Ramadan kalini aku masih masak macam biasa, sayur lauk semua aku masak.

Pelawa mak macam biasa. Mak rasa nak makan, makan. Mak tak makan pun takpe. Saki baki tu aku boleh reheat untuk sahur nanti. Tak perlu nak masak macam biasa. *Mak? Memang tak makan pun apa yang aku hidang tu.

Tapi takpelah. Mungkin tahun ni saya boleh rehat kan mak? Nanti anak anak menantu menantu mak yang lain tu balik, saya tak perlulah nak masak hidang untuk sahur dan berbuka puasa macam tahun tahun sebelum ni kan?

Saya tak perlulah nak menahan sabar dalam hati lagi bila saya sorang bangun awal masak untuk sahur, buat air, siapkan nasi, hidangkan pinggan cawan.. yang lain lain tu, dah nak sahur baru bangun basuh muka lepastu terus hadap makanan.

Pernah rasa nak hidang untuk suami dan anak anak saya sahaja, memandangkan apa yang saya masak tu pun 100% dari duit dapur yang suami saya bagi. Yang lain lain tu pandai pandai lah masak untuk anak beranak sendiri. Tapi saya tak sampai hati mak nak buat macam tu.

Sebab ada budak budak. Anak anak saya lapar pun saya tak sanggup nak tengok. Kesian tengok budak budak yang berpuasa lapar sebab tak sahur.

Hati orang saya tak tahu. Apa yang dikatakan mulut orang pun saya tak tahu. Takut saya mak. Paling saya takut kalau orang salahkan umi abah tak pandai didik anak anak.

Mak, cukuplah mak tuduh saya ambil barang2 masak mak. Saya sedih mak bila kadang2 mak minta anak lelaki mak carikan, dan anak mak terus tanya saya. Bertubi tubi mak soalannya saya ada ambil ke, saya pakai ke.

Berulang saya jawab tak ambil, tak pakai.. tapi suami tak percaya saya. Sebab yang guna dapur untuk masak memang 98% mak dengan saya je.

Apa tak cukup ke duit dapur yang suami saya bagi selama ni? Selama ni ada ke barang masak mak hil4ng / berkurang? Susu pun saya beli sendiri mak. Nangis saya mak. Depan mak saya menjawab dengan suami saya. Ini ke yang mak nak tengok?

Bila anak anak menantu menantu mak yang lain balik sini, masak guna barang barang yang saya beli, guna lauk lauk yang saya dan suami beli, makan minum makanan kami anak beranak, sikit pun saya tak pernah bising mak.

Sekali pun saya tak pernah tanya siapa pakai ni, siapa pakai tu. Sebab semua fikir tu barang barang mak.

Lupa yang saya ni ada suami, yang tiap bulan bagi duit dapur untuk saya beli barang2. Sebab saya tahu tak salah kongsi rezeki, bukan selalu..dan duit boleh dicari.

Saya tahu mak ada sorok barang barang masak mak dekat tempat lain. Saya tahu sebab saya pernah nampak mak simpan. Saya diamkan saja sebab tu barang mak. tak ada hak untuk saya nak bertanya kenapa. Cuma saya terfikir mak, kenapa baru sekarang mak nak sorok?

Kenapa tak dari hari pertama, bulan pertama saya duduk dirumah mak? Kenapa sejak anak anak mak yang lain balik, mak buat macam ni.

Saya tak rasa mak sorok dari anak anak mak. Sebab kalau anak anak mak nak guna barang tu pun, mereka akan tanya mak. Maksudnya mereka memang tahu mak sorok.

Sama juga macam apa yang mak masak untuk diri mak sendiri. Sekarang dah tak sama macam dulu. Sekarang, lauk yang mak masak pun mak sorok, letak ditempat lain. Tak seperti kebiasaan ,tinggalkan saja di dapur.

Takut saya makan ke mak? Takut tak cukup untuk anak anak mak yang lain tu ke? Kenapa baru sekarang mak? Saya tak makan pun mak, walaupun kadang2 teringin. Yelah air tangan orang tua, umi jauh. Nak merentas pun tak lepas lagi.

Kalau mak tinggalkan apa yang mak masak tu di dapur, at least saya tahu mak masak apa harini. Mak makan apa harini. Bukan untuk saya nak makan apa yang mak masak. Setidaknya kalau anak lelaki mak tanya saya mak makan apa hari ni, saya ada jawapannya.

Tapi sekarang dah tak ada jawapan lah untuk semua tu. Saya dapat bau saja mak. Tak tahu mak masak apa sebab mak masak awal pagi waktu orang tengah tido.

Bertahun saya duduk dengan mak, jarang saya dapat rasa air tangan mak. Kalau mak pelawa pun, mak akan pelawa depan suami saja.

Dua waktu saja saya dapat rasa air tangan mak, dan saya sangat sangat bersyukur dengan moment tu ; bulan ramadan (tahun tahun sebelum ni, tahun ni tidak lagi), dengan hari raya. Tapi raya tahun ni saya mungkin takkan makan apa yang mak masak.

Saya segan mak. Saya takut orang tak ikhlas dengan saya. Apa yang saya makan, itu yang akan masuk dalam badan.

Saya mengandung lagi mak. Saya kesian anak saya yang masih di dalam ni kalau saya makan apa yang orang tak sudi hidangkan. Saya masih boleh masak sendiri, dan saya masih boleh beli apa yang saya nak makan.

Ada juga komen yang saya baca, cuba tanya cara mak masak macam mana, cara potong potong ni macam mana. Walaupun kita ni sebenarnya tahu saja, tapi buat buat saja macam tak tahu. Minta mak ajar. Inilah yang aku cuba nak buat dari hari pertama aku duduk sini.

Sebelum aku tinggalkan umi pun, umi pesan duduk dengan mertua kena banyak bertanya, jangan buat hal sendiri, masak ikut cara mereka.

Saya cuba umi. Tapi maaf, sekarang saya memang kena buat hal sendiri. Saya penat nak cuba lagi, saya mampu berdoa saja umi.

Awal awal dulu aku selalu tanya mak, mak nak makan apa. Untuk aku masakkan. Aku tunggu respon mak.

Kalau responnya mak request aku masakkan something, barulah aku boleh proceed tanya next question macam,

“Nak masak tu macam mana mak?” “kalau style saya masak tu macam ni, cara mak masak macam mana?” atau “mak boleh tolong ajarkan saya tak?”. Tapi aku tak pernah dapat respon macam tu. Macam mana aku nak proceed soalan ni.

Jawapan yang aku kerap dapat sama saja. “Masak macam biasa jelah”. Kerap kali inilah jawapan yang aku terima. Sama juga kalau aku tanya “yang ni nak kena potong macam mak?”. Jawapan mak “potong jelah macam biasa”.

Jawapan yang aku terima tak sama macam menantu menantu lain.

Kalau menantu menantu lain tanya mak, mak boleh saja jawab potongnya kena macam ni, nak masak ni mula mula kena letak ni, lepastu masukkan pulak yang itu sekian sekian sekian. Tak sama dengan jawapan yang mak selalu bagi aku bila aku tanya.

Kadang kadang suami ada minta masakkan apa2, tapi tanyalah mak dulu nak masak macam mana. Mula mula dulu aku rendahkan hati tanya dengan mak kebiasaan cara mak masak macam mana.

Tapi jawapan mak, samalah macam apa yang aku tulis dekat atas tadi. Dua tiga kali aku rendahkan hati, tebalkan muka tanya walaupun aku dah tahu jawapan mak apa.

Lama kelamaan aku tak tanya lagi dah. Aku terus masak saja. Kadang suami suruh tanya mak masak macam mana pun, aku lebih rela google atau cari resepi di fb saja. Sebab aku tahu setidaknya aku dapat jawapan, cara dan resepinya macam mana.

Mak, mak lupa yang mak masih ada anak anak perempuan yang belum kawen. Mak lupa mak masih ada anak anak perempuan yang tengah hangat bercinta. Mungkin mak juga lupa, anak anak perempuan mak ini akan kawen satu hari nanti, kena ikut suami, ada mertua dan bergelar menantu.

Saya cuma berharap anak anak mak dilayan mertua dengan baik, dan diterima dengan baik dalam keluarga suaminya nanti. Minta dijauhkan anak anak perempuan mak rasa apa yang saya rasa sepanjang saya bergelar menantu, mejadi sebahagian dari keluarga ini, dan duduk dirumah mak ini.

Terima kasih mak untuk tahun tahun sebelum ni. Saya minta dihalalkan semuanya. Saya tak mampu nak berhadap dengan mak, saya tak kuat nak tengok muka mak. Sebab mak pun tak sudi tengok muka saya.

Tiap kali saya bertanyakan apa2, kadang mak tak jawab pun, kalau mak jawab pun, mulut mak saja yang berbicara, mata dan muka mak tetap tak pandang menghala ke saya. Saya cuma buat buat kuat. Terpaksa kuat depan anak anak, sebab taknak anak anak saya tersalah faham.

Untuk yang bertanya mak skit apa. aku betul betul minta maaf, tak dapat untuk aku tuliskan disini.

Betul mak masih boleh buat kerja, boleh angkat barang, boleh masak.. tapi pergerakan mak sebenarnya sangat terbatas. Apa yang mak buat tu, itu rutin yang mak memang dah biasa buat dari zaman mak muda dulu.

Pergerakan mak ada masanya terbatas, ada masa masa tertentu, mak perlu dipimpin, tak boleh dibiarkan sendirian.

Mak masih boleh uruskan diri sendiri cuma kadang2 ada juga masanya mak membuang dan tak cuci bersih. Jadi akulah yang akan kena tolong bersihkan. Tak dapat aku nak jelaskan, risau kalau ada yang boleh detect siapa aku.

Tentang bil. Rumah tak besar tapi kenapa bil boleh ratus ratus tinggi macam tu sekali sampai boleh buat bayar bulanan sewa rumah? Aircond? Rumah ni ada saja aircond. Tapi tak banyak pun, pakai pun sekejap saja waktu malam. Bila dah sejuk off aircond atau set dry. Siang tak buka.

Bil tinggi bila tak ada common sense. tak ada rasa tanggungjawab. Buka air paip, lepastu masuk bilik memerap dalam bilik. Air dibiarkan terbuka.

Kalau sejam dalam bilik, sejam lah air tu terpasang. Takkan aku nak kena perhati semua paip dalam rumah ni? Takkan aku nak kena tengok orang dalam rumah ni buat apa.

Kalau aku nampak air dah terpasang macam tu, ya aku tutup. Takkan aku nak biarkan. Aku tahu bil dalam rumah ni semua suami aku yang bayar. Kalau bil tinggi aku juga yang kena jawab nanti.

Tapi aku mampu tutup jelah. Dah berapa lama terpasang, dah berapa banyak air yang dibiarkan terbuang macam tu saja, aku pun tak tahu.

Masak air guna water heater, selagi ada air dalam tu selagi tu lah duk ulang panaskan yang sama. Suis? Susah betul nak off suis lepas dah guna. Kadang2 aku bangun 3-4am nak ke tandas, aku tengok suis masih on.

Bila rasa jug nya, dah sejuk. Tak panas, tak suam. Entah dah berapa jam la agaknya dibiarkan macam tu. Belum campur lepas guna iron, suis tak tutup. Iron pulas sampai habis pula tu. Belum campur lepas dah charge fon, suis tak tutup. Tak campur lagi dengan kipas 24/7 terpasang dalam bilik.

Adalah sekali tu salah sorang adik suami pergi ke tempat lain seminggu. Aku ni bila tutup suis kipas area ruang tamu, area dapur, aku masih lagi dengar bunyi kipas yang terpasang, cuma tak tahu datang dari mana. Entah macam mana hari ke-7 aku tiba2 rasa nak buka pintu bilik si dia ni.

Ya, Bunyi kipas tu datang dari bilik dia. Jadi maknanya selama seminggu dia tak ada tu, kipas 24 jam terpasang, kali dengan 7 hari.️

Aku tak rasa tu tanggungjawab aku nak kena cek setiap bilik yang ada dalam rumah ni memandangkan tuan bilik masing2 dah ada. Kalau dulu, bolehlah aku buat macam tu, tolong sapu, tolong bersihkan habuk. And kadang2 aku/suami akan solat dalam bilik yang dah lama tuan tuan nya tak balik ni.

Tapi sekarang, dah tak bolehlah. Tuan tuan biliknya dah ada. Bukan tanggungjawab aku lagi nak bersihkan, nak kena cek bahagian dalam bilik masing masing, nak kena pesan tutup suis, tutup paip air. Semuanya dah besar. Tak ada yang umur 10 tahun pun.

Dengan suami, bila cakap tentang bil semua, aku pernah cakap adik beradik awak itu ini, buka air tak tutup, buka suis tak tutup.

Jawapan suami aku, “kenapa awak tak tolong tutupkan?”️ Pusing2 aku juga yang kena. Sebab tu aku banyak pendam. Pada aku, kalau aku cakap pun, aku yang kena balik, lebih baik aku tak payah cakap. Malas. Penat. Dulu, aku susah sangat nak menjawab suami aku.

Bukan aku tak cuba nak luah. Tapi bila nak luah saja mesti point akan dituju balik pada aku. Jadi luahan aku tu rasa terbantut. Tersekat.

Tapi sekarang sejak dua menjak ni, aku dah mula berani jawab balik cakap suami aku. Maafkan aku suami. Aku penat. Tentang bil, aku menjawab. Bila mak seakan menuduh nuduh aku depan suami, aku menjawab balik kata kata suami depan mak.

Aku penat mak. Aku penat suami.

Setiap hari aku tak sabar tunggu waktu malam, tak sabar tidurkan anak, tak sabar tunggu lampu bilik tutup, tak sabar tunggu bilik jadi gelap gelita. Sebab aku tak sabar nak menangis dalam diam, nangis puas puas sampai aku tertidur.

Aku penat wahai suami. Penat hari2 fikir macam mana nak slow talk dengan kau. Penat macam mana nak bagi kau faham dengan keadaan aku, keadaan rumah, mak kau lagi. Aku penat sangat nak fikir. Aku penat fikir macam mana dan bila waktu yang sesuai untuk luah dan berterus terang.

Aku tak tahu nak mula macam mana, dari mana. Bila aku try up sikit saja, kau pasti akan tanya aku semula kenapa jadi macam tu.

Like “kalau awak tak ada buat pape, takkanlah boleh jadi macam tu”. “Kalau awak tak ada cakap apa2, takkanlah mak nak buat macam tu”. Macam mana aku nak bagi kau faham.

Luahan aku jadi terbantut. Semoga aku ada kekuatan untuk cuba luahkan segalanya, slow talk, minta untuk pindah, ceritakan segalanya pada kau wahai suami, sebelum aku rasa tawar hati dan betul betul penat dengan semuanya.

Aku pun kadang kadang kesian dengan suami. Aku tahu dia pun ada masanya stress dengan mak, dengan adik beradik yang lain.

Pernah juga beberapa kali suami aku mengadu pada aku. Tentang mak, adik beradik. Aku cuma mampu dengar saja lah. Kadang kadang kesian. Tapi diri aku sendiri ni pun kesian jugak. Lagi kesian.

Adik beradik yang lain lain tu yang dah balik sini, macam yang aku kata. Ada yang kena buang kerja, dan ada yang resign.

Jadi masing2 balik dalam keadaan melenggang dan jobless. And still jobless. Macam parasit jelah makan tidur makan tidur. Mintak itu ini dengan mak. Mana nak datang duitnya nak tolong bayar bil, belanja barang rumah?

Suruh kerja? Letih nak cakap. Aku diamkan saja yelah sebab aku kan orang luar. tak ada yang nak dengar pun. Semuanya macam parasit hidup bergantung dengan orang. Mak? Tetap menangkan anak2 nya yang jobless ni. Tapi bila susah, tetap cari suami aku. Sebabtu aku masih tesekat disini.

Aku taknak cakap banyak sebab nanti point yang ada aku ni pun jobless, housewife. Makan pakai harapkan suami. Jadi aku diam jelah. Suami pun diam saja sebab dah tahu apa jawapan mak bila sebut pasal kerja dekat anak anak nya yang jobless.

Aku yang jobless ni? Pernah juga try nak berbisnes, dari rumah. Tak kisahlah baking ke, ambil tempahan ke atau paling kurang pun join dropship ke. Tapi suami tak bagi. Masih mampu tanggung keperluan dan kehendak aku dan anak anak.

Untuk suami, aku harap kau faham dengan diri aku. Aku minta janganlah suruh aku kemas barang2 mak kau lagi, jangan suruh aku kemas singki, itu ini. Sesungguhnya aku dah penat.

Penat sangat setiap malam sebelum tidur, memang rutin aku clearkan singki, buang semua sisa kotoran, buang sampah, tapi bangun pagi singki penuh, sampah bersepah. Lagi penat bila kau minta aku tolong kemaskan. Aku kena bersihkan untuk benda yang aku tak buat.

Kadang aku kemas. Kadang aku biarkan saja. Sebab bukan aku yang sepahkan, yang kotorkan.

Minta maaf kalau lately ni aku sedikit kurang ajar, menjawab semua yang kau cakapkan. Aku kena bela diri aku sendiri, sebab tak ada sape yang nak pertahankan aku. Apa2, mesti mak dulu. Kau tak pernah tanya perasaan aku. Aku tahu syurga kau pada mak, tapi takpelah. Aku pun malas nak panjang cerita.

Aku dah cuba cerita tentang rumah, alhamdulillah suami aku kata akan carikan tempat berteduh yang lain untuk aku dan anak anak. Bila? Tak pasti. Harapnya dalam waktu yang terdekatlah.

Tapi untuk perkara yang lain, luahan nya aku masih rasa tersekat. Tunggu masa dan keadaan yang sesuai, inshaAllah akan aku cuba slow talk dengan suami.

Tentang tong beras, rasanya nak dekat2 raya nanti suami aku mesti perasan. Sebab bertahun tahun memang aku dan suami yang banyak tolong mak urus bahagian dapur untuk persiapan raya.

Cukuplah rasanya sampai sini. Alhamdulillah lepas baca komen, teguran, nasihat, aku rasa sedikit lega dan tenang. Terima kasih semuanya. Terima kasih sangat2. Semoga kalian dijauhkan dari manusia2 yang fake dan toxic.

Pada yang tegur aku jangan sentuh barang orang tua, aku takkan buat lagi dah lepasni. Pada yang tegur aku abaikan dan jaga diri kesihatan mntal fizikal diri sendiri, inshaAllah ini yang akan aku applykan bermula harini.

Pada yang tegur aku jangan mengharap pada yang tak sudi, inshaAllah aku takkan harap kan apa2 lagi dah lepasni.️

Pada yang bagi aku ayat2 untuk dibaca ketika ada masalah, ketika sedih. Allahu. Aku sungguh terharu. Semoga Allah membalas jasa dan kebaikan kamu semua.

Pada yang nasihatkan aku untuk beli cctv, tiba2 rasa diri ni bodoh sangat sebab tak pernah terlintas langsung sepanjang bertahun tahun kawen ni.

InshaAllah aku akan cari cctv yang bersesuaian dengan bajet yang aku ada. Secepat yang mungkin. Cukup untuk aku protect diri aku dari asyik dituduh lagi2 hal yang melibatkan barang masak.

Aku tahu semua keputusan ditangan aku. Selagi mana aku pilih untuk pendam, selagi tu aku kena bertahan. Benda takkan berubah kalau aku tak ambil langkah untuk selamatkan diri selamatkan perasaan diri sendiri.

Terima kasih pada yang nasihatkan aku untuk pindah keluar dari rumah ini. Ini yang aku harapkan dari dulu. Harapnya kalini harapan aku ini dapat dimakbulkan dengan bantuan doa dari kalian. Terima kasih.

InshaAllah aku akan cuba untuk berterus terang, slow talk dengan suami, pujuk suami. Kau lembutkanlah hati suamiku Ya Allah. Bukakan hati suamiku untuk pandang semuanya dengan mata hati, bukan pandang dengan sebelah mata.

Untuk diriku Lola bukan nama sebenar, semoga kau terus kuat untuk jaga diri sendiri dan anak anak. Ramai pembaca yang mendoakan kau. Ramai yang bantu doakan kau agar dapat kerja, dipermudahkan urusan. Semoga Allah bantu aku dengan memakbulkan doa doa kalian semua.

Semoga yang baik2 semuanya berbalik pada kalian semua. Terima kasih. Alhamdulillah masih ada manusia yang prihatin, yang ada timbang rasa. Terima kasih Allah.

Kau balaslah mereka mereka yang sudi mendoakan aku dan anak anak, yang sudi beri teguran pada aku, yang sudi menasihatkan aku, yang sudi berikan pandangan mereka dengan cara aku, yang sudi memahami isi hati aku ini dengan 1001 kebaikan. Aamiin️

Terima kasih semua,