Aku minta suami jaga bby dlm pntang, trus mak mertua ugvt jgn susahkn suami klu xnk kena ceraai

Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum..saya rasa terpanggil untuk luahkan pengalaman sendiri.. Saya cumalah seorang suri rumah. Sewaktu melahirkan anak kedua, saya dah pesan pada suami, tolong jaga emosi saya, kerana sewaktu melahirkan anak pertama, emosi saya sangat tidak terjaga.. Saya dah minta untuk berpantang sendiri, sebab sebelum ni saya berpantang di rumah mertua, dan saya tidak rasa selesa.

Sebabnya, ada ipar lelaki yang lain duduk sekali di rumah tersebut.. Saya kena pakai tudung, bilik air pulak di luar bilik, jadi saya kena bertudung sepanjang masa..

Saya pula sejenis badan yang panas sepanjang masa, bukan demam tapi badan sentiasa panas, kalau bertudung buat saya jadi rimas.

Tapi suami tetap mahu saya berpantang di rumah ibunya, dia pulak akan berulang dari negeri sebelah yang jauh perjalanan lebih kurang 5 jam pada hujung minggu.. Maksudnya 5 hari saya akan duduk sendiri dengan anak2 di rumah mertua.

Ibu mertua baik saja, saya anggap macam ibu sendiri sebab ibu kandung saya dah meninggaal dunia dari saya remaja lagi, jadi saya fikir mahu menumpang kasih.. Saya dah ada ibu tiri, tapi suami saya minta berpantang di rumah ibunya saja.

Saya mulanya tak setuju, saya mahu berpantang di rumah sendiri, sebab saya akan lebih selesa, pada saya suamilah yang sepatutnya menjaga saya, tapi suami memang tak mahu dan saya tak tahulah apa alasannya.

Jadi setelah melahirkan, saya pun berpantanglah di rumah mertua.. Ayah mertua sudah meninggaal dunia, cuma ada ibu mertua, kakak ipar dan suami serta anak mereka.

Keadaan mula menjadi sukar bila anak pertama yg baru berusia 2 tahun, suka keluar masuk bilik dan tak tutup pintu..

Bilik saya berhadapan ruang tamu, jadi tempat orang lalu lalang.. Dan saya rimas kerana keadaan saya yang menyusu, tak menutup aurat dan tak bertudung, saya jadi penat kena asyik bangun menutup pintu.

Bukan sekali tapi berkali2.. Mood mula tak stabil.. Apaatah lagi ber tshirt dan berkain batik, nak keluar bilik kena pula pakai cardigan dan bertudung untuk ke bilik air, saya mula tertekan.

Dan suami pula, tak bertanya keadaan saya, tapi berkali2 menyebut, kesiannya ke ibunya, penat kena buat macam2 untuk saya..

Saya sangat kecil hati, ya tuhan suami saya ni tak faham ke bukan saya yang minta untuk duduk di sini, dia yang suruh, dan ayatnya pula seolah2 menyalahkan saya menyusahkan ibu mertua.. Saya sangat2 kecil hati, dicampur dengan penat ada dua anak yang perlu dilayan..

Hujung minggu, seperti biasa suami balik ke rumah ibunya.. Sampai saja di rumah, ibunya dah siap minta suami buat macam2, basuh baju baby dll, suami saya pun penat juga sebab balik kerja terus drive 5 jam, sampai di rumah diminta buat macam2..

Jadi suami tak sempat nak duduk dengan saya lama2, tak sempat nak bertanya keadaan saya atau berbual2 dengan saya..

Saya sangat terkilan, sebab saya dah penat seminggu, suami pulak jenis susah nak call kalau duduk jauh, jadi bila dia balik tu lah masa untuk saya meluah perasaan.. Tapi bila dia terlalu sibuk dengan urusan lain, saya rasa diabaikan.

Kemuncaknya, bila saya minta dia tolong pasangkan barut di badan saya, sebab jenis barut bertali.. Silap saya tak pakai saja barut berzip biasa. Suami pula tengah sibuk nak keluar, saya dah lupa ke mana tapi rasanya ke masjid..

Saya terkilan juga, dalam pada saya tengah berpantang, dengan baby dan anak seorang lagi, dia sibuk pula mahu keluar.

Waktu dipakaikan barut, saya cuba2 lah bergurau, ya saya inginkan perhatian dia, saya masih lagi keadaan emosi tak stabil dan penat, tapi suami saya hanya mendengus dan mengatakan saya ni manja..

Dia pulak hanya ada di sini dua hari saja (hujung minggu) saya sedih dia akan meninnggalkan kami lagi.

Ya Allah hati saya sangat tercalar, saya cuma inginkan perhatian, tapi dia bermasam muka dengan saya. Lalu saya tiba2 menangis, dan suara tangisan saya makin kuat.. Rasa skit sangat perasaan, dilayan sedemikian oleh suami sendiri.

Dan baby pulak mula menangis, saya ambil dan saya cuba serahkan pada suami, saya kata ambillah baby ni, ambil dan peganglah, sebab dalam hati saya ada rasa nak campakkan saja baby ni, saya dah tak nak anak kalau begini layanannya.

Tapi suami berkeras tak mahu ambil, saya jadi makin menggila, kenapa suami saya layan saya begini, saya takut saya cederakan baby ni, kenapa suami tak mahu faham..

Dalam keadaan beremosi, saya ada minta suami lepaskan saya.. Sebab suami sering cederakan emosi saya dan tak pernah nak faham kondisi saya.

Saat tengah bergduh dengan suami, tiba2 ibu mertua datang, buka pintu bilik dan tinggikan suara pada saya.

Katanya, anaknya itu bila2 saja boleh ceraaikan saya, dia marah apa lagi saya dah tak ingat sebab saya dah mula skit kepala. Kenapa semua nak seraang saya ni, saya cuma minta diberi perhatian yang saya tak dapat dari suami

Lalu, malam tu, saya minta izin suami untuk keluar balik ke rumah ayah saya.. Dalam daerah yang sama. Dalam keadaan menangis tersedu2, saya bawa baby naik kereta.. Saya dah tak tahan lagi, suami hanya diam membisu.

Mungkin dia sendiri terkejut ibunya memarahi saya, dan saya sendiri terkejut kerana saya anggap ibunya macam ibu saya sendiri, dan dalam keadaan berpantang, saya tak sangka seorang ibu boleh meluukakan hati saya dengan kata2 sedemikian.. Betapa tidak memahaminya mereka.

Malam itu juga, saya dukung baby saya, drive kereta dalam keadaan baby di dukungan saya. Saya hampir hilaang akal. Drive pada malam hari, dalam keadaan berpantang, dengan baby di ribaan.

Separuh jalan, saya berhenti di tepi jalan dan menangis tersedu2.. Suara hati saya berkata, aku ni keluar tanpa izin suami, boleh jadi nusyuz.

Saya menangis lagi sepuas hati.. Saya bukan isteri yang jahat, saya cuma stress dan tertekan. Kenapa suami sendiri tak boleh berikan saya sokongan?

Saya kumpul kekuatan, perlahan2 saya ptah balik dan pulang ke rumah mertua. Sampai saja, saya terus masuk ke bilik dan saya tidur kepenatan dengan air mata berlinangan. Saya tak pedulikan apa2 lagi.

Keesokan harinya, saya jadi diam. Saya tak bercakap dengan sesiapa termasuk suami. Saya rasa berada di dunia lain. Kekecewaan ini rasa tak tertanggung.

Saya diam seribu bahasa, berhari2.. Ibu tiri saya datang, dia bercakap dan bertanya, namun saya hanya mampu menangis. Tak menceritakan apa2..

Suami ada memujuk, memeluk, tapi rasanya dia tak tahu betapa teruknya kesan kejadian ni pada diri saya..

Setelah dia pulang ke rumah kami, saya ditinggalkan lagi di rumah mertua.. Setiap kali malam tiba, saya rasa ingin menangis tak bersebab.. Saya rasa mungkin itu gangguan kerana saya berada dalam keadaan tak suci..

Dengan ibu mertua, saya juga tetap diamkan diri. Dan saya buat semua kerja rumah, saya basuh baju sendiri, jemur sendiri, uruskan baju baby, mandikan baby,

Pendek kata semua urusan saya buat sendiri, sebab saya dah tak mahu dengar suami sebut dia kesiankan ibunya kerana terpaksa buat semua, sedangkan, bukan saya yang minta untuk berpantang di sini dan menyusahkan ibunya

Itulah kisah pospartum depression saya, memang akibatnya saya terbawa perasaan skit hati itu bertahun2, dan hubungan dengan suami pun kejap ok kejap tak ..

Saya mengalami depression jugak, ada terdengar suara2 mintak untuk buunuh diri dan lain2.. Tapi itu mungkin saya ceritakan di confession lain.

Saya rasa trauma dengan keadaan tu, doakan saya dapat lupakan dan kehidupan saya menjadi lebih baik. Sekian kisah hidup saya yang pahit untuk dikenang.

Ramai yang terkesan dengan perkongsian daripada wanita ini. Ini antara pengalaman dan nasihat dari netizen yang paling banyak respon.

Teja.Sy tak nak bg nasihat utk confessor bersabar.. Lebih baik berpantang d rumah family sendiri..

Maaf ckp, MIL dan Suami mmg spesis tak guna.. Suami sepatutnya faham yg isteri nak berpantang di rumah family.. Anak kedua dh kan?

Jika lelaki dlm dunia ni boleh bersalin.. Manusia akan pupus, sb tak larat bawak perut, alahan, bersalin dan berpantang..

Sayang diri sendiri dahulu ya..
Jaga diri..
Semoga cepat sembuh..

Ros. Sedihnya…jahatnya mak mentua awak. Patut la kerap mengeluh penat jaga awak. Dia mmg x suka dr awal tu. Yg suami pun…bodoh ke apa.
Kalau malam tu awak drive terus ke rumah mak tiri dan bapa awak, tak balik ke rumah mentua tu lagi bagus. Tapi tu la kan. Awak isteri solehah.

Dah semua buat sendiri, sambung pantang kat rumah sendiri je la. Minta tlg mak tiri awak bawa balik rumah.
Dalam pantang memang emosi tak stabil. Malang seorang wanita bila suami tak memahami.Mujur suami awak tak ada masalah lain.

Ann. Pesanan buat emak2 mertua dan kita yg bakal jd mak mertua…selagi x berkait dgn hidup dan maati anak cucu kita… Xyahlah masuk campur..

Kalau nak masuk campur pun jadilah air penyejuk hati… Bkn jd minyak lagi tambah bara… Kalau x nak org usik anak kita.. Jgn kawin kan…

Lagi satu bab2 berpantang ni kena bg hak mana yg selesa pd si ibu.. X kiralah anak sendiri ke menantu ke… Biar mereka tentukan kat mana nak pantang…

kalau saya byk duit hantar nurse atau mak bidan kat umah anak menantu.. Xyah duduk rumah kita… Kita x rimas… Anak menantu lg nak bebas…. Ajar anak jantan jaga bini dia…

apa faedah kawinkn lps tu kita kena jaga bini dia?.. Sekadar pandangan makcik yg belum ada menantu ni lah.. Jgn marah makcik modern sikit… X suka jajah hidup org…

Yesmina. Pastikan pakai perancang keluarga yg rendah kadar kegagalan mcm depo, implant ye.
Merancang sendiri, kndom,pil are big no.

Sy rs awak pun tahu kan betapa besarnya kesannya pd awak. So pastikan awak recover dan suami sedar “apa yg dia harus byr dgn sikap dia tu”
Ye…

sila bg hint pd suami, yg awak terluuka dgn pengalaman bersalin lps. Kalau bole ckp trauma
Tgk dia sedar atau x baru plan tmbah anak.Better jugak start cari pdapatan sdiri, sibukkn diri sikit jd kurang sikit ms melayan perasaan di samping bole myimpan sendiri

Wardah. Apa reason suami puan suruh stay rumah mak dia kalau kononnya dia kesian kat mak dia & last2 puan kena buat semua sendiri?

Maaf ya, dungu & lembik sungguh suami mcm tu. Tak mampu nak jaga isteri waktu skit berpantang, tak mampu jugak nak upah confinement lady lepastu bonus tak mampu jaga emosi isteri. Sungguh saya geram