Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Terima kasih kerana sudi membaca confession saya. Saya Mira (nama tipu tipu), umur 25, surirumah, mempunyai seorang anak berusia 1 tahun 3 bulan. Masih belum pandai berjalan. Berat masyaallah. Terpaksa dukung ke sana ke sini. Saya banyak kali terfikir untuk tidak ada anak selepas melahirkan anak saya yang sulung ini kerana saya merasakan perit di setiap peringkat untuk ada anak.
Peritnya mengandung dari trimester pertama (morning sickness), trimester kedua (Pelvic Girdle Pain) hingga trimester ketiga (Saakit kaki saakit belakang tak senang tidur dsb nya).
Peritnya bersalin (seluk seluk, Contraction, jahit). Peritnya berpantang (penat melahirkan, penat menyusukan, penat berjaga malam).
Keperitan menjaga seorang anak tidak terhenti di situ sahaja. Malah berterusan sehingga ke hari ini.
Anak saya fully breastfeeding. Malam malam saya akan berjaga menyusukan anak.
Pergerakan saya agak terbatas kerana anak tidak mahu ditinggalkan walaupun sekejap. Dan saya merasakan keletihan yang sangat melampau.
Sudah beberapa kali saya tumpas dengan emosi saya. Saya mula rimas. Saya menjerit pada anak saya. Saya rasa hendak memukul anak saya.
Saya meluat dengan tangisan dan rengekan anak saya. Saya marah anak saya sekuat hati saya kerana dia menangis tidak henti-henti.
Saya stress semua benda saya tak boleh buat. Rumah bersepah. Kain baju tak berbasuh, tak berlipat. Rumah tidak bersih dan kemas seperti dulu.
Badan saya selalu saakit sakiit kerana menyusu badan. Duduk dalam keadaan statik tidak bergerak untuk beberapa jam.
Saya banyak bergantung kepada suami. Seperti yang saya katakan tadi, kerja rumah semua saya tidak dapat laksanakan sepenuhnya. Semua suami saya yang selesaikan.
Alhamdulillah direzekikan suami yang rajin dan sangat membantu. Dan dari sini juga saya merasakan diri tidak berguna kerana tidak mampu membuat perkara yang mudah.
Oleh itu saya berasa takut untuk menambah anak lagi kerana tidak sanggup menghadapi keperitan itu.
Ramai yang berkata, “alah anak baru seorang takkan dah stop”. ” Trauma tu sekejap je nanti ada lah lagi tu”. Iya saya trauma.
Dan saya betul betul tidak mahu anak lagi.
Saya mahukan kehidupan saya yang dulu. Aktif bersukan, bergerak ke sana ke sini dengan bebas tanpa perlu mendukung anak. Berjalan jalan ke tempat yang saya suka selama yang saya suka.
Saya sudah berapa kali cuba memujuk hati saya agar saya dapat buang perasaan selfish ini.
Saya tahu ini adalah modal saya untuk mendapatkan pahala. Saya tahu betapa besarnya pahala seorang ibu mengandung, melahirkan dan membesarkan seorang anak.
Saya tahu satu hari nanti Allah akan membalas dengan sebaik baik balasan. Saya tahu. Tapi saya tak kuat.
Saya takut saya berlaku kasar terhadap anak saya. Saya takut bila anak bertambah, emosi saya bertambah teruk. Saya takut anak saya bencikan saya. Saya takut anak saya menjadi anak yang derhaka.
Jadi, saya ingin bertanyakan kepada semua. Adakah kalian pernah merasakan trauma seperti ini? Apakah yang membuatkan kalian menambah anak lagi?
Setakat ini saja luahan hati dan perasaan saya.
Mohon jangan kecam saya. Emosi saya agak terganggu.
Ini antara nasihat dari ibu ibu yang berguna.
Yesmine. Give excuse to yourself, give extra excuse to your daughter.
Jgn sesekali lepaskan segala emosi pd dia. Sedangkan u yg dah dewasa pun xpandai manage emosi sendiri kan, lagikan dia yg kecik mcm tu.
Pandang dia dgn pandangan kasih sayang. Dia hanya ada awak dan suami utk dapatkan kasih sayang, tempat dia berteduh, org yg akan melindungi dia.
Kalau x larat, hantar anak pi daycare, at least separuh hari ke ckup utk siapkan kerja dan dpt rehat.
Dan it is ok, xnak anak, xyah tambah anak.
I have 2 sons, and a daughter. Umur 33y dan i said my daughter is my bongsu, setakat ni masih rs mcm tu.
Anak sulung 7y, sekolah baru nk adapt dah asyik pdpr, and im being a perfectionist (no delay in homework, rumah mesti tiptop, masakan sedap mesti mampu sy sediakan atas meja everyday, tido mmg xckup sbb anak masih bf wpun dah 2y7m dan dia minum fm sgt sikit,
yes she prefers bf and i x sampai hati nak tolak) feeling quite stress (if not to mention ‘very stress’). Dan i said cukuplah ni je anak kita pd suami, sy penat dan rs ni je yg saya mampu urus.
At least buat ms ni. It is our choice. And i have my own excuse. Im giving my best to them, always my best setakat ni, and i wanna keep giving the best i could.
Make sure pakai contraceptive yg rendah peratus kegagalan if you are not ready for new baby yea.
Que.Sis. Kalau rasa bf tu meletihkan, stoplah. Ambil ubat utk stopkan susu. Latih anak minum susu botol.
Nak mudah untuk latih, letak anak pada pengasuh atau taska, kemudian awak pergilah ke mana2 untuk tenangkan hati.
Bila anak lapar selalunya dia akan minum juga susu botol.
Awak happy, anak kenyang.
Cukup masa, ambil.
Bf is a choice. Jangan paksa diri kalau awak tak mampu.
Awak nak impress kan siapa?
It’s your baby, your choice. As long as baby dapat nutrien yang secukupnya.
Ibu2 yg bf ke tak bf ke, buat home made food ke tapau luar ke, bagi anak disposable diapers ke washable diapers ke..
All of you are good moms, in your own unique ways. Stop impressing others. Stop comparing yourself with others. Stop forcing things to the extent you forget the most important one, love towards your children.
Insyirah. Hugs mama.
Rasanya ia feeling yang normal sebab penat. Forgive yourself and love yourself.
Kalau penat nak kendong anak, boleh cari ergonomic baby carrier. Kendong aja di depan atau belakang. Since baby dah 1 tahun 3 bulan kan..
Sebab awak surirumah, boleh la awak cuba.
1. brisk walk dengan baby. Try 30 minit setiap pagi selepas subuh. Kalau ada taman lg bagus, morning walk sambil sun bath dengan anak.
Sekarang dah boleh brisk walk dengan baby 15km daily. Percayalah, akan ada perubahan emosi yang bagus pada ibu insyaAllah.
2. Kalau penat menyusu, cubalah menyusu sambil baring. Sebab suami pun tak merungut jadi tak perlu rasa useless okay, bila baring kurang saakit belakang. Mommy pun tak penat dan stress.
3. Kalau ada bajet lebih boleh beli basikal biasa 2nd hand. Anggaran dalam rm150 macam tu, pasang baby seat boleh la mengayuh slowly dengan anak pagi-pagi.
4. Cuba elakkan minuman manis. Minunan manis selalu buat emosi macam roller coaster, lebihkan air kosong. Bila bersenam, banyak berpeluh dan bantu juga kita dahaga so topup dengan air kosong.
Ini yang saya buat dengan anak-anak. InsyaAllah, Anak yang banyak cuddle, melekat dengan ibu lebih tenang emosinya dan kurang tantrum.
Good luck, sayang diri awal. Self care. Sikat rambut, minyakkan rambut, dandan cantik-cantik dan tengok cermin.
Awak sangat beruntung, awak cantik, ada anak yang sihat. Awak kena sayang diri sendiri ⚘