Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat, Sebak sangat kisah ini, membuatkan ramai yang turut menangis membaca luahan lelaki ini. Ikuti luahannya yang dikongsi dari laman KRT dibawah. Salam Admin. Mohon hide kan profile saya min. Saya memerlukn bantuan dan pandangan. Maaf jika coretan saya agak panjang. Saya dah berkahwin dengan isteri saya dan dikurniakan seorang anak lelaki.
Awal perkahwinan kami semuanya baik. Saya bekerja swasta dengan gaji yang cukup menampung keluarga. Isteri saya juga bekerja. Dia isteri yang baik, menhormati saya dan melayan saya sebagai suami selayaknya.
Namun, segalanya berubah setelah saya terlibat dalam kemlangan motor awal tahun lepas waktu balik kerja. Doktor sahkan saya lumpoh kekal separuh badan dari pinggang ke bawah kerana saraf tunjang saya rosak teruk
selain drpada beberapa tulang saya patah. Allah sahaja yang tahu betapa celarunya fikiran saya waktu tu. Bermula saat itu, isteri lah yang menjadi tempat bergantung. Dengan monthly rumah, kereta, bil-bil utiliti dan kelengkapan dapur. Isteri yang mulanya lemah lembut, penyayang, berubah 360 darjah.
M4ki hamun jadi biasa baginya setiap hari. Saya ada juga usaha untuk bantu dia dengan libatkan diri dalam bisnes online. Tapi, apalah daya yang saya ada dengan keadaan lumpuh masa tu. Akhirnya, saya semakin tidak dia pedulikan dan yang paling saya terkilan, hampir setiap hari isteri ckp
“Kenapalah kau tak mampus je acident haritu, hidup pun menyusahkan aku”. Allahu. DIA sahaja yang tau perasaan saya waktu tu. Saya faham isteri sangat tertekan dan saya cuba bersabar. Dengan duit tak mencukupi, dulu serba lengkap, kini serba tak kena. Saya pulak cacat (Saya pemegang kad OKU).
Keadaan bertambah teruk bila isteri dah mula sep4k terajang saya. Banyak kali kaki saya dip1jak dan disep4knya. Walaupun saya tak rasa skit (kesan lumpoh, anggota badan tak rasa bila ada sentuhan). Tetapi hati saya sangat terlvka min, diperlakukan oleh orang yang kita sayang.
Saya pula diarahkan tidur bawah, beralaskan tilam bujang. Cuma, saya bersyukur, dalam derita, Allah hadirkan seorang sahabat yang sangat baik untuk saya. Setiap hari sahabat saya akan melawat saya, temankan saya, mandikan saya dan sediakan makanan untuk saya. Setiap hari min dia jaga saya. Allah, Allah.
Hanya Yang Rahman shj yang mampu balas jasa kau sahabat. Dia tau derita saya walaupun saya tak pernah cerita layanan isteri sejak saya lumpuh. Tanpa pengetahuan isteri, saya minta sahabat saya uruskan claim insurans dan socso (kemlangan dalam tugas).
Dia lah yang bantu saya, papah saya turun naik ke pejabat insurans, uruskan pula claim socso semasa isteri saya keluar kerja. Setiap malam saya qiamullail min. Setiap mlm pkul 3pg-4pg, saya akan bangun bertaubat kepada Allah, mengadu nasib kepada Maha Pencipta.
Setiap mlm selama berbulan-bulan saya menangis di depan Allah min. Saya meratap nasib saya, menangis akui betapa kerdilnya saya di depan Yang Maha Kaya. Saya bertaubat sungguh-sungguh min, mungkin saya lalai dan leka dengan kemewahan yang Dia bagi selama ni hinggakan Dia murka dan tarik nikmat saya sekelip mata.
Satu malam tu, saya terlewat bangun untuk qiamullail, dalam pkul 5 pg, tak macam selalu pkul 3 pg. Saya bangun tergesa-gesa terus ke bilik air. Sampai di pintu dapur, baru saya tersedar min, yang saya ke bilik air tanpa kerusi roda. Allah, Allah.
Menangis saya min, terus saya sujud syukur kat pintu dapur tu. Saya menangis lama sujud syukur kepada Allah min. Sangat lama. Dia Maha Kuasa, mampu pulihkan saya walaupun dokator dan perubatan sendiri sahkan keadaan saya yang akan lumpuh seumur hidup.
Hati saya meronta nak naik ke bilik atas, nak kejutkan anak isteri saya, nak bagitau yang saya dah boleh berjalan semula, yang saya dah tak cacat lagi. Tapi, sebahagian hati saya menghalang min. Jadi, saya ambil keputusan nak surprise kan dia pagi nanti.
Pagi tu, saya bersiap kemas-kemas, dan pura-pura duduk atas kerusi roda sambil buat sibuk sidai baju di luar. Masa isteri saya keluar nak ke tempat kerja, saya terjtuhkan tudung kesayangan dia sebab ampaian tu agak tinggi dengan keadaan saya berkerusi roda wakatu tu.
Habis dia meng4muk sakan min, m4ki hamun saya macam takde hari esok utk dim4ki, ditolaknya pula kerusi roda saya sampai saya tersungkur kat lantai min. Kebetulan sahabat baik saya baru sampai dpn pagar rumah berlari dapatkan saya, dan itu adalah pertama kali dia nampak sendiri
sikap sebenar isteri saya yang tak pernah saya cerita pada dia. Terkejut dia min, sampai dia bangun nak tampar isteri saya. Nasib saya sempat halang, dan sedarkan dia yang nak ditampar tu isteri saya. Isteri saya bertambah marah, masuk ke dalam, dia campak semua kain baju saya keluar min.
Dia menjerit-jerit halau saya dari rumah saya sendiri, dia m4ki h4mun saya depan sahabat saya, depan jiran-jiran yang sama terkejut bising-bising pagi tu. Menangis saya min. Tu je mampu saya buat. Hanya kerana tudung. Sahabat saya cuba untuk papah saya ke kerusi roda semula, tapi saya halang.
Saya bangun sendiri, kutip satu-satu pakaian saya dalam keadaan terhincut-hincut. Saya nampak reaksi terkejut sahabat dan isteri saya sebab saya mampu berjalan sendiri. Saya bungkus pakaian saya dengan kain pelikat, saya gerak ke kereta sahabat saya. Sahabat saya hanya ikut saya tanpa kata apa-apa.
Saya hanya mampu ucapkan kat isteri saya “halalkan makan minum abang sepanjang abang tak sihat. Abang maafkan awak dunia akhirat, abang redha, abang ampunakan awak,”. Tersedu-sedu saya menangis min. Masa saya dalam kereta sahabat saya tu, saya terus cari kerja dalam fb yang ada sediakan tempat tinggal,
yang sesuai dengan keadaan fizikal saya yang masih tak mampu kerja kuat dan berdiri lama. (Yang mana sahabat saya dalam fb dan group mencari kerja fb pasti tau siapa saya). Sahabat saya marah betul pada saya masa tu sebab sembunyikan masalah saya daripada pengetahuan dia. Dia ajak saya menumpang rumah dia,
tapi bagi saya, cukuplah saya dah menyusahkan dia selama ni. Saya minta dia untuk tinggalkan saya di Msjid sebab di sana ada rakan jemaah yang saya kenal dan pernah sama-sama ikut mereka tabligh. Marah shbt saya min sebab saya berkeras juga nak ke sana. Maafkan aku sahabat, cukup banyak dah aku susahkan kau,
tiba masa aku mencari kedamaian di jalan Allah. Mak saya dan keluarga masih ada, cuma saya tak mahu menyusahkan diorang. Lagipun, saya tak mampu nak bagitau hal ni pada mak saya, saya bimbang mak marah, kecewa, dan demi menjaga a1b isteri saya sendiri. Sampai di msjid sana, saya terus mencari Ust Adi (bukan nama sebenar) yang mesra saya panggil sebagai ‘abang’,
seorang mullaf Myanmar berstatus PR di Malaysia. Ketua jemaah di sana. Dia pelvk saya, menangis sama-sama saya walaupun dia belum tahu masalah saya. Dia macam rasa hati saya waktu tu. Allahu. Di sana, dia yang jaga saya, bantu saya untuk mandi dan solat walaupum saya dah boleh lakukan semua sendiri.
Risau katanya. Moga Allah balas jasamu bang, dunia akhirat. Saya dapat beberapa panggilan untuk bkerja dalam fb. Dan akhirnya saya memilih satu kerja yang sangat sesuai dengan kudrat saya dan setimpal dengan kelayakan saya. Alhamdulillah. Tapi beliau tak benarkan saya utk bagitau siapa beliau, takut riak katanya.
Tahu apa yang saya rasa waktu tu? Allah ambil nikmat saya hanya satu, tapi Dia pulangkan 1000 lain kenikmatan yang tak tercapai dek akal saya. Allahuakbar. Saya mula bekerja dengan beliau dan diberikan tempat tinggal yang sangat selesa. Saya dia ajak tinggal di rumahnya.
Setiap hari dia sama bantu saya, segala kelengkapan mandi, selimut, dia belikan utk saya. “Hari ni hari kau, hari abang tak tahu bila dan macam mana”. Ayat tu yang dia selalu ulang-ulang sampai ke hari ni. Insayaa Allah, selagi khidmat saya dia perlukn utk bekerja dengannya,
selagi tu saya akan terus bekerja bersungguh-sungguh untuk bantu dia untuk naikkan syrikat. Doakan kami. Setelah beberapa bulan bekerja dengan majikan baru saya, pihak insurans maklumkan claim saya dah lulus dan minta saya untuk ke pejabat. Allahu, saya terima pampasan ratusan ribu ringgit termasuk claim socso. Allah, Allah.
Syukur sangat min. Saya tak tahu nilai ape saya ni di sisi Allah, sehinggakan Allah berikan nikmat sebegini banyak kepada saya. Sahabat-sahabat yang baik, majikan yang mulia, staff pejabat yang rajin menolong saya, kini duit pula yang Allah bagi. Apekah Allah ingin menguji saya sekali lagi?
Hanya Dia yang Maha Mengetahui. Sejak dari tu, isteri saya tak putus-putus hubungi saya siang dan malam. Dia kata dia menyesal perlakukan saya macam tu, dia nak saya pulang ke sisi dia. Dia kata anak rindukan saya, walhal sebelum ni,
anak saya nak dekat dengan saya pun dia tak bagi, dia kata takut berjangkit cacat nanti. Baru sekarang nak ingatkan saya soal anak? Teruji iman saya min dengan kemarahan. Tapi saya pendamkan dalam hati. Saya tahu Allah uji saya. Saya juga memasukkan sejumlah wang claim tu ke acc isteri sebagai nafkah dia dan anak.
Dia masih isteri saya, wajib saya sediakan nafkah utknya. Saya tahu tu. Begitu juga anak, dia tetap anak saya. Cuma, perlu ke saya kembali ke pangkuan isteri saya? Saya sangat-sangat buntu min. Bantulah saya semua warga KRT.
Ini antara pendapat bernas daripada netizen.
Riskina Norza – Terpulang..macam mne anda Allah beri peluang ke2…anda cuba bagi peluang ke2 jgk buat isteri anda..pimpin die kejln Allah..bantu die menjalani kehidupan yang di redhoi…semoga anda berjaya mengubah isteri anda..Insayaaallah..Aminn
Jamal Nana – Jangan hasut untuk bercerrai. Ini ujian untuk dia..utk Allah angkat martabat dia..bersabar bkn bererti b0doh..dia lelaki, dia tau tanggungjwb dia,buruk isteri adalah utk dia didik n baiki..moga Allah permudahkan setiap urusan encik.
Che Mariyani – Takpayah la bang. Patutnya msa abang lumpuh abang cri istri bru siap2. Pastu hdp aman damai bila dah smbuh ni. Grrr apepun smg kamu kuat
Ruhaia kamal – Aku perhatikan, rmai yang komen suh laki ni bagi peluang kat bini dia ialah perempuan.. Sorry walau pun aku perempuan tapi aku taksokong TT ni balik pada isteri dia.. Nmpk sangat nilai sayag tu hanya pada duit.. Cer kalau lelaki yang buat macam tu kat bini dia..
Aje kemain laki tu kena kecam berjemaah.. Sebab dia aku taksokong get back tu sebab ayt dia doakn TT ni mmpus masa acc1dent tu.. Simple.. Utk TT awak bagi la sikit pampasan kat isteri awak tu sebagai upah dia jaga awak masa s4kit.
Nonie Mn – Istiharah la.. sebagaimana encik lakukan sepanjang encik diuji Allah dengan kecacatan dahulu. Isteri encik juga sebenarnya mendapat ujian dari Allah atas musibah yang encik dapat. Tapi dia tak sekuat encik.
Apa sekali pun keputusan yang bakal encik buat saya doakan sentiasa dalam rahmat Allah dan tidak dipengruhi oleh amarah mahupun dend4m. Sumber : KRT