Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Aku menulis sekadar ingin meluahkan rasa. Nak baca, nak komen silakan. Elok berikan pandangan dan elakkan komen berbaur kecaman, hahaha. Aku dah berumah tangga 6-7 tahun. Dikurniakan anak sepasang. Yang sulung sudah 2 tahun 8 bulan. Yang adik baru berumur dua bulan. Keduanya kulahirkan secara czer. Masalah aku ialah suamiku.
Walaupun mmg dia masalah aku. Tapi biaselah aku nak hidup dengan tenang, jadi aku terima sahajalah buruk baiknya. Cumaaa aku rasa aku tak deep in love dengan dià.
Pelikkan dah pun beranak dua, tapi tak semarak cinta gitew. Walaupun sebenarnya dia adalah pilihan aku sendiri. Even dulu² mak aku dah pesan sebelum kahwin. Tak kan lah die.
Aku senaraikan faktor yang buat aku tak de feel deep in love tu. Yang kadang² buat aku sedeh, ksal.
1. Mulanya isu duit nafkah aku. Awal² kahwin ada dia bagi tapi digunakan untuk beli barang dapur. Sudahnya jika tak cukup aku minta lah lagi.
Tapi, lama kelamaan tak bagi lagi duit dia untuk aku. Katanya kalau bagi pun, masih lagi nak minta² duit dia. Haruuuuuu rasanya.
Aku adalah minta cakap baik² dengan dia. Bagilah RM10 setiap hari untuk aku. Buat duit jajan aku lah. Katanya aku kan kerjaaa..
Adoihh pedehhhnyaa hati. Aku cuma ingatkan saja akan duit nafkah aku agar tidaklah berlaku tuntutan diakhirat nanti tapi dia tak tahu ke ekkk.
Dan semestinya aku pun rase nak disayangi dari seorang suami.
Sekarang lagi lah anak yang sulung tu, kuteringin gembirakan si kecil itu setiap kali ku pulang kerja dan ambil dari taska nak belikan die makanan. Tapi tiada duit yang dikirim untuk anak² kepadaku.
Jadi aku pakailah duit ku sendiri. Berat perasaan ni, aku niatkan sedekah untuk anak² tapi sebelah lagi kecewa dengan suamiku. Yang aku harapkan nah ni duit belanje anak² ambillah.
2. Kos pembed3han czer ditanggung aku sendiri. Sesudah merayu dan meminta izin untuk melahirkan di hspital swasta, akhirnya dia bersetuju untuk sumbang RM2000. Total semuanya RM8500.
Aku bukanlah kaya raya yang ada bisnes juta². Kalini aku gadaikan semua barang kemas aku. Ngam RM7000 tambah duit sumbangan dia 2000. Jadi cukuplah bayar kos pembed4han itu.
Tapi aku sedeh pedihhhh setelah sebulan melahirkan, dia beli handphone yang harganya RM2000 something untuk dia. Jadi dia pun tidak lah in love dengan diriku jugà bukan.
Ada duit tapi terimakasih yang loving² pun tidak ada. Cukuplah bouquet bunga pun tak ada. Haaa sedehh. Dia kata belanja makan lagi kenyang. Pada aku makan tu dah mmg dia kena bagi makan kan..
Suamiku ini seorang yang punya hobi, biase lelaki mesti ada duit kalau punya hobi. Pernah dulu dia kata, tak kanlah semua duit dia untkku sahaja. Tapi masalahnya tak ada pun duitnya aku minta². Saakit lagi hati ku.
3. Soal rumah, kami tinggal di rumah sewa, kereta atas namaku, dia tiada kereta, hanya motor sahaja. Tiada hutang. Mmg dia tak suka menambah harta kerana mind set yang bagusnya itu, tidak mahu berhutang.
Dia sudah ada rumah pertama atas namanya, tapi keluarga dia yang duduk dan bayar. Bila aku hendak beli rumah sendiri, permohonan aku tidak lepas kerana hubungan aku dengan suami. Hm bukan aku yang duduk pun.
Katanya masa bujang tak pernah terfikir nak beli rumah bersama isteri.
Oh hoi. Ksiannya jadi isteri dia. Kerana tidak jelas status rumahnya itu, aku fikirkan nanti kahwin bolehlah beli rumah sesama aceeegitew. Yeahhhh sungguh yakinnya aku masa itu.
Last, aku pernah rasa ingin betul berpisah dengannya semasa anak pertama. Rasa tak suka dengannya makin membuak² masa tu. Stress bila permintaan aku selalu diketepikan.
Aku bukan kaki bebel. Bila bincang cakap baik² dengan dia.. Aku selalu terdiam dengan kata² dia.. Stuck..
Pernah dia ajak bincang, kerana perubahan perangai aku. Tapi aku stuck bila dia kata kenapa ko macam ni, ko nak cari lelaki lain ke.
Hati ni tak lah tergamak sangat nak berlaki lain. Laki lain belum tahu perangai lagu mana.
Tapi, sekarang dia menang sebab sudah ada anak, pandai dia layan anak, mandikan, bersihkan berak anak dn bermain bersama anak.
Kali ni aku cuba mengawal perasaan ingin berpisah tu sebab dia bukan kaki pkul, kaki baran. Dan sudah pun ada anak kedua.
Dia bayar pampers, susu, rumah, kereta aku (kereta aku minta dia yang bayar dengan sebab nak bawa anak pergi hspital, nak happy kan aku dan anak² kemana² guna kereta jugà)
Masa tak ada anak, even aku merangkak tidak berduit, aku yang bayar. Dan kereta tu tak lama lagi habis bayar dengan bank. Aku sudah minta, tetap maintain bayar online kepadaku cuma tulis lah duit nafkah isteri.
Jawapannya itulah, nanti dah bagi duit pun.. Minta² duit dia jugà. Apakah dia tak faham duit dapur, duit nafkah dua kategori duit yang tak sama.
Aku, pun ingin bahagia dan dimanjakan sebagai isteri.
Sekian,
Ini antara nasihat bernas daripada netizen.
Akima. kadang-kadang as wife, sesekali kita kena cuba juga letak diri kita dalam kasut suami..suami dah sediakan keperluan rumah dan anak2..even bayarkan kereta yang kita guna..
itupon kita kata dia kedekut..sedangkan kita ni, nak keluarkan duit utk belikan jajan untuk anak sendiri pon berkira2..jadi siapakah sebenarnye yang lagi kedekut?
untuk bahagia, kita perlu ada perasaan ‘cukup’..alhamdulillah suami aku pandai jaga anak2..alhamdulillah suami aku dah sediakan nafkah yang wajib serba cukup..
kita nak rasa dihargai, tapi tanya diri kita dulu, pernah ke kita even mengucapkan ‘terima kasih’ pada suami bila beliau belanja kita makan sedap2 atau sponsor ape2 keinginan kita?
kita cuba belajar hargai suami dulu, manatau hati kita lebih tenang cinta lebih mekar..
niat cintai suami kerana Allah..kita nak ubah orang tu susah, kita cuba ubah diri kita dulu..semoga Allah beri jalan yang terbaik utk puan..aminn
Fazidah. Wei, pampers, susu, rumah, kereta tt pun dia yang bayar? Dah tu? Nak apa lagi tt? Tak faham akak…. Mungkin tt nak baju2, 2 pasang setahun dan nafkah duit ka?
Bersyukur lah tt,ada suami tak bayar apa pun langsung, bini beranak hspital kerajaan kelas3….dan mcm2 k3s lah….depa tu nak panggil apa pulak? Kalau suami tt ni pun dah digelar kedekut?
Nur cahya.Lah, benda gitu pun kau nak berceraai.
Senarai baik laki kau cukup banyak dah.
Dah kenapa kau sanggup bazirkan duit 8k untuk beranak kat swasta? Hspital kerajaan ada weh, 8k tu banyak benda kau boleh buat. Tak faham aku jenis tak ukur baju badan sendiri ni.
Kau mulakan beromantis dengan laki. Jangan harap dia buat dulu. Kau mulakan tidur atas riba dia, peluuk dia, buat air yg dia tak minta, makan sepinggan, nanti kau minta kancil, gajah dia kasi.
Nor arfa. X reti nak kedekut ngn suami. Kenal masa sama sama susah… kawin n hidup selesa.. kadang time saya gaji..saya belanja dia makan yg sedap sedap.. kadang dia teringin dia nak makan.. dia ajak sekali makan. Beli susu pampers semuanya ikhlas utk anak.. urusan minyak kereta pun saling top up.. x reti berkira….adalah dia suprisekan saya beli gelang emas.. tapi saya dh ckp…
kalau terdesak nak pakai duit..ambik je gadai… kalau nak ikut nafsu…mmg rasa x cukup memanjang tapi syukur kerana sehingga skrg.. xpernah la putus makanan or xde duit langsung …alhamdullilah