Suami curaang dgn cikgu tadika anak, cikgu tu perasan cntik duk tayang aset kt suami

Foto sekadar hiasan. Viral betul Hanafi Raihan kan? Aku menggigil baca cerita Hanafi Raihan. Pasangan jjik yang kalau kahwin pun malu dia sampai masuk liang lahad tak habis, masyarakat masih ingat. Event family day pun nama diaorang tak masuk dalam list. Pasangan jjik yang kalau dapat anak pun, takut rosak perangai anak dek perangai mak bapak yang tak kisah berzina.

Anak ambil gambar jelir-jelir lidah, baju ketat nampak gunung, seluar ketat nampak tongkat pun, mak bapak tak marah sebab mak bapak jjik tu pun lebih kurang saja, ambil gambar beli k0ndom.

Aku gigil baca cerita tu.

Aku gigil masa nak taip ni.

Sebab apa yang suami aku buat kat aku 2 tahun lepas masih aku ingat.

Every details of it.

Dan aku percaya ramaiiii lagi isteri-isteri kat luar sana pun pernah kena macam ni. It is just the matter of to make it public or to keep it to ourselves.

Aku mengmuk. Macam doktor tu, aku pun screenshot setiap perbualan jjik diorang. Aku sampai nak call tadika betina tu sebab dia block aku kat whatsapp, kat telegram.

Oh by the way, betina dalam cerita aku ni cikgu tadika. Muka dia, warna kulit dia, badan dia exactly macam betina, just kawan-kawan dia boleh bergaul lagi dengan dia sebab dia pakai topeng.

Tapi akhirnya dia call aku, mintak maaf. Dah tunjuk t***k kat laki aku, cerita segala dalam kain, maaf? Kalau dia maati pun, aku pijak kubur dia.

Bodoh la hei minta maaf bila dah macam tu.

Tapi aku tak salahkan betina saja sebab jantan pun salah jugak. Dua-dua aku amukkan. Diorang ‘cuma’ phone s3x.

Suami aku macam nak mampus dah masa kantoi tu. And we are still marry until today. Alhamdulillah? Hahaha

Deep in my heart, aku sokong doktor tu. What she did is the same as what i did two years back. Its only my story didnt go to FB. Aku suka bila seorang isteri berdiri dengan yakin dan berani.

Zaman sekarang ni terlalu ramai perempuan murahan nak ambil kesempatan (especially duit) daripada suami orang. Perasan cantik.

Contoh macam betina yang aku kenal ni, dia rasa ayah student A asyik pandang-pandang dia saja, ayah student B senyum kat dia, ayah student C selalu tanya khabar dia.

See? She thinks all men fall for her. So mak-mak sekalian, beware. Sebab dia, aku tak percaya semua cikgu tadika.

Kau tudung labuh ke, pakai purdah ke, baju ketat ke, semua aku tak percaya. Lelaki pun sama. Muka masjid, rupanya kau hanafi.

Dan tak payah la netizen yang baik-baik ayam ni kata doktor tu mengaibkan jjik couple ni. Maybe netizen itu memang baik, husnuzon, tak pernah kena atau belum terkena.

Aku tak doakan tapi aku tak percaya lelaki. Satu lelaki pun aku tak percaya. Dan tak ada apa nak aib kot.

Cuba fikir, doktor tu tunjuk muka diorang saja. Diorang tu dalam bilik lagi la bukak segala, sama-sama tunjuk aset yang dimegahkan tu.

Doktor tu cuma tunjuk muka diorang saja. Muka saja. Muka bukan aurat. Bukannya doktor tu tunjuk tongkat atau bukit dan segala tumbuh-tumbuhan yang diaorang ada. Muka saja. Aib ke tunjuk muka? Aku rasa tak aib langsung.

Apa diaorang tunjuk dalam bilik lagi aib, tapi diorang tunjuk. So doktor tu tak salah la kan?

So ladies, bangun..Tell yourself yang kau layak bahagia kalau suami kau buat tak guna pun. Cara nak bahagia, depends pada diri masing-masing.

Aku tak advice korang berceraai atau teruskan hidup dengan tak guna. Jalan hidup dan cerita hidup kita lain-lain. Tapi yang penting KITA LAYAK BAHAGIA.

Untuk suami tak guna, tolonglah tahu bahawa sekali korang buat macam tu, selama-lamanya isteri korang ingat.

Walaupun selepas tu korang dah jadi baik, isteri masih masakkan korang makanan sedap-sedap, masih boleh plan family day dan ambil gambar sambil bergelak ketawa, dia masih ingat. Dia masih ingat.

Untuk kisah kedua, memberi kesan mendalam kepada kita. Macam mana dia hadapi situasi dengan tenang berhadapan suami curaang.

Saya salah seorang hamba Allah yang diuji pada 5 tahun pertama perkahwinan. Susah senang bab duit itu perkara biasa tapi saya diuji dengan suami saat hari ke 7 menikah.

Mentalku par4h? Ye ketika tu deraian air mata dan perasaan dend4m, marah ketidak puasan hati menyelubungi diri.

Tahun ke 4, saya mula mendiamkan diri apa jua yang dia buat. Perkara yang membuatkan saya marah, saya memilih untuk sabar tanpa dend4m dan membalasnya dengan senyuman dan kata-kata yang rendah tone suara.

Ketika itu saya mula nekad untuk betul2 kembali kepada Allah selepas beberapa minggu Allah menggerakkan hati saya untuk menonton ceramah2 agama.

Dengan Izin Allah, Hari ke hari saya diberikan semangat untuk bergantung sepenuhnya kepada Allah walau apa pun Ujian dan perbuatan suami. Perubahan macam mana tu? Teruskan membaca.

Melalui tiktok saya belajar sesuatu yang mengubah segala-galanya. Apa yang saya nekad untuk buat

1. Bangun qiamullail setiap hari tanpa missed walau sehari. Saya xbangun awal sangat, 5.30am. Bila dah biasa tak kunci jam pun terjaga sendiri.

Saya Mulakan dengan Solat Sunat Taubat, Solat Tahajjud dan Solat Hajat. Total 6 rakaat.

Selepas solat,

Alhamdulillah – Segala Puji bagi Allah 100x

LailahaillAllah- Tiada Tuhan selain Allah 100x

Lahaulawalaquatailabillah – Tiada daya dan kekuatan melainkan pertolongan Mu Ya Allah 100x

HasbunAllah wanikmalwakil- Cukuplah Allah sebaik-baik pertolongan 100x

SubhanAllahiwabihamdihi – Maha Suci Allah dan Segala Puji Baginya 100x

Astahfirullah – Ampunkan Dosaku Ya Allah

Saya zikir bersungguh-sungguh dan rasai dengan hati sebab semua yang terjadi adalah kehendakNya dan hanya Allah yang mampu mengubah diri Suami bukan saya. (YAKIN 100%)

Ngam Habis zikir terus Azan Subuh. (selitkan Hajat dan doa lagi sekali)

2. Solat Sunat Subuh dan terus Solat Subuh – Total 4 Rakaat

Selepas solat saya akan wirid

SubhanAllah 33x

Alhamdulillah 33x

Allahuakbar 33x

Ayatulkursi

Doa sepenuh hati

Sedekah Subuh, Setiap RM1 untuk 1 hajat.

3. Saya masuk kerja 8.30am, 7.20am selepas settle uruskan breakfast dan baju kerja suami, saya ambil wuduk dan baca Surat Al waqiah diakhiri dengan asma ulhusna sementara menunggu masuk waktu dhuha.

Solat Dhuha 2 rakaat + 2 rakaat, zikir Allah Ya Bari’ (Allah maha mengurus, mengatur, selitkan doa aku serahkan segala urusan suamiku, urusan kerjaku, urusan rezekiku dan semua urusanku untuk diatur olehMU)

Nampak macam banyak nak buat tapi Allah permudahkan masuk kerja pon ontime.

Otw pergi tempat kerja, selawat sebanyaknya.

Di sini, saya beli tasbih digital yg kecil tu 10 biji, 90sen sebiji dekat shoppee. Saya letak dalam kereta, dalam handbag, sofa, bawah bantal, sejadah, dapur, meja solek, meja kerja.

Demi Allah dengan Izin Allah saya mampu berselawat semaksimum mungkin. Alhamdulillah tenang hati balik kerja.

4. Solat sunat rawatib sebelum dan selepas zohor dan solat zohor beserta wirid

Selitkan Zikir Ya Azim 111x. Allah akan menstabilkan pekerjaan kita

Total 8 Rakaat

5. Solat sunat Asar dan solat Asar. Yang ini saya kerjakan di rumah sebab waktu ini adalah waktu paling penting kerana waktu inilah semua doa2 kita akan diangkat ke langit( penghujung hari).

Saya akan menutup hari saya dengan zikir2 yang sama saya buat semasa solat subuh. Niat dan berdoalah bersungguh-sungguh.

Sesungguhnya apa yang berlaku semua atas kehendakNya.

Total 6 rakaat

Selesai semua, saya akan siapkan malam malam. Settle 6.45pm

6. 10 minit sebelum solat magrib, saya akan istigfar sebanyak yang boleh sehingga azan, dan terus berdoa sebelum solat sunat magrib.

Kemudian solat magrib dan solat sunat selepas magrib.

Total 7 rakaat.

Wirid + baca alquran dan surah Al Mulk.

selepas itu, Selesai hidangkan suami dinner dan makan bersama. Azan isyak berkumandang

7. Solat sunat sebelum 2 rakaat, solat isyak dan solat sunat selepas isyak 2 rakaat. Saya tutup hari aaya dengan bacaan Asma ulhusna.
Total 10 rakaat

Masa nak tidur, saya akan sarungkan tasbih dekat jari supaya setiap kali terjaga dari tidur, terus zikir kepada Allah. Setiap kali terjaga jangan lupa selitkan bacaan

LailahaillAllah huwahdahulasyarikalah lahulmulku walahulhamdu yuhyiwayumitu wahuaala qullisyain qadir.

SubhanAllah

Walhamdulillah

Allahuakbar

Walahaulawala quwataillahbillah

Faghfirli (ampunkan aku Ya Allah)

5.30am bersambunglah rutin harian saya

Allahhuakbar, Allah maha besar, Segala Puji bagi Allah. Demi Allah segalanya berubah tidak sampai sebulan.

Suami dah mengeluarkan kata2 manis dan lemah lembut, penyabar, pemurah, isikan minyak kereta, tinggalkan duit belanja bila keluar, bawak balik makanan setiap kali balik dari mana2, sambut saya balik kerja dengan senyuman,

Buatkan air, buatkan breakfast, lunch, dinner time weekend, jalan peluuk bahu dan pegang tangan saya bila kat shopping mall, hidangkan makanan setiap kali makan,

Bagi mak ayah saya duit poket, ajak makan luar bila saya bagitahu saya letih, kain baju semua settle, gosok baju jela saya buat. Beli pape, tanya pendapat saya dulu. Makan nak saya suapkan dan banyak lagi perubahan dengan IzinNya.

Alhamdulillah terima kasih Ya Allah, hilaang terus rasa marah, dend4m, saakit hati, saakit ‘mental’ saya selama 4 tahun dengan 40+- rakaat ini.

Setiap hari bagai cinta berputik kembali. Rezeki datang mencurah2, segala belanja dan hutang saya dapat selesaikan dengan mudah, pergi kerja tenang, balik kerja tenang.

Alhamdulillah Terima Kasih Ya Allah. Sesungguhnya semua yang terjadi atas kehendakMu. Aku sebagai hambaMu menyerahkan sebulat-bulatnya urusan aku kepada Engkau, sesungguhnya Engkau Maha Melihat keadaan hambaMu.

Buat pembaca yang saya sayangi, mohon selitkan doa kebahagiaan buat saya dan seluruh wanita-wanita yang diuji. Sesungguhnya Syurga itu Mahal. Sabar dan Harungilah dengan tenang.

Kau bertaubatlah macam mana pun, dia masih ingat.