Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Suami adalah dunia kecil seorang isteri selepas berkahwin. Jika seorang isteri itu tidak bekerja, maka kebergantungan terhadap suami adalah 100%. Seorang isteri berharap dapat mencipta dunia kecil bersama suami. Bersama2 merancang rumah bagaimana yang ingin dibina, dapur bagaimana nanti yang ingin dibuat. Perabot bagaimana, dimana nak letak tv. Ya, itu harapan setiap wanita.
Semua itu terletak pada suami sendiri. Ada suami akan membina mahligai mengikut acuan suri hatinya itu. Namun ada juga yang lagi selesa berbincang dengan ibunya sendiri.
Ya ibu kandungnya. Semua keputusan dibuat oleh ibunya. Rumah warna apa, table top bagaimana. Perabot nanti beli yang terpakai sahaja seperti yang disuruh ibunya. Lantai bagaimana.
Isteri seolah2 tidak wujud. Kenapa? Kerana isterinya itu tidak bekerja, hanya menjaga anak dirumah.
Jadi mungkin difikir isteri tidak berfungsi dan tiada kepentingan. Padahalnya nanti rumah tu rumah mereka, bukan rumah ibunya. Ibunya sudah ada rumah sendiri. Cuma dasar ank emak, semua keputusan bergantung pada ibunya.
Ibunya bukan seperti ibu tua yang lain. Ibunya suri rumah namun suka mengawal. Anak2 yang lain hanya mengikut kata2 ibu mengikut keadaan. Namun suamiku 100% mengikut kata ibunya.
Dulu kami pakai kereta kancil. Makin bertambah anak makin sempit kereta. Suami ingin menukar kereta baharu, namun dihalang ibunya.
Dikatanya membazir. Nah, terus diikut arahan ibunya. Yang sempit dan tidak selesa aku dan anak2.
Kemudian bila ada makan2 keluarga, ibunya berterusan mengungkit jika aku si isteri turut sama bekerja, boleh sudah upgrade kereta baharu. Jangan mengharap pada suami saja.
Buat pengetahuan kalian, suamiku kerja kerajaan ya. Sangat mampu nak beli kereta lain. Rumah yang dibina pun atas tanah swndiri. Tapi ibu mertuaku jenis mengawal, jadi dilihat seakan2 kami selalu kesempitan wang.
Padahal wang kami ada, tapi mertua jenis kedekut, mengawal perbelanjaan kami. takut aku menyusahkan anak dia.
Kami tidak sembumbung dengan mertua, tapi oleh kerana sikap suami suka bagitahu semua perbelanjaan dan perkara pada ibunya, nah ibunya makin suka mengawal.
Aku sendiri selalu makan hati pada suamiku. Aku seperti boneka, tidak berhak bersuara. Apabila aku bersuara/ memberi pandangan, mertuaku akan cuba mengingatkan aku ni tidak bekerja, tidak mampu jadi jangan banyak cakap, terima seadanya sudah.
Aku seperti tidak berhak ke atas suamiku. Kepentingan dan kebahagianku bukan keutamaan suamiku. Aku lalui hari2 ku dengan tidak redha pada suamiku. Apa makna perkahwinan jika aku tiada hak untuk berbincang atau membuat keputusan.
Aku cantik, aku juga belajar tinggi. Cuma silap aku memilih untuk tidak bekerja. Aku da pengalaman buruk dengan pengasuh sewaktu aku kecil, jadi aku ada trust issue umtuk merelakan anak aku di bawah jagaan orang jika aku bekerja nanti.
Maaf jika ini khilafku. Namun apabila aku rasa tidak dihargai suamiku, aku mula terkenang2 kenangan lama dengan lelaki lain. Aku pernah ada teman hidup, sebaik2 manusia yang pernah aku kenal. Dari zaman sekolah dia selalu dekati aku.
Dia kaya, ada rupa, mama dia pun baik dengan aku. Cuma aku menolak pinangan dia hanya sebab dia sebaya aku. Dia baby face, aku tidak suka. Aku memilih lelaki yang aku baru kenal, yang hanya melihat perwatakan luaran
Memang suami aku hensem tinggi, tapi paras rupa tidak menentukan kebahagiaan
Si baby face mula putuskan berhubungan dengan aku bila aku berkahwin. 8 tahun tidak ketemu, baru2 ini dia add aku di fb, belum berkahwin, namun wajahnya sudah berubah.
Terbayang muka baby facenya yang dulu. Dia add aku, dan hantarkan undangan perkahwinan padaku. Dia sempat bersenda dia baru boleh move on, sebab tu baru add kekuatan nk add fb aku.
Kenapa aku terkilan. Entah, mungkin kerana aku sedang bergolak dengan suamiku. Hidupku serba tidak kena. Aku tidak bahgia hanya kerana mertuaku. Aku seperti perempuan simpanan sahaja. Kilang melahirkan anak sahaja. Terlalu banyak batasan antara aku dan suami.
Aku rasa kosong.
Aku mula tawar hati mahu melayan suamiku. Aku tak ikhlas memasak. Aku hanya mahu kasih sayang dan diberi keutamaan. Ibunya ttp ibunya, tapi harus diingat aku ni pasangannya. Aku sedih kerana terpaksa berebut suamiku dengan ibunya.
Suamiku tidak sedar dia dikawal ibunya, kerana dia fikir ibunya hanya inginkn yang terbaik untuk dia. Tapi aku yang makan hati kerana tiada satu yang aku inginkan, yang dibuat.
Wahai wanita, jika suatu hari nanti menjadi mertua, jangan masuk campur urusan si anak suami isteri. Lebih2 lagi jangan fikir untuk mengawal hidup anakmu.
Wahai lelaki, syurgamu memang di telapak kaki ibumu, namun ingat isteri dan anak2 mu adalah amanah untuk mu. Sebelah kaki mu mungkin di syurga, namun sebelah lagi mungkin di neraka kerana perlakuanmu terhadap isteri.
Zawakir. Bekerjalah Puan.Kebenaran yang pahit tapi realitinya menantu yang suri rumah sepenuhnya kurang dihargai mertua dan ipar duai.Walaupun semulia mulia kerjaya di sisi Allah SWT. Bila anda bekerja, kena cekal dan carilah pengasuh yang baik.
Banyakkan solat hajat dan lazimkan solat tahajud agar Allah SWT memudahkan urusan Puan dan suaminya.
Mohon pada Allah SWT kerana DIA memegang hati.Solat Tahajud mencantikkan wajah kita,bercahaya dan membuat orang lain sayang akan kita.Itu kelebihan bersolat Tahajud.
Jangan melayan bisikan syaitan.Saya doakan Puan dipermudahkan urusan .Aamiin.
Najwa. Maaf tapi saya sangat tertarik dengan konteks “suami adalah dunia kecil seorang isteri”.
Kesannya, kehidupan perempuan selepas kahwin akan stucked pada keluarga saja, akan malap semuanya untuk impiannya, kehendaknya dulu, cita cita.
Mengapa perkahwinan kepada perempuan harus menjadi seperti itu? Ini sebab utama mengapa kita akan jadi bosan dengan kehidupan perkahwinan yang ‘memaksa’ kita berkhidmat sehingga akhir hayat sehingga tak ada ruang peribadi kita sendiri.
Ini berlaku sebab kita sendiri yang membuat situasi jadi begitu. Pemikiran yang sama tak berlaku pada lelaki. Cubalah fikirkan.
Anie. Bukan isu mak mertua, isunya SUAMI KAMU tu anak mak. Seumur hidup duk dgr cakap mak, dah lepas kahwin pun sama. Awak sebagai bini, kena sinsing lenganlah bergduh dgn somi.
Jangan give-in… anak makin besar, awak makin tua. Sampai bila nak merayu macam ni. Jgn lawan mak mertua tu, LAWAN suami tu… dah tua-tua pun duk ikut telunjuk, dah kenapa.
Sarimah. Keluar dari kepompong. Cari kerja yg selayaknya dengan puan. Mungkin ada rezeki puan. Jangan biarkan diri dipandang sebelah mata.
Lembut wanita bukan untuk dilodeh-lodeh ,disudu-sudu sesuka hati, dan keras kita bukan untuk diketuk-ketuk.