Foto sekadar hiasan. Assalammualaikum w.b.t. … Saya harap cerita ini dapat diterbitkan. Saya ini sudah pun berumur 46 tahun.
Saya ini pernah mainkan seorang gadis lebih kurang 15 tahun lepas. Baru-baru ini anak saya pulang kerumah menangis dek dipermainkan teman lelakinya dan alami masalah jantung.
Saya nak cari lelaki itu tetapi anak gadis menjadi bisu tak mahu cerita.. Siang malam menangis. Nak kata tak dijaga elok, saya sudah beri lebih perhatian dan ajaran agama. Minggu lepas masuk hspital alami masalah jantung.
Ini semua salah saya tak mampu pendam lagi. Saya bertaubat membaiki perkahwinan saya kembali selepas saya cur4ng dahulu tetapi mengapa tuhan masih membalas? Saya sangka saya dah buat semua keputusan yang betul..
Saya temukan laman ini pun sebab saya taip berziina perempuan ketiga. Saya baca banyak berkaitan ziina tetapi saya tak jumpa solusi.
Saya sudah cuba tanya kepada ustaz ustazah tetapi saya tak dapat jawapan. Dahulu saya bercinta dengan anak gadis sehingga berziina.
Dia bukanlah gadis liar tetapi gadis biasa sopan. Dia datang dari keluarga yang bermasalah dan jenis pemalu. Kami bercinta hingga terlanjur.
Saya mengambil daranya dan kemudian saya mula sedar saya memang tak akan kahwin dia dek tak akan diterima isteri dan anak saya.
Kami ziina banyak kali dan saya bersalah kerana bagi banyak harapan palsu. Saya rasa amat bersalah kerana dia gadis suci yang langsung tidak tahu apa-apa. Namun, saya cuba tipu diri untuk percaya dia yang sudi untuk sedapkan hati.
Saya mahu halalkan dia tetapi saya takut isteri marah dan tinggalkan saya. Gadis itu jadi b4ran dan murung menunggu saya. Saya layan gadis itu endah tak endah harap dia tinggalkan saya. Saya memang tak tahu apa saya perlu buat waktu itu.
Gadis itu akhirnya beritahu isteri. Isteri saya menyuruh dia jangan kacau saya lagi. Saya ambil peluang putuskan hubungan dengan gadis itu dan jujur kata waktu itu, saya amat lega mempunyai alasan dapat lepas tangan dari komitmen lagi.
Waktu itu saya fikir dia adalah gadis yang tak elok dek dia selalu m4ki saya dan murahan. Saya bersungguh taubat dan bina kembali keluarga saya.
Saya fikir islam suruh utamakan isteri jadi saya tinggal gadis itu dan fikir nak gembirakan isteri sahaja.
Isteri tahu saya berziina tetapi saya tipu kata gadis itu pelacur dan mengugut saya untuk tidak tinggalkan dia. Saya sangat keji dek saya cuma fikir mahu menyelamatkan perkahwinan dan anak saya sahaja.
Gadis itu ada datang kembali cari saya tetapi saya sorok. Hidup saya berubah elok dan isteri juga memikat saya kembali. Isteri juga tak putus doa agar anak dijauhkan dari lelaki jahat.
Jujur kata saya ada rasa bersalah mengenang nasib gadis itu tapi saya pujuk hati anggap gadis itu tidak elok dijadikan isteri dek murahan dan sanggup meruntuhkan rumah tangga.
Alangkah baiknya jika saya mengerti lebih awal bagaimana rasa maruah dipermainkan. Kini, saya mula mengerti kenapa gadis dahulu dari sopan bertukar bermulut b4ran berm4tian mem4ki saya menyuruh menjaga maruahnya.
Saya sudah cuba sedaya upaya berubah agar tak dapat kifarah.. Gadis itu melepaskan saya dengan mudah selepas isteri saya tahu. Dengan keluarganya yang bermasalah, saya tahu tiada siapa akan membela nasib dia buat saya rasa lebih selamat tinggalkan dia.
Mungkin sahaja ketika saya membawa keluarga makan mewah cuba ambil hati isteri, gadis tersebut bertarung ny4wa dek kecewa dan takut.
Saya minta maaf… Kifarah akhirnya tiba pada tahun ini. Saya melihat betapa lemau dan kosongnya pandangan anak gadis saya, lebih teruk dari isteri saya ketika mengetahui saya cur4ng dahulu.
Anak gadis saya yang elok akhlak agamanya dipermainkan suami orang juga. Perit fikir mungkin sekali lelaki itu juga sedang bercuti bersama keluarganya membina hubungan kembali.
Saya pula dipulangkan dengan anak gadis yang sudah rosak dan h4ncur masa hadapannya..
Apa saya perlu buat sekarang ini? Setiap malam saya menangis dan jiwa saya musnah mengenang nasib anak.
Macam mana saya mahu cari gadis itu kembali untuk meminta maaf kalau dia sudah lama tinggalkan saya? Bagaimana saya nak pulihkan anak saya kembali? Kesihatan jantung anak saya merosot teruk pat4h hati..
Saya tahu kisah ini dari hp perbualan cinta anak saya bersama lelaki tersebut. Kata terakhir lelaki itu mengatakan ‘Lelaki bodoh je nak pompuan murah perosak macam ko’ menyengat hati saya dan kemudian dia sekat nombor hp anak saya.
Saya sudah cuba hubungi berkali-kali menggunakan hp yang berlainan tetapi lelaki itu sudah menukar nombor henfon. Mahu cari laman sosialnya, anak saya masih berdiam diri. Sudah berbulan anak saya tidak lagi berkata apa-apa pada saya dan emaknya.
Dia kelihatan bagai m4yat hidup yang hanya menangis. Saya nampak dia bertaubat dan menangis di sejadah. Saya buntu sangat dan saya malu bila keluarga bertanya mengapa anak saya menjadi sebegitu..
Melihat anak saya membuatkan saya asyik terkenang gadis dahulu dan fikir adakah dia masih hidup….
Jika dapat berpat4h balik, saya harap saya jujur pada isteri dan berkahwin sahaja lagi. Walhal poligami itu halal tapi dek rasa takut, saya mengambil ringan bab maruah gadis itu.
Saya sangka kehidupan yang kembali tenang selepas bertaubat menandakan saya membuat keputusan yang betul berbalik kepada isteri.
Alangkah bodohnya saya berfikir begitu mudah lepaskan tangan selepas melakukan dosa.
M4kin saya bertaubat dahulu, m4kin bersalah saya rasa pada gadis itu tetapi dek kehidupan yang bertambah baik, saya abaikan perasaan.
Mohon doakan anak saya sihat kembali kerana saya bimbang jika gadis dahulu alami lebih teruk, anak saya dan saya juga akan merasakan hal yang sama…
.S4kit ment4l anak saya menyebabkan dia sukar pulih dan mengalah untuk berjuang hidup lagi. Isteri saya juga sudah jadi tak keruan tak terurus..
Dahulunya fikir dosa saya akan dibalas pada saya tetapi mungkin tuhan lebih tahu bagaimana mahu membuat saya rasa peritnya maruah di pandang ringan iaitu dengan menggunakan anak gadis yang saya sayang. Apa saya perlu lakukan agar anak saya kembali sihat?
Saya terfikir adakah dahulunya jalan terbaik adalah menjaga maruah gadis berkenaan? Jika isteri ugut berceraai, bagaimana saya hendak jaga maruah gadis itu? Akan tetapi jika saya tinggal gadis itu terus, kifarah pula berbalik….
Dari dahulu saya cuba mencari jawapan apakah tindakan yang sewajarnya? Sekarang bila nampak sksanya anak saya ment4l fizikal, hati saya luluh… Saya akan terus mencari lelaki itu dan tak akan saya lepaskan..
Saya buntu sangat apa saya perlu lakukan sekarang dengan tiada info tentang lelaki itu. Hati saya tak tenang rasa bersalah kerana saya juga pernah menyebabkan anak gadis lain sebegini. Sksanya hidup rasa maruah tercalar dan tak boleh berbuat apa.
Saya hanya duduk termenung disebelah anak yang lesu bertarung ny4wa bersama isteri yang tak berhenti menangis… Mungkin saya harus redha terima sahaja takdir balasan ini…
Saya menyesal dan tahu saya penyebabnya.. Saya rasa perit dan mahu meluah teruk kerana kini keluarga saya seperti semuanya maati… Maafkan abah…
Ini antara reaksi netizen untuk kisah ini.
Syuria. Arw4h abah dulu selalu pesan pada kami adik beradik jgn zalimi org walaupun tak kena pada kita tp perkara tak baik yg kita buat akan kena pada keluarga kita jadi berhati-hati..kadang doa itu bkn dr gadis itu malah mungkin doa ibu bapanya kita tak tahu..nasihat sy jumpa la keluarga & gadis tersebut minta maaf..sepertimana kecewanye encik begitu juga keluarga beliau..
Rita. Kifarah itu benar pakcik. Tetapi dgn kes4kitan dari kifarah itulah juga yang akan kurangkan dosa kita. Btw, bahasa pakcik sedap. Macam bahasa penulis lama. Juga ada aroma Indonesia dalam penulisan. Semoga perempuan yg pakcik rosakkan tu sedang berbahagia sekarang.
Siti. kebanyakan org salah faham.dia ingat bila bertaubat,segalanya akan mudah.bukan semudah tu sebab kifarah menanti.
tak kisahlah dosa ziina,dosa umpat,fitnah dan sebagainya.dosa sesama manusia takkan terampun selagi org tu tak maafkan.
kalau buat2 tak faham lagi kena hadaplah kifarah yg kau sendiri takkan kuat nak hadap.moga jadi iktibar kepada semua.
Syima. Gadis itu sudah berbahagia sekarang kerana apa yg dia alami dulu pd orang yg menganiaya dia sudah dpt balasan..Allah tak penah tidur dgn apa yg kita lakukan..
jaga kelakuan kita jangan sampai keturunan kita yang menanggung akibat dari kifarah dosa2 silam kita..pakcik bykkan istigfar ,selawat dan sedekah..moga ank pkcik beroleh kesembuhan .