Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Nama aku Aesya, 30. Aku dah berkahwin, dan dah ada 4 orang cahaya mata.
Macam yang korang baca tajuk, ya aku ni anak angkat. Aku tak pernah jumpa parents betul aku. Sebab yang aku tahu, sebaik sahaja aku dilahirkan terus aku diambil oleh parents angkat aku sekarang.
Untuk senang korang faham, panggilan parents angkat aku ni, abah dan mak. Masa aku umur 15 tahun, mak dan abah ambil seorang lagi anak angkat, lelaki. Sama juga situasi, diambil dan dijaga sebaik sahaja discaj dari hspital. Jadi dalam keluarga ni, kami dua beradik je lah.
Abah dan mak pun dah berusia. Tahun ni diorang masing-masing dah masuk 60 tahun lebih. Dua-dua pesara kerajaan. Aku rasa confession aku mungkin panjang, kalau korang rasa tak minat tak apa. Saja je aku nak meluah. Hehehe.
Aku nak start dengan kisah aku masa aku kanak-kanak. Aku masa zaman kanak-kanak di banyak habiskan masa di rumah atok dan nenek sebab mak dan abah kerja. Jadi memang atok dan nenek yang jaga.
Dari baby lagi memang atok dan nenek yang banyak jaga. Mak dan abah aku pernah je cuba buat rawatan nak dapatkan zuriat. IVF pun pernah tapi tak berjaya juga.
Diorang ni tak lah kaya, tapi mampu lah nak cari duit untuk buat rawatan. Sampai satu tahap, mak dan abah cakap diorang dah redha je.
Since duit pun banyak dah habis untuk rawatan, diorang decide untuk focus pada diri diorang je. Diorang memang plan untuk ambil anak angkat. Pernah juga saudara sebelah abah offer anak diorang sebab isteri dia bersalin setiap tahun.
Dah bawak balik pun baby tu, tapi husband orang tu datang rumah minta semula sebab isteri dia meroyan. Yelah, anak kot. Susah macam mana pun, dia akan cuba juga untuk jaga sendiri.
Mak sedih juga la sebab macam-macam dah beli, dari baju, almari, baby cot, buaian dan serba serbi lah kelengkapan nak sambut baby kan.
Mak cerita, dia kasi je baju-baju, tilam dan lampin-lampin kat saudara belah abah tu. Sedekah. Allah Maha kuasa, lepas beberapa bulan, mak dan abah dapat aku. Pun aturan dari saudara belah abah juga. Tapi kali ni macam unplanned.
Simple je deal kali ni, atok aku datang rumah masa hujung minggu tanya abah, “Kamu nak tak baby? Adik ipar anak dua pupu ayah baru bersalin semalam, anak luar nikah “. Abah tanya mak, mak setuju sebab diorang memang excited lah.
Dipendekkan cerita, mak kandung aku selesai dah serahkan aku kat mak dan abah. Memandangkan mak dan abah tak ada pengalaman jaga anak kecik jadi atok dan nenek lah yang banyak bantu dari segi penjagaan.
Rumah mak abah ni berdepan je dengan rumah atok, jadi aku nangis nak susu pun mak dan abah dah kelamkabut suruh atok dan nenek handle. Lucu juga bila aku dengar balik mak cerita.
Aku memang selalu ditinggalkan dengan atok dan nenek sebab mak dan abah selalu outstation atas tuntutan kerja. Aku suka je duduk dengan atok nenek, sebab sepupu pun ramai.
Adik beradik abah pun jenis tinggal anak-anak dengan atok nenek sebab kerja. Tak pernah pun aku rasa terasing bila duduk dengan atok dan nenek. Diorang sayang aku macam cucu-cucu kandung diorang. Alhamdulillah.
Selepas beberapa tahun, mak dan abah ditukarkan ke negeri lain. Jadi berjauhan lah aku dengan atok dan nenek.
Walaupun masa tu aku kecik lagi, aku masih ingat hari-hari kami sekeluarga pindah. Sedih jangan cakap lah, sebab dah tak ada sepupu-sepupu yang boleh main sama-sama.
Masa pindah negeri lain tu, mak dan abah tak kenal sesiapa. Nak cari pengasuh memang susah masa tu.
Tapi syukur abah ada saudara mara di negeri tu. Diorang sewa rumah pun dekat kawasan saudara abah juga, sebab senang lah kalau nak minta bantuan apa-apa memandangkan diorang masih baru kat situ kan.
Macam aku cakap, yang banyak jaga aku atok dan nenek. Jadi mak aku ni tak biasa jaga aku sepenuhnya. Mak aku kan orang yang bekerjaya, jadi dia memang sibuk dengan kerja dan tekanan tu memang biasalah kan. Aku ni bukan budak baik, lincah suka main sana sini berlari.
Bila mak aku balik kerja, dia tengok aku sepahkan mainan memang dia angin lah. Yang bua aku sedih sangat sebab dia suka cakap “Dasar keturunan perempuan kotor” lebih kurang macam tu.
Padahal masa tu aku tak tahu pun status aku, aku tak tahu pun maksud semua tu, yelah aku baru 5 tahun masa tu. Tapi disebabkan ayat yang sama berulang-ulang, jadi ayat tu terpahat di fikiran.
Masa ni mak dan abah still tak dapat pengasuh ye, jadi aku memang dihantar ke rumah saudara abah yang tinggal berdekatan tu.
Kadang-kadang kalau mak dan abah terbangun lambat, diorang terpaksa tinggal je aku sorang kat rumah. Bila sampai pejabat, baru abah akan telefon pakcik aku untuk bagithu yang diorang tak sempat nak hantar aku.
Pernah satu hari tu aku tunggu-tunggu tak ada siapa pun datang ambil aku kat rumah, aku decide untuk pergi jalan kaki sendiri ke rumah pakcik aku. Pintu pun aku tak reti nak kunci. Aku selak macam tu je.
Bila mak aku dapat tahu, risau lah dia sebab takut lah kena culiik ke apa ke. Tak boleh juga nak salahkan pakcik aku tu, sebab dia sendiri pun kerja dan ada anak-anak yang kecil sebaya aku.
Jadi mak dan abah decide hantar aku ke taska. Lunch time abah datang pick up, belikan makanan dan drop aku kat rumah pakcik. Rutin ni sampai lah aku umur 6 tahun.
Mak dan abah hantar aku ke tadika yang full day. Dari 8am – 6pm. So diorang tak risau dah siapa nak tolong tengok kan aku.
Alhamdulillah. Aku dari darjah satu sampai darjah enam pula, masuk private school. Pun sama, full day basis. Aku ni nakal orang nya, selalu buat hal kat sekolah. Selalu buat alasan tak nak pergi sekolah. Pening kepala mak dan abah.
Sebabkan perangai aku yang macam tu, memang lagi kerap lah ayat-ayat padu dari mak keluar untuk aku. Padan muka kan, siapa suruh nakal sangat. Bila masuk darjah 5, aku bertambah nakal. M4kin panjang akal nakal aku, aku request dengan mak abah , tak nak yang full day basis.
Memang ada option kat sekolah tu. Nak full day boleh, nak yang half day pun boleh. Aku minta half day sebab aku dah mula ada kawan-kawan dekat taman tu. Diorang sekolah kerajaan jadi memang sekolah pagi je. Jadi banyak lah waktu petang boleh main.
Kawan-kawan taman pergi kelas mengaji dekat dalam kawasan taman tu. Jadi aku pun nak juga. Mak abah setuju sebab dalam kawasan taman yang sama, plus time tu aku dah pandai bawak diri sikit. Info sikit, aku dapat tahu status aku anak angkat masa darjah 6.
Yang bagitahu aku adalah mak. Dia yang cerita dari mula sampai lah habis. Menangis aku semahunya bila tahu semua tu. Sebab aku sedih yang mak dan abah, atok dan nenek tu bukan sed4rah sedaging.
Tapi sejak aku tahu status aku, mak aku m4kin lantang bahasakan aku. Entah kenapa at one point masa tu, aku jadi memberontak. Aku tak suka bila mak gelar aku anak perempuan kotor. “Ni lah masalah bila kau ni keturunan orang yang tak baik” . Jadi spark dalam diri aku.
Spark yang tak baik. Aku suka reka-reka cerita dekat mak dan abah just to entertain diorang. Aku pun tak faham kenapa aku buat macam tu.
Aku cakap kat diorang, cikgu-cikgu suka belanja aku makan lah, kawan-kawan belanja keropok lah. Pointless betul, funny lilttle me.
Jadi habit dah, create cerita yang tak pernah berlaku atau divert cerita yang tak best jadikan best hanya untuk tengok mak dan abah enjoy dengan cerita aku.
Sebab diorang punya attention kalau aku cerita benda best tu lain macam, aku rasa needed dan disayangi.
Aku kena do something good untuk gain diorang punya attention dan kasih sayang. Aku kena dapat good grades so that I will be loved. Aku tak regret bab ni, sebab the results were for myself as well.
Masa percubaan UPSR aku dapat 4A 1B. Cikgu-cikgu dan kawan-kawan punya la tumpang gembira, tapi bukan mak dan abah.
Sebabnya, sepupu-sepupu sebelah mak dapat straight A’s. Kepvtusan aku dibanding-bandingkan dan mula la kaitkan semua tu dengan keturunan aku yang tak baik.
Sebab ada dar4h perempuan j****g, sebab tu aku tak pandai. Jadi lebih p4rah bila the actual UPSR aku dapat 3A2B. Sejak tu aku create cerita apa apa dah tak laku lagi untuk dapat attention mak dan abah. Sejak tu aku tak banyak dah borak dengan mak abah.
Masuk sekolah menengah, masa umur 15 tahun mak dan abah cakap diorang nak ambil seorang lagi anak. Ada kawan mak yang suggestkan.
Aku sangat excited untuk dapat adik walaupun hanya adik angkat. Sebab aku ni memang seorang yang sukakan budak-budak. Not sure where I got that from.
Aku ni bukan lah selembut-lembut perempuan tapi jiwa aku ni memang suka budak-budak, nak nak pula baby. Ya Allah kalau teringat balik, bestnya moment tu.
Info tambahan, mak abah ni suka jumpa bomoh. Diorang ni bekerjaya tapi tak tahu kenapa percaya bomoh.
Since dah lama menapak di Perak ni, diorang pun dah ramai kawan, kenalan. Boleh kenal dengan bomoh ni pun sebab mak aku ni selalu saakit. Tak terus ke hspital ye, terus ke bomoh.
Sejak dari situ memang akrab sungguh dengan bomoh ni. Aku namakan bomoh ni Tok Alif lah ye, isteri dia pula Nek Yong.
Tok alif dengan nek yong ni ada anak sebaya dengan aku, sejantina juga. Aku selalu la ikut mak dan abah “berubat” sebab kata Tok alif ni, ramai orang yang sihirkan mak dan abah.
Sebab tu aku boleh kenal dan berkawan dengan anak diorang yang aku gelar makngah.
Walaupun sebaya, aku tetap panggil makngah. Sebab tok alif dengan nek yong ni mak dan abah dah anggap macam parents diorang. Sayang betul, sebab katanya tok dengan nek ni yang banyak selamatkan diorang dari sihir.
Nauzubillah. Aku entah kenapa memang tak berkenan dari awal sampai sekarang. Sikit sikit ada orang sihir, sikit sikit orang lain jahat.
Sampai kan bila tok alif ni cakap adik beradik mak dan adik beradik abah hantar sihir pun diorang percaya. Sampai sanggup lah mak dan abah ni avoid adik beradik diorang sendiri sebab percaya dengan tok alif.
Bara betul kalau aku ingat semua ni. Okey sambung balik bab masa adik aku, si Rafel ni mula diambil mak dan abah. 1st thing mak abah buat, diorang bawak Rafel ke rumah tok alif.
Mak dan abah dah treat diorang ni macam parents diorang sendiri tau. Yelah mak dah lama tak ada parents sebab dah lama meninggaal.
Abah pula sebab parents dia jauh. Apa apa mesti nak refer dengan tok alif & nek yong.
Aku selalu di beri tangkal lah, kain pendinding lah untuk dipakai. Aku tak suka. Aku melawan. Aku tolak untuk pakai.
Bertambah-tambah lah geram mak pada aku. Lagi macam-macam ayat keramat yang keluar dari mulut dia. Aku faham, mak dan abah mesti nak yang terbaik untuk aku.
Tapi bab tu, aku memang naturally benci sangat. Bukan lah kata aku baik, tapi entah kenapa memang anti betul aku.
Sejak tu, mula la tok alif ni cakap yang bukan-bukan pasal aku. Katanya aku ni terpengruh dengan kawan-kawan ya tak baik. Katanya sebab parents kawan-kawan aku pengamal ilmu hitam.
Sampai macam tu sekali tuduhan dia buat. Yang tak bestnya, parents aku percaya. Parents aku ni entah kena mandrem ke atau lurus sangat boleh percaya diorang.
Kesian Rafel, macam-macam minyak kena calit konon sebagai pendinding. Macam-macam tangkal dipakaikan. Aku gunting tangkal-tangkal dan kain-kain tu semua.
Lagi bengang lah mak abah aku. Katanya aku ni m4kin lama m4kin jadi perempuan jahat, ikut jejak mak kandung. Sedih sangat-sangat aku masatu.
Sejak tu, aku cari kebahagian kat luar. Suka lepak dengan kawan-kawan kat luar. Tapi tak la sampai buang maruah. Cuma suka lepak mall, lepak kedai makan.
Aku bawa Rafel sekali kalau lepak, sebab aku yang jaga dia lepas balik sekolah. Aku takda background jaga baby, tapi sebab aku suka sangat baby, aku belajar dengan kawan mak yang serah Rafel tu cara-cara nak jaga baby. Sejak baby lagi, aku yang mandikan Rafel, buat susu dia.
Thanks Allah for that experiences, aku tak kekok jaga anak-anak sendiri. Mak dan abah kan sibuk kerja, oustation lagi jadi aku dan Rafel selalu lah ditinggalkan. Aku suka je bila diorang outstaion, sebab aku rasa bebas.
Satu masalah mak abah ni, kalau nak oustation bagi duit belanja mesti sikit. Aku lah kot rasa sikit, sebab suka lepak mall kan, banyak la benda nak beli, nak makan lagi. Kalau aku minta duit lebih, dapat m4ki lah.
Bukan lah takda moment best langsung dengan mak abah, banyak je cuma equivalent antara best dan tak best tu.
Lepas SPM, aku sambung belajar ke ibu kota. Aku bukan nak belajar sangat, tapi nak bebas supaya tak perlu lagi nak curi-curi lepak, tak perlu nak jumpa tok alif dan nek yong tu.
Yang buat aku berat hati satu je masa tu, aku kena jauh dengan Rafel. Kesian Rafel masa tu, menangis teresak-esak sebab kena pisah dengan aku.
Aku sambung belajar dengan kawan-kawan baik aku yang satu sekolah. Kira gang lepak lah. Itu yang excited sangat nak move out dari perak tu.
Faham2 je lah kalau dah datang ibu kota, tanpa pengawasan sesiapa pulak tu, memang enjoy tak ingat dunia lah. Hubungan aku dengan mak abah mula goyah.
Sebab aku jauh, diorang assume aku macam macam hasil tilikan tok alif dan nek yong. Bengang betul aku. Memang la enjoy tapi bercanggah la dengan apa yang tok alif tu cakap.
Sampai kan tuduh kawan-kawan aku sihir, buat aku bengang dan sem4kin melawan. Kiranya semua manusia yang aku jumpa, sihir belaka.
Cerdik punya orang tua. Bila aku melenting, rupanya benda tu menguatkan lagi statement atau hasil tilikan tok alif tu. Ya Rabbi.
Aku ingat lagi, aku dengan geng aku ni gi jalan-jalan ke PD. Sorang kawan aku ni beli perfume. Masa kat hotel aku duk belek perfume dia, terlepas jtuh & pecah.
Aku dengan kawan kawan lain lepas kutip sisa kaca tu terus ambil baju masing-masing lap kesan-kesan liquid perfume tu as if macam bergurau la “weyy perfume mahal wey, rugi..rugi…Victoria secret kot..”
Alhamdulillah la kawan aku tu jenis tak marah sangat. Tapi dia ambil la perfume aku walaupun murah sebagai ganti.
Lepas balik dari jalan-jalan tu, mak dan abah pun sampai kl jadi aku terus ke hotel diorang stay. Mak check beg aku sebab memang dia jenis suka check semua barang-barang aku.
Mungkin risau aku ambil bahan terlarang. Tapi dia tak check depan aku eh, dia check bila aku masuk tandas ke, aku tidur ke.
End up mak jumpa baju aku yang aku lap perfume kawan aku tu. Aku tak sempat nak explain apa-apa, aku terus diminta untuk putuus kawan dengan geng aku tu semua.
Sebab mak dan abah terus call tok alif untuk refer perihal baju yang penuh perfume tu.
Tok alif kata, kawan aku tu guna minyak bomoh siam pada baju aku. Aku deny la sebab benda tu tak betul. Apa lagi kena cop anak derhaka la. Aku terus react macam tinggi suara sebab itulah kebenaran yang aku cuba tegakkan.
Kesian Rafel, menangis dia peluuk aku sebab tengok aku kena marah dengan mak dan abah. Masa tu dia kecik lagi tapi protective.
Sejak tu berlarutan la aku kena paksa berubat. Berubat apa pun tak tahu. Aku terpaksa ikut balik perak jumpa tok alif dan nek yong. Aku refuse tapi mak dan abah guna kuasa veto.
Aku ni anak, anak angkat pula tu. Kena sedar diri, kena sedar untung jadi aku turutkan. Aku benci nak berubat sebab orang tua si tok alif tu suka masukkan tangan dalam baju katanya nak check tengah-tengah perut. Situ ‘port’ jin sihir suka menapak katanya.
Maaf kawan-kawan aku kena stop dulu menulis, nanti aku sambung semula.
Ini antara reaksi netizen utk kisah ini.
Fddy. Maaflah… Mak ayah angkat awak ni macam sejenis tak layak ada anak angkat..
nak jd mak angkat ni kena ada sifat penyayang aras tinggi sbb yg dijaga bukan dar4h daging, mulut jangan suka mengungkit hal keturunan, sedangkan diri sendiri tak mampu nak sambung keturunan.
Perlu bijaksana. Wajib bertanggungjawab – bukan serah kat atok nenek semata2 utk jaga newborn dgn alasan xde pengalaman, semua parents tak de pengalaman kot, tp belajar dr firstborn masing2.
Part tok alif dan bini dia tu… Aku rasa kerja bomoh tu antara pendapatan utama dorg. Jadi terpaksalah mana2 pun dia kata ada jin, kalau tak, takde job.. takde la income..
Ok.. sila sambung 2nd confession. Tq.
Norliza. Tapi pelik jugak mak ayah angkat dia ni. Macam selalu menyumpah tapi still nak jaga and takut anak buat benda bukan2. Tapi mak ayah pun pelik
Adni. Perak kat mana? Sy duk ipoh perak ni..kg suami kat semanggol perak.. lapor polis perbuatan Tok Alif gatal mencabul org tu.. geram betul baca cerita ni.. sambung pleaseeeee…
Amira. Best,part reka cerita nak attention tu mcm sebak pulak baca.. nanti smbung lagi ye sis
Lima. Mana point anak angkat menyusahkan ni, setakat yg ak baca mak pak ko mcm syg je kat ko cume bila ko buat hal tu mmg mendapat la