Foto sekadar hiasan. Hi, pertama sekali aku perkenalkan diri aku seorang isteri dan mempunyai anak 1. Bekerja dan aku adalah pasangan jarak jauh (PJJ).
Aku telah berkahwin selama 2 tahun. Aku di barat suami di selatan.
Tujuan aku menulis bukan untuk bercerita kisah aku sahaja tapi aku ingin bercerita tentang pengajaran yang boleh diambil dari kisah aku ini.
Baru- baru ini suami aku kantoi curaang dengan officemate dia.
Dulu aku fikir benda ni jarang-jarang berlaku dan biasa aku baca kisah orang sahaja. Tapi rupanya ini adalah real dan terjadi kepada diri aku sendiri.
Nak dijadikan cerita, suami aku ni seorang yang baik dari semua segi tanggungjawab and all la.
Tapi once aku tau dia kantoi curaang aku masih sabar dan aku direct cakap terus dengan dia sebelum tidur.
Cara aku straight to the point, kalau ada masalah aku tak ada tunggu-tunggu. Sekarang aku dapat tahu, malam aku settle terus.
Jadi malam tu dah sampi kemuncak bila aku pun da start merajuk. Suami aku pulak jenis yang tenang. Esoknya baru dia mesej aku dan bagi penerangan kat aku.
Walau macam mana bagus pun penerangan dia, aku balas dengan cara berhemah. Aku bukan perempuan yang senang untuk diperbodohkan.
Aku balas dengan ayat begini pada hari perenggan,
“Awak ingat satu benda ni dan semat dalam kepala awak, kalau awak nak curaang silakan, saya sikit pun takkan halang, saya dan anak boleh hidup walaupun tanpa awak.”
Nampak macam aku eg0 kan? Tapi sebenanrnya tidak. Aku hanya nak bagi warning dan nak tunjuk aku tak takut pada penceraaian.
Aku memang tak fikir banyak, aku ada duit, aku bekerjaya, aku ada mak bapak dan anak aku, I don’t need you anymore if you really want to cheat on me.
For you info aku bukan orang kaya. Tapi cukup untuk makan anak beranak dan saving.
Ini prinsip aku. Kalau lelaki boleh cari perempuan lain kenapa perempuan tidak?? Betul tak?
Orang cakap kena fikir pasal anak tapi orang tak fikir untuk jadi ibu yang baik kepada anaknya ibu perlu ada hati dan ment4l health yang baik untuk uruskan anak itu dengan baik.
Jadi kalau dibiarkan dan terus bersama dengan suami walaupun dah curaang agak – agak ment4l ibu tadi elok tak?
Tapi kalau suami dah mengaku salah dan tak akan ulangi semula dan insaf boleh la difikirkan balik untuk bersama. Communication is the key.
Jadi kesimpulan dari cerita aku ni, pengajaran dia perempuan kena ada aset sendiri, bekerja dan ada duit poket sendiri tanpa mengharap lelaki, kalau jadi apa-apa senang kau nak bla dari hidup dia.
Sesungguhnya kata-kata orang dan cerita orang yang perempuan kena bekerja dan ada duit sendiri itu benar belaka.
Bila dah jadi pada diri sendiri baru aku rasa syukurnya aku bekerja dan ada duit sendiri tanpa mengharap pada suami.
Ini antara reaksi netizen yang suri rumah.
Noor. Saya rasa tak kisah pun sesiapa yg jadi surirumah janji ada laa harta sendiri spt rumah/kereta dan simpanan. Bukan semua isteri boleh bekerja sbb ada masaalah mereka sendiri.
Kalau dpt anak2 yg jenis terlantar saakit/anak istimewa atau parents yg saakit salah seorg psgn terpaksa berhenti keja. Saya teringat 10 thn lalu saya pernah jumpa seorg isteri yg tak keja jaga anak2
( anaknya ramai tak silap saya 7 org )sepenuh masa, suaminya buat hal dgn perempuan lain tapi isteri tu lansung tak takut berceraai pun sbb dia kata dia boleh balik rumah parents dia yg kosong,
takde sape duduk dah dan dia akan cari keja. Jadi terdiam suaminya, tak buat prangai lepas tu.
Mereka kekal sampai skrg sbb saya terjumpa balik isterinya masa jalan2 di KL & sempat tegur keadaan dia.
Anak2 dia pun jenis blajar sampai kluar negara semuanya, masya-Allah mmg hebat anak2nya. Kekuatan diri masing2.
Jamilah. Kalau laki baik pun kena ada income sendiri. Nanti nak joli sakan barulah best. Nak beli apa kita suka, makan apa kita suka dan nak bagi kepada siapa kita suka. Pendek kata hidup ni kena fikir diri sendiri dan Allah. Laki baik syukur dah tapi berdikari tetap perlu ada.
Dyana. Ada jugak suami yg isteri tak kerja, tp dia tak curaang…ada jugak suami yg isteri bekerja dia curaang…konsep kat sni, smua dgn izin Allah…
ada jugak isteri tak kerja,suami yg baik jaga makan pakai smua,jalankan tnggungjwab seperti mana Rasullullah ajar…sbnrnya pd nasib dik..
kwn akak pjj dgn suami 22 tahun, suami ok je tak curaang pun..tak semua lelaki jahat dan tak semua perempuan baik…
walaupun asek kata perempuan selalu betul doa je dgn Allah bg permudahkan semu urusan kita
(Sya ibu anak 3,housewife lps 15 thun pernah bekerja)
Adam. kalau kerja utk takut suami ada curaang,itulah doa anda dan Allah dh pun makbulkan
klau kerja kerana Allah inshaaAllah, Allah jaga segalanya ,kalau suami nk curaang atau tidak , bkn lah sbb kita kerja atau tidak Allah tetap jga,