Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hai, aku dah lama jadi silent reader kat page ni, aku pun nak share sikit apa yang aku rasa dekat sini.
Nama saya King, umur saya hampir 30-an dan baru melangkah ke alam perkahwinan. Setakat ini semuanya nampak ok antara saya dan isteri, masalah saya dengan ibu saya sendiri.
Saya adalah anak tunggal selama 15 tahun jadi kakak saya muncul dalam hidup kami dan saya sangat rapat dengan ibu saya, seperti anak lelaki momma.
Sejak kecil, saya dididik dalam hal akademik oleh ibu saya yang menjadikan saya bijak dan berjaya dalam semua peperiksaan utama.
Aku sayang ibuku, dan apa apa arahan ibuku, aku cuba taat. Kalau ibu dan bapa aku gduh, aku akan ikut cakap ibu saja (ada sekali tu ibuku menulis surat tentang keburukan bapaku dan suruhku membacanya dekat bapaku sendiri, itu pun aku ikut).
Namun sejak keluar universiti, hubungan ibuku dan aku menjadi tegang. Kami asyik bergduh dan ibuku suka memarahi aku untuk hampir semua benda. Ya aku tahu ada yang salah aku tapi tak perlu la sampai marah (kekadang maki) aku begitu.
Ini menyebabkan aku berasa stress dan stay back di tempat kerja hingga lewat malam dan balik hanya untuk tidur. Kekadang bila hubungan kami pulih sedikit, aku dan ibuku akan meluangkan masa sama sama melakukan pelbagai hobi.
Apabila hubungan kami tegang, ibuku akan merendah rendahkan aku, menghina hobiku (aku suka programming), dan kami akan bergduh besar.
Hampir tiap tiap minggu kami akan bergduh. Semua kepvtusan yang aku buat mesti disanggah dan aku akan dipaksa mengubah kepvtusan aku.
Aku masih ingat lagi, ibuku menghantar kucing belaan kami berdua ke shelter tanpa persetujuan aku. Alasan ibuku, kucing tu miliknya dan dia tidak suka kucing itu. Saakit hati aku sampai sekarang.
Beberapa tahun lalu, aku hendak membeli rumah dan berjaya untuk berpeluang membeli rumah full loan tanpa downpayment (rumah ni agak jauh dari rumah ibuku).
Hampir semua urusan selesai, tapi aku dipaksa batalkan loan aku kerana ibuku telah menjumpai rumah yang agak dekat dengan rumah ibuku.
Aku cuba memujuk ibuku, tapi tak berkesan dan aku pun menyerah. Aku ikut saja cakap ibuku, aku beli sahaja rumah yang ibuku suruh walaupun aku kena berhutang untuk bayar downpayment.
Loan untuk rumah ni walaupun nama aku dan ibuku, hanya aku seorang saja bayar dan segala bill rumah ni aku seorang sahaja yang handle.
Aku dan ibuku kerap bergduh semasa renovate rumah ni. Ibuku selalu suka membuat renovation (seperti cat, membeli barang dan sebagainya) tanpa pengetahuan aku ataupun menolak hasrat aku.
Renovation pun sebahagian besar menggunakan duit aku jugak. Sudah sampai satu tahap, aku redha saja, letih untuk bergduh.
Tak berapa lama lepas tu, aku berkahwin. Isteriku dan aku berpindah ke rumah ni secara rasmi. Maka mulalah ibuku cuba mengawal isteriku, menyuruh isteriku ini itu.
Isteriku akur tetapi dekat aku ibuku selalu mengutuk, mengatakan isteriku tak pandai masak, tak bertanggungjawab bersihkan rumah dan sebagainya.
Buat info semua aku dan isteriku bekerja dan kami jarang berada di rumah. Apabila waktu cuti baru kami bersihkan rumah dan sebagainya.
Ibuku pulak suka melawat rumah kami ikut masa dia. Kadang kadang dia masuk saja rumah kami masa kami tak da di rumah. Semua ibuku complain, ini tak bersih, itu tak sedap.
Isteriku pulak ada seekor kucing dan dia membawa kucing tersebut ke rumah ni. Ibuku pulak benci akan kucing itu, dia menyuruh isteriku menghantar kucing itu ke shelter.
Of course aku dan isteriku tak setuju. Berlakulah pergduhan besar, sampai ibuku mengatakan dia tidak akan menjejakkan kaki kerumah ini selepas itu.
Jujur, aku rasa lega apabila ibuku tidak datang ke rumah. Hujung minggu aku cuba melawat ibuku di rumahnya tetapi selalunya aku tidak dilayan.
Namun sekarang, ibuku membuat masalah baru. Ibuku hendak menjual share rumah ni (sebab ada nama ibuku) dan mula memaksa aku untuk membeli darinya dengan harga mahal.
Masalahnya, loan dan segala perbelanjaan rumah ni aku seorang saja tanggung (walaupun namanya ada sebagai peminjam loan). Dia mengugut untuk pergi ke lawyer dan sebagainya.
Aku dah tak tahan, aku pun sekarang ni sedang mencari khidmat guaman untuk menyelesaikan masalah yang ibuku timbulkan. Aku hanya boleh harap kepada Allah untuk menolong aku dalam cabaran ini.
Terima kasih kepada semua yang sudi membaca luahan aku ini.
Ini antara reaksi netizen untuk kisah ni.
Amira. Wujud mak yg z4lim macam ni. Kita ibu ini semakin hari makin tua, tak perlulah harta dunia sedangkan anak tu adalah harta paling berharga.
Tt dapat flight dari rumah ni. Nampaknya mak mende r4 saya dan isteri begini.Nampak sangat duit