Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Dah lama aku nak ceritkan kisah aku di sini tapi aku risau ramai orang dekat luar sana akan takut nak berpasangan, kahwin dan sebagainya. So, aku rasa baik juga aku cerita dekat sini supaya mana2 yang sedang berpasangan, dah kahwin atau bakal kahwin dapat amik pengajaran dan tak buat benda yang sama macam aku alami.
Aku kahwin umur 17. Sekolah pun tak habis, sedangkan mak ayah aku dah setuju nak kahwinkan aku lepas habis SPM. Tapi sebab kan masa tu teman lelaki aku, aku panggil dia Abang, nak pergi kerja ke Selangor, aku maati maatian nak ikut. Abang dengan aku satu sekolah, dia dua tahun lebih tua dari aku.
Aku kenal dia masa form 1 lagi. Satu sekolah kenal dia, sebab masa tu dia kegilaan sekolah. Baby face, tinggi, putih. Walaupun budak kelas belakang, dia ada ramai peminat dan kakak2 angkat.
Kebanyakkan budak2 sekolah pun datang dari kawasan perumahan yang sama, sebab sekolah kitorang ni betul2 tengah2 kawasan peumahan, yang baru dan lama. So, luar kawasan sekolah pun, kitorang selalu nampak Abang pusing2 naik motor dengan geng dia dekat taman.
Aku pula, duduk dekat perumahan baru, area rumah ada-ada, 2 tingkat dan ada guard house yang jaga.
Ayah aku kerja pangkat besar di pejabat daerah, mak aku ada syarikat belajar memandu dan ambil lesen kenderaan. Masa sekolah, semua okay. Aku budak yang quite perform.
UPSR aku masa tu dah meletakkan aku dekat kelas depan, PMR aku 1A7B, tu pun masa tu aku dah kemaruk bercinta dan main motor, tak belajar. Sampai sekarang aku menyesal, kalau lah aku pun some more effort, mungkin aku boleh capai lebih baik.
Berbalik pada kisah aku dengan Abang, aku yang mula2 approach dia sebab memang dah rasa suka dekat dia. Aku minta nombor tel dia dari member kelas lain, masa tu zaman sms 1 sen. Mula2 kenalkan diri dekat sms pun dah tahu dia ni banyak peminat. Punya lambat dia balas sms tuhan saja la tahu.
Pastu selalu duk hantar sms ayat2 manis zaman dulu punya pick up line. Entah dari mana dia dapat, aku pun tak tahu. Mungkin crush2 dia juga la yang bagi, dia dapat, dia sent dekat orang lain pula.
Budak2 sekolah lain pun kenal Abang ni sebab ramai peminat, masa aku mula2 dapat rapat dengan dia, kecoh lah satu sekolah. Siap ada yang datang menyerang bagai sebab tak puas hati. Tapi aku dengan Abang tetap mkin rapat.
Masa tu, aku selow2 minta belajar motor dengan kakak aku form 4. Dah dapat bawa tu, aku bawa skuter dia hampir tiap2 petang untuk melepak dengan geng Abang. Geng dia pun jeis budak2 taman juga, campur lelaki perempuan dan mostly couple.
Tahun makan tahun, aku mkin rapat dengan Abang, tak kira masa dan hari aku spent masa dengan dia. Habis sekla pergi lepak, makan semua. Balik lewat malam. Mak ayah aku sibuk, adik beraik aku 7 orang.
Dorang pun kadang tak peduli aku balik pkul berapa, entah perasan ke tak aku ada dekat rumah. Yang dorang tahu, setiap bulan panggil anak2 bagi duit belanja bulan. Aku masa tu duit buat lepak saja, dekat sekolah boyfren dah belanja makan.
Pendek cerita, lepas setahun lebih Abang duduk dekat rumah lepas SPM, dia kerja biasa2 saja, ikut orang ikat simen, pastu berhenti kerja tolong pula orang jual burger, macam2 la kerja dia buat on-off. Dia dapat offer kerja dekat site buat bangunan apartment dekat Subang, Aku masa tu form 5.
Abang ajak aku ikut dia, duduk dengan dia. Parents aku tak bagi, suruh aku exam dulu baru kahwin. Tapi aku mengmuk nak pergi.
Ayah aku kuung aku dalam bilik pun tak jalan, aku pecahkan semua benda dalam rumah sebab mengmuk nak ikut Abang.
Mak ayah aku pergi jumpa mak ayah Abang, suruh Abang jangan dekat dengan aku lagi, tapi aku degil juga nak pergi. Aku confess dekat parents aku, aku dah tidur pun dengan Abang masa form 4. Suka sama suka. Dah lebih 3 kali.
Mak ayah aku terkejut, pkul2 aku. Marah maaki hamun semua la sebab tak percaya dengan apa yang aku dah buat. Bulan 4 tahun tu, aku berhenti sekolah dan ikut Abang ke Selangor.
Mula2 kahwin tu memang semua nya indah bagi aku, ayah bagi duit dekat aku banyak. Dengan duit tu boleh sewa rumah murah2 dekat area Puchong.
Tapi tak lama, duit maakin habis, gaji Abang pun management sangat culas. Kejap lewat kejap on time. So aku dengan Abang pindah duduk asrama pekerja.
Duduk dekat situ la paling mencabar sekali, sebab asrama tu tak berbilik, jadi mana2 yang dah ada keluarga atau bawa pasangan kena buat dinding masing2, ada yang guna selimut, ada yang guna baju2 sendiri saja jadi penghadang. Pastu rata2 nya pekerja indonesia.
Bangla tak ada sangat lagi dekat site masa tu. So banyak la juga awek2 Indon yang ikut pasangan masing2 duduk dekat situ. Paling sksa bila dorang ni nak buat se**, memang tak hirau dah, ada orang ke tak dalam asrama tu, dorang buat juga balik kelambu masing2, Sedangkan jelas dengar.
Aku tak tahan dengan situasi macam tu, tapi aku tak pernah push Abang sebab aku tahu dia dah cuba habis baik untuk dapat duit bagi aku makan.
Tak lama lepas tu, kurang setahun juga, abang ipar aku dapatkan Abang kerja, jadi pembantu restoran nasi campur dekat Kajang. dekat situ, owner bagi duduk tingkat atas kedai.
Luas la, tapi banyak barang2 kedai. Kerusi, meja, periuk belanga. Tapi aku dengan Abang susun cantik dan kemas. Ruang lain tu kami buat bilik, dapur, tempat letak baju dengan barang2 kami sendiri. Boss Abang pun bagi tv dekat atas, so Abang kerja aku boleh rehat dekat atas.
Aku tak pernah kacau dia kerja, aku percaya dekat dia kerja dekat bawah tu. Boss dia pun suka dia kerja, orang lain dapat RM40-50 sehari, tapi Abang dapat RM70 sehari, tempat tinggal percuma, makan aku dengan Abang pun boss tampung.
Memang aku bersyukur sangat. Masa tu memang aku dah rasa percaya balik dengan hidup aku, aku start sembayang. walaupun tak cukup, kadang2 ada waktu Subuh aku terepas, tapi aku tak berhenti untuk blajar sembahyang. Aku rasa hidup aku mkin tenang, mkin banyak ruang untuk bernafas.
Berbanding sebelum2 tu, aku rasa sesak, aku rasa hidup aku betul2 dihimpit kesusahan, keterdesakan hidup dan macam2 ujian lagi yang aku rasakan agak peribadi untuk aku kongsi.
Hubungan aku dengan ayah mak pun mkin baik, sebab masa tu betul2 aku dapat buktikan dekat dorang yang aku buat keputusan yang tak salah.
Abang dah kerja elok, kami dah boleh menyimpan sikit. Abang dah beli motor baru, hujung minggu masa tu pergi Alamanda pusing2 pun dah happy gila hidup aku.
Tak beli apa pun, kadang makan mcd saja, tapi bila ada Abang sebelah aku, aku rasa happy gila. Aku rasa aku tak perlu ada apa lagi di dunia, Abang sahaja dah cukup.
3 tahun lepas kahwin, aku pregnant. Masa kandungan dah masuk 6 bulan, Abang suruh aku balik rumah mak ayah, rehat dekat rumah sampai aku habis pantang. Nanti dia akan balik jaga aku dan minta cuti dengan boss dia.
Dia suruh aku baik sebab kesian dengan aku nak ulang alik klinik atau mana2 naik tangga turun tangga banyak.
Aku pun balik, mak ayah Abang pun sangat prihatin dekat aku. teman aku ke sana ke sini, petang2 pergi ajak lepak makan cendol bawak mak buyung. Abang balik masa aku nak dekat due.
Dia kata ada sewa rumah RM500 sebulan, 10km juga dari kedai, tapi selesa la sikit duduk rumah. Aku happy gila suami bawa balik berita gembira macam tu.
Lepas bersalin, aku dapat anak lelaki, aku bagi nama Izzat Ryan. Balik ke Kajang, aku duduk rumah fokus jaga anak.
Tengah hari, ada runner kedai akan hantarkan lauk, kadang2 kuih, macam2 lah yang Abang kirimkan ke rumah. Aku memang rasa bertuah, semua benda aku post dekat FB juga masa tu.
Sebab aku rasa masa2 macam tu la aku boleh tutup mulut2 haters yang mengata aku sebab kahwin awal, tak habis sekolah, kahiwn dengan lelaki tak ada masa depan bagai semua. Ramai yang komen kata beruntng, puji laki aku, aku rasa luuka2 aku yang aku telan selama tu, mula terubat.
Tapi, apa yang aku harap kekal sampai ke petang, ribut petir melanda di tengah hari. Masa Ryan dah masuk umur 2 tahun, Abang mula berubah. Dia selalu balik lewat, dia banyak main telefon sorang2 dia, selalu juga dia memerap dalam bilik sorang2 tak duduk depan TV dengan aku dan anak.
Bila aku datang dekat dengan dia nak manja2 dia tepis. Bila aku nak bercerita apa2 dengan dia, dia buat tak dengar.
Aku dah syak something yang very obvious, dia ada perempuan lain. Aku masih beri dia peluang untuk terus terang dengan aku, aku tak ada nak perli2 dia ke apa, aku cuba tengok diri aku sendiri dan ubah.
Sebab aku sibuk salahkan diri aku, mungkin sebab ada apa2 yang kurang dekat diri aku la, dia cari lain. Aku melaram pagi petang siang malam untuk dia, aku text dia setengah jam sekali. Hari2 aku tanya dia, apa dia buat, dah makan ke belum, sebiji macam sms aku hantar masa kami mula2 couple dulu.
Tapi Abang tak layan, aku miscalled untuk dia perasan text2 aku. tapi dia marah2. Saya ada kerja la, awak nak apa? Bila dia balas macam tu, aku dah give up. That’s it. Sampai situ saja la. Bini kau wassap call semua, kau boleh tanya nak apa?
Nak perhatian kau la, nak jawapan, selama ni kau kerja elok saja kau text aku semua, call bergayut sambil buat kerja.
Tapi bila dia balas macam tu memang buat aku menangis. Dengan terus berawak-awak, hilaang terus sayang dekat mulut. Padahal bertahun tak pernah panggil awak-saya. Aku kecil hati gila. Malam tu aku tanya dia.
Rapuh remuk ptah hati aku bila dia kata dia memang ada someone dan dah siap plan nak lahwin cuma perlukn persetujuan aku sahaja untuk nikah.
Aku sedih, aku terdiam. Aku rasa apa yang aku korbankan untuk dia selama ni sia2. Dia ambil orang lain letak dekat hati dia.
Tapi, aku masa tu nekad, aku nak marah sangat, aku tak mahu nak pergi seraang2 orang, aku sign surat tu. Aku nak tengok sendiri, berapa lama orang tu boleh jaga makan minum dia.
Bila aku tanya, siapa orang tu? Dia bagitahu yang perempuan tu adik boss dia. Sebaya dengan Abang juga. Pilu hati aku.
Tambah aku rasa dikhianati, bila dia kata, rumah yang kononnya dia sewa tu, sebenarnya rumah adik boss dia yang tak duduk pun.
Aku mengmuk bila dia beritahu, aku rasa aku dikhianati dekat level yang kau sendiri tak tahu nak luah macam mana. Aku minta dia hantar aku balik rumah mak ayah aku atau mana2 tempat2 lain, aku dengan Ryan tak akan duduk rumah tu lagi.
Dia marah kan aku, dia maaki hina aku. Dia kata kalau bukan sebab perempuan tu bagi rumah, aku dengan Ryan ni tak ada tempat pun nak berteduh. Dia kata aku tak reti berterima kasih. Dia pun ungkit benda2 yang aku tak pernah sangka.
Kata dia, sepanjang kahwin dengan aku dia tak dapat apa2 pun, harta tak ada, apa tak ada. Ingat ke kahwin dengan anak orang kaya boleh senang, tapi tak juga.Nasib baik kenal dengan perempuan tu, ajar bisnes, dia lepas kahwin dengan perempuan tu akan sama2 jaga dan manage kedai dekat tempat lain.
Aku dan hilaang semangat nak menjawab, aku cuma tanya, apa kurang aku dekat mata dia sampai sanggup dia buat aku macam tu?
Dia dengan suara marah2 tu tengking aku bodoh, tak cantik. Tak macam perempuan lain. Ayat yang paling buat aku remuk malam tu, dia kata nak dekat dengan aku pun tak selera.
Sepanjang masa bau minyak angin. Malam tu, aku bawa Ryan tidur bilik sebelah. Ryan yang tak paham apa2 tu, tengok aku menangis dengan mata terkebil kebil hisap susu.
Aku tak minta ceraai dengan Abang, aku masih sayangkan dia. Aku terima semua yang dia kata tu. Sebab aku dah tanya, aku kena la terima jawapan dia. Aku bawa diri sendiri dekat rumah tu lepas dia kahwin.
Bila dah kahwin, dia memang jarang balik rumah tengok aku dengan Ryan. Aku buat keputusan, nak balik duduk rumah mak ayah aku. kalau dia ingat dekat anak, dia tahu la mana nak cari.
Berbulan juga aku duduk rumah mak ayah aku, ada kenduri pula rumah mertua. Anak sedara Abang khatan, jadi ada buat kenduri doa selamat sekali.
Aku tahu Abang balik, sebab adik dia ada bagitahu. Masa dekat dapur rumah mak mertua, aku sibuk bungkus nasi. Aku nampak madu aku ada.
Baru sampai, sibuk bersalam dengan ahli keluarga. Keluarga pun excited, semua nak kenal orang baru. Cantik, ya dia memang cantik. AKu pun kenal dia, sebab dia selalu datang dekat kedai abang dia yang aku pernah duduk dulu.
Aku nampak Abang masuk dapur, tegur isteri baru dia. Penuh di mulut panggilan yang manja, suaranya lembut manis sekali.
Aku diam saja, sekadar dengar sambil buat kerja. Mungkin dia tiba2 perasan dan ingat yang dia ada sorang lagi bini dekat situ, dia pun tiba2 juga terdiam. Bila majlis dah mula reda, bau la dia datan dekat aku, tanya pasal anak.
Hmm, tak tanya pasal aku pun tak apa. Aku tak kisah. berbulan aku jauh dengan dia pun, dia tak kisah. Sekurangnya, dia tanya juga pasal anak. Lepas majlis, aku balik. BIla tengok orang pun dah rancak ice breaking dengan orang baru, aku tak mahu makan hati, aku balik.
Malam tu, Abang datang rumah. Aku sendiri terkejut dia datang. Tak pernah la aku terfikir dia nak datang malam tu. Aku masa tu dalam bilik, nak tidur kan Ryan. Dah sehari suntuk dia bermain dengan sepupu semua, malam tu senang la dia tidur.
Abang masuk bilik, duduk tepi aku. Perlahan-lahan dia kata, dia nak minta maaf dengan aku. Dia tahu aku skit hati dan marah bila dia kahwin lain. Lama aku senyap, banyak benda dalam kepala otak aku ni dah standby nak sembur dekat dia, berbulan lama aku practice dalam kepala otak aku. Yang mana satu aku nak sembur dulu.
But, when the time comes, aku sendiri tak percaya, dengan tenangnya aku boleh kata it’s okay. Aku sendiri masa sebut tu pun tak percaya, aku boleh kata dengan tenang, suara aku normal, tak marah2. Sedangkan selama ni meluap luap marah aku duk tahan.
Dia kata lagi, dia minta maaf. Dia nak berbaik dengan aku sebab aku yang lama dengan dia berbading “orang lain”. Sebelum dia cakap lebih2, aku terus potong. Aku kata, aku minta maaf.
Aku sendiri terkejut, entah dari mana datang minta maaf tu. Aku sendiri tak pernah terlintas atau terfikir nak cakap macam tu. Tapi malam tu, segala apa yang aku sebut, betul, aku percaya, Tuhan yang bantu aku.
Aku kata dekat dia elok2, dengan tenangnya, aku minta maaf sebab tak dapat jadi yang baik untuk dia. Mungkin aku rasa aku dah buat yang terbaik, tapi sebenarnya tak cukup. Aku kata dekat dia, memang aku mengaku aku sedih, aku rasa dikhianat, aku rasa dihina.
Aku kata dekat dia, Abang dah ada perempuan lain, tak apa lah, ada baru, ada lah. Saya tak kata apa2 pun kan? Tapi jangan hina2 saya. Yang Abang cakap tak cantik, tak pandai melawa ni la Abang duk ratah dulu.
Saya pun bagi apa yang saya ada sebab saya sayang dan percayakan Abang. Tapi bila Abang cakap macam tu, hati saya halncur.
Abang nak ada perempuan lain, abang teruskan lah. Jangan hina2 saya bau minyak angin apa semua tu. Abang datang minta maaf atau tidak, saya tetap diri saya. Saya tetap lah yang tak cantik ni. Abang datang minta maaf macam ni, esok bukan muka saya berubah jadi Fazura. Saya tetap macam ni.
Tiap malam saya kena ada ubat atu minyak angin tu, baru saya boleh tidur. Saya sapu sendiri minyak angin tu, satu hari saya jaga anak, jaga rumah.
Abang balik kerja, saya tak pernah minta Abang buat apa2. Tapi saya letih, saya tak minta Abang urut saya ke apa, minyak tu pun saya sapu sendiri.
Saya tahu Abang susah lepas kahwin dengan saya. Tapi saya bangga tengok Abang kerja keras. Saya bangga buktikan dekat mak ayah saya, yang Abang boleh jaga saya lepas saya keluar rumah ni.
Masa tu, aku nampak dia dah mula menangis, macam budak. AKu tak tahu apa yang buatkan dia menangis tu. Sama ada dia betul2 rasa insaf ke apa, aku pun tak tahu.
Aku sendiri terkejut malam tu, aku tak marah dia lansung. Aku boleh luah semua yang aku kata dengan tenang. Lepas semua tu keluar dari mulut aku, aku rasa lapang. Aku rasa sejuk dekat hati aku. Setitik air mata pun tak turun depan dia.
Aku kata dekat dia, aku nak berpisah cara baik. Duduk jauh macam tu, hanya tambahkan dosa aku dengan dia Aku tak buat tanggungjawab sebagai isteri, dia pun sama.
Aku minta pisah cara baik sebab aku tak mahu Ryan jadi mngsa. Dia masih budak, masih seronok bermain. Dia tak tahu apa2.
Abang terkejut bila aku minta nak berpisah, tapi aku buat bodoh saja. Buat2 tak perasan. Malam tu, aku tolak secara baik, aku minta dia balik tidur rumah mak ayah dia.
Esok pagi tu, mak ayah aku tanya, apa jadi semalam? Kenapa Abang datang? Dia cakap apa? Time tu aku berempat saja dekat ruang tamu. Aku ayah mak dan adik bongsu. Tak semena-mena, bila ayah tanya, aku menangis.
Teresak-esak aku menangis. Apa yang aku sebut malam sebelumnya, apa yang aku lalui sepanjang hari dekat kenduri rumah mertua aku, semua ter flashback dekat kepala aku. Apa yang Abang buat dan kata dekat aku, semua datang balik.
Aku menangis sampai ayah aku datang duduk tepi aku. Usap2 bahu minta sabar. mak aku menagis. Adik aku yang tak tahu apa tu pun menangis. Ryan saja tak ada sebab tidur.
Aku rasa lega, sebab aku dah berjaya minta dia berpisah dengan aku. Tapi aku rasa apa yang aku invest untuk dia selama ni sia2. Aku rasa apa yang aku buat selama ni betul tapi semuanya tak bawa apa2 makna.
Mak ayah aku terus bangkang, mereka suruh aku berhenti salahkan diri aku sendiri, jangan ingan benda2 dah lama yang dah lalu.
Even ayah aku pun cakap dekat aku, kalau tak ada kejadian2 macam ni mungkin sampai bila aku pun tak berubah nak dekat diri dengan Tuhan, nak jadi lebih baik.
Mak ayah aku pun mungkin masih sibuk sampai tak ingat nak bagi perhatian dekat anak2. Kami menangis berjemaah lah pagi tu sambil tunggu bibik goreng nasi. Bila teringat balik, kelakar pun ada.
Betul kata ayah, disebabkan aku jumpa Abang, aku dapat anugerah terindah dalam hidup aku,Ryan. Dia lah peneman setia aku.
Aku dengan Abang berceraai lepas raya haji tahun lepas. Aku batch 1994, masa berceraai, umur aku 26. No SPM, Jobless, single mother and broke. Kau ada? Hahaha itu lah status FB aku pada hari aku bererai. Lepas tu aku tutup dan buat FB baru.
Dengan rakan2 dekat sahaja, ahli kelarga yang terdeat sahaja. Semua dekat FB aku pun kalau tak pasal Ryan, pasal aku tolong mak ayah aku, bibik atau adik beradik dekat rumah.
Sekarang, goals aku lain. Dulu aku nak jadi someone yang terbaik untuk Abang dan keluarga yang kami bina.
Tapi now, aku nak tumpukan perhatian sepenuhnya kepada self love. Rasa sayang dekat diri aku, aku tak nak jadi orang yang terlalu memikirkan benda lepas dan akhirnya buatkan aku dan paling worse, anak aku jadi mngsa.
Aku dah janji dengan diri aku sendiri untuk usaha habis baik, lepas ni cari kerja yang aku mampu buat untuk masa depan Ryan. Apa yang paling penting adalah pendidikan dan masa depan dia.
Aku nak pastikan dia tak kecewa dibesarkan oleh ibu tunggal dan janda macam aku. Mohon doa dari korang semua. Aamin.
Abang masih baik dengan kami, cumanya, aku tak berhubung dengan dia. Urusan nak jumpa Ryan atau sebagainya, dia akan contact ayah aku. Almost everyday juga dia VC dengan Ryan guna wasap call ayah aku. Ryan pun ada adik tiri baru perempuan. Aku tumpang gembira untuk Abang dan isteri dia.
Cuma aku harap, sesiapun yang baca confession ni, kalau ada someone istimewa yang baru, terus terang. Jangan hina-hina, ungkit benda2 yang tak perlu.
Kita tidak tahu penerimaan seseorang tu macam mana, kita tak dapat pun baca hati dah minda orang, jadi bincang dan cakap elok2. Dengan kata2 tu lah boleh buatkan orang menyalahkan diri sendiri, berasa terpinggir dan terus menyendiri.
Kadang2, sebab orang b*n*h diri dan kemurungan ni, bukan sebab hutang banyak dan muflis saja. Tapi, kata2 yang setajam pedang tu lah puncanya.
Satu lagi, aku nak share satu lagu yang bantu aku pulih dari rasa depressed, adik lelaki aku bagi dekat wasap. Sampai sekarang aku dengar hari2. Indah sekali maksudnya. Epiphany- hadiah dari aku untuk korang juga.
Sebelum membenarkan orang lain sayang kita, kita kena sayang diri kita dulu. Let’s live to the fullest. Insha Allah
Ini antara komen dari netizen untuk perkongsian ini.
Radhiah.Tapi loosernya ambil lelaki orang yang dah stabil..yang Tak perlu bersusah payah..makanya memang sedondon lah mereka berdua, sorang tak reti bersyukur/menghargai..sorang lagi penyondol, ambil kesempatan dalam pengkhianatan..
Takpe dik, you deserved someone better..love yourself, sambung belajar ke..buat apa-apa yang membahagiakan diri..
Orked. Hi sis. Kita umur takjauh beza. Saya batch 96. Hehe. Sis saya kagum sangat dgn kematangan awak. Adore you. Saya yakin segalanya penuh hikmah buat sis.
Past is past sis. Takdak sis yg sekarang without the pain you adapt before. Terus kuat sis. Anw sis, saya sarankan sis ambik SPM. Pegi private school. Saya yakin your parents can afford you.
Bukan private school macam anak² artis tu. Just private school yg dia ajar utk budak² ambik SPM. Saya pernah bersekolah di sekolah yg macam tu.
Mostly yg ambik SPM memang bukan 17th (saya 17th tapi atas sbb² tertentu saya terpaksa belajar dan ambik SPM melalui sekolah cenggitu). Ada yg umur 20an memang ramai, umur 40an pon ada.
Dorang siap dapat 3 4 A’s lagi sis. Sis pon boleh saya yakin. Kita masih muda. Find at your place sekolah macam tu. Monthly RM 150 je masa tahun 2014 saya SPM dulu.
Memang cover everything within a year je. In Shaa Allah boleh sis. Dibantu dgn banyak platform lately. SPM sis tahu teknik confirm boleh skor. Ambik 6 subject teras je.
Then you boleh further your dip/degree and so on. Kalau sis taknak pon is okay. Cuma kalau sis rasa nak tebus apa yg tak dapat dulu, sis boleh cuba.
Maybe you can do better this time sis. Ahh so proud educated single mom ni. Anak sis lagi proud nanti. Anw good luck sis. May Allah ease everything for you.
Syima. Bestnya baca..
U can be a good writer..
Sopan sgt orgnya wpun x belajar tinggi..
Kuatnya, x maaki hamun suami pun dik..
Malunya akak dgn ko dik..
Inilah dikatakan, adab lebih tinggi dari ilmu..Always remember, curaang bukan kesilapan tp pilihan.. kalau perlu memilih antara dua, pilih yg kedua sbb kalau cinta yg pertama takkan ada yg kedua.. good job
Masyitah.It’s not about you kahwin awal. Your ex husband sampah.. Tu je. Nak nangis nangis pulak dah jantan tu.. Love ur self okay. Chaiyok Chaiyok.. Jadi sorang ibu yg boleh dibanggakan oleh Ryan.
Tak semua prmpuan mampu buat mcm awak buat.. You walk out with class okay. Terus kan berusaha.. Apa yang awak buat, tinggalkan so call lelaki tak bersyukur tu adalah yg terbaik.. You are so confident Dan ada potensi. Bangun Dan cari kebahagiaan awak..
Jangan rasa terhina, salah kan diri sendiri, rasa mcm awak hina buruk tak cantik sebab tu awak nak bagi laluan dekat your ex husband together dengan bini baru..
Awak keluar dari perkahwinan ni sebab awak ada maruah, awak berhak dapat kebahagiaan macam mana your exhusband dapat, awak keluar sebab awak lebih bernilai dari menjadi isteri dia..
Semoga bertemu dengan kebahagiaan confessor.. Percayalah.. Dah berumur nnti.. Kalau mula dari sekarang.. Kita tersenyum bahagia dah dapat lalui ujian ni..
Awak tak gagal pun dalam perkahwinan.. Cuma awak ada pilihan lain.. So awak pilih laluan yang lebih menguntungkan awak..