Aku brubah penampilan ttp aurat lps khwin, tp suami tiba2 tawar. Aku buka hp dia pnuh gmbr prm sksi

Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Sebak sangat rasa di dada ni taktau nak luahkan dekat siapa. Tak mau mengaibkan suami jadi saya luahkan semuanya di sini. Sekadar ingin melepaskan beban di hati.

Nama saya Diey. Saya dah berkahwin selama enam tahun.

Di zaman bujang saya dulu, saya berpakaian seperti kebanyakan wanita Melayu sekarang, pakai baju sekadar membalut tubuh. Tudung saya singkat, baju ketat, seluar pun ketat. Badan saya pulak berisi tapi tidak gmuk.

Memang ramai yang suka usha saya dulu. Saya rasa hotstuff sangat masa tu, padahal orang usha sebab suka benda percuma saja. Hahaha

Sehinggalah saya berkahwin, mengandung dan melahirkan tiga orang anak, bentuk fizikal saya mula berubah. Payudara, perut, punggung semuanya mula melondeh.

Dah macam2 cara saya buat, makan jamu, workout, teknik urutan tapi tak berhasil. Saya hilaang keyakinan diri.

Saya dah rasa tidak menarik di mata suami. Saya selalu nyatakan kegusaran saya di depan suami. Tapi dia selalu cakap dia okay.

Dia faham saya melahirkan dan menyusukan anak, sudah tentu aset2 itu akan jtuh. Saya berasa lega sekejap dan rasa bersyukur sebab suami saya terima saya seadanya.

Sehinggalah suatu hari saya tergerak hati nak cek history google chrome suami kerana kami selalu berjauhan sebab pjj. Hampir terkedu saya. Penuh dengan carian tentang “n4ked woman”.

Saya rasa macam ditipu. Rupanya selama ni dia suka tengok badan wanita lain berbanding badan isteri dia sendiri.

Dah lah sekarang saya mula berhijrah ke arah yang lebih baik. Saya dah tukar gaya pakaian saya. Saya pakai tudung lebih labuh, baju longgar, sarung kaki, handsock.

Saya mula persoalkan adakah patut saya berpakaian seperti wanita jalang yang dia suka tengok tu?

Saya rasa kecewa. Hampir saja saya berpatah balik menjadi diri saya yang dulu.

Baru saya faham sekarang kenapa rata2 orang yang saya kenal bila diceraaikan atau diduakan suami, daripada elok bertudung terus jadi sexy, daripada berniqab mula buang tudung.

Mungkin kecewa kerana suami mereka tidak menghargai kecantikan mereka tapi gilakan kecantikan wanita lain.

Tapi saya cuba muhasabah diri. Mungkin ini ujian untuk saya. Walaupun tidak sampai curaang atau berzina tapi ini pun sudah cukup mematahkan hati saya.

Saya tak tahu bagaimana isteri di luar sana mampu memaafkan kecuraangan suami mereka berkali-kali sebab bagi saya apa yang saya hadapi pun sudah terlalu meluk4kan.

Adakah saya akan buka tudung sebab suami saya? Sudah tentu tidak. Malah saya semakin kuat menyatakan Allah terlalu sayangkan saya,

Sebab tu Dia patah-patahkan hati saya, sebab Dia nak saya letak kebergantungan pada Dia satu-satunya dan bukan pada manusia.

Tentang suami saya, dia suami yang baik, terlalu baik cuma dia kalah dengan nafsu dia.

Saya akui saya wanita yang tak sempurna di matanya tapi saya tidak kisah kerana saya ingin terlihat sempurna di mata Allah sahaja.

Dengan ujian ini saya semakin dekat dengan Allah, tiap hari saya menangis memohon ampun pada Allah. Ampunkan dosa saya, ampunkan dosa suami saya.

Mungkin ini cara Allah nak menebus dosa-dosa saya di zaman silam. Redha dengan semuanya.

Dan buat wanita di luar sana tolonglah jaga maruah anda. Usah mengharapkan hanya lelaki yang menundukkan pandangan kerana anda tidak tahu bagaimana mata lelaki berfungsi.

Jadilah wanita yang mahal, yang diinginkan semua orang tapi hanya satu yang bisa memilikinya.

Sekian.

Ini antara respon netizen.

Laila. Aik kenapa work out n jaga makan tak berhasil? Baru buat kot…kena istiqamah….best friend saya buat dia dah 50an dah anak 6,bermula dgn berbasikal setiap hari,brisk walking 40 minit,sekarang dia enjoy jogging 3 km every morning,

selepas 5 tahun,berat turun 10 kg, perut mengecik,pinggang ramping,sehingga ramai kata dia nampak muda dari 50 an tu walaupun sebelum itu dia kelihatan sgt tua( umur 40 org sangka 50)….tapi dia buat utk sihat beribadah bukan nak tackle suami sgt pun…

Ann. Mengikut kajian psikologi….wanita dilayan mengikut telinganya…makanya kena cakap yg baik2..yg indah2..puji pujian kepada wanita…yang menyedapkan auditorinya…

Dan lelaki perlu dilayan mengikut matanya…makanya perlu dipersembahkan yg cantik2…yg menarik visual matanya…

makanya untuk isteri mendapat kesenangan telinganya bukan dengan bertanya suami…tp dengan mempersembahkan visual yg menarik..

so suami kena belajar puji isteri..Dan isteri kena belajar sek si depan suami…sekadar tips ringan tp manfaat utk kita semua yg dah lama berkahwin… kdg2 malas nak bersek si se ksa depan suami…

hakikatnya Itulah yg suami nak tengok…Dan buat suami rajin2lah puji utk hargai isteri sb Itu juga adalah nafkah batin yg Allah balas dengan kebaikan…membahagiakan jiwa isteri adalah kewajipan….sekadar pandangan makcik yg serba dhaif ni….

Syahirah. pakai la pakaian sexy depan suami.. dekat rumah try cari baju2 yang seakan look menarik.. bukan sekadar baju family day seluar psar malam.. try la.. pstu soal jaga badan kalau takleh try diet sendiri try cari coach personal.. nanti boleh control pemakanan soal workout semua..

tapi mesti sayang diri sendiri dulu berubah untuk diri sendiri.. jangan sebab suami.. nanti kecewa kalau suami takde perubahan.. buat untuk diri sendiri dulu dan jangan putus doa untuk suami supaya berubah

Aishah. xpyh menyalahkan diri sendiri, perkara yg suami awk buat itu adalah kehendak suami awk dan kta xdpt nk jaga dia 24jam, suami awk yg berbuat dosa.. bkn kta yg menanggung dosa dia.. rasa kecewa itu pasti

.. berserah kpd Allah sahaja dan berdoa suami awk mendpt taufik dan hidayah… kita perlu gembira untuk diri kita sendiri , rasa kesian kt suami.. yg penting kta perlu tetap layan suami dgn baik