Foto sekadar hiasan.Saya terpanggil nak kongsi pengalaman setelah membaca Jodoh Sukar Kerana Hodoh, Nak bagi semangat sikit kepada adik. Tapi terima dengan hati yang terbuka dan luaskan pandangan sesungguhnya kebahagian tidak hanya semata-mata berakhirnya dengan perkahwinan.
Saya pun hitam tapi extra lagi, overweight dari kecik sampai dewasa. Gemuuk. Saya dah dekat 50 dan tak kahwin.
Saya tak pernah ada boyfriend ‘special’ dari sekolah rendah, menengah sampai universiti, tapi pernah keluar sekali dua dengan org yang minat saya, most of them are Indian.
Masa tu ok je, no problem. Mak saya yang sentap lebih. Masa tu nak keluar je, bukan nak kawin, tapi orang tua kan, pikiran berlebihan. Dia minat dekat saya kerana dia nampak saya dulu.
Lepas SPM saya kerja di 7-11. Ada sorang sis kerja dengan saya masa tu, dia ajar saya pakai lipstick. Ane ni regular customer, selalu lepas kerja beli makanan di 7-11, lepas tu ajak keluar. Percayalah dik akan ada orang yang nampak kamu.
Blind date pula memang tak pernah lekat. Memang semua blind date yang kawan-kawan setup tu semua melayu dan layanan mereka sama dengan adik confessor tu cakap.
Mereka tak suka perempuan hitam tambah lagi gmuk. Masa tu memang terluuka, tuhan saja yang tahu.
Saya try lagi, kali ni saya try dating online, test market lebih luas kerana ada calon-calon yang bukan di malaysia, chewah. Masa ni dah kerja.
Dapat lah sorang yang betul nak buat isteri (siap sampai jumpa dengan mak dan ayah saya lagi) – guess what he is not a Malay, not a Malaysian, a muuslim and white. Kami ‘couple’ setahun tapi jodoh tak sampai, biarlah jadi kenangan manis hidup saya.
What I take masa couple tu, saya memang berusaha untuk berhias. Saya potong rambut cantik-cantik di salon. Masa tu freehair lagi. Saya pakai make up, dan baju fesyen sikit, saya perasan masa berjalan dengan dia, saya masih lagi gmuk dan hitam.
Ada juga lelaki lain yang pandang saya. Masa mencari jodoh di dating online memang kena banyak berhati-hati sebab scammer ramai.
Si dia ni saya buat background check, saya telefon di tempat-tempat yang di kata dia pernah kerja, depa bagi feedback lagi kat saya, selepas itu baru saya jumpa dia.
Semasa saya mencari jodoh online, saya telah terima hakikat tiada lelaki melayu yang nak saya. Tapi selepas break dengan dia saya down sekejap. Pada masa yang sama juga saya mula mengenali diri saya sendiri.
Apa yang saya nak dalam hidup saya, soalan-soalan yang tak pernah saya tanya kepada diri saya sendiri kerana saya hanyut dengan kehendak orang ramai, expectation orang sekeliling kita.
Setelah sekian lama saya menyelami diri sendiri, akhir saya sedar bahawa saya sendiri bukan wife and mother material. Akhirnya saya sedar bahawa saya lebih selesa dan bahagia sendirian.
Sekarang ni, saya tenang boleh dikatakan happy menjaga ibu yang sudah tua, ada harta sendiri dan tak rasa pun kesunyian.
Baru-baru ni saya test market kat FB dating (kerana masa tu curious, saya ni dah tua masih lagi hitam dan gmuk, ada orang nak ke?).
Saya letak gambar yang paling biasa-biasa, tak touch up pun. Saya dah melebihi 45 tahun dan saya nak setelus yang mungkin. Tua, hitam dan gmuk. Sangkut gak dan memang si dia nak buat isteri.
Saya tak selindung pun, saya gmuk, saya tak suka masak, tak suka mengemas, jaga mak yang dah tua, semua yang buruk-buruk saya cerita.
Dia tetap dengan pilihan dia. Kagum saya dengan pegangan dia tu. Dia kata saya ada ciri-ciri yang dia nak. Betulah tu, saya pun di tahap yang tidak mahu lagi untuk beranak dan dia pun begitu kerana masing-masing dah berumur.
Dia nak teman hidup je, tetapi saya memang tidak berhajat untuk berkahwin kerana tanggungan saya sekarang. So saya tolak dgn baik.
Masa mencari di FB dating tu, memang kena harungi all the scammers and a**hole in online dating world kat sana. Sabaq je banyak-banyak heh heh. Dan he is a malay divorcee ha ha. Dia masih jadi my FB friend.
Saya rasa sebenarnya tarikan ni tak bergantung sangat dengan fizikal, lebih kepada personaliti dan apa yang kita rasa tentang diri kita.
Kalau kita dikelilingi orang yang asyik menj4tuhkan kita dan kita menjadi kurang confident kerana peng4ruh luar tu, ia akan terbawa dalam personaliti kita.
Akak bukan nak adik jadi megah, tapi ada sikit confident dalam diri. Sememangnya tuhan menjadikan kita sebaik-baik ciptaan. Tak semua selera orang sama.
Jika adik buat sembahyang hajat tu, spesifik kan doa adik. Jodoh macam mana yang kamu nak. Sifat baik tu terlalu luas, spesifikan baik macam mana? Fizikalnya macam mana. Buat list.
Jangan terasa rendah diri kerana fizikal kita tak sehebat mana, tapi doa pula nak hebat-hebat, ketahuilah adik, kita berhak yang terbaik untuk diri kita. Dan kita juga berusaha.
Tak perlu tebal-tebal make up, tak perlu make up mahal atau baju mahal. Youtube, instagram dan FB semua banyak boleh bagi idea. Yang penting adalah adik jadi sendiri dan rasa selesa dengan diri sendiri.
BE HAPPY, ia akan menyerlah dalam peribadi dan itu akan menjadi kan adik lebih menarik, kalau rasa down, ada orang kata fake it till you make it. Jauhkan diri dari org yang j4tuhkan perasaan kita.
Memang susah kalau orang yang paling rapat dengan kita kata begitu, kena belajar ambik kata-kata dia tu masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Katakan pada diri sendiri, saya adalah logam Titanium, logam yang terkuat di dunia.
Kenali diri kita sendiri, terokai kekuatan diri sendiri, mesti ada. Adik mesti ada sesuatu yang orang lain tiada, percayalah. Rasa selesa in your own skin, own it and be proud of it.
Dan akhirnya make peace dengan takdir adik. Jika itu kehendaknya maka ia adalah terbaik yang telah ditentukan untuk adik. Saya doakan adik akan dapat apa yang dihajati dan dipermudahkan semua urusan. Aamiin.
Ini antara reaksi dan nasihat netizen.
Isma. well said sis. sy ada kenalan, kulit gelap n berbadan gempal tp berkahwin dan bahagia. sy fikir sy yg lagi lawa dari dia pun still single. kadang2 fikir di mana silapnya.
tapi jodoh kita, hanya Allah yg tau. tak semestinya gelap tak ada org nak n tak semestinya lawa ada org nak. yang penting diri sendiri mesti bahagia walaupun berkahwin atau tak. semoga adik tt yg sebelum ni dipermudahkan jodoh dia n bahagia
Atiqah.Benar.Fitrah manusia sememangnya ingin dicintai dan mencintai.Untuk menjadi pelengkap rasa untuk menjalani kehidupan.Tapi jangan anggap ia satu pilihan terakhir untuk sebuah kebahagiaan.
Pesanan: Bila mana engkau sedar engkau punya Tuhan untuk bersandar,maka jangan gusar jika belum bertemu dengan seorang pacar
Fasha.Zaman sekarang. Rugi berabis nak melawa dekat lelaki yang complain tanpa se sen pun berabis untuk kita.. kalau dia ikhlas sayang dan nak jadikan kita pasangan dia..Dia sendiri akan datang..
Suka penulisan puan..
Lashin. Perempuan ni kahwin pun, kalau suami meninggaal akan belajar semula dari awal bagaimana hidup sendiri.
Saya belajar begitu dari arwaah nenek saya. Atas sebab dikasihi anak cucu, bila dah tua, mana yang rapat, berebut orang nak jaga. Mungkin dalam 30 tahun hidup bersuami, baki lagi 20 tahun hidup sendiri.