Foto sekadar hiasan. Assalam para pembaca. Hidup ini terlalu banyak liku dan cubaan yang kadang buat kita leka, putus asa dan kecundang dengan nfsu. Begitu juga saya, ibu tunggal anak 3, berusia 30an. Saya bekerja di sektor awam dan membuat bisnes sebagai side income untuk membesarkan anak anak seorang diri. Terlalu banyak dugaan yang menimpa dari awal kahwin sehinggalah bercerrai dan hidup sebagai ibu tunggal.
Diuji dengan anak Autism dan ADHD serta menanggung trauma kerana kejadian hampir dirg0l abang ipar, membuatkan kekadang saya hilang waras dan tewas dengan nfsu amarah.
Hasil nya, anak anak menjadi mngsa jerit pekik seorang ibu. Anak anak saya tidak bersalah. Anak anak saya bukan juga susah untuk dijaga. Walaupon hebat dugaan untuk membesarkan anak Auutism, tapi saya redha. Itu ujian saya. Kadang kadang hilang juga kesabaran saya, pasti saya akan tinggikan suara.
Saya sangat sibuk berkerja mencari duit membesarkan anak anak. Saya tahu anak anak terlalu banyak membawa diri dan sedih dihati.
Setahun berlalu peristiwa hitam yang terjadi masih segar. Macam mana pon saya cuba untuk lupakan, tapi peritiwa itu tetap disitu,
Ini kerana abang ipar saya masih ada di dalam keluarga. Diterima seperti tiada apa apa. Dikala saya perluukan ibu untuk menyokong saya, ibu saya tiada. Dia memilih untuk mempertahan kan pelaku. Memberi peluang pada pelaku, kerana pelaku ada anak anak. Habis, anak saya?
Bila saya gagal mengawal diri, bila saya teringat peristiwa itu kembali, anak anak yang menjadi mngsa saya. Ibu saya mengatakan maaf kan je lah. Bukan jadi apa apa pon.
Yaa, ibu. Tiada apa yang terjadi. Tapi susah payah saya melepaskan diri dari binatang tu, perlakuan dia terhadap saya, bagaimana mungkin saya lupakan sekelip mata??
Balas ibu, banyak mengaji, pasti lupa. Bagi saya, ibu saya lebih sayangkan abang ipar dari anak nya sendiri. Maafkan saya kerana kasih sayang saya berkurangan terhadap ibu. Luuka hati saya, tiada siapa yang peduli
Hati saya skit, lihat abang ipar bebas seperti biasa. Laporan polis sudah dibuat. Tapi setahun berlalu, dia seperti tiada apa. Relax saja. Sedangkan saya? Didalam traauma.
Tiada siapa yang tahu, betapa tertekan nya hidup saya. Mahu bercerita pada keluarga? Jauh sekali.
Hasilnya, saya d3pr3ssi. Berkali kali saya cuba menahan diri dari memukul anak anak bila saya diasak dengan tekanan. Saya kasihan kan anak anak. Sentiasa ditengking dan saya sentiasa tinggikan suara.
Bila anak anak buat hal, saya cuba isolate kan diri dan menahan diri dari melakukan apa apa yang memudaratkan anak anak. Saya berdoa semoga saya sentiasa diberikan kewarasan akal dan kesabaran yang tinggi.
Banyak kali juga saya terserempak dengan abang ipar. Di kedai runcit, di stesen minyak.
Melihat sahaja kelibat nya, dunia saya gelap. Terasa drah menderu naik ke kepala. Sehingga saya rasa paran0id untuk kemana mana. Bimbang terserempak lagi dengan abang ipar.
Rumah saya, ibu dan abang ipar adalah di dalam kawasan yang berdekatan. Malam ini saya menulis kerana memikirkan apa keadilan terhadap saya lepas setahun peritiwa itu berlalu.
Walaupon berkali saya memberitahu polis, abang ipar saya ada dirumah. Namun dia masih begitu.. Bebas.. Mungkin k3s saya ini tiada apa apa. Hanya melibatkan masalah keluarga.
Saya harap saya terus tabah dan diberikan kekuatan jiwa dan akal untuk menempuh dugaan hidup. Saya harap saya dapat mejadi ibu yang lebih baik buat anak anak saya. In shaa Allah.
Apa reaksi warganet
Aisyah Nur, Kesiannya. Pergi jauh dik. Pindahlah. Tak dinafikan, jika bukti tidak mencukupi buat report pun sekadar report saja lah. Sebab tiada saksi. Kalau mak kandung sendiri pun tak membantu siapa lagi yang nak diharapkan. Pergilah jauh. Bab ibu awak tak tahu nak cakap mcm mana.
Jika ikut hati akak pun akan menjauhkan diri dari ibu jugak sebab terlalu terluuka dan kecewa. Tapi tu lah. Ibu. Balik2 anak jugak yang dilabel anak derhaka jika tidak mempedulikan mereka. Moga ibu tt akan sedar suatu hari nanti.
Liya Lie, Untuk melupakan peristiwa yang berlaku… Pergilah sejauh mungkin untuk cari kekuatan, ketenangan, kedamaian… Jika masih di situ, saakit yang dialami akan bertambah. Percayalah kerana saya juga menghadapi penyaakit ni.. Tp sy tidak dapat mngalkan tempat ini.. Kaki saya masih berantai..
Doktor bagitahu itulah ubaat yang paling mujarab untuk sembuh iaitu pergi ke tempat yang asing, tiada siapa yg mengenali.. Jd kita tidak akan risau terserempak.. Kita hanya akan fikirkan diri sendiri dan anak2.. Cari kekuatan dgn menyepikan diri dan bahagiakan diri sendiri dahulu.
Nor Arfa, berat dugaan yang awak alami… awak masih trauma..cuba berjumpa dengan kaunselor.. dapatkan bantuan. kesian anak anak awak..mereka tidak bersalah..mereka perluukan awak untuk berada disisi.. jgn sesekali berpaling dari mereka. Kuatkan semangat.
Sentiasa mohon dengan Allah..bukan untuk hilangkan dugaan itu tapi mohon kekuatan untuk harungi dugaan yang Allah beri. kalau pun seluruh dunia membuang dan x sayang pada awak..ingatlah bahawa ALLAH sentiasa ada disisi awak dan DIA sayang awak.
Peduli kata orang, peduli ttg abg ipar.. awak kena lepaskan dia dan biar Allah beri hukuman. Nak Allah adili..awak kena berlapang dada..yakin dengan Allah…kalau perluukan seseorang untuk meluahkan..cari kawan kawan yg memahami…ok
Nazha Tul, sangat berat dugaan. berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul. cuba hijrah jauh sedikit dari keluarga. weekend keluar bercuti dengan anak. kalau kewangan tak mengizinkan. window shopping atau beriadah di tempat awam pun ok, picnic ke saya doakan awk supaya kuat. beli eletric taser yg ad jual di shoppee. agak2 ad malaun tu dekat bt ja dekat dia. semoga doa saya, Allah makbulkan. stay strong beautiful.
Azura, dugaan yg berat hanya untuk orang yang kuat.. awak mmg kuat.. awak keluarlah dari kepompong negatif tu.. bawa anak2 dan diri. cari persekitaran baru, udara baru, buka buku lembaran baru. hidup awak pasti tenang.. sebelum awak jd lebih prah.. demi anak2 dan awak.. semoga awak akan temui kebahagiaan buat diri awak dan anak2.
Deeede Nas, maaf cakap..ibu awak adalah seorang ibu yang useless,heartless. dia lebih sayang rumahtangga abg ipar awak daripada awk sendiri?kalau saya..saya dah jerit depan muka dia tu.dia seorang wanita pun tak faham perasaan anak perempuan?
Yaa allah..tak faham hati ibu awak ni jenis apa. begitu abg ipar awak buat kat awak..1 hari nanti dia akan terduduk bila ujian berat dtg kat dia.dekat situ baru dia sedar,insaf minta ampun.
Zaharaini Ngah, Perlahan2 mulakn hidup baru. Hirup nafas baru. Berhijrahlah ke tempat baru bersama anak2. Fokus pada diri & keluarga. Perkara yg telah terjadi,x dapat di ubah. Tp awak perlu berubah & jgn jd kan ank tempat melepaskn amarah. Dekatkn diri dgn Allah. Ujian yg awak lalui memang besar tp awak boleh bangkit dan teruskn hidup dgn bahagia. InshaAllah.
Nor Azrin Arifin, Hugss confessor. Be strong demi anak2.. And kenapa takde ti ndakan apa2 daripada polis eh? Buat report kali kedua tak boleh ke.. Buat report di balai polis lain pulak ke.. Simpati saya kepada confessor.
Saya pun ada anak autism. Bagi saya ini anugerah Allah bagi pada saya dan suami. Saya anggap ini adalah tiket ke syurga buat saya, mungkin amalan tak seberapa, tapi saya cuba akan jaga sbaik mungkin anak istimewa ni. Confessor kena byk bersabar… Kalau stress dgn anak2, isolate your self first dalam bilik ke sambil istighfar banyak2. Bila dah tenang kembali kepada anak tu..
Saya stuju juga dengan beberapa pendapat lain yang confessor elok lah duduk berjauhan daripada keluarga yg tak menyokong, saya anggap family mcm tu toksik sampai buta dengan kebenaran. Berhijrah lah confessor kalau mampu, mulakan hidup baru di tempat yang baru bersama2 dengan anak2, restart your life. Inshaa allah Allah sentiasa bersama confessor.
Ingat yaa confessor, mungkin keluarga kita tak sayangkan kita, tak mengapa. Allah ada, anak2 pun ada. Stood by them who loves u unconditionally. Take care confessor.
Sumber : LYN (Bukan nama sebenar) via IIUMC/edisimedia