Foto sekadar hiasan.Assalamualaikum buat admin dan semua ahli KRT. Saya cuma nak meluahkan perasaan wlwpun saya tahu ramai yg akan kecam saya dan akan maki hamun saya serta membenci saya. Saya isteri kedua kepad suami, saya dan suami dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki.. tetapi saya kehilangan permata hati saya yang kedua dan baru saja kehilangannya.
perkahwinan kami dirahsiakan oleh isteri pertama sampai sekarang wlaupun terkadang saya tahu yang isteri pertama memang tahu yabg saya bersama suami
kerana dulu pernah kantoi.. masa tu saya dan suami hendak ke rumah adik suami tapi isterinya disana waktu tu saya tgh pregnant anak pertama teruk saya kena pkul..
dan suami nafikan saya ni isterinya ckp saya bukan siapa2 dan ckp anak dalam kandungan saya waktu tu bukan aank dia.. Tapi saya diam je saya mengalah untukk pertahankan hak saya..
Dan saya masih lagi dalam fasa pemulihan untuk terima hakikat yang putera kedua saya tidak lagi ada..
Saya hampir meroyan menangis seorang diri berbual seorang diri, dan tiada siapa tiada kluarga disisi dan tiada suami mmberi semangat..
Malah saya dimarah jika saya teringat dan luahkan rasa kerinduan saya pd anak saya.
Saya tak pasti samada ini kifarah atau karma yang berbalik kepada saya atas perbuatan zalim saya terhadap isteri pertama suami.
Saya sangat2 dikongkong dan suami sangat cemburu buta. Ya masa bercinta dulu saya pernah cur4ng dengan suami kerana saya cuba untuk lari daripada bercinta dengan suami orang..
tapi apakan daya ternyata teman lelaki saya pada masa tu juga seorang suami orang, allahu saya betul betul tertipu..
Bila isteri llaki tersebut berhubung dgn saya hina saya maki hamun saya, suami lah yang pertahankan saya jaga maruah saya daripada direndah2kan oleh isteri dan kluarga llaki tersebut.
Ya dan itu yang membuatkan saya kembali bersama suami dan kami bernikah.. Tapi sejak kejadian saya cur4ng tu suami betul2 macam bencikan saya walaupun kami dah bernikah..
Bila saya tersalah cakap atau perbuatan pasti saya kena maki hamun dan kisah lalu saya menjadi ungkitan..
Dia minta saya untuk berubah, ya saya cuba berubah saya lebih menjaga diri dan hendak bahagia bersamanya.
Tapi setiap kali gduh pasti saya akan kena maki hamun dan pasti kena pkul. Suami suka beza bezakan saya dengan isteri pertama nya, dia cakap saya terlalu jauh berbeza dengan isteri nya.
saya selalu tanya suami kenapa kalau tahu isterinya yg terbaik kenapa masih nakkan saya, saya minta dia lepaskan saya..
tapi dia taknak, dia ugut saya andai saya lari daripada dia, dia akan heboh kan pada keluarga saya perihal saya pernah cur4ng dengn lelaki tu.
Saya tersiksa sangat2 bila dengan isterinya tak pernah dimaki hamun dicaci Dicubit pun tidak pernah malah dilayan persis permaisuri byk menjaga hati isterinya dan saya yg kena banyak bertolak ansur,
wlwpun isterinya suka berbhasa kasar.. Anak dan isteri nya dia berikan kesempurnaaan, tapi untuk saya sekadar cukup2 makan sahaja.
ya saya bekerja tapi saya banyak komitmen saya bayar kreta byar rumah dan berikan nafkah pada ibu Bapa saya berikan duit belanja anak saya yg diasuh oleh ibu saya.
Saya tidak pernah berkira bila suami cakap anak2 atau isterinya perlukn duit lebih saya sedia hulurkan duit dan tak pernah meminta balik,
sebab saya fikir selama ni saya dah halang rezeki anak2 nya dengan berikan rezeki tersebut kepada saya.
Saya terlalu sayangkan suami saya kerana itu saya masih bertahan, ya saya tahu tindakan saya salah,
Saya tak minta untuk dilayan seperti sampah macam ni.. Maki hamun makanan saya hari2 saya asyik difitnah tidur dengan lelaki lain sedangkan saya tak ada buat apa pun..
Bila saya tanya kenapa saya dan isterinya dilayani dengan cara berbeza, dia akan cakap kalau isterinya tak berperangai murahan seperti saya dan tak seja lang saya allahu..
sun dal ja lang pe lacur murahan takda harga diri itu yg digelarkan kepada saya.. kereta saya dia tak bagi saya guna dia hantar kereta saya di kampung..
kerana bimbang saya merayap ke sana sini berjumpa llaki lain.. Saya sering dipandang keji oleh masyarakat sekeliling bila saya keluar bersama suami..
Ya kami berbeza umur yang sgt jauh.. saya masih muda dn suami sudah 50an.. Tp saya endahkan kerana fikir keikhlasan saya mencintai suami..
Tapi saya sedih sebab sya dilayan sebegini? Hanya kerana saya pernah mencur4nginya sekali sahaja dia nak hukum saya sebegini..
Saya juga wanita walaupun saya jahat hadir sebagai yang ketiga dalam rumahtangganya..
Tetapi saya juga ada perasaan, jika tidak mahukan saya lagi pulangkan saya semula dengan cara baik..
tidak perlu mendera saya fizikal dan ment4l sebegini. Saya hampir bu nuh diri berkali kali bila gduh, tapi saya pandang gambar anak saya.. saya kuatkan diri.
Adakah salah tindakan saya yg masih menyayangi suami. Adakah salah tindakan saya ini. Wajarkah saya diperlakukan sebegini. Terima kasih.
KISAH KE 2.Assalamualaikum min tolong hide profile saya pinjam kaka saya punya fb, saya nak luah lah kat sini contoh lah kan korang di tempat saya sebagai isteri kedua dan ada anak da dengan suami 4 orang yang masih kecil dan yang bungso umur 5 bulan.
apa tindakan korang isteri pertama suruh cer4ikan isteri kedua dan dia ugut suami kalau suami tak cer4ikan saya dia nak t kam diri dia..
Dia tak nak suami jumpa kami lagi dengan anak2 sebab ya memang semua wanita tak nak hidup bermadu,
tapi ini salah suami sebab dia da tak tahan nk hadap istri tua dia yg selalu abaikan dia dulu dan sekarang.
Istri dia salahkan saya rampas suami dia tapi dia tak fikir tanpa kehadiran saya suami takkan dapat anak lelaki sebab dia tak boleh bagi anak lelaki dengan suami.
Ya Allah kesian anak2 saya yg tak tau apa2 ni jadi mngsa. Kenapa lah madu saya ni takde iman nak t kam diri dia sedangkan dia sholat 5 waktu sedangkan suami lebihkan dia nafkah semua lah lebihkan dia..
Dalam facebook dia ada gambar sama2 husband dengan anak2 bujang dia tapi kalau saya tak perna langsung saya letak gambar saya dan suami saya sbb nak jaga hati dia.
Gambar anak saya pun baby tak boleh letak fb sebab dia marah suami dan cakap saya nak tunjuk 1 dunia ya Allah itukan hak saya nak letak gambar anak saya bukan gambar dengan suami..
Kenapa dorang boleh saya tak boleh. Saya bukan perempuan simpanan saya pun ada hak yang sama dan isteri sah.
Ini tak adil sangat tapi pasal pic tu memang saya ok je tapi saya tak boleh terimah je dia u gut suami dia nak t kam diri dia kalau suami tak cer4ikan saya.
Terimah kasih baca luahan saya mohon pandangan yang positif dri kaka2 yang hidup brmadu ya.