Aku melamar lelaki s0ngsng sbg suami, aku xkisah dia xnk sentuh aku asalkn kwn2 xperli aku andartu

Foto sekadar hiasan. Hai semua pembaca. Ini kali kedua aku hantar artikel dekat sini. Disini aku cuma nak berkongsi cerita dan pengalaman aku mengenai percintaan 6 bulan aku dengan lelaki songsang. Jangan salah faham aku bukan songsang okay. Aku seorang wanita normal yang sama macam wanita lain dekat luat sana. Oh lupa, perkenalkan nama aku Airaa. Ada yang ingat lagi? hehe…

Nama yang dalam cerita ini semua bukan nama sebenar ya.

Cerita dia macam ni masa tu aku pergi majlis sambutan hari jadi salah seorang sahabat baik aku. Kami bertiga memang kawan baik sejak dari sekolah menengah lagi. Aku namakan diorang Lisa dan Azira.

Diaorang berdua ni dah kawin dan dah ada anak. Jadi masa jumpa tu diorang sibuk bincangkan pasal aku yang tak bertemu jodoh lagi.

Aku sebenarnya tak kisah sebenarnya. Aku pun baru 28 tahun. Bagi aku masih belum terlambat dan aku masih nak hidup bujang. Tapi diorang asyik paksa aku untuk cari pasangan dan sebut pasal Najmi.

Najmi ni merupakan kawan kitorang jugak kitorang kenal sebab kerja satu ofis. Aku pernah rapat dulu dengan dia. Pergi mana-mana mesti berdua. Orangnya kacak, pandai berg4ya tapi aku cuma anggap kawan.

Lisa dengan Azira ni dok paksa-paksa aku cari jodoh jugak and diorang cadangkan Najmi tu jadi calon suami aku.

Najmi tu pernah luahkan perasaan dia dulu tapi aku tak nak sebab aku dah anggap dia kawan aku (masa ni aku dah tahu dia g4y cuma aku buat tak tahu dan aku bukan reject dia sebab dia g4y).

Aku tak suka judge orang jadi sebab tu aku tak kisah sangat yang dia tu g4y. Cuma agak terkilan. Nak dijadikan cerita disebabkan kawan-kawan aku ni asik push-push aku, aku pun Whatsapp Najmi ni cakap aku nak kawin dengan dia.

Aku ni dah la tak pandai bercinta apetah lagi nak berpuitis romantik semua bagai ni. Kawan-kawan aku yang sengal tu la yang banyak tolong.

Aku ingatkan Najmi ni nak terima mentah-mentah pinangan aku tu. Rupanya banyak betul soalan dia tanya.

Terus terang aku ajak dia kahwin sebab dorongan kawan, sebab aku terasa betul masa kawan aku perli cakap macam-macam sampai keluar ayat “nanti ko tak boleh kawan dengan kitorang laa sebab kitorang semua dah kawin” wow masa tu air mata aku menitis.

Sanggupnya seorang kawan baik cakap macam tu dan aku sebenarnya ada perasaan sikit dekat Najmi tu. Memang laa masa dia luahkan perasaan tu aku tak terima tapi sebenarnya aku ada simpan perasaan kat dia yang aku tak luahkan sebab perasaan kawan tu mengatasi rasa suka aku tu.

Satu sebab kenapa aku boleh suka dekat dia walaupun dia songsang sebab dia penyayang, matang dan bertanggungjawab.

Masa aku luahkan perasaan tu dia sebenarnya dalam fasa hijrah dia. Dia tengah nak berubah. Aku nampak la slowly perubahan dia like dia dah tak pakai make up, gelang dan warnakan rambut.

Dia masih saja kawan dengan kawan-kawan songsang dia tapi ada batas. Itu apa yang aku nampak luaran laa. Jadi lepas banyak soalan Najmi tanya aku, dia pun setuju nak jadi pakwe aku, maksud kitorang tukar status kawan kepada keksih. Aku rasa biasa-biasa saja.

Sepanjang hubungan kitorang aku tak pernah tanya soalan apa-apa mengenai dia yang songsang. Senang kata aku memang tengah terdesak cari calon suami dan aku tak kisah dia macam mana asal bertanggungjawab.

Sampai aku pernah terlintas kalau dia tak boleh nak sentuh aku pun aku tak kisah. Salah seorang kawan lelaki aku tahu dan dia gelakkan aku. Dia cakap aku risau ko tak bahagia nanti. Untuk pengetahuan semua, kawan aku yang cakap tu, dia laki orang okay, huhuhu.

Hubungan aku dengan Najmi macam pasangan yang lain cuma tak la sweet bersayang bagai. Aku sebenarnya takut dengan dia sebab dia garang.

Banyak sebenarnya flaws dia cuma aku terima dan terima dan terima sebab aku terdesak pada masa yang sama aku suka dia. Aku cuba laa bertahan dengan dia yang suka mengatur hidup aku.

Dalam hubungan kitorang memang aku yang melamar tapi semuanya dia yang tentukan. Dia tak nak berg4yut, tak nak face time, dan tak nak jumpa sangat. Call dan yang lain-lain bila perlu saja.

Aku mengadu jugak dengan Lisa dan Azira tapi dua-dua suruh aku sabar, bagi dia masa. Aku ikutkan. Aku sabar, aku tengok sisi positif sahaja. Aku selalu update dekat dia kalau nak pergi mana-mana tapi dia tak nak buat macam tu.

Ada sekali tu kawan aku nampak dia jumpa dengan kawan baik perempuan dia dekat mall sedangkan dia cakap dekat aku, dia ada dekat rumah. Masa tu sedihnya. Hilaang kepercayaan aku. Aku ingat dia berbeza dari lelaki yang pernah aku kenal.

Kalau dia nak jumpa dengan kawan perempuan dia, aku tak ada masalah pun. Kenapa kena tipu? Aku diamkan sahaja. Semakin aku kenal dia baru aku tahu dia ni typical lelaki yang suka membandingkan lelaki dan perempuan.

Jujur aku tak suka. Dia mahukan aku jadi seorang wanita yang tak boleh bangun lewat sekali pun, masak hari-hari, jangan main fon sangat, dan rajin mengemas. Kalau tak dia anggap aku ni tak pandai uruskan rumah.

Selalu dia suruh-suruh aku untuk tolong mak aku. Aku tolong saja cuma tak bagitahu dia laa. Hurmm aku tahu laa nak tolong mak aku kan… d4mn you

Lepas tu dia ni someone yang berkira. Kalau kitorang keluar dating masa nak bayar tu dia macam hang sekejap. Walaupun masa tu dia baru lepas dapat gaji tapi susahnya dia nak belanja.

Aku ok saja nak bayarkan atau 50/50 tapi engkau sebagai lelaki kan… Oh lupa songsang. Huh Baru aku tahu yang dulu dia luahkan perasaan tu dia dah tak ingat pun.

Dia cakap dia dah lupa. Masa ni aku rasa malunya aku. Tak pernah lagi aku dengar orang luahkan perasaan lepastu tak sampai 10 tahun dia dah lupa. Maksudnya masa tu dia tak serius laa kan? Aku malu plus saakit hati.

Untuk pengetahuan korang yang lelaki, perempuan tak suka lelaki yang PELUPA. Benda tu sangat annoying okehhh.

Mesti korang terfikirkan kata pernah kawan kenapa semua macam aku tak tahu pasal dia. Sebabnya adalah aku ada lost contact kejap dengan dia dan masa aku luahkan perasaan tu kitorang baru mula contact balik after 1 year apart. Aku bisik dalam hati banyaknya dia berubah.

Tapi bila aku luahkan dekat orang sekeliling semua suruh sabar. Mak aku pun dah anggap dia menantu. Mak aku semestinya tak tahu dia songsang. Kalau dia tahu mampus aku. Hahahaha…

Akhirnya, aku fikir balik kalau masa tempoh kenal pun aku banyak makan hati dengan dia yang suka cakap lepas dan tak reti cakap bertapis macam mana kalau aku ni dah jadi isteri dia. Kalau nanti dia selalu tak redho dengan aku macam mana.

Lepas aku fikir panjang-panjang, aku ambil keputusan putus saja laa. Dia pun tak pernah cakap nak kawin dengan aku. Oh lagi satu dia yang cakap dia masih tak selesa dengan hubungan ni. Aku terus turn off.

Aku jenis perempuan yang tak suka chat panjang-panjang kalau benda tu aku dah turn off dan aku memang tak suka bebel. Jadi aku cakap direct saja kita tak payah teruskan hubungan ni.

Tak kemana pun. Dia mula-mula macam nak pertahankan tapi eg0 lelaki kan, dia setuju pulak lepas tu. Liza dan Azira agak kecewa sebenarnya. Tapi maaf laa aku tak dapat nak tunaikan hasrat korang. Aku tak nak jadi orang lain semata-mata sebab nak kawin.

Aku baru tahu, baru faham rupanya lelaki g4y ni high demand yer. Pastu kalau boleh semua benda nak yang perempuan boleh buat perfect.

Kalau dia yang buat salah tak apa, kalau kita salah sikit macam-macam dia mengata. Tak pandai jaga hati orang lain tapi nak orang jaga hati dia.

Lepas putus tu korang tahu tak aku rasa macam beban kat bahu ni lenyap dan aku kembali jadi diri aku yang ceria semula. Aku nangis laa jugak sebab aku pun ada perasaan kat dia kan. Cuma dia tak boleh nak faham takkan aku nak terus-terus paksa dia faham aku.

Aku nasihatkan korang kalau korang tak bahagia dalam sesuatu relationship tu / korang mentally exhausted dengan relationship tu korang keluar la. Jangan tunggu lama-lama nak akhirkan hubungan tu. Bahasa sekarang jangan tunggu dah barai baru nak gerak.

Sayang kat diri dulu ok. Oh ya, lepas putus tu ada jugak dia chat aku. Aku pun balas macam biasa saja laa sebab aku dah janji yang kitorang tetap kawan walaupun putus.

Apa2 pun aku anggap kitaorang tak ada jodoh dan aku doakan dia jumpa wanita idaman dia yang jauh lebih baik dari aku. Korang pun tolong doakan aku bertemu orang yang sayang dan cintakan aku yer. Penat laa tepuk sebelah tangan ni, hihihi.

 

 

KISAH KE 2. Sebelum aku berkahwin dengan bakal suami keputusan H1v dia positive, aku terkejut lepas jumpa macam macam gambar aneh dalam telefonnya….

Assalamualaikum kepada semua pembaca. Aku juga ingin berkongsi kisah yang hampir sama telah aku lalui. Cumanya kisah aku tidaklah seberat confessor yang bersuamikan g4y itu.

Pada January 2021 aku telah mengikat tali pertunangan dengan seorang lelaki yang aku cintai. Kami berkenalan di aplikasi mencari jodoh.

Kami mengikat tali pertunangan diatas dasar suka sama suka selepas setahun menjalin hubungan. Setelah berbincang antara dua belah pihak keluarga, kami telah bersetuju untuk bernikah pada awal June 2021.

Aku pendekkan lah ye cerita aku. Ceritanya lagi 6 minggu sebelum tarikh nikah kami, tunang aku kantoi sangkut H1V test. Ya H1V positive. Pada mulanya dia menafikan dia telah melakukan sebarang aktiviti yang berisiko.

Tapi setelah aku cek phonenya, baru lah kantoi semua perbuatan busuknya. Rupanya tunang aku seorang g4y. Bermacam macam jenis chat aku jumpa dengan pelbagai lelaki. Ada yang nak video call sebab nak tengok body, ada juga chat2 yang ingin bertemujanji di hotel.

Kecewa aku Tuhan saja yang tahu. Siapa sangka lelaki yang aku anggap akan menjaga aku sehingga akhir hayat merupakan seorang lelaki yang dah jauh terpesong.

Kami merupakan pasangan bercinta jarak jauh. Dia di perak, aku di Selangor. Tambahan pula PKP, kami sangat susah untuk berjumpa.

Sepanjang bercinta ada lah dalam 3 ke 4 kali saja jumpa. Tetapi setiap kali berjumpa aku tanpa gagal akan sentiasa cek phone dia. Tetapi apa yang aku cari cumalah chat chat daripada perempuan.

Tidak pernah aku terfikir untuk bukak chat daripada lelaki kerana pada aku itu merupakan privasinya bersama kawan kawan. Rupa rupanya, aku silap. Aku bukan dicuraangi kerana wanita lain. Tapi aku dicuraangi kerana lelaki.

Setelah kantoi, dia menangis merayu supaya aku tidak tinggalkan dia. Dia berjanji sehabis baik untuk berubah.

Atas dasar sayang dan malu untuk batalkan perkahwinan, aku setuju untuk beri dia peluang kedua, kerana pada fikiran aku, tidak adil untuk aku terus tinggalkan dia tanpa dapat dia buktikan yang dia boleh berubah.

Walaubagaimanapun, setelah aku bagi peluang kedua, hati aku masih ada ragu ragu. Aku pesan padanya, bahawa aku percaya dia, tapi kalau dia ulang lagi perbuatan kotornya, Allah akan tunjukkan.

Mungkin akan ada pembaca yang akan kata aku bodoh untuk berkahwin dengan seorang penghidap H1V.

Tapi jangan risau, setelah aku bagi dia peluang kedua, kami telah pun berjumpa dengan doctor untuk mendapatkan nasihat bagaimana cara pasangan berkahwin agar H1V tidak mengjangkitkan kepada anak dan isteri.

Ramai yang tak tahu penghidap H1V boleh hidup seperti biasa iaitu boleh ada pasangan dan boleh ada anak tanpa menjangkitkan virus tersebut kepada anak dan isteri.

Tetapi, semuanya berubah lagi. Berberapa hari selepas tunang aku kantoi g4y, dia telah ditugaskan untuk bertugas di Johor selama sebulan.

Selepas seminggu dia di Johor, aku dapat rasakan dia sedikit lain. Mungkin di atas doa aku dan keluarga tanpa putus, entah macam mana, Allah gerakkan hati aku untuk install applikasi g4y.

Aku buat fake account dan search di lokasi tunang aku bekerja. Bertapa terkejutnya aku bila aku jumpa account tunang aku, dengan gambarnya terpampang di profile account tersebut. Yang lebih mengejutkan, account tersebut menunjukan status sedang “Online”.

Sekali lagi, aku terasa kecewa yang teramat sangat. Ternyata, semua janji dia untuk berubah Cuma lah mainan kata-katanyanya saja.

Selepas kantoi tersebut, aku terus ajak ibu aku pulang cincin kepada family tunang aku. Aku ceritakan semua hal kepada mak dia. Menangis maknya dengar apa yang aku ceritakan.

Anak sulung yang menjadi harapan keluarga, telah mengecewakan hatinya. Aku tunjukkan juga bukti yang aku ada.

Mak nya memujuk aku untuk sama sama bagi tunang aku peluang lagi. Tapi aku dengan tegas, cukuplah peluang yang aku dah berikan. Aku dah tak nak ambil risiko lagi.

Aku juga pernah bertanyakan kepada pejabat agama islam Selangor mengenai masalah aku yang bertunang dengan seorang g4y.

Pejabat agama sendiri menasihatkan agar aku tidak meneruskan perkahwinan kami. Sesungguhnya aku bersyukur dengan apa yang Allah dah aturkan untuk aku.

Sejujurnya, bukan H1V yang membuat aku tekad untuk tinggalkan dia. Tetapi disebabkan dia tak menunjukkan penyesalan dan tekad untuk berubah daripada dunia songsangnya.

Aku yakin memang susah untuk dia tinggalkan dunia songsangnya apatah lagi sudah 10 tahun dia melakukan aktiviti tak bermoral itu.

Aku berfikir, kalau betul dia nak berubah, dia tidak akan mencari lagi lelaki untuk melunaskan nafsunya selepas aku bagi dia peluang. Pada awalnya aku susah untuk menerima hakikat apa yang terjadi. Aku hampir2 memberi peluang sekali lagi kepada dia.

Namun atas nasihat keluarga serta rakan rakan, akhirnya aku mampu untuk kembali berfikir secara rasional. Alhamdulillah aku lebih senang sendiri sekarang.

Kepada Anne, aku tahu susah untuk kau terima bahawa suami kau seorang g4y, tapi percayalah, nafsu songsang mereka memang tidak akan dapat diubah.

Terlalu sikit peratusan lelaki songsang yang berubah apatah lagi yang dah melibatkan hubungan int1m. Banyak mana pun peluang yang diberi, lambat laun mereka akan kembali juga ke dunia songsang itu.

Kalau dia memang betul nak berubah, dia tidak akan gunakan perkahwinan sebagai alasan untuk mereka berubah.

Perkahwinan kau masih baru, masih belum ada anak yang kau perlu fikirkan. Nasihat aku, keluar lah dari perkahwinan kau ni. Tak guna kau tunggu dan tunggu untuk dia berubah.

Terlalu lama untuk kau tunggu selama dua tahun sebelum balik semula ke semenanjung. Perkara akan jadi lebih teruk. Mungkin sekarang dia masih bebas dengan H1V.

Tapi masa akan datang kalau dia masih dengan g4ya hidup songsang, tak mustahil akan berjangkit kepada kau tanpa kau sedar.

Penghidap H1V tidak akan tahu mereka dijangkiti sehinggalah ujian drah dilakukan. Kau juga boleh report kepada pejabat agama berkenaan suami kau yang g4y tu.

Kau wanita ada kerjaya, kenapa kau nak takut dengan perceraaian sedangkan kau sendiri tahu, perkahwinan ini akan berikan mudarat kepada hidup dan masa depan kau.

Aku merayu keluar lah dari pekahwinan ni. Mulakan hidup kau sendiri. Aku yakin akan ada masa depan yang lebih cerah untuk kau.

Aku tak nak wanita nampak lemah dan senang-senang dibodohkan oleh golongan- golongan songsang yang berkahwin untuk menutup perbuatan kotor mereka ni. Aku doakan kau dapat buat keputusan yang terbaik untuk diri kau.

Salam sayang dari aku untuk Anne.