Foto sekadar hiasan.Hi. Nama saya Wana. Harini, setelah berminggu fikir masak2, dan setelah berbulan makan hati, saya telah buat keputusan fail ceraai terhadap suami saya, Kai.
Saya hanya nak luah yang saya lega, walaupun saya sangat sedih, sangat terluuka, sangat lama kecewa memendam rasa.
Saya sangat lega selepas pihak suami akhirnya reply whatsapp saya, walaupun hanya tulis ‘terima kasih’
Saya buat keputusan ni, selepas berbincang dengan ramai pihak – kawan, kaunselor, keluarga.
Ada yang kata, saya patut tahan sabar, dan ada yang kata, lepaskan, jangan pentingkan diri dan jadi punca pihak suami tak bahagia. Lama sangat fikiran saya terganggu dengan perkataan perampas.
Ya, saya la perampas tu, perampas kebahagiaan orang yang saya nak jadikan milik saya sepenuhnya (suami).
Harini saya nak cerita, kenapa saya gelar diri saya perampas. Mungkin ada pihak yang baca tulisan saya ni beranggapan lain dari saya.
Saya kenal Kai (suami) tahun 2018. Masa tu, saya hanya kenal dia sekadar ‘nampak’ dia bawa/teman mak (mentua saya) pergi beli barang dapur.
Masa ni, mama (ibu saya) terjumpa kawan baik dia masa sekolah dulu (mak). Sembang mengopi kejap, saya terasa nak kenal Kai.
Cuma masa ni, Kai busy main phone je. Selepas kejadian ni, saya hanya tanya mama serba sikit pasal keluarga mak, dan mama paling suka cerita pasal Kai pada saya. Saya fikir, boleh onz ni.
Cerita tentang keluarga Kai hilaang dari radar sehinggalah tahun 2020,
Mama kata, kawan baik dia mengadu anak lelaki sulungnya nak kahwin dengan janda (Alia) tapi dia tak setuju, jadi Kai tak nak kerja dengan company diorang dan decide untuk kerja di johor, bawa diri.
Masa covid ni, ramai pekerja company diorang balik negara asal. Mak paksa Kai balik kl, mak kata, ada orang masuk meminang. Ya, saya lah yang masuk meminang tu.
Awal tahun 2021, kami pun kahwin, atas desakan keluarga kami. Saya rasa saya lah paling beruntung dapat kahwin dengan orang ado2, orang kata, ngam la kahwin dengan ‘sekufu’.
Kai pun sangat2 baik, soft spoken, penyabar dan tak pernah marah2. Dari apa yang saya nampak, dia pun orang yang kelakar.
Cumanya, banyak pasal dia saya tak tahu, dan kami tak bercakap atau bersembang pun sebelum kahwin, hanya sekadar tanya borang dah ready itu ini je.
Sampailah selepas akad, Kai kata kat saya, ‘maaf, saya tak kenal awak, hati saya dah ada orang lain, awak boleh buat apa awak nak, cuma tak perlu ada saya dan jangan ganggu hidup saya’.
Saya terkejut dan tak faham, apa maksud dia?
Dia kenalkan Alia selepas kami nikah. Alia tunggu kami di luar pejabat nikah tu, mata bengkak betul. Perkataan yang Alia sebut hanyalah tahniah, semoga bahagia.
Dia senyum lepastu balik. Tak ada sembang apa pun. Lama lepas tu, Saya korek cerita dari along (ipar saya).
Along kata, Alia orang yang Kai sayang sangat, berkali2 minta nak kahwin dengan Alia tapi mak tak setuju.
Mak tak suka sebab Alia janda, saakit mentaal (Alia ditinggal tergantung tak bertali 4 bulan selepas kena abused sangat teruk oleh bekas suami dia, Alia dah ceraai tahun 2018),
Alia tak boleh beranak, Alia tua dari Kai 4 tahun, keluarga Alia bukan orang berduit, banyak lah yang mak tak setuju.
Along kata, masa Kai student asyik main game dulu, dia jumpa Alia dalam game.
Alia jenis tak kawan dengan orang, tapi Alia banyak tegur Kai berubah la sebab bukan semua orang ada privilege macam Kai, boleh sambung belajar senang2, keluarga tampung yuran semua, tapi Kai bazir2.
Alia banyak sangat tolong Kai berubah, dari merokok ke tak merokok, dari tak peduli pasal keluarga sampaikan rajin teman mak pergi beli barang dapur, dari tak masuk dapur sampai boleh masak sendiri semua sebab Alia semangat encourage Kai untuk jadi manusia yang elok.
Alia dengan keluarga Kai baik je, tak ada apa2 problem pun, ipar saya memang suka kat Alia sebab Alia berdikari. Bawa diri pergi mana2 memang orang suka. Cumanya, Alia tak bertuah macam saya.
Dari Awal kahwin sampai sekarang, saya dah cuba macam2 cara nak mengorat suami saya.
Cuma suami saya tak tunjuk apa2 reaksi bila kat rumah, whatsapp hanya seen, makan pun tak usik saya masak. Solat sendiri2. Cakap bila perlu, sentuh pun tak walaupun salam.
Bila dengan orang lain, saya nampak ‘Kai’, berbeza betul bila dengan saya. Kami tak tinggal di rumah kai, Kai kata dia tak suka. Rumah tu dia beli untuk hidup dengan Alia.
Setahun kahwin ni kami duduk di rumah mak, kami hanya salam bila raya dan bila perlu je. Sepanjang setahun kahwin, saya tak pernah baring pun sebelah Suami.
Setahun saya memendam rasa, hingga raya haritu saya nampak phone suami. Alia ada ucap hari raya, lepastu Alia block suami.
Saya laju2 baca chat diorang, suami setiap hari text Alia, pagi sampai malam, buat apa etc, walaupun Alia block dia dah berbulan2. Ya, suami text Alia setiap hari tanpa gagal walaupun diblock.
Satu pun tak delivered. Saya sedih dan sangat2 kecewa, bukan sebab saya rasa suami curaang, tapi sebab saya rasa saya telah rampas kehidupan suami, rampas bahagia yang diorang bina dari tak ada apa2.
Jadi selepas bincang dengan keluarga, ipar saya setuju untuk saya lepaskan Kai. Alhamdulillah keluarga sangat memahami.
Untuk Alia, saya minta maaf. Apa lah yang awak rasa bila saya rampas Kai dari awak. Saya minta maaf. Saya faham bukan mudah awak nak bangun dan terima Kai dari dulu, dan dalam keadaan awak.
Saya minta maaf jadi punca awak menangis tengok orang yang awak harapkan untuk pegang tangan awak, kena rampas. Saya buat keputusan ni supaya semua orang boleh bahagia.
Saya pun patut cari kehidupan bahagia saya, bukan membazir masa cuba ambil hati yang tak ada nama saya.
Kalau Alia baca ni, saya minta maaf sekali lagi. Saya harap kita boleh meet up and get coffee sebab saya akan join Alia jadi geng janda letops ni, hehe.
And, terima kasih Alia, sebab berjaya buat Kai jadi lelaki sebaik sekarang. Jadi manusia yang pentingkan dan dahululan orang keliling dia, compared to dia yang Wana ‘nampak’ dulu.
Ini antara reaksi netizen untuk kisah ni.
Farah. Dari penulisan awak,baik budi awak ni.Semoga Allah gantikan dgn jodoh yg lebih baik ye dik.Sepatutnya tak perlu lagi ada stigma yg buruk terhadap janda.
Mcm Alia,bukan sengaja meminta nak jd janda,dh sampai kena abused,wajib lah dia keluar dr ikatan tu.
Semoga dipermudahkan ye
Syaza. Saya rasa sis pun orang baik2, moga bahagia pun sis mampu kecapi nanti dgn org lain. Anggap je ini ujian. Buat Alia & Kai jugak, moga bahagia juga milik korang nanti.
Suka baca walaupun at first rasa Alia tu luuka & saakit, tapi awak Wana seorang perempuan yang ada hati perut & tak bersikap tamak. So berbahgialah ketiga2nya
Farhana.Buat tt, anda seorang wanita yang hebat kerana berani mengambil keputusan yang matang dan tidak mementingkan diri sendiri.
Jodoh dan cinta nie Allah yang tentukan, tt. Jodoh dan cinta boleh jadi perkara yang sama atau 2 perkara yg berbeza.
Ada setengah org bertuah dpt kahwin dgn cintanya . Ada yg berbeza nasibnya. Cintanya pada org lain dan jodohnya dgn org lain.
Itulah yg berlaku pada Kai. Saya simpati akn apa yg perlu awak lalui tt. Perit, mmg perit.
Pada saya, awak bukan perampas. Perampas tidak akn bertindak seperti awak. Awak sendiri pon tidak tahu menahu ttg Alia bila awak berkahwin dgn Kai.
Ini semua ujian buat awak, Kai & Alia. Perit ujian awak bertiga nie. Sedih saya baca.
Takpe tt, awak telah melakukan yg terbaik. Awak perempuan yg baik. Bersiap sedia lah utk menerima jodoh dgn lelaki yg lebih baik.
Zinni. Dua2 pmpuan dlm cerita dia nih baik sgt. Tt sangat2 positif walaupun dia terpaksa lepaskan org yg dia syg. Alia pun x kacau rumah tangga dorg lps dorg kawin.
Sanggup block kai. Semoga tt kuat & jumpa yg lebih baik dari kai. For alia, berdoa banyak2 semoga Allah bukakkan hati mak si kai utk terima awk.